Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Separuh Hati

 

Hati Adira pedih.

Benarlah selama ini khabar angin yang didengarinya. Berdiri di hadapan Zamin, suaminya selama tiga tahun, ringan saja tangannya mahu menampar wajah lelaki yang culas ini. Namun Adira sedaya upaya menebalkan sabarnya. Air matanya sudah mula bertakung, bila-bila sahaja akan mengalir.

‘Dah berapa lama?’ Adira memandang tepat ke wajah Zamin yang sedari tadi asyik tunduk membisu. Zamin menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Jelas di wajahnya ekpresi yang seolah-olah mahu perbincangan mereka ini tidak diteruskan lagi.

‘Berapa lama???!!’ Jeritan Adira memecah keheningan yang sedari tadi membaluti seluruh isi rumah. Zamin tersentak.

‘Enam bulan! Enam bulan semenjak you mula outstation ke JB!’ Zamin membalas jerkahan Adira. Sabarnya juga sudah menipis. Geram memikirkan siapa yang memecahkan tembelangnya, geram memikirkan yang dia perlu berhadapan dengan segala drama akibat keterlanjurannya sendiri.

Enam bulan? Perut Adira terasa kecut. Dia berpeluk tubuh dan terus duduk di pinggir katil mereka yang terletak betul-betul di tengah kamar tidur. Air mata sudah melunturkan solekan di wajahnya. Esak tangisnya mengundang rasa bersalah di hati Zamin yang masih lagi berdiri bagai batu di kedudukannya.

Adira termenung seketika. Perjalanan perkahwinannya terasa cliché. Tak sangka dia berkahwin dengan lelaki tipikal seperti Zamin. Isteri jauh, gersang, curang. Jijik seketika Adira mengenangkan setiap perhubungan intim antara dia dan Zamin selama enam bulan yang lepas.

Adira cuba mengumpulkan inteleknya. Dia tak mahu terlalu menurut hati. Heart creates too much compassion and desperation. Adira mahu mengikut akalnya. Kalau selama ini dialah yang lebih banyak menyumbang kepada kemaslahatan ekonomi perhubungan ini, biarlah dia yang kelihatan lebih bijak. Let her show him who wears the pants.

‘Siapa yang bagitahu you?’ Seolah-olah mengetahui siapa dalang yang meretakkan rumah tangganya lebih penting, Adira tersenyum sinis seketika mendengar soalan Zamin itu.

‘How does that be much more important than your stupidity?’ Membulat mata Zamin mendengar respon dari Adira.

So, what now?’ Adira sudah malas mahu berlengah lagi. ‘Let’s cut the chase and come to a conclusion.’

‘Semudah ini saja?’ Zamin terkejut mendengar kata-kata Adira seolah-olah isterinya itu langsung tidak kesah akan perkahwinan mereka yang telah dibina atas dasar suka sama suka semenjak mereka berkenalan di sebuah seminar keusahawanan empat tahun yang lepas.

Adira bangun. Dah puas dia duduk. Sudah puas dia diperkotak-katikkan selama ini.

‘Semudah mana you lukakan hati I, semudah mana you go and fucking around the town dan semudah mana you menjawab soalan-soalan I seolah-olah tak ada langsung rasa bersalah dalam diri you, semudah inilah I nak akhiri seksa di hati I. Faham?’ Adira terus menuju ke almari pakaian mereka, mengambil baju-baju Zamin dan mencampakkanya betul-betul di kaki Zamin. Zamin yang direnggut panik tidak mampu berbuat apa-apa. Bagai mengerti permintaan Adira, Zamin segera mengangkat pakaiannya dan berlalu pergi dari kamar tidur itu. Adira hanya berpeluk tubuh sambil menyaksikan Zamin pergi.

Saat kedengaran bunyi enjin dihidupkan, dan geseran tayar kereta memecut laju keluar dari perkarangan rumahnya, Adira mencampakkan dirinya ke atas katil - menangis. Zamin pergi tanpa sedikit pun cuba memujuknya! Zamin berlalu pergi tanpa ucapan maaf! Apakah masih ada cinta sepenuh hati Zamin untuknya?

Adira lemas dalam persoalannya sendiri.

* * * *


Hati Saiful sakit.

Suasana majlis konvokesyen di hadapan Dewan Utama di universitinya dilatari dengan kegembiraan yang terukir di wajah ibu bapa dan pelajar-pelajar yang lengkap berjubah konvo. Bunga-bunga segar, belon-belon bertatahkan tulisan ‘Tahniah’ dan macam-macam lagi hadiah untuk satu hari yang bersejarah itu bertukar-tukar tangan.

Berdiri di satu sudut yang agak terlindung, Saiful pun turut memegang sejambang bunga. Tapi bukan bunga segar - bunga lili plastik. Saiful mahu hadiahnya kekal lama, bukan untuk sehari dua. Saiful memanjangkan lehernya mencari-cari seseorang.

‘Hoi!’ Satu tepukan di bahu dari belakang memeranjatkan Saiful. Saiful berpaling, tersenyum lebar dan memeluk sahabat baiknya, Hazman.

‘Tahniah. Ini untuk kau,’ Saiful menyerahkan jambangan bunga di tangannya kepada Hazman 

‘Bunga? Biar benar?’ Hazman ketawa sambil menerima jambangan bunga itu.

Come on-lah. Gay is like the theme of convocation kot. Kau tengoklah how gay is everyone here!’ Hazman ketawa besar mendengar kata-kata Saiful. Selepas mengucapkan terima kasih, mereka mengambil gambar berdua dengan DSLR baru Hazman yang dihadiahi ayahnya sempena graduasi ini sebelum Hazman membawa Saiful bertemu ahli keluarganya.

‘Kamu tak konvo lagi?’ wajah ibu Hazman ikhlas dengan kejutan saat melihat Saiful yang tidak berjubah konvo. Saiful menggaru-garukan kepalanya sambil tersenyum malu memandang Hazman. Hazman tumpang segan mendengar soalan dari ibunya itu. Lupa dia mahu berpesan kepada ahli keluarganya supaya tidak bertanyakan soalan-soalan sebegitu.

‘Ermm.. sangkut projek tahun akhir-lah makcik. InsyaAllah tahun depanlah masa saya pula. Kalau Hazman tak datang konvo saya tahun depan, memang saya cari dia sampai lubang cacing,’ Gurau Saiful menutup malunya sambil disambut hilai tawa Hazman dan keluarganya.

Selepas bersalam-salaman dengan keluarganya yang sudah mahu berangkat pulang ke Johor, Hazman dan Saiful memilih sebuah gerai berhampiran Dewan Utama untuk duduk dan bertukar-tukar cerita selepas empat bulan tidak bertemu.

‘Macam mana kerja? Dengar cerita gaji besar? Bila nak belanja aku makan ni?’ Saiful menyedut air teh ais limau di hadapannya. Bahang panas tengah hari benar-benar mengeringkan tekaknya.

‘Aduh, rileks-lah, bro. Aku baru kerja dua bulan kot. In training lagi. Kereta pun tak beli lagi! Nanti aku dah stabil, ko mintak apa pun, aku no problem!’ Hazman menepuk-nepuk bahu Saiful. Sudah lima tahun mereka berkawan baik. Semenjak tahun asas lagi. Saiful-lah yang banyak membantunya memandangkan Hazman datang dari keluarga yang susah. Mereka dah macam adik-beradik.

‘Berapa lama kau tunggu aku kat luar dewan tadi?’ Hazman mengubah topik perbualan mereka. Ada perkara yang lebih penting mahu dibincangkan dengan Saiful selain pekerjaannya. Tentang hati dan perasaan.

‘Sekejap je. Aku datang betul-betul waktu korang dah nak habis. Tapi kau pun keluar lambat sangat dari dewan!’ Saiful menggeleng-gelengkan kepalanya mengenangkan seksanya menanti Saiful di luar dewan tadi. ‘Seksa’ bertemu rakan-rakan satu batch mereka yang lain.

‘Nanti masa kau akan datang jugak. Tak payahlah kau nak kisah apa orang cakap, apa orang fikir,’ Bagai memahami perasaan Saiful, Hazman cuba memujuk sahabatnya itu. Saiful hanya tersenyum tawar mendengar kata-kata Hazman.

Sewaktu menunggu Hazman, Saiful dapat rasakan jiwanya berat setiap kali dipandang oleh kawan-kawan mereka yang lain. Manakan tidaknya, kisah dia gagal projek tahun akhirnya hanya diketahui oleh Hazman. Melihatkan dia berada di luar dewan, dan bukan di dalam, pastilah mengundang tanda tanya kepada orang lain. Itu belum lagi dikira mereka-mereka yang jelas sahaja berbisik-bisik sambil memandang ke arahnya. Yang lebih ‘sopan’, terus saja datang dan bertanya khabar dengannya. Berbasa basi membuka topik picisan yang Saiful tahu bukanlah tujuan utama punca mereka mahu bertegur sapa. Saat itu, perasaan Saiful bercampur gaul. Malu, geram, rendah diri. Namun digagahkan jua dia untuk berada di situ, demi Hazman.

