Bila Adik Besar Nanti

 

Ahmad tengah enjoy breakfast dengan rakan-rakannya.

Bakar: Ali, buah hati ko apa khabar?

Ahmad: LOL, ko kena update cepat-cepat la Facebook ko Ali. Ramai lagi yang tak tau citer latest ni.

Ali: Betul gak tu Ahmad. Asyik lupa je nak update. Lagipun aku dah lama dah tak ber-Facebook ni. Bakar oi, aku dah solo dah la. Tobat nasuha dah ni.

Bakar: Wow, Alhamdulillah! Sampai hati ko tak update aku ek. Well rakan-rakan, alang-alang kepalang, aku pun nak update yang status aku kat Facebook dah bertukar dah. No more baby, bebeh!

Samad: Sweet! Speaking of solo, bukan ko dah nak keluar dari solo time zone ke Ahmad? Ape citer ngan Anis?

Ahmad tengah buffer (i.e. khusyuk melayan benda lain sampai tak sedar apa yang berlaku disekeliling).

Samad: Ahmad? O Ahmad! Oit, ko dengar tak apa aku cakap nih?

Ali: Bro, dia dah lost dah...

Ahmad khusyuk melihat gelagat seorang budak kecil ("Adik") berdekatan tempat dia duduk dengan rakan-rakannya. Innocent giler.

Adik: Fuiyoo, tingginya ABC ni! Rasanya tak dapat habiskan kot Ayah.

Ayah: Uik, tadi sape yang excited sangat nak makan tu? Silakan la ye. Baca Bismillah pastu habiskan.

Adik: Ala, Adik main-main je. Banyak sangat ni Ayah. Tak nak jadi buncit macam Ayah.

Mama: LOL!

Ayah buat muka kiut.

Adik: Mama nak?

Mama: OK la, kita share.

Adik: Ayah, tengok tu! Kapal terbang!

Ayah: Haa, nanti Adik belajar elok-elok pastu jadi pilot. Nak?

Adik: Tak tau la Ayah. Adik pun tak tau nak jadi apa bila besar nanti.

Ayah: Apa-apa pun, Adik buat la apa yang Adik minat bila besar nanti ye. Janji halal.

Adik: Adik minat Power Rangers biru. Nak jadi Power Rangers boleh?

Ayah senyum.

Adik: Ayah, bau apa ni? Ada benda terbakar ke Ayah?

Ayah: [Bisik] Oh, tu bau asap rokok Adik. Tengok belakang Adik tu, ada sorang abang ngan girlfren dia. Dua-dua tengah rokok.

Adik: [Bisik] Adik nak rokok boleh?

Ayah: Budak-budak mana boleh. Tengok tu, 18 tahun ke atas je boleh rokok.

Adik: O ye ke. Budak besar je boleh rokok rupanya. Sama la macam sesetengah movie kan Ayah? 18 tahun ke atas je boleh tengok kan?

Ayah: Err...iye.

Mama mula pandang slack kat Ayah.

Adik: Ooo! Adik paham. Kalau camtu, Adik nak jadik besar cepat-cepat la Ayah!

Ayah: [Hairan] Nape?

Adik: Sebab bila dah besar, suma yang haram jadi halal kan kan kan?

Ayah: ...

Cepat-cepat Ayah sorok rokoknya.


Dikarang oleh,
Muhammad Aiman Azlan

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) thumbs up!
  • 2) hehehe siap ada link dengan yang lama-lama. nice!
  • 3) haha..menarik
  • 4) Cantik sekali kiasannya!
  • 5) peh!...terbaek!
  • 6) pedas! hahahaha... pendek tapi catchy dan kelakar.... mesej yang kuat...
  • 7) suka!!!!
    selama ni mungkin banyak perkara yang orang dewasa salah ajar kat kanak-kanak, tp bila kanak-kanak besar dan buat perangai kita kata dia kurang ajar pulak! Mungkin bukan kurang ajar, tapi terlebih diajar!
  • 8) "Sebab bila dah besar, suma yang haram jadi halal kan kan kan?"
    thihihi. memang pedas pedas paprika jugak la kan.
    thumbs up!
  • 9) best

Cerpen-cerpen lain nukilan ibnuazlan

Read all stories by ibnuazlan