Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sengal Haji Gedebe

  • 6
  • toti
  • 13 years ago
  • 3,092
  • FREE

 

"Dia tu sesat, jangan kamu ikut!"

Parau suara Haji Gedebe memberi ingat. Sebelum menikmati secangkir kopi Janda yang dipesan tadi.

Pekerja restoran itu menjengah lagi, kali ini menghantar milo untuk Hasan.

"ilmu pun tak seberapa, ada hati nak memandai-mandai"

Makin tinggi pitch suara Haji, nyaris tak ke laut. Bebelnya ternyata menganggu khalayak. Banyak mata yang melirik protes. Hasan menghirup milo yang sedari tadi mengoda selera. Seraya memandang Haji yang larut dalam emosi.

"Tak baik main serkap jarang, Ji?"

Haji Gedebe memandang tajam ke wajah Hasan. Ternyata soalan itu menyentap jantungnya.

"Mana tak sesatnya, kalau duit sumbangan untuk rakyat miskin dari hasil judi dikatakan halal dan tak perlu dikembalikan. Tak ke gila namanya tu?".

Terbakar hatinya oleh provokasi yang sengaja dilancarkan oleh Hasan sebentar tadi. Marahnya semakin berleluasa.

Hasan tersenyum mengenangkan sikap Haji Gedebe yang ceroboh dan kurang cermat.

"Itu bukan pendapat yang dia reka-reka Ji. Dia tak lebih dari meminjam pendapat jumhur ulama"

Dahinya jadi mengerutu dalam usaha menanggapi maksud Hasan. Sedang dihatinya terbit prasangka.

"Dalam Al-Fatawa Al-Muasarah, Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, dia ada menyebut antaranya:

Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan."

Terkebil-kebil Haji gedebe mendengar sambil memperbetulkan posisi kopiahnya.

"Itu pendapat dia jer. Lagipun dia sorang saja yang cakap macam tu, tak cukup kuat nak dijadkan hujah".

Jawab Haji Gedebe tak mahu kalah. Hasan menanggapi perlawanan itu dengan sebuah senyuman.

"Qaradhawi tidak bersendiri dalam hal ini, Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h juga pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Dia menjawab:

 “Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”.

“Tertera pada kitab al sunan al kubra seperti dalam riwayat Baihaqi seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: Ya.”

Redup cuaca petang itu dengan sesekali angin menghembus tak juga mampu mendinginkan hati Haji Gedebe. Akal tuanya diperah mencari hujah balas agar tak tumpah airmuka didepan budak hingusan bernama Hasan.

Hasan terus melanjutkan, " Termuat juga dalam kitab Musannaf ‘Abd al-Razzaq perihal tentang seorang lelaki yang bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud :

“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya.”

“Bersandarkan pada dalil-dalil ini, maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram tersebut”.

Jelas Hasan seraya menghirup sisa milo yang semenjak tadi terbiar sejuk.

"Aku tetap tak setuju, yang haram tetap haram!"

Hasan mendiam. Dia tahu ucapan itu muktamad. Pintu perbincangan telah tertutup rapat. Tiada

manfaat berbicara dengan batu.

"Ya sudah, kalau macam tu. Nampaknya Mahgrib pun dah nak masuk ni. Mintak diri dulu. Minum Haji

 saya bayar!... Assalamualikum" kata Hasan memberi alasansebelum berlalu menuju kaunter .

 "Waalaikumsalam."

Balas Haji Gedebe dengan ibujari kanannya segera mengeser pemetik api bagi menyalakan kretek yang dikeluarkan dari saku baju sebentar tadi. Sebaik hujung batang rokok berbara, dia segera menyedut dalam-dalam asap kretek yang gurih itu sampai menyinggahi paru-paru sebelum dihembus keluar dari hujung bibir tua yang birat.

Haram tetap haram…..Wahabbi sesat!! bentak Haji Gedebe, hilang modal.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) menarik!

    haji tapi hisap rokok. kalo tak nak duit tu bagi kpd kapasitor, boleh jugak buat bayar duit server! (emo secara tiba2)
  • 2) teringat lagi berdiskusi tentang isu ini dengan osmet lepas tengok drama Lahad lakonan Rosyam Nor.

    I team Hasan. (ala2 twilight pulak)
  • 3) ha ha. kebetulan pagi ni banyak membaca tentang serangan-serangan berilmiah kepada wahabi.

    sudahlah aku juga begitu (jika wahabi didefinisikan tidak taksub pada 1 mazhab dan lebih memurnikan dengan ayat Quran dan Hadith).

    cerita yang memetik rujukan-rujukan yang baik sebagai hujah. aku suka cerita begini. thumbs up!
  • 4) aha, buat terfikir2 lepas baca cerpen ni haji hisap rokok memang tak haram. kalau orang dadah hisap rokok, haram
  • 5) tak taulah sebenarnya tak faham ke atau buat-buat tak faham
  • 6) Persepsi manusia itu pelbagai. Walau apa pun, yang utama, kembali pada Al-Quran dan Sunnah.

Cerpen-cerpen lain nukilan toti

Read all stories by toti