Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Hikayat Cinta Gila

Cerpen sebelumnya:
Bila Adik Besar Nanti
Cerpen selanjutnya:
Azam Seorang Rakyat

 

 

“SEKEJAP!” jerit Fiqroul apabila aku melaung-laung namanya berulang kali. Yang sebenarnya sengaja aku menjerit-jerit begitu. Nak bagi dia pressure sikit. Aku tahu dia tak suka dengan aku, tapi aku peduli apa?

Fiqroul kembali membawa fail-fail yang diminta oleh aku untuk difotostat. Aku membuat wajah yang tegang seperti menahan amarah yang maha dashyat, walhal aku sedikitpun tak kisah. Dia membuat reaksi selamba sahaja, seolah tak kisah dengan reaksi wajah aku. Eh, memang cari penyakit mamat sorang ni. Getusku di dalam hati.

“Kenapa awak buat kerja lambat sangat? Tahu tak saya ada banyak meeting lepas ni? Yang asyik terhegeh-hegeh apasal?” marahku dengan suara yang sengaja aku tinggikan. Kalau nak tahu, mamat depan aku ni namanya Fiqroul Ashaari. Bukan Awal Ashaari ya, Fiqroul Ashaari namanya.

“Maafkan saya Cik Fitri, tadi ink mesin tu habis. Saya tukar kejap.” Ujarnya dengan peluh yang merintik di dahi. Eh, comel pulak dia buat muka kasihan macam tu. Fikir aku di dalam hati. Aku lihat dia mengeluh. Mungkin dia fikir aku tak percaya dengan alasannya. Kemudian dia menunjukkan lengannya yang terkena dakwat yang tumpah. Alahai, kasihannya!

“Kalau Cik Fitri tak percaya, tengok lengan saya. Habis ink ni tumpah.” Beritahu Fiqroul lagi. Aku diam dan memandangnya sinis. Sengaja aku pura-pura tak mahu percaya!

“Ada saya kisah? Dah, sekarang pergi susun kertas-kertas yang awak fotostat ni. Sekejap lagi pengarah besar nak tengok. Ingat, jangan lambat. Bukan saya tak tahu awak ni, buat kerja bukan  main lambat.” Komenku lagi.

Aku sempat mengerling kearahnya dan aku lihat dia sedang mengetap bibir. Mungkin bengang dengan aku agaknya. Aku tergelak di dalam hati. Nasiblah kau Fiq dapat bos macam aku. Gelakku lagi.

 “Ha! Apa lagi termenung tu. Cepatlah siapkan!” tengkingku lagi dengan ekor mata yang tajam. Seolah-olah mahu menelan Fiqroul hidup-hidup sahaja. Fiqroul mengangguk-angguk dan mengangkat kertas-kertas yang baru sahaja difotostatnya sebentar tadi.

Aku kembali memandang skrin laptopku dan menyambung kerjaku yang tertangguh. Beberapa ketika kemudian aku tergelak mengingati detik pertama Fiqroul diterima masuk ke dalam jabatan ini.

****

“Nama awak siapa?” soalku dengan kasar. Aku melihat dia sudah mulai tidak duduk diam. Kemudian dia menyerahkan sebuah fail kepadaku. Sudah aku agak, fail tersebut mengandungi butiran peribadi dirinya. Aku mengangkat keningku dengan tinggi, mengalahkan Ziana Zain sahaja!

“Awak tak ada mulut ke? Saya tanya awak nama. Bukan saya minta awak serahkan fail awak!” marahku lagi. Terkebil-kebil dia memandangku. Tersentak barangkali.

“Maaf Puan Fitri.” Ujarnya dengan suara yang perlahan. Semakin aku naik angin dengan panggilan yang baru sahaja diberikannya. Puan? Dia ingat aku dah kahwin ke apa? Tak nampak ke muka aku ni muda dan cantik berseri lagi?

Excuse me! Saya belum kahwin. So, just call me Cik Fitri!” aku membetulkan panggilannya. Dia mengangguk dan tersenyum. Menyerlahkan lesung pipitnya. Dan aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh tertambat dengan senyuman itu. Dengan tidak semena-mena aku senyum kembali kepadanya. Aneh bukan?

“Maaf Cik Fitri. Nama saya Fiqroul Ashaari.” Katanya dengan tergagap-gagap. Terkejut dengan suaraku barangkali. Ahh, biarlah. Yang penting aku suka melihat senyumannya.

So, awak ada pengalaman jadi setiausaha sebelum ni?” soalku dengan serius, sedikitpun tidak memandang wajahnya. Yang sebenarnya aku sudah tak sanggup melihat senyuman dan mata redupnya. Manis sekali!

“Pernah beberapa bulan aje Cik Fitri. Lepas tu saya resign.” Beritahu Fiqroul dengan bersungguh-sungguh. Mungkin ingin meyakinkan aku. Aku mengangguk sembari melihat kembali butiran dan sijil yang dibawanya.

