Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#2: Aku, Usahawan yang Terfitnah

 

Aku, usahawan pembela bangsaAku sedih, sayu sangat. Terasa seperti maruah aku dihenyak-henyak dan dilanyak-lanyak. Hina sangatkah aku? Apa salahnya aku berusaha untuk menaikkan nama bangsa aku sendiri; bangsa Melayu?

 

Mereka kejam. Kejam memfitnah aku. Mereka panggil aku macam-macam; penipu, pengusaha MLM penipu, usahawan putar alam dan pengkhianat bangsa. Pengkhianat bangsa? Hey, bagaimana lagi untuk membuka mata bangsa lain kalau bukan dengan menayangkan duit yang berkepuk-kepuk di laman Facebook? Bagaimana untuk aku war-warkan kepada seluruh manusia yang bangsa Melayu mampu untuk memakai kereta besar? 

Semua usaha murni aku untuk menaikkan nama bangsa Melayu diperlekehkan dihina. 

Selama ini, bukan aku tidak mencuba untuk melakukan kerja lain. Aku pernah menjadi guru tuisyen yang mengajar dari rumah ke rumah. Aku mengaku, duitnya boleh tahan juga tetapi aku jadi bosan apabila ramai ibubapa yang tiba-tiba sahaja menghentikan kelas anak-anak mereka. Kata mereka, aku bukan guru yang baik kerana tidak mampu menjadikan anak mereka pelajar cemerlang di sekolah. Apa yang mereka tidak tahu, aku yang selalunya lebih bersemangat semasa belajar. Anak-anak didikan aku bena tidak bena sahaja semasa di kelas. Bila anak yang sudah sedia Melayu jadi tambah layu dan tidak menunjukkan perubahan, aku yang dipersalahkan. 

Samalah seperti sekarang. Bukan aku tidak mahu  membayar bonus perniagaan Cincin Besi Keluli kepada para rakan perniagaan aku tetapi mereka yang tidak sabar. Baru beberapa bulan aku menjalankan perniagaan ini, mereka sudah mula bising. Baru setahun menceburkan diri dalam perniagaan ini, sudah merungut tidak dapat keuntungan. Nanti, bila aku sudah selesai membayar kereta mewah jenama Baint-ley aku, aku akan langsaikan bonus mereka. Bukannya lama pun, aku hanya perlu lebih kurang dua tahun sahaja lagi. Yang perlu aku lakukan adalah menarik seramai mungkin bangsa Melayu yang malas, tidak panjang akal dan tidak sabar untuk melabur dalam perniagaan aku. Itu sahaja. 

Apa, susah sangatkah untuk mereka lakukan semua itu?

Susah-payah aku fikirkan produk yang boleh dijual kepada para pembeli. Sudah ada kopi, teh, barangan perkakasan rumah dan minyak wangi, apa lagi yang boleh aku jual dalam bentuk skim kaya mee segera? Aku mengaku; aku ini bukanlah pandai sangat. Mengaji di universiti pun cukup-cukup makan sahaja kerana sibuk menjalankan tuisyen, Mujurlah aku sedar yang manusia di seluruh dunia sangat mementingkan kesihatan sekarang. Mereka perlukan penawar untuk menyingkirkan toksin daripada asap rokok, lemak tepu yang terkumpul dek makanan segera dan juga kesan akibat malas bersenam. 

Mujur sahaja masih ada sel-sel otak aku yang mampu berfungsi. Lalu, aku tawarkan Cincin Keluli yang mempunyai hikmat untuk menghapuskan semua jenis penyakit. Perjalanan darah di dalam tubuh akan dipercepatkan dengan Cincin Keluli aku.. Masalah kanser yang tidak dapat dikesan oleh doktor di Hospital Kuala Lumpur akan hilang serta-merta dengan cincin ini. Begitu juga dengan penyakit diabetes yang boleh menyebabkan kematian. Sekalipun tidak satu pun kenyataan aku itu terkbukti benar tetapi ramai orang berpusu-pusu membelinya. 

Itu dulu. Kini tidak lagi. Aku dituduh usahawan MLM penipu. Kereta mewah aku cuma kereta pinjam, bukan lagi bukti bahawa Melayu juga mampu maju. 

Jauh hati betul aku dibuatnya. Memang Melayu sendiri tidak boleh tengok Melayu lain maju. Memang penuh dengan hasad dengki. Dengki sebab mereka tidak sebijak aku yang pandai mengambil kesempatan daripada ketamakan orang lain. Tanamkan idea yang ‘ untuk buat lebih banyak duit, maka kita mesti pinjam duit dahulu’. Dengan itu, mereka akan berlumba-lumba untuk berhutang selama berpuluh-puluh tahun dengan duit yang entahkan dapat entahkan tidak.  

Mereka semua memang dengki. Mereka patut fokus pada hal-hal yang positif. Memanglah aku tidak dapat beri semua orang bonus sekarang tetapi mereka patut tahu yang aku sudah mengubah hidup ramai orang-orang muda yang hilang punca. Tanpa kebijaksanaan aku, mereka tidak akan dapat pakai tas tangan mahal-mahal. Mereka akan jadi tenggelam punca tanpa hala tuju yang jelas tanpa aku. Nah, bukankah aku sudah berbakti pada mereka? 

Sabarlah dulu. Orang Melayu ini semua memang tidak sabar. Kalau hari ini mahu melabur, esok sudah mahu pulangan. Patutlah Melayu susah hendak maju kerana gelojoh. 

Tidak mengapalah. Kalau hari ini mereka tolak Cincin Keluli aku, esok lusa aku janji akan tawakan produk lain pula. Sekarang, aku akan pergi kedai kopi untuk buat persidangan dengan rakan-rakan aku yang ‘makan ajar’. 

Nasib baik aku masih ada penyokong yang setia. 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wah wah wah ucu... bukan maen lagi hint PCB dia waktu kita bergurau senda dengan jojo dulu. mwahahhaha'

    melayu melayu~
  • 2) wah2! berusahalah Ucu! hu hu!
  • 3) mari join bisnes ucu pulaaa
  • 4) Wah, mesti pengusaha MLM menangis terharu membaca cerpen ini. Hehehe...
  • 5) hehe. bak kata rebelliben: perniagaan yang paling mudah untung juta-juta = tipu orang melayu

    walaupun padat info, terasa agak plain cerita ni. maybe ketiadaan dialog dan plot yang punching sket. masih boleh ubahsuai sebelum tarikh tutup 20 dis 2010
  • 6) hmm.. berbau ac di sinit

    anyway, sebagai peminat cerpen2 ucu, aku rasa yg ni mcm tergesa2 di tulis.

  • (Penulis)
    7) ancalisme: itu baru sikit tu. maklumlah nak kasi teaser gempak
    kurusawa: ye baiklah huhu
    clarky: jual serkup magnet oke?
    ridh: i wish la kan
    mosh: berbau ke? bau gelang lekat peluh euw

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer