Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#2: Aku Klise

 

Aku mengambil masa tiga hari untuk mulakan cerita tentang diriku ini. Tak ada idea? Eh, bukan-bukan. Aku cuma keliru dengan nama sendiri. Jangan gelak, sebab orang Melayu memang suka sadurkan bahasa atau dalam erti kata lainnya pemalas. Maka, aku tak tahu aku patut gunakan nama Perancis aku, ataupun gunakan nama saduran aku untuk kamu semua. Aku tak mahu ada saja yang suka-suka mengatakan aku ini orang asing yang tidak pandai mengembek bila masuk kandang kambing. Itulah, pantang tengok lain sikit dari norma, dah mula nak menjeling.

Oh, lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Klise, atau tulen Perancis-nya Cliché. Secara mudahnya, aku ini sebenarnya satu gelaran atau label yang diletakkan kepada mana-mana ekspresi atau idea yang telah digunapakai berulang-berulang kali. Senang kata, idea yang dah tak segar-lah, yang pernah kamu semua dengar sebelum ini. Contoh terbaik, iklan-iklan Hari Raya. Kalau di penghujung iklan kamu menangis, hah, akulah tu! Tapi kalau penghujungnya macam iklan kembar Hari Raya dan Deepavali yang aci tu dah menangis-nangis ingat anak dia mati, tapi tiba-tiba, ting ting ting, (bukan bunyi gelang kaki, ya) terdengar piano dimainkan oleh anak aci itu yang kemudiannya tersenyum memandang kamera dan berkata “Takkanlah semua iklan PETRONAS ada orang mati kan?” Waktu tu, semua pun dok pakat sebut-sebut nama musuh-musuh aku – Segarlah, Uniklah, Menariklah - aku terus dilupakan. Tapi tak apa, sejak Yasmin Ahmad dah tak ada ni, nama aku kembali disebut-sebut sepanjang musim perayaan. Hehe.

Aku tak tahu sejak bila aku ni dijadikan konotasi sesuatu yang negatif. Sebab bila aku duduk-duduk sendiri, aku dapat rasakan yang kerana permintaan yang tinggilah, idea, filem, iklan, genre lagu, tema buku, corak fesyen, perangai makcik-makcik kampung dan macam-macam lagi, dilabelkan aku. Aku adalah sesuatu yang stereotaip. Yang berlambak-lambak. Adakah kerana aku mendapat sambutan, maka aku sesuatu yang tidak elok? Aku ni romantik orangnya, tapi sejak orang gelarkan kebanyakan filem-filem romantik komedi sebagai aku, aku jadi lemah pula nak pergi tengok Jennifer Anniston lagi. Babi sungguh ‘500 Days of Summer’! Kadang-kadang aku cemburu bila Unik dan Segar banyak menang anugerah, tapi aku hanya mengaut keuntungan semata-mata. Ok ok, aku akui, aku tak cemburu sangat. Tapi still, salahkah aku?

Aku faham, aku ni lahir dari persepsi semata-mata. Kadang-kadang, orang lain tengok sesuatu tu, dan melabelkan namaku ke atas benda tu, sebab secara peribadi, dia terasa yang sesuatu itu sudah banyak kali ditemuinya. Tapi bagi sesetengah orang, pendapatnya mungkin berbeza. Macam lelaki yang suka menaikkan kolar t-shirtnya. Macam perempuan rambut perang. Macam orang Kelantan tengok bola. Oh, lupakan yang terakhir tu. Tapi, kamu semua faham kan maksud aku?

Kadang-kadang, aku turut digunakan sebagai perangkap sosial. Contohnya, kalau seorang perempuan kaya membeli Louis Vuitton, perempuan itu terus dikatakan klise orang kaya suka berbelanja yang mahal-mahal. Kalau perempuan tak beli apa-apa, pakai mudah-mudah saja, dikatakan klise orang kaya yang kedekut. Itu belum lagi kalau perempuan tu menderma dengan cek besar terpampang di dada akhbar sambil tersenyum dengan wajah yang ketat. Klise Wanita Pertama, mungkin?

Apa sebenarnya masyarakat mahukan dari aku? Kalau bergerak seiring dengan status quo dikatakan sebagai klise, maka adakah melawan arus sesuatu yang cool? Kadang-kadang aku terasa macam aku ni senang-senang saja dilabelkan kepada apa-apa dan siapa-siapa sahaja, hanya dengan mengetahui sekelumit latar belakangnya sahaja. Nak aku buktikan? Baiklah, sila fahami betul-betul dua senario ini;

 

Senario 1

Kiah sudah dua bulan tak pakai tudung.

Senario 2

Daniel suka dengar Jazz.