Hurm, not bad. Boleh cerita dengan lebih lanjut. Kenapa awak resign. Bukan apa, nanti awak kerja dekat sini tak fasal-fasal awak resign. Saya tak nak macam tu. Saya nak seorang setiausaha yang setia. Faham maksud saya? Saya tak nak yang pengecut punya. Bila kena marah, terus minta berhenti. Or whatever, resign ke. Saya nak orang tu teguh pendiriannya. Faham tak?” jelasku panjang lebar.

Ada sedikit perubahan di wajahnya. Eh, terasa ke dengan kenyataan aku? Klise sangat! Aku lihat dia mengangguk dan menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Bukan macam tu Cik Fitri. Mungkin Cik Fitri anggap saya macam tu tapi yang sebenarnya, saya minta berhenti sebab saya tak tahan dengan pihak atasan yang menuduh saya gelapkan kewangan syarikat.

Demi Allah, saya sikit pun tak ada niat nak buat macam tu. Beberapa hari kemudian, mereka dapat tahu siapa pelaku sebenarnya and that time baru diorang minta maaf dengan saya. Saya rasa dah tak guna saya kerja situ lagi, kalau satu syarikat dah buruk sangka yang perangai saya macam tu. Saya ada maruah,” katanya dengan bersungguh-sungguh. Menarik!

Maksudnya dia berhenti kerja bukan kerana tidak tahan dimarah. Berhenti kerana mahu mempertahankan maruahnya. Sememangnya aku suka dengan orang yang sebegini!

“Baiklah, maknanya awak bukan orang yang pengecut. Bagus, saya respect dengan keputusan awak. Saya rasa saya terima awak disini.” Kataku pula.

“Eh, senangnya Cik Fitri. Usually saya kena tunggu feedback dulu.” Komennya pula. Eh, banyak bunyi pulak mamat ni. Orang dah bagi dia kerja, dia bagi komen pulak! Marahku!

“Senang sebab saya nak menyenangkan kerja saya. Boleh aje kalau awak nak saya menyusahkan kerja saya dan menyusahkan awak. Awak boleh balik dan tunggu dua minggu, lepas tu saya call awak. Nak macam tu?” soalku kepadanya. Dia tersenyum lagi.

“Maaf Cik Fitri. Tak apalah kalau macam tu. Bila saya boleh mula kerja?” tanyanya lagi. Fail yang berada di tanganku diserahkan kembali kepadanya.

“Awak boleh mula bekerja esok. Bawak semula fail ni. Sijil PMR awak tak ada dalam tu. Nanti masukkan sekali. Saya nak salinan dia. Okey?” pintaku. Dia mengangguk.

Itulah kali pertama aku mengenali Fiqroul Ashaari, seorang lelaki yang aku rasakan low profile, mungkin. Tinggi, mempunyai mata yang tenang dan selesa dipandang. Hidung yang mancung, bibir yang merah. Serta kulit yang putih. Ya, dia pekerjaku dan menjadi orang bawahan aku, sehinggalah suatu hari…

****

“Cik Fitri, Dato’ Hisham mahu jumpa dengan cik.” Beritahu Sarah, pembantu peribadi Dato’ Hisham. Aku membalas dan menutup talian. Eh, kenapa pulak Dato’ Hisham nak berjumpa dengan aku ni? Fikirku di dalam hati.

Pasti dia ingin bertanyakan tentang projek terbaru yang sedang kami usahakan. Aku tahu dia mahu memenangi tender tersebut. Bukan aku tidak mengenali Dato’ Hisham. Dia tidak mengemari persaingan.

“Masuk.” Laung Dato’ Hisham setelah aku mengetuk pintunya beberapa kali. Dan aku terperangah melihat kelibat Datin Emelda yang sedang duduk di sisi suaminya. Ada apa pula ni? Mereka berdua tersenyum memandang aku, dan semakin aku terkejut melihat anak lelaki mereka, Darwish Daniel yang sedang sibuk bermain dengan Playstation Portablenya, turut ada bersama.

Umur Darwish Daniel lebih kurang sama denganku. Apa yang aku tahu, Darwish baru sahaja pulang dari Kanada. Dia baru sahaja menyelesaikan pelajarannya di sana. Agak terkejut aku melihat penampilan Darwish yang tak ubah seperti orang barat.

Aku hanya berdiri di hadapan pintu. Menjadi kaku seketika. Datin Emelda menyuruh aku duduk dan aku menolaknya dengan mengatakan aku mempunyai kerja lain.

“Duduk dulu Fitri. Kami ada benda nak bincang ni.” pelawa Dato’ Hisham pula. Akhirnya aku akur. Kalau aku menolak nanti, dia kata aku degil pulak! Tak ke naya dibuatnya kalau gaji aku dipotong?

Aku segera melabuhkan punggungku di atas kerusi empuk yang berada di dalam pejabat Dato’ Hisham. Datin Emelda sudah mula tersenyum memandangku.

