Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Senarai Sara

 

p/s: Cerpen ini adalah respon untuk komen Kamalia di cerpen Separuh Hati. mwahahahhaa


Pada pertemuan yang ketiga, aku telah jatuh cinta. Sara, bukan gadis biasa. Keletahnya, kata-katanya, gelagat manjanya, semua membuat aku tergoda. Dan bukan mudah untuk aku sembunyikan ereksiku setiap kali bertentangan dengannya.

“Kenapa tengok saya macam tu? Dah jatuh cinta?” Tekaan Sara menyebabkan aku tersenyum malu. Mungkin pipi aku dah merah. Sara tergelak kecil.

“Kalau betul, apa salahnya?” Sara masih belum reda gelak manjanya.

“Saya bukan macam perempuan biasa,” Sara memandang sekeliling seolah-olah ada yang memerhatikan kami, sebelum dia mengucapkan kata-katanya itu kepadaku, separuh berbisik. Macamlah ada orang lain yang hairan tentang kami di restoran mewah ini. Aku pun tak hairan tentang mereka. Aku cuma hairankan Sara.

“Bukan perempuan biasa?” Aku mengangkat keningku, nakal. Sara tertawa lagi. Oh Sara, aku boleh dengar kau ketawa sepanjang malam!

Sara menggunakan jaru telunjuknya mengarahkan tubuhku mendekat kepadanya. Kepala kami sudah berjarak kurang dari dua inci. Sara merapatkan bibirnya ke telinga aku. Jika aku ini ‘lelaki seminit’, sudah pasti seluar aku dah basah sekarang. Tapi aku kuat. Pengalaman aku bukan sedikit dengan wanita. Dadaku berdetak kencang setiap kali panas hela nafas Sara menyapu cuping telingaku.

Sara mula berbisik kepadaku, menyampaikan sebuah rahsia. Satu aliran listrik mengalir pantas ke otakku. Mataku membulat….

….sebelum bibirku tersenyum.

Tak. Sara tak bagitahu aku yang dia wanita yang mempunyai organ seksual lelaki. Tapi Sara membisikkan aku sesuatu yang sangat awesome. Betul, aku tak tahu adjektif bahasa Melayu apa yang patut aku gunakan. Hanya awesome yang bermain dalam fikiran aku sebelum aku segera memanggil pelayan untuk membawakan bil. Pelayan ni pun sangat lembab nak bawa bil. Lebih cepat bil dibawa, lebih cepat Sara kubawa pulang juga!

Tak perlulah aku nak gambarkan perasaan aku sepanjang memandu pulang ke rumahku dengan Sara ada di sebelahku. Perjalanan dua puluh minit itu terasa dua tahun lamanya. Kenapa tak mulakan dari kereta? Oh, sorry beb. Pertama, aku ada rumah. Kedua, aku tak beli kereta untuk benda-benda ni. Ketiga, get a room!

Sampai-sampai sahaja di dalam rumah, belum sempat Sara hendak memuji hiasan dalaman rumah aku, aku sudah merangkul pinggangnya dan mula mencumbui wanita luar biasa ini. Sara masih dengan ketawa manjanya. Bibir kami saling bertaut dan tanpa disedari kami sama-sama sudah saling meng-separuh-bogel-kan satu sama lain. Cengkaman Sara di dada bidangku membuatkan aku semakin rakus. Aku menarik rambut Sara ke belakang, mendongakkan kepalanya, sebelum sengaja aku mencium perlahan di seluruh muka, leher dan dadanya. Desahan nafas Sara semakin kuat.

Aku tahu Sara sudah tidak tahan. Namun sengaja aku berhentikan kucupan aku dan berjalan terus menuju ke kamar tidurku. Sara yang tergamam dengan tindakanku yang berhenti secara tiba-tiba, menjadi geram dan mengejarku. Aku berlari-lari kecil masuk ke dalam bilik sebelum Sara tiba dan menolak aku kuat ke atas katil. Sara terus melompat dan naik ke atasku.

