Cita-cita

  • 3
  • toti
  • 9 years ago
  • 2,950
  • FREE

 

Lokasi:  Bilik darjah

 

A: Kawan, umur awak berapa tahun?

B: 10 tahun. Awak?

A: Sama lah, dah kita satu kelas.

B: Habis tu kenapa tanya?

A: Saja. Kenapa awak jawab?

B: Dah awak tanya, saya jawab la...

A: Siapa suruh awak jawab?

B: ???? (gila kot budak ni)

A: Awk suka sekolah?

B:.... (baik aku diam)

A: Diam tu tandanya suka

B: Siapa cakap?

A: Mak saya cakap

B: Mak saya pun pernah cakap macam tu jugak

A: Kita tak suka sekolah, lagi best duduk rumah

B: Kenapa awak tak suka sekolah?

A: Sebab cikgu selalu bagi banyak kerja rumah

B: Tapi kalau tak sekolah macam mana nak pandai?

A: Abang kita selalu pergi sekolah tapi tak pandai-pandai pun. Dia selalu kena marah dengan ayah sebab report card banyak merah. Ayah cakap dia bodoh.

B: Betul ke ni?

A: Betul tak tipu. Tipu dosa, mati seksa!

B: Awak ada cita-cita?

A: Ada. Awak?

B: Saya pun ada

A: Awak nak jadi apa dah besar nanti?

B: Saya nak jadi Polis

A: Kenapa awak nak jadi Polis

B: Kalau jadi polis saya dapat pistol dan boleh tembak semua orang jahat. Biar padan muka diorang!

A: Tapi klu orang jahat tu ada pistol?

B: Saya letupkan orang jahat tu guna bom.

A: Fuhh! terror la awak ni

B: Awak pulak dah besar nanti nak jadi apa?

A: Kita nak jadi Perdana Menteri

B: Kenapa awak nak jadi Perdana Menteri?

A: Klu kita jadi PM boleh duduk kat Putrajaya. Dapat rumah besar, pejabat besar, kereta besar, dan segala-galanya besar. Duit pun banyak. Kita akan bawa keluarga duduk sana sekali. Jadinya ayah, ibu dan abang kita tak payah lagi tinggal kat rumah flat yang kecil tu. Kita boleh amik awak jadi bodyguard kita. Lepas tu kita belanja semua kawan-kawan, termasuk awak. Suka tak?

B: Suka.

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) semua-semua besarrr yeeee. yeeeeeee

    hmm. awal2 tu menyatirakan apa eh. pasal umur apa semua tu. mata mengantuk ni gagal pula menafsir.
  • 2) hahaha...salah info budak2 ni. patutnya perdana menteri la yg kena duduk rumah flat, jadi bodyguard rakyat hihihi
  • 3) Oho, ada nada 'pesimis' di dalam ini. Hehehe...

Cerpen-cerpen lain nukilan toti

Read all stories by toti