‘Jadi tak teman aku untuk sesi petang ni? Elina habis konvo dalam pukul lima macam tu-lah,’ pertanyaan dari Hazman mengejutkan Saiful dari angannya. Elina, kekasih Hazman dari jurusan berbeza.

‘Oh, aku tak pasti lagi,’ Saiful cuba menyembunyikan rasa tidak senangnya. Cukup-cukuplah berjumpa dengan separuh batch-nya pagi tadi. Ini nak bertemu dengan separuh lagi petang nanti.

‘Aiseh, janganlah macam tu. Aku kan ada dengan kau petang nanti. Ok? Set?’ Hazman mengenyitkan matanya kepada Saiful tanda memeterai janji. Saiful hanya tersenyum. Dia kembali menyedut minumannya. Tekaknya terasa semakin kering.

Tepat pukul lima, Hazman sudah berada di hadapan Dewan Utama. Sebentar lagi, majlis konvo sesi petang bakal berakhir. Di tangan Hazman tersemat jambangan bunga ros sedozen yang bakal diserahkan kepada kekasih hatinya nanti. Hazman memanjangkan lehernya, mencari-cari kelibat Saiful sebelum terasa getaran telefon bimbit di dalam poket seluarnya.

Ada pesanan ringkas dari Saiful.

‘Sorry aku tak dpt stay. Kirim slm pd Elina. Again, congrats from all my heart. C u, ok!’

Hazman tersenyum kelat. Hatinya digigit rasa bersalah kerana terlalu memaksa Saiful tengah hari tadi.

 

* * * *


Hati Darius menyampah.

Duduk di hadapan pengurusnya, sambil menanti orang tua itu menaip tanpa sekalipun menoleh kepadanya, Darius bagaikan mahu saja melakonkan aksi-aksi tipikal dalam drama swasta seperti menghentakkan meja ataupun memaki hamun. Namun dia tahu dia bukanlah sebodoh itu. Orang tua ini tengah siapkan laporan prestasi aku kot, bisik hati kecilnya.

Darius sudah mencuba dari segala-galanya – berdehem, batuk kecil, mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja – namun pengurusnya itu seakan-akan masih tak faham betapa pada saat ini, Darius sudah tak sabar mahu berangkat pergi. Darius mengeluh sendiri. Sejauh mana lagi dia perlu terseksa di sini.

‘Kenapa awak terus kepada HR, ya? Tak berbincang dengan saya dulu? Selama awak di sini, saya ingat awak tak ada apa-apa masalah?’ Encik Samad menggeleng-gelengkan kepalanya. Jelas terukir riak kecewa di wajahnya.

Darius menarik nafas dalam-dalam. Skrip yang telah diolah di dalam kepalanya dari tadi cuba diingatinya kembali.

‘Begini, Encik Samad. Empat tahun saya belajar kejuruteraan dulu. Selama itu, saya memang ingat saya dah ditakdirkan untuk jadi jurutera. Handle machines, gali minyak. Tapi, sejak lapan bulan saya di pelantar ni, saya dah sedar, kehidupan ni bukan untuk saya. Saya bukan jenis orang yang terperangkap kat satu-satu tempat, hari-hari buat benda yang sama, jumpa orang yang sama. I can do more than this,’ tenang saja Darius menerangkan rasa hatinya kepada Encik Samad. Encik Samad tersenyum tawar.

You can do more.. like.. playing music?’ Encik Samad cuba meneka hati Darius.

Darius mengeluh.

‘Itu memang passion saya dari universiti lagi…’ Darius menunduk, memandang sebatang pensel yang terbaring di atas meja di hadapannya.

‘Awak masih boleh main muzik sambil bekerja kan? Saya selalu dengar awak main gitar kat bilik rehat tu. You’re good at it, macam how good you are at drilling jugak. Saya tak nampak apa yang menyebabkan awak kena pilih salah satu,’ Encik Samad masih mahu memujuk Darius. Darius kelihatan semakin resah. Dalam kepalanya sudah terpahat keputusan yang sudah difikirkan berminggu-minggu lamanya. Walaupun dia mengerti akan niat baik Encik Samad yang mahu membantunya membuat keputusan yang bijak, namun Darius sudah lepas fasa berfikir. Sekarang fasa bertindak.

Encik Samad seolah-oleh mengerti melihat tiada respons dari Darius. Diambilnya kertas dari mesin cetak di sebelah komputer mejanya lantas diserahkan kepada Darius.