“Begini Fitri, biarlah kami terus terang aje. Awak pun kata awak ada banyak kerja. Begini, kami berdua ingatkan nak jodohkan Fitri dengan Darwish. Memandangkan Darwish pun baru aje balik dari Kanada.” Laju sahaja mulut Datin Emelda berkata. Aku menelan liur, kesat. Gulp! Biar betul Datin Emelda ni? Demam ke apa?

Tiba-tiba aje nak suruh kahwin dengan anak dia. Aku kenal pun tidak dengan anak dia, tiba-tiba aje nak suruh kahwin dengan anak dia. Tambahan pula, kenapa Darwish tak menolak? Hisy, mamat ni. Memang sengaja buat kepala otak aku gila!

“Betul tu Fit. Kami dah lama perhatikan awak. Tak ada pula mama nampak ada buah hati ke apa. Dalam erti kata lain, kami nak meminang Darwish untuk awak sekarang ni. boleh?” sampuk Dato’ Hisham pula.  Memang Datin Emelda menggelarkan dirinya mama kepadaku. Katanya dia sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri. Memandangkan aku sebatang kara.

Aku memandang wajah Dato’ Hisham dan Datin Emelda silih berganti. Sah! Orang tua berdua ni dah kena sawan. Dengan tiba-tiba aje aku jadi sasaran calon menantu mereka. Apa yang istimewanya aku? Cantik ke aku? Eh, memang cantik. Aku tersenyum sendiri.

“Tapi mama dan papa tak rasa ke Darwish tak suka dengan keputusan mama dengan papa ni.” kataku lagi, memberi alasan. Apa yang aku lihat sekarang ni, Darwish tidak ambil kisah langsung. Sibuk dengan PSP-nya.

Dato’ Hisham dan Datin Emelda tergelak sembari mengalihkan pandangan mereka kepada Darwish yang masih lagi khusyuk dengan PSP-nya.

“Darwish tak kisah langsung. Thus, dia memang sukakan Fitri.” Beritahu Datin Emelda lagi dengan seulas senyuman dan lesung pipit yang jelas terserlah di pipinya. Alahai! Kenapalah aku boleh jadi mangsa ni? Punyalah berlambak perempuan dekat sini, kenapa aku jadi mangsa!

Aku cuba memerah otak, mencari alasan yang sebaik mungkin. Bagi tidak mengecewakan permintaan Dato’ Hisham dan Datin Emelda. Bukan aku menolak, tapi aku tak rela berkahwin dengan Darwish. Bukan aku tak tahu, Darwish seorang kaki perempuan. Juga kaki botol! Depan ibu bapanya nampak baik, di belakang terserlah perangai sebenarnya. Alim-alim kucing!

Tiba-tiba sahaja seseorang mengetuk pintu pejabat Dato’ Hisham. Dato’ Hisham dan Datin Emelda terdiam sebentar. Daun pintu terbuka dan tersembullah wajah Fiqroul yang segak memakai pakaian pejabat dengan seulas senyuman. Seperti biasa.

“Maafkan saya kerana menganggu Dato’, ada seseorang menunggu Cik Fitri.” Beritahunya dengan nafas tercungap-cungap. Aku tahu dia berlari. Tiba-tiba sahaja terdetik satu idea di kepalaku! Aku memanggil Fiqroul untuk segera ke arahku. Datin Emelda terpinga-pinga memandang kami berdua.

“Mama, papa. Saya rasa lebih baiklah kalau saya berterus terang. Daripada saya terus berahsia begini.” Aku memulakan mukadimah. Dato’ Hisham mengerutkan wajahnya. Tak terkecuali Datin Emelda, mungkin kurang mengerti dengan maksud kata-kataku.

Fiqroul masih lagi berdiri kaku. Menunggu arahan seterusnya dari aku. Bunyi alat penghawa langsung tidak dapat mengatasi desah nafasku yang kian mencungap ini. Dadaku dari tadi tidak henti-henti berdebar.

“Saya dan Fiqroul akan berkahwin tak lama lagi.” Ujarku spontan. Terbelalak mata Dato’ Hisham dan Datin Emelda memandangku. Darwish yang sedari tadi khusyuk dengan PSP-nya kini turut terkejut.

Aku menarik tangan Fiqroul dan memegang tangannya erat. Aku dapat rasakan tangan Fiqroul mulai sejuk. Mungkin juga dia terkejut, bahana kata-kata spontan dari bibirku mungkin. Aku juga tidak dapat menahan getaran rasa yang kian memuncak di hatiku.

Ini sahajalah jalan terbaik yang boleh aku lakukan demi menyelamatkan diriku dari menjadi isteri Darwish. Sungguh aku tak sanggup! Simpang malaikat empat puluh empat! Aku lebih rela jadi anak dara lanjut usia atau popular dengan nama andalusia dari menjadi isteri Darwish.

“Betul. Saya dan Cik Fitri akan berkahwin tak lama lagi.” Ujar Fiqroul pula. Aku menarik nafas lega! Bersyukur kerana Fiqroul tidak memecahkan rahsiaku.

Aku dapat melihat Datin Emelda mengeluh halus. Aku dapat rasakan kekecewaan di dalam hati hatinya. Dato’ Hisham tersenyum.

“Baiklah, kalau macam tu pastikan betul-betul ya. Jangan berlakon pula. Saya akan upah seseorang untuk memastikan hal ni.” ujar Dato’ Hisham dengan tenang. Dan buat kali kedua aku menelan liur.

How come  Dato’ ni boleh tahu? Tak boleh jadi ni.” fikirku di dalam hati. Aku dapat melihat senyuman sinis Darwish. Mungkin dia rasakan aku juga menipu tentang status hubunganku dengan Fiqroul.

“Betul Dato’, kami akan berkahwin tak kurang dalam sebulan. Ahad ni saya akan pergi kursus perkahwinan dengan Cik Fitri.” Lancar sekali Fiqroul berkata. Langsung tidak menampakkan dia sedang berbohong.

Darwish terkesima memandangku, sembari retina matanya bertukar arah. Sekejap ke arahku, dan sekejap beralih pada Fiqroul. Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan jawapan spontan yang dituturkan oleh Fiqroul.

Aku tersenyum lega. Mujurlah Fiqroul tidak mendedahkan hal yang sebenarnya. Aku memegang tangan Fiqroul, lebih erat. Dan Datin Emelda masih lagi ternganga.

“Tahniah saya ucapkan Fiq, Fit. Tak sangka awak berdua menjalinkan hubungan dalam diam. Apa-apa pun, nanti bila awak berdua dah nak berkahwin, beritahu saya. Saya akan tolong sedikit-sedikit.” Kata Darwish, akhirnya dia bersuara. Hambar.

Aku mengangguk dan menghadiahkan seulas senyuman buat jejaka yang kononnya menyimpan hati padaku. Sementelah aku meminta diri dengan mengatakan kami perlu ke kedai baju pengantin untuk memilih baju pengantin buat kami berdua. Lega!

“Ingat pesan saya tu Fit. Once I know the truth, kamu siap.” Ujar Dato’ Hisham, seolah-olah memberi peringatan kepada aku. Seandainya aku berbohong, dia pasti akan mengerjakan aku. Ahh, aku peduli apa? Ada aku kisah?

Apa yang sedang bermain di kepalaku sekarang ialah bagaimana caranya untuk memberi alasan untuk menjelaskan kepada Fiqroul tentang apa sebenarnya yang terjadi. Aku tahu dia pasti terpinga-pinga mendengar kata-kataku sebentar tadi.

****

“Saya tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni. Cuba Cik Fitri jelaskan pada saya. Dari A hingga Z,” kata Fiqroul dengan wajah yang serius. Aku tahu dia buntu dengan reaksi spontanku sebentar tadi.

Aku mencari alasan yang terbaik. Yang sejujurnya aku juga sudah kehilangan kata-kata dan idea di kepala. Apa aku nak jelaskan pada mamat ni?

“Macam ni Fiq, awak kena menyamar yang kita nak kahwin.” Kataku dengan nada yang mendesak. Eh, macam desperatedesperate! Aku harus rendahkan egoku kali ini. sangat aje? Memang sangat

What!” jerit Fiqroul dengan pandangan yang tajam. Aku tahu dia terkejut. Ah, tapi aku peduli apa? Bukan aku suruh dia jadi suami aku pun. Menyamar aje!

You have to help me this time Fiq. For the human sake. Saya janji saya akan suggest awak jadi pengurus kewangan saya. Tambahan pula, saya baru aje pecat pengurus saya tu. Dia memang tak berkaliber. If you willing to help me in this, saya akan lantik awak.” Aku menggunakan kuasaku bagi memikat perhatian Fiqroul.

Sebagai timbalan pengarah dan juga pengurus di bahagian sumber manusia di syarikat ini, aku mempunyai kuasa untuk memecat sesiapa sahaja di dalam syarikat ini. Dalam erti kata lain, aku sudah menjadi anak angkat Dato’ Hisham, oleh sebab itu dia memberikan aku kuasa. Dan oleh sebab itu jugalah aku dipaksa menjadi menantu mereka!

Oh! Relakah aku? Tak! Memang aku tak sanggup. Melihat gambarnya yang berpelukan dengan wanita yang bukan muhrim di laman sesawang Facebook sahaja sudah membuatkan aku jelek memandangnya. Lelaki macam tu ke nak dijadikan suami aku? Oh, please!

But if Dato’ and Datin caught we’re cheating on them, macam mana? Saya pasti kena pecat. Saya tak nak macam tu Cik Fitri. Menjadi impian saya untuk bekerja dengan syarikat ini. Dah lama saya berusaha.” Fiqroul sudah mulai mengeluh. Huh!

“Tentang tu awak jangan risau Fiq, kita tak akan ditangkap menipu melainkan salah seorang dari kita bukak mulut. Jangan tergedik-gedik beritahu dekat Dato’, faham?” Aku memberikannya keyakinan. Aku tahu dia ingin membantuku, tapi dalam masa yang sama dia ragu-ragu.