 

Apa pendapat kamu semua? Biasa-biasa saja kan? Standard-lah. Tak ada apa-apa yang boleh dibuktikan dari kedua-dua senario tu. Tapi, kalau begini;

 

Senario 1

Kiah baru dua bulan datang KL dari kampung, sekarang dah tak pakai tudung.

 

Senario 2

Bapa Daniel pemuzik akustik handalan, maka Daniel suka dengar Jazz.

 

Taadaaaaaaaa!!! Aku dan aku, kan? Cuba kalau begini pula;

 

Senario 1

Kiah pergi temuduga kerja pakai tudung. “Saya asal dari kampung, encik.” Kata Kiah dengan wajah bercahaya – azam mahu memulakan kehidupan yang baru.

 

Senario 2

Daniel pergi temuduga nak jadi pemuzik di Dewan Filharmonik. “Gendang tu apa, encik?” tanya Daniel waktu disoal-jawab oleh penemuduganya.

 

Maka, apa agaknya reaksi kamu semua andai kata kamulah yang menemuduga Kiah dan Daniel?

“OMG, tipikalnya!!!!!”

Lupa pula nak perkenalkan, tipikal tu nama timang-timangan aku. Kaum perempuan selalu guna nama timangan aku ni bila jumpa lelaki yang terlupa tarikh hari jadi mereka, yang terlupa nak tarikkan kerusi sebelum mereka duduk, yang suka keluar tengok bola sampai lupa untuk SMS mereka dan yang tidak suka teman mereka pergi membeli belah. Persoalannya, kalau lelaki-lelaki itu tidak tipikal, tahukah anda wanita bahawa klise-nya, mereka gay? Hehe. Jangan marah ya lelaki lurus yang tidak tipikal.

Mari kita serius kembali.

Persoalan yang selalu terbuku di hati aku, di mana sebenarnya aku benar-benar tiada? Kalau setiap celah, sudut, liang, ruang sesuatu perkara semua boleh dilabelkan sebagai aku, bila masa aku tidak wujud? Bila masa mulut-mulut tidak bertapis ini akan berhenti daripada me-negatif-kan aku? Bila aku boleh duduk minum teh madu di waktu petang, tanpa ada rasa risau aku akan tersedak tiba-tiba?

 

….

 

……..

 

……………….

 

Baiklah. Sebenarnya aku dah fikirkan dah jawapannya waktu aku pulang seketika ke Perancis hari itu sambil duduk melukis rekaan fesyen di anjung rumah. Klise tak?

Pada pendapat aku sendiri, aku benar-benar tiada hanya bila sesuatu perkara itu adalah yang pertama. Yang sulung. Yang memulakan. Yang awal. Yang wahid. Un kalau dalam bahasa ibunda-ku.

Kalau Kiah adalah perempuan pertama dari kampung yang membuka tudung, Kiah bukan aku. Kalau Daniel adalah anak pemuzik moden pertama yang tidak tahu bermain gendang, maka Daniel juga bukanlah aku.

Kalau sesuatu, seseorang, seseekor, sesebuah dan sekelumit itu adalah yang pertama dalam kelas mereka tersendiri, maka aku sanggup mencabut diri aku sendiri andai ada yang gatal-gatal nak lekatkan aku pada mereka itu. Apabila sesuatu itu sudah menjadi yang kedua, ketiga, kelapan ratus enam puluh ribu tiga ratus dua puluh dan seterusnya, maka untuk tidak digelarkan aku, adalah sesuatu yang mustahil.

Tanyalah Yasmin Ahmad, atau Christopher Nolan, Stephen King, Paris Hilton, abang jual goreng pisang, kereta Mercedes-Benz mahupun seekor kuda yang menang lumba. Pasti dalam seumur hidup mereka, mereka akan mencapai satu tahap di mana mereka akan di labelkan sebagai aku. Tahap di mana setiap pencapaian akan dibandingkan dengan yang pertama atau sebelumnya, seterusnya jika dilakarkan di atas graf, mereka semua sedang berada di atas satu garisan mendatar.

‘500 Days of Summer’ klise sebenarnya kalau dibandingkan dengan ‘Annie Hall’. Apetah lagi jika ‘Avatar’ dibandingkan dengan ‘Pocahontas’.

Haute-couture dari Valentino, Roberto Cavalli atau Alexander McQueen, dipandang sebelah mata saja kalau dibandingkan dengan rekaan pereka baju zaman Victoria dahulu kala.

Paris Hilton mahu bersaing dengan Anna Nicole Smith? Anna Nicole Smith mahu bersaing dengan Marilyn Monroe? Kirim salam-lah!

Jadi jika kamu semua bersetuju dengan aku, cuba lihat di bawah tajuk autobiografi aku ini. Sudah berapa banyak bacaan?

Adakah kau yang pertama?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tak...aku yg ke-20 hihi. klisenya aku. oit, tapi kalau takde klise takdelah unik dan segar tu.

    aku, suka komedi romantik yg klise, ok! tapi aku still rasa 'My Best Friend's Wedding' komedi romantik paling best sebab film tu endingnya tak klise...ahaha!

    kesian, 'tipikal' pun tak pasal2 jadi mangsa. aku selalu gak guna tipikal tapi pd lelaki je la. kadang2 diorang suka interview skill memasak aku kalau nk cari calon bini

    bestlah cerpen kau ni, klise. hidup klise! kreatif. (so, kreatif tu tergolong dlm klise gak ke?)
  • 2) jeritan batin seorang klise ini adalah tidak se-klise seperti yang gembar-gemburkan. mungkin selepas ini kita boleh dengar jeritan batin seorang Segar pula?

    5 bintang, huriaa!

  • (Penulis)
    3) kikikiki.. sengaja je aku klik cerpen ni 19 kali kasi kamalia jadi klise.

    jojo.. ko pemurah ni jaga hati aku ke?

    Mana Segar? Mana Unik? cepat... Klise tunggu. haha
  • 4) hish, mane ade jaga hati. aku kalau jaga hati aku tak bagi rekomen.. tak menipu tau!
  • 5) semua pukul rata tanpa mengira jantina. nais lah.

    nak mintak sain kat lengan boleh? lengan baju.

    5 untuk anda

  • (Penulis)
    6) dulu mak aku da pesan pukul telur biar rata.

    eyh~

    ;P

  • (Penulis)
    7) eh.. lupa pasal sain tu. mak aku da pesan,jgn sain sebarangan. nnt org jual kat ebay.

    kikikiki
  • 8) pukul telur biar rata tu sesuai utk buat bahulu

  • (Penulis)
    9) uuu.. sedapnye bahulu mkn panas2. haish~~
  • 10) kantoi rancangan aku nak jual sain kau kat ebay.
    alah pls. aku dah tade jalan cari duit. gelang AC Mizal mcm orang tanak percaya
  • 11) ko buat MLM baru ucu. tapi make sure tukar gambar profile; pastikan ada duit banyak dan buat bentuk kipas. Baring atas duit pon tak pe. Mesti ada yang tak sabar2 message ko

  • (Penulis)
    12) ucu..mak aku da tao taktik ko. arwah mak aku adelah makcik desa yang tak klise sangat, walaupun dia suka buat kuih petang2 kasi aku gemok.

    jojo, jangan ajar ucu yang bukan2. ucu nak join downline aku? eyh!
  • 13) aku punya MLM mana main tayang duit. aku gulung mcm rokok daun mcm tu. kasi terbeliak mata
  • 14) selagi ada orang yang tetap mengagungkannya, klise tetap wujud

  • (Penulis)
    15) hehe.. selagi ade kat reena komen kat sini, semangat lagi saya nak menulis! cewah~
  • 16) well...it's a cliché word..but have to say it. Damn nice..keep on writing babe.
  • 17) .!hiuw gnamem kat esilk !luteb .parah uka helob silut gnay hibel tseb nad kat esilk . kan kat igab amil, itnan esilk.
  • 18) adoh susahnye aku nak baca komen ko ni kuru!

  • (Penulis)
    19) thx putri for reading!

    kuru.. tidak mengapa. fikir2 balik mmg bnyk improvements, contoh2 yg boleh digunapaki lagi dalam cerpen ni. tapi i'm happy u guys like it!
  • 20) hmm ok apakah ayat kuru tu. dah terbalik pun masih aku tak berjaya faham. berdenyut kepala nak terbalikkan tadi. haha!

    wawawawa!! tu dia. mula aku skimming.. mak aih. tak ada dialog? pastu macam karangan jenis perbincangan. syit. adakah bosan?

    sekali baca.. pepepepepepeh! wauwau pepeh! sengit juga ni persaingan pcb#2

  • (Penulis)
    21) muahahha... karangan jenis perbincangan. rase macam SPM pulek. haha
  • 22) Em, sesuatu yang membuat minda berfikir, terfikir dan memikir. Dalam maknanya tetapi santai olahannya.

  • (Penulis)
    23) wah... 3 kali fikir tu riri. makna tu tatao la dalam mana. tapi yang penting sumer yang bace tidak sekadar terhibur kosong. cewah~

Cerpen-cerpen lain nukilan Ancalime

Read all stories by Ancalime