Baiklah, aku akan berhenti menggambarkan apa yang terjadi kerana aku tahu, ramai yang sudah tidak senang duduk. Pendek ceritanya, malam itu sahaja, aktiviti aku dan Sara bukan sahaja hanya di bilik tidur. Seperti kucing yang tiba di tempat baru, Sara meninggalkan kenangan manisnya kepadaku di sofa ruang tamu, meja makan, kabinet dapur, bilik air, dan juga mesin basuh. Nasib baik rumah aku bukan dua tingkat.

Seperti yang dibisikkan Sara di restoran itu, dia memang bukan gadis biasa di bilik tidur. Sementalah tiga bulan bersama-sama, sudah berapa kali aku terlewat pergi kerja semata-mata Sara yang masih belum puas berasmara. Sara pun sudah miliki kunci pendua. Sering sahaja aku dikejutkan dengan dirinya yang menantikan aku di rumah dalam keadaan tanpa seurat benang, menunggu aku memuaskan dirinya. Walaupun aku lepas penat pulang dari kerja, aku akan mencuba sedaya upayaku. Wanita sehebat begini tidak akan aku lepaskan dan tidak akan aku biarkan dia mempunyai alasan untuk mencari lelaki lain untuk memuaskannya.

Suatu malam, sewaktu kami masih lelah selepas satu sesi yang amat panjang, Sara bangun dan mengeluarkan sehelai kertas dari laci almari kecil di sebelah katilku. Sara duduk bersila di tepiku yang masih cuba mencari nafas.

“Awak.. dah lebih tiga bulan kita bersama dan dah lebih tiga bulan kita buat benda yang sama,” Kata-kata Sara menimbulkan rasa gundah pula di hatiku. Apa Sara sudah mula merasa bosan dengan aku? Aku mengiring dan mengadap Sara, cuba mengukir senyuman untuk menyembunyikan kegelisahan yang aku rasakan.

“Sara dah bosan?” Nada suaraku sedikit merajuk, tanda meminta simpati secara halus, supaya Sara akan berfikir dua kali jika benar kata-kata seterusnya akan melukakan hati aku.

“Sikitlah…,” Aku memerhatikan Sara yang menunduk, memandang helaian kertas yang hampir renyuk digenggamannya. Nada suaranya sedikit nervous. Padahal dia tak tahu aku lagi nervous!

“Sebab tu lah, Sara dah buat senarai perkara-perkara yang boleh menambahkan lagi keriangan kita!” Macam Doraemon mengeluarkan ciptaannya dari saku ajaib, Sara dengan riang terus membuka lipatan kertas yang dipegangnya itu. Aku cuba melihat namun dihalang Sara. Katanya, itu senarai dia, jadi hanya dia yang boleh tahu dan tambah panjang senarai itu. Kalau aku nak, aku kena buat sendiri.

“Apa contoh-contohnya?” Aku ingin tahu juga gila si Sara ni. Sara tersenyum malu-malu.

“Ala, fetishes! Macam role-play, whip cream, coklat panas, leather, macam-macam lagilah!” Sara kelihatan teruja mengungkapkan antara beberapa cadangan di dalam senarai fantasi seks-nya itu. Walaupun aku tak pernah buat semua-semua itu, aku layankan saja. Sekurang-kurangnya Sara bukan minta putus.

Maka, keesokan malamnya bermulalah adventure kami yang terbaru. Menurut sms Sara pagi tadi di tempat kerja, dia nak bermula dengan role play. Dia suruh aku cuba menghayati watak seorang doktor setibanya sahaja aku di rumah nanti. Apa yang perlu aku buat? Google pasal kanser otak atau teknik-teknik pembedahan-kah?

Tiba di rumah dan masuk saja dalam kamar tidur, aku lihat sudah ada kot doktor dan stetoskop terbaring di atas katil. Aku tergelak sendiri sebelum mandi dan bersiap-siap dengan kostumku. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Aku dengan tenang pergi membuka pintu. Kelihatan Sara di muka pintu berpakaian biasa. Shit! Tak jadi main kah? Aku sudah berapa kali ereksi tadi di pejabat, beranggapan yang Sara akan berpakaian seperti seorang jururawat nakal.

“Awak tak pakai…,” belum sempat aku menghabiskan protes aku, Sara memandang aku tajam tanda masih mahu aku berada dalam karektor. Aku segera mendepakan tanganku, memperkenalkan diriku sebagai Dr. X dan mengajak ‘pesakit’-ku ke ‘kamar pemeriksaan’.