Okay fine. Deal. So, what should we do now?” soalnya. Aku mengangkat kedua belah bahuku. Semestinya aku tidak tahu apa langkah seterusnya! Tiba-tiba aku teringat kembali pesanan Dato’ Hisham sebentar tadi.

‘Baiklah, kalau macam tu pastikan betul-betul ya. Jangan berlakon pula. Saya akan upah seseorang untuk memastikan hal ni.’ dan kata-kata itu seumpama pita yang asyik memainkan dirinya sendiri di dalam mindaku. Tension!

Now, next step kita kena pergi daftar kursus perkahwinan. Sebab saya tahu, after this mesti Dato’ Hisham nak tengok sijil kursus kita.” aku memberi cadangan. Fiqroul mengangguk-angguk dan aku sudah anggap dia menyetujui cadangan aku. Cantik!

****

Aku memandang ke arah Fiqroul dari atas ke bawah. Dia baru sahaja mencuba pakaian pengantin yang aku pilih. Nampak segak bergaya. Inilah yang orang panggil kahwin koboi. Aku sendiri tidak sangka aku akan kahwin secepat ini! Ini semua salah Darwish!

“Okey?” soal Fiqroul beberapa kali sembari membetulkan pakaian yang dipakainya. Datin Emelda yang sedari tadi menemani kami memandang dengan senang, gembira. Entah mungkin dia kecewa kerana tidak dapat menjadikan aku menantunya. Eh? Riaknya aku! Macamlah aku diva sangat! Aduh!

“Okey sayang. Apa-apa sahaja yang awak pakai, semuanya okey. Even kalau awak pakai baju tarzan pun saya kata okey.” Kataku, masih dengan sandiwara. Datin Emelda berada denganku lagi, hendak tak hendak aku terpaksa berlakon.

“Amboi, romantiknya pasangan merpati dua sejoli ni. Mama rasa tema warna ungu pun boleh tahan cantik. Lagipun Fitri memang suka ungukan?” soal Datin Emelda lagi. Aku mengangguk. Pandanganku segera berkalih kepada Fiqroul.

Proses temuduga ringkas mengenai apa yang disukai dan dibencinya semalam membuatkan aku tahu apa yang menjadi kegemaran Fiqroul dan apa yang menjadi kebencian Fiqroul. Ungu bukanlah warna pilihannya.

“Tak mahulah mama. Macam mana kalau pink?” cadangku, setelah aku lihat Fiqroul tidak banyak bicara. Hanya diam membisu, kelu lidahnya mungkin.

“Hisy Fitri ni! Ada ke patut pink! Bakal suami Fitri tu lelaki, bukan perempuan nak suruh dia pakai pink. Ingat dia lelaki lembut ke?” Selamba sahaja Datin Emelda memberi komen. Dan aku dapat merasakan Fiqroul sedang menahan malu.

“Mana ada! Tak semestinya perempuan aje yang guna pink. Lelaki pun boleh. Nampak cute mama. Kan Darwish pernah pakai pink jugak.” Bidasku lagi. Cuba mempertahankan Fiqroul, aku lihat wajahnya sudah bertukar muram.

“Suka hatilah kamu nak warna apa Fitri. Pening mama nak fikirkan!” ujar Datin Emelda sembari memicit kepalanya. Tekanan mulai menyerang kepalanya. Tambahan pula mereka belum menjamah sedikit makanan pun. Mereka pergi mencari alatan perkahwinan dengan tergesa-gesa.

“Baik boss! I’m sure combination purple dengan pink akan jadi legenda dalam mana-,mana sejarah perkahwinan.” Ujarku dengan bangga. Aku sendiri pening mengapa aku boleh jadi gembira dengan perkahwinan ini. Sedangkan Fiqroul telah membuat beberapa perjanjian setelah dia mengahwini aku, dan sebelum dia mengahwini aku.

Fiqroul Ashaari memang cerewet orangnya. Semuanya serba tak kena pada pandangan matanya. Datin Emelda terjeda mendengar cadanganku. Aku pasti, dia sedang terfikirkan sesuatu di dalam mindanya.

“Fitri nak buat konsep kayangan tak?” Datin Emelda memberi usul. Aku ketawa kecil! Sah! Datin Emelda sudah kemaruk dengan perkahwinan angkasawan pertama Malaysia, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor.

Aku menggelengkan kepalaku berulang kali. Buat apa nak buat majlis yang besar-besar? Aku bukan kahwin dengan Fiqroul atas dasar suka sama suka. Just nak menggelakkan diri aku dari jadi isteri Darwish.

Seperti yang dijanjikan, kami akan kahwin selama dua bulan dan tempoh bulan kedua aku akan duduk di rumah keluarga Fiqroul. Dan kami tidak akan tidur di atas katil yang sama. Seperti yang telah dipersetujui.

Bagi bulan pertama pula, aku dan Fiqroul akan tinggal di rumah Dato’ Hisham dan Datin Emelda, mereka mahu aku tinggal bersama mereka setelah aku berkahwin. Aku tahu mereka masih meragui aku dan Fiqroul.

Tamat sahaja tempoh dua bulan tersebut, Fiqroul akan menceraikan aku dengan alasan kami tidak serasi. Dan disaat itu, aku akan berpura-pura yang aku sudah tidak bersedia menerima cinta mana-mana lelaki. Bagaimana? Bijak tak rancangan yang aku rencanakan? Persis di dalam filem? Sudah tentu! Aku peminat tegar drama-drama sebegini, tak sangka aku pulak yang boleh terjebak.

Hurm, dua bulan. Semuanya kedengaran mudah. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada aku dapat menyesuaikan diriku atau tidak selama tempoh dua bulan itu. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

So, macam mana? Setuju dengan cadangan mama?” soal Datin Emelda lagi. Setelah lama aku berjeda. Aku tersentak dari lamunanku. Fiqroul tampaknya sudah kembali memakai pakaian berwarna lain pula.

“Tak naklah mama. No need that grand. Cukup buat simple aje. Lagipun..” aku hampir sahaja memecahkan rahsia perhubungan aku dan Fiqroul. Huish! Nasib baiklah aku masih pandai jaga mulut aku ni!

“Lagipun apa Fitri?” soal Datin Emelda, ingin tahu. Aku tersengih.

“Lagipun Fiq tak nak majlis besar-besaran. Dia kata cukup kecil-kecil aje.” kataku lagi, menudingkan kesalahan pada Fiqroul. Fiqroul menjegilkan matanya kepadaku. Ah, peduli apa aku nak besarkan mata dengan aku. Ingat aku takut? Gelakku di dalam hati.

“Bukan macam tu Datin, saya rasa Fitri dah banyak membazir selama ni. So, apa salahnya masa perkahwinan kami, kami berjimat sikit. Hari esok kita tak tahu. Mungkin hari ni kita berduit, esok lusa Allah tarik balik, kita juga terkontang-kanting.” Ujar Fiqroul dengan spontan. Aku mengetap bibir. Giliran dia menyindir aku! Datin Emelda tersenyum.

“Tak perlu panggil Datin lagi, call me mama aje Fiq. Betul kata Fiq tu, kekayaan di dunia bukanlah kekal sampai akhirat. Yang penting kebahagiaan kalian berdua. Mama doakan sangat-sangat kamu berdua cepat dapat cahayamata.” Luah Datin Emelda lagi. Gulp!

“Erk, mama tak rasa terlalu cepat ke nak cakap soal cahaya mata? Kami kahwin pun belum lagi ni. Aduh!” keluhku. Fiqroul mengangguk, aku dapat merasakan ada resah di wajahnya.

“Cepat atau lambat bukan persoalannya Fitri. Cahaya mata tu kan rezeki dari Allah, mama ni mana ada anak perempuan. Justeru mama bersyukur sangat Fitri sudi jadi anak mama. Baru aje mama bercadang nak jadikan Fitri menantu mama, tapi tak ada jodoh. Nak buat macam mana.” Kata Datin Emelda. Aku menjadi terharu dengan kata-kata Datin Emelda.

Kalaulah perangai Darwish itu tidak teruk, sudah pasti aku akan menerima lamaran dari Datin Emelda dan Dato’ Hisham kerana mereka berdua telah banyak memberikan jasa kepadaku. Budi baik mereka tidak dapat aku balas rasanya.

“Yalah mama. Fitri doakan Darwish segera temui jodohnya. Fitri tahu dia boleh dapat calon yang lebih baik dari Fitri.” Kataku pula. Datin Emelda menggeleng.

“Susah nak jumpa orang macam Fitri. Humble and down to earth. Satu dalam seribu Fitri.” Puji Datin Emelda.

“Fitri bukan bidadari yang turun dari syurga mama. Fitri ada kekurangannya. Tak semua manusia sempurna. Dari setiap sudut, pasti ada kekurangan. Lagipun mama, cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.” Pintasku. Datin Emelda mengeluh.

Eh, melebih pulak aku ni. macamlah aku dengan Fiqroul cinta sejati. Cinta lakonan, cinta palsu. Atau layak digelar dengan cinta atas kertas ke?

“Mama tahu Fitri, dahlah tu. Macam mana?” soal Datin Emelda, mematikan topik perbualan. Aku terdiam sejenak. Oh ya, lupa pula tentang baju perkahwinan kami.

Final decision mama, pink and purple. Is it okey with you dear?” soalku kepada Fiqroul. Fiqroul hanya mengangguk, tidak banyak membantah. Datin Emelda tersenyum.

****

“Fiq tahu ma, tapi ni dah ditetapkan. Fiq harap mama dapat terima. Fiq akan balik sana dalam beberapa bulan lagi.” Bisik Fiqroul di dalam telefon. Aku mengerling ke arahnya. Pasti dia sedang berbicara dengan mamanya.

Huh, tak sangka. Anak mak rupanya si Fiqroul ni. Nampak gaya macho dan segak! Kemudian aku lihat Fiqroul menutup telefon bimbitnya.

Sorry Cik Fitri, tadi mama saya call. She’s quite surprise tentang perkahwinan kita. Iyalahkan, siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba aje macam ni.” luah Fiqroul, sembari menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Sorry Fiq, saya dah jebakkan awak dalam masalah saya. Saya tahu awak tak sanggup bantu saya. Maafkan saya sekali.” Ujarku, memohon maaf. Aku rasa bersalah amat sangat!

“Tak apa cik Fitri. Saya ikhlas bantu Cik Fitri. Dulu Cik Fitri bantu saya, sekarang saya bantu Cik Fitri pula,” katanya dengan seulas senyuman, kemudian terserlahlah lesung pipitnya yang manis kelihatan.

Ya benar, aku pernah membantunya sebelum ini. Dia hampir sahaja dibuang kerja kerana cuai. Dato’ Hisham bukan main marah, tapi aku berjaya mengawal situasi dan berjaya menyelamatkannya dari dipecat. Mungkin dari situ dia terhutang budi denganku.

“Keluarga awak okey tak? Baik tak?” soalku. Aku perlu ambil tahu juga di dalam hal ini, lagi beberapa minggu sahaja kami akan melangsungkan perkahwinan. Kad kahwin juga sudah diedarkan.

“Okey aje. Macam manusia biasa, tak kanibal. Tak makan orang pun. So tak ada sebab Cik Fitri nak takut.” Fiqroul berseloroh. Hisy! Sengal betul! Nak gurau-gurau pulak. Aku serius dia main-main!

Sejujurnya aku masih tidak mengetahui latar belakang keluarga Fiqroul. Apa yang aku tahu dia tinggal di Sabah. Di mana tempatnya? Aku sendiri tak tahu. Aku hanya pernah menjejakan kakiku ke Pulau Sipadan sahaja. Itu pun sebab aku melancong. Tak adanya aku pernah jejakkan kaki aku ke sana.

Family awak tinggal dekat mana? Kota Kinabalu ke?” soalku, ingin tahu.

“Tak adalah. Cik Fitri ni, asal cakap Sabah aje Kota Kinabalu. Asal Kota Kinabalu aje Sabah. Tak ada tempat lain ke nak sebut? Sebutlah Kota Belud ke, Keningau ke, Tawau ke.” Keluh Fiqroul. Aku terdiam. Memang betullah Sabah selalu dikaitkan dengan Kota Kinabalu, gunung tertinggi dekat Malaysia tu, siapa tak kenal?

“Dah tu, awak duduk mana?” tanyaku lagi, terus ke pokok soalan. Fiqroul tersengih. Matanya masih lagi memandang ke jalan raya. Mujur tidak sesak hari ini.

“Keluarga saya tinggal dekat Pulau Mengalum.” Jawab Fiqroul, ringkas. Aku terjeda. Lubuk mana dia duduk ni? Tak pernah dengar langsung aku tempat tu. Tempat jin bertendang ke?

“Erk. Kat mana tu? Tak pernah dengar. Ada dalam peta Malaysia ke?” soalku lagi. Keinginanku untuk tahu membuak-buak. Haraplah tidak terlalu jauh ke pedalaman. Memang aku tak selesa.

“Dekat aje. Nanti Cik Fitri akan pergi sana jugak. Sabar aje okey? Sabar itukan separuh dari iman Cik Fitri.” Ujar Fiqroul lagi. Aku mengangguk.

****

Akhirnya perkahwinan di antara Fiqroul dan aku selamat dijalankan. Itupun selepas beberapa kali Fiqroul tergagap-gagap melafazkan akad nikah. Gamat satu masjid dengan telatah Fiqroul yang gugup tak kira tempat.

Dan pada hari ini aku sudah sah bergelar isteri kepada Fiqroul Ashaari, kuliku, juga merangkap suamiku! Sukar dipercayai? Tapi itulah hakikatnya! Dan aku dapat lihat Darwish mendengus geram memandangku yang sedang bergambar dengan Fiqroul sebentar tadi.

Hipokrit. Macam aku tak tahu si Darwish sudah ada pilihan hati. Tujuan apa nak kahwin dengan aku? Bukankah kekasihnya lebih jelita dari aku? Aku cuma wanita biasa aje. Tak ada kelebihan langsung. Bahkan aku tidak mempunyai ibu bapa. Sebatang kara.

Oleh sebab itu aku tidak pernah bercinta. Komitmen utamaku hanya pada kerja. Aku tak mahu terjebak dengan cinta sebelum aku berjaya. Tapi di dalam kes ini aku terpaksa. Terima kasih kepada Fiqroul kerana menjadi penyelamat aku!

“Cik Fitri, bila kita nak berangkat pergi ke rumah orang tua saya?” soal Fiqroul, di dalam bilik kami berdua. Aku mengangkat bahu.

“Fiq, saya rasa untuk elak kita rasa kekok di hadapan orang tua awak dan Dato’ Hisham serta Datin Emelda, eloklah kalau kita tukar panggilan.” Kataku, bukan apa, aku bimbang kalau Fiqroul tersasul dan punah semuanya.