‘Ini laporan dari saya. Jangan risau, semua baik-baik belaka. Sampaikan salam saya kepada Encik Daud di HR. All the best Darius in whatever you’ll be doing after this, ok?’ Encik Samad menghulurkan tangannya mahu bersalam. Darius tersenyum lebar. Dalam kepalanya sudah terbayang gabungan semula dirinya dan rakan-rakan kumpulan muzik semenjak universiti-nya.

Darius teringat kembali panggilan yang diterimanya sebulan yang lepas daripada Said, pemain keyboard kumpulan mereka, tentang bagaimana demo mereka telah diterima oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Mereka telah dijemput untuk sesi temuduga dan ujibakat semula. Darius sudah tak mahu menghampakan rakan-rakannya yang telah sepenuh hati mengekalkan kumpulan mereka daripada berpecah dan mengambil hala tuju masing-masing akibat ketiadaan Darius di ibu kota.

Dulu sewaktu dua bulan pertama Darius di atas pelantar di persisiran pantai Labuan ini, pernah juga mereka medapat tawaran yang sama namun terpaksa ditolak mentah-mentah oleh Darius dan akur keputusan itu diterima oleh yang lain-lain. Selepas lapan bulan di sini, dan sekian lama merasakan yang jiwanya bukan di sini, Darius terpaksa mengalah kepada minatnya yang mendalam kepada muzik, Memang benar dia masih boleh memetik gitar di sini, dalam bilik rehat bersama beberapa rakan sejawat lain yang boleh bermain alat muzik, namun rasanya tidak sama bila bersama-sama Said, Zarul dan Mok. Lain.

‘Awak ok tak, Darius?’ Pertanyaan semula dari Encik Samad mengejutkan Darius dari angannya.

‘Eh, saya ok saja! Terima kasih banyak-banyak, Encik Samad,’ Darius berdiri dan bersalaman kembali dengan pengurusnya selama lapan bulan itu.

‘’Sama-sama. Just keep in touch. Mana tahu, tergerak hati awak nak balik ke sini semula.’ Kata-kata terakhir Encik Samad mencuit hati Darius. Darius keluar dari bilik Encik Samad dan melemparkan pandangannya ke laut biru yang luas terbentang di hadapan matanya.

Seluas dan sedalam laut terbentang, namun mamun masih tak dapat mengisi hati aku untuk kekal di sini.

Darius bergegas kembali ke bunker-nya. Pakaiannya belum dikemas. Chopper yang bakal membawanya ke Labuan akan tiba sebentar saja lagi.

 

* * * *

 

Darius menanti resah di hadapan rumah. Kepenatan sudah mula mengigit sendi-sendinya. Pintu kayu yang tersergam indah dihadapannya terbuka perlahan. Muncul seorang wanita separuh abad di sebalik pintu. Segera Darius melangkah masuk ke dalam, bersalam dan mencium tangan ibunya, Puan Salmah. Puan Salmah kemudian memeluk erat anak keduanya itu yang sudah beberapa bulan tidak pulang ke rumah.

‘Kakak mana, ibu?’ Tegang wajah Darius tatkala bertanyakan perihal kakaknya kepada Puan Salmah.

‘Ada kat meja makan tu. Adik kau pun ada. Kitorang tunggu kau sampailah ni. Nak dinner sama-sama,’ Darius tinggalkan beg galasnya di ruang tamu dan terus menuju ke  ruang makan diikuti Puan Salmah. Setibanya di meja makan, pantas Darius memeluk Adira dari belakang. Adira yang terkejut dengan pelukan Darius itu, terus sahaja berderai air matanya semula.

I’m sorry I wasn’t here this morning. Kalau Darius tahu, memang dah kena cepuk dah si Zamin tu!’ Serius sahaja Darius mengungkapkan rasa tidak puas hati tentang abang iparnya itu.

‘Adoi, badan ko kurus kering camtu nak cepuk orang. Zamin tu henyak ko sekali je ko da penyek kot,’ kata-kata Saiful menyebabkan semua yang ada di meja pecah perut termasuklah Adira yang sedang mengeringkan air matanya.

‘Dah sudah. Duduk Darius. Lapar dah semua menunggu kau lambat sangat sampai,’ Encik Daud yang dari tadi hanya memerhatikan anak-anaknya, mula bersuara. Terdetik rasa lega kesemua anak-anaknya ada di rumah, bakal menikmati makan malam sama-sama. Dah lama mereka tidak berkumpul sebegini.

‘Kakak ok je. Don’t worry. Kau macam mana?’ Adira memegang pipi Darius yang duduk di sebelahnya.

‘Darius? Happy like I’ve never been so before! Dah tak ada dah paip, minyak, semua-semua tu..’

‘Cakap je lah kau mabuk laut. Nak main muzik konon,’ Celahan Saiful mencuit lagi suasana ceria di antara mereka semua. Darius bangun dari kerusi, berpura-pura mahu mendapatkan adik bongsunya itu sebelum lengannya dipaut oleh Puan Salmah yang menariknya duduk semula.

Saiful sekadar menjelirkan lidahnya kepada Darius sebelum dia memerhatikan wajah ayah, ibu, kakak dan abangnya satu persatu.

Manusia tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Besar atau kecil, pastinya kesilapan itu akan memberikan impak kepada diri kita dan orang-orang di sekeliling kita. Akan ada yang terluka, akan ada yang berjauhan. Namun, yang pasti, ada yang akan tetap berada di belakang kita, memberi sokongan yang tidak berbelah bagi, tanpa meminta sebarang balasan.

Saiful tahu, hanya ada satu tempat yang dia mahu berada di saat ini, buat sepenuh hati.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) gaya penulisan dah matang
    good job dear

  • (Penulis)
    2) time kasih, kak!

    it takes time. ada sokongan dari akak, caha, riri dan yang lain-lain. so macam bersemangat la nak jadi terus maju dalam menulis!
  • 3) cerita yg ni lain sikit perspektifnya compare dgn cerita cristy tu. banyak pecahan dan aku rasa susah nak buat cerita mcm ni. boleh pening kepala kalau tak draf betul-betul. tapi yg aku perasan cerita kau dgn cerita cristy tu still ada unsur-unsur dendam tak terbalas. hihi! bagus ancal!

  • (Penulis)
    4) betul.. cerita ni kurang rileks kalau nak dibandingkan dgn cristy. cristy pun tak suka cerpen ni.. mampus dialah. haha

    mungkin aku mmg bnyk dendam kot.. so aku lampiaskan dgn menulis. daripada bertumbuk. ;P

    thx 4 reading eyh kamalia~
  • 5) ha ha. mini drama bertema separuh hati. dari segi penceritaan dia menarik, tapi dari segi konfliknya lebih macam ekspresi diri. ada benda yang kau nak luah dan gunakan 1 tema untuk bagi sekaligus. hehe.

    luahan beberapa perasaan mengikut tema. hmmmmm.. licik.

  • (Penulis)
    6) hoi!!!
    kenape semua orang membaca aku instead of membaca cerpen ni?

    (dah tau kene guna watak yang berbeza kalau jumpa korang nnt )
  • 7) ancal, sebab dlm cerpen kau ada kau. tolongla jgn nafikan...muahahaha! (er, faham tak apa aku tulis ni?)

  • (Penulis)
    8) aku mengerti... (sambil tunduk & makan kuaci)
  • 9) tulisan kau dah membogelkan (pemikiran) kau di depan kamalia.

    kau harus mencari daun maple dan tutup di mana yang kau rasa vital buat kau.

  • (Penulis)
    10) oh.. bogel. voyeurism. topik yang menarik.

    daun maple ke daun pisang mapley? bigger is better for me. hahahaha
  • 11) takde la smpai bogel. tapi mcm pakai baju jarang2 gitu (baca: pemikiran). tapi, aku tak taula mungkin kau sebenarnya sengaja create persamaan kt cerpen2 kau supaya org lain ingat tu adalah kau yg sebenarnya. hihi!

    p/s: aku mohon kau tulis pasal voyeurism dr sudut pandang lelaki

  • (Penulis)
    12) muahahaha.. tipulah kalau aku katakan tak ada kaitan antara aku dan salah satu watak dalam cerpen ni. mungkin aku Adira. eyh!

    p/s: aku buat voyeurism dari pelbagai sudut pandangan macam cerpen ni. bapuk pun buleh~
  • 13) hahaha. jelas kut kau zamin bin haji garmin.
    huh! lelaki! pantang lepa. laju je menindih yang lain.

  • (Penulis)
    14) aku keliru. kenapa lelaki suci ini mengilas lelaki hensem macam aku ni?

    zamin haji garmin tak layak sesaga pun nak jadi aku pun, ok? ;P
  • 15) ha ha! ini namanya menyakat.
  • 16) Aku perlukan 3 jenis kopi berlainan perisa untuk cerakin dan cerna cerita darius, saiful dan adira ( okay, sedikit gangguan dari Hazman )

    Kemas sungguh!
  • 17) Mesejnya jelas. Semakin baik Ancal!

  • (Penulis)
    18) da lama tak online! terima kasih 26life n riri singgah membaca.

Cerpen-cerpen lain nukilan Ancalime

Read all stories by Ancalime