“Cik sakit di mana?” Aku berwajah serius sambil memegang stateskopku.

“Saya tak ada sakit apa-apa. Saya cuma nak buat pemeriksaan payu dara. Takutlah sekarang ni ramai yang bising-bising pasal kanser.” Damn, this is getting better!

“Boleh buka baju untuk saya periksa?” Aku bertanya naïf dan selepas itu, semuanya sejarah indah. Hehe.

Senarai Sara memang menguatkan lagi perhubungan kami. Tapi aku takkan tipu dengan mengatakan bahawa semua percubaan kami berjaya.

Gari? Memang menyeronokkan untuk Sara sebab dia dapat jadi yang berkuasa waktu itu. Itu belum lagi kalau ada cemeti. Sakit, tapi lama-lama keseronokan tu datang sendiri.

Whip-cream dan coklat panas? Pesanan aku dari pengalaman, pastikan letak whip-cream dulu. Tapi yang ini aku paling suka. Sebab tu aku namakan lidah Sara, Dora the Explorer.

Role-play tu tak payah cakaplah. Bomba, bos di pejabat, pensyarah dan pelajar, jiran rumah sebelah, semua kami dah cuba. Nasib baik Sara tak pernah suruh aku drag. Mana tahu dia ada fantasi lesbian.

Pendek kata, kehidupan kamar tidur kami memang tak pernah bosan dan menyebabkan perasaan sayang aku kepada Sara semakin berlipat-kali-ganda. Hari ini di pejabat, aku sudah resah gelisah mahu pulang. Kata Sara, ada kejutan menantiku di rumah. Tapi hari ini juga pengurus besar nak buat mesyuarat tergempar. Memang aku tak ada fokus langsung di bilik mesyuarat. Seronoknya kalau Sara ada di dalam bilik ni sekarang. Otak aku nakal seketika.

Setibanya di rumah, Sara menerangkan padaku dia mahu mencuba voyeurism atau lebih mudahnya, perlakuan menayangkan aktiviti erotik kepada orang lain. Aku terkejut. Aku nyatakan pada Sara yang aku takkan sama sekali nak berbogel di hadapan orang asing. Sara ketawa kuat, terutamanya melihat wajah aku yang sudah pucat.

“Bukanlah, maksud saya, kita saling goda masing-masinglah. Voyeurism in between the two of us. Faham?” Aku menjadi lega. Sara katakan padaku dia mahu aku yang mula dulu malam ini. Menurut arahan Sara, dia akan masuk ke dalam kamar tidur dulu dan akan menanti aku di dalam.

“Janjikan saya sebuah persembahan terbaik dalam hidup awak, ya!” Pesan Sara sebelum melangkah manja masuk ke dalam kamar tidur. Aku tersengih sendiri. Sejak bila aku tak pernah perform?

Aku pun mula menanggalkan pakaian aku satu persatu, menarik nafas dalam-dalam dan melangkah masuk diiringi muzik rancak nyanyian Justin Timberlake. Setibanya di dalam kamar tidur, aku terkejut melihat sebuah tiang kecil berkilau betul-betul bertentangan dengan katil aku. Tiang macam dalam monorail tu. Sejak bila pula Sara pesan tiang ini pun aku tak tahu. Inilah rupanya kejutan yang dijanjikan Sara. Aku mengumpulkan kembali ketenangan aku. Sara yang sedang berbaring di atas katil dengan baju tidur tipisnya tersenyum dan mengarahkan aku ke tiang. The real show is about to start.

Aku berjalan seksi ke arah tiang itu sambil menayangkan otot-ototku kepada Sara membuatkan Sara bertepuk tangan dan bersorak. Aku semakin bersemangat. Aku tak tahu kenapa saat-saat begini aku semakin ghairah. Terbayang-bayang seketika perlakuan-perlakuan male stripper dalam wayang-wayang Hollywood. Terbayangkan apa yang mereka buat, bukan aku bayangkan tentang apa yang mereka ada, ok! Aku perlu mengambil contoh dari mereka. Aku masih lagi menari-nari di hadapan Sara sambil menggoyang-goyangkan ereksiku di hadapan Sara yang sudah berlutut di atas katil, teruja. Hawa dingin dalam bilik ini tak mampu menghalang peluh jantan mengalir, menambahkan kilatan pada otot-otot badanku.

Aku bersandar dan mula memeluk-meluk tiang itu. Sesekali aku hayunkan badanku dan kembali bersandar, naik dan turun dengan pandangan mata yang menggoda kepada Sara. Kemudian, aku mengambil beberapa langkah ke belakang. Sara seolah-olah faham apa yang akan aku lakukan mula dan kembali bertepuk tangan dan bersorak. Aku menarik nafas dalam-dalam dan cuba membayangkan cara terbaik untuk aku lakukan teknik tiang yang seterusnya ini.

Aku berlari perlahan dan kedua-dua tanganku memaut tiang itu diikuti kedua-dua kakiku, cuba memeluk tiang yang sudah licin dengan peluhku itu, sebelum satu perasaan senak maha dahsyat menjajah otakku. Tanpa disedari aku sudahpun terbaring di atas lantai. Kedua-dua tanganku di celah kangkang. Fuck!

Sara menjerit, turun dari katil dan berlutut di sebelah aku yang cuba menahan air mataku dari mengalir. Pedih, senak, ngilu, semua jadi satu. Aku tak tahu samada aku masih lagi seksi atau tidak berbaring-kesakitan-bogel sebegini.

“Awak tak apa-apa?” Soalan kurang logik dari Sara itu menambah lagi rasa sakit di hati aku.

Oh God, this is such a bad idea!” Sara menggeleng-gelengkan kepalanya tanda menyesali perancangannya ini. Aku cuma mampu bersetuju dalam hati.

“Aduh, batang dengan ‘batang’ memang tak boleh jalan!” Aku masih sempat bergurau dalam kesakitanku. Aku sudah terbayang muka doktor yang bakal merawat aku nanti.

Sara kelihatan serius selepas mendengar gurauan aku dan memotong sesuatu dari senarainya. Shit, apa saja yang dia cancel-kan tu?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) gaya bahasa Fira Basuki
    chaiyok...

    tentan g ceritanya.... pitammm hehe
  • 2) hahahaha....peh, berani gila kau buat cerita mcm ni! nampak sgt pengalaman kau luas hahaha! aku suka cara cerita ni 'berjalan'. satu persatu. rasa mcm masuk rumah hantu pulak.
  • 3) hmmm...ada budak2 tau dalam kapa ni..isy222!!
  • 4) haha itulah. aku bersetuju dgn pak kuru
  • 5) Oh, wajah saya kemerah-merahan...

  • (Penulis)
    6) uiks.. korang sumer dah baca. hahahaha.

    #kamalia, aku maneder luas pengalaman. sikit2 je. ye.. mmg aku buat step by step. ala2 mengajar 'budak2' bak kate #kurusawa n #uculer. hahahaha

    #riri.. janganlah blushing sgt... keskes
  • 7) aku siap share kat fb biar budak2 dpt berguru dgn kau secara tak langsung di alam maya kihkihkih!

  • (Penulis)
    8) baguslah begitu, Kamalia. walaupun aku penulisnya.. derang tak kenal aku. derang kenal kau kat FB. jadi nama aku tak terpalit tahi sangat. mwahahahaha
  • 9) Weih mana ada aku ckp mengajar budak2.ni dah kire libel tau ancalisme

  • (Penulis)
    10) mwaahhahaa.. ucu.. jelas nyata bertulis kau bersetuju dengan kuru! make bersekongkollah korang ckp mengajar budak2. kan? kan?
  • 11) Cube ko bace komen pak kuru.mana ada die sebut mengajar budak.sedihla aku mcm ni.biarlah aku membawa diri

  • (Penulis)
    12) ahhhh... btol jugak tu.. aku baru sedar akan putar belit yang berlaku di situ.

    baeklah... korang berdua telah menyatakan bahawa terdapat budak2 di kapasitor. tiada sekali menyebut sebarang ajaran terjadi. kekekekeke

    ok x uculer i buat press conference ni?
  • 13) Yes nais. Nak lagi nais, belanja minum

  • (Penulis)
    14) mwahahaha.. teh aes ok la ucu!
  • 15) arerererere.......

Cerpen-cerpen lain nukilan Ancalime

Read all stories by Ancalime