“You call me abang, I call you sayang. Like that?” soal Fiqroul lagi. Aku berfikir sejenak.

Sayang? Oh my god, skemanya! Tapi sekejap, tak ada panggilan lain ke? Aku kurang arif dalam benda ni, kali terakhir aku bercinta masa aku di Kanada dulu. Itupun bercinta dengan mat salleh. Tak lama, sekejap aje. tak sampai seminggu. Mat salleh tu panggil aku honey atau madu. Ha! Betul! Biar Fiqroul panggil aku honey!

“Err, tukar Fiq. Eh, salah. Abang. Call me honey. Sayang, nampak macam old school sangat.” Komenku. Fiqroul tergelak. Dia mengangguk.

“Macam-macamlah awak ni. Dah malam ni. Awak tidur atas katil, abang akan tidur atas sofa tu.” Fiqroul menuding jarinya ke atas sofa yang terletak di dalam bilik pengantin kami.

“Jangan sesekali naik atas katil. Faham!” arahku. Fiqroul tergelak. Suaranya kedengaran manja di telingaku.

“Jangan risau honey, abang tak akan punya. Dah, pergi tidur. Sleep well. Assalamualaikum.” Ujar Fiqroul pula. Aku mengangguk, lantas menutup lampu dan segera aku menarik selimut. Kedinginan mulai mengigit tubuhku, bahana alat penghawa dingin yang dihidupkan semaksimumnya.

****

“Fiq, mari makan dulu. Lagipun, kamu tu dah naik pangkat. Bukan kerja dengan Fitri lagi.” Kata Dato’ Hisham, memanggil Fiqroul untuk sama-sama bersarapan bersama mereka. Fiqroul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku tahu dia cuba mengelak. Genap sudah sebulan usia perkahwinan kami, dan seperti yang dijanjikan aku akan berhijrah ke rumah keluarga Fiqroul pula.

“Err, papa. Fiq ada meeting. Fiq kena cepat.” Fiqroul memberi alasan. Ha? Meeting apa pagi-pagi buta macam ni?

“Jangan nak tipu papa Fiq. Kalau ada meeting papa dah suruh Sarah batalkan semuanya. Sekarang papa nak kamu ready berkemas. Sekejap lagi Fiq dengan Fitri nak balik Sabah bukan?” kata Dato’ Hisham lagi. Aku hampir ketawa. Padan muka Fiqroul!

Fiqroul kehilangan kata. Aku tahu dia sudah hilang modal untuk berkata-kata. Aku memandang ke arah lain. Hari ini aku tahu dia ingin jumpa sahabat baiknya. Ah, kali ni biar dia duduk rumah tak sampai beberapa jam lagi aku akan bertolak ke Sabah. Better dia duduk rumah, sedia.

“Betul tu abang, tak payahlah pergi meeting tu. Kita duduk rumah aje ya? Lepaskan rindu dekat papa dengan mama dulu. Dengan abang Darwish sekali. Sekejap lagi kita dah nak pergi Sabahkan?” kataku pula. Fiqroul menjegilkan matanya.

Sejak aku berkahwin dengan Fiqroul, aku sudah mula memanggil Darwish abang. Aku sudah menganggapnya abangku. Aku pun tidak ada beradik, jadi elok juga dia jadi abang aku dari menjadi suami aku! Selisih!

“Dahlah Fiq. Duduk sini, dari kau keluar pergi pejabat, baik duduk dengan aku main PS3 ni.” pelawa Darwish pula. Huh, tulah dia. Tak habis-habis dengan PS3, PSP-nya. Tak ada benda lain ke? Akhirnya Fiqroul mengalah.

“Okey abang Ish, papa, honey.” Ujar Fiqroul. Ada riak kecewa di wajahnya. Comel dia membuat wajah begitu. Aku juga tidak menyedari bahawa jantungku sudah berdegup kencang tatkala dia mengukir senyuman. Perasaan apakah ini?

Tak mungkin aku sudah betul-betul jatuh cinta kepadanya. Maksud aku, tak mungkin aku jatuh cinta pada pekerjaku sendiri! Mana mungkin! Tapi mereka kata cinta itu buta. Adakah cinta itu gila juga? Tak kenal darjat dan pangkat, juga tidak mengenal usia. Kalau hati sudah sayang, bibir tidak akan mampu berkata apa-apa. Begitukah?

****

“Siapa sebenarnya awak Fiq?” soalku kepada Fiqroul setelah pemandu feri membawa kami berdua ke Pulau Mengalum. Apa yang menghairankan aku, nama feri tersebut tertera nama yang serupa dengan bapa Fiqroul. Zahi-Al Azim Ferry.

“Manusia biasalah. Kenapa tanya saya ni honey?” soalnya pula. Eh si Fiqroul ni, aku soal dia, dia soal aku balik! Apa yang aku tahu Fiqroul bukan dari golongan keluarga yang berada. Dahulu pun dia datang temuduga dengan pakaian yang selekeh.

“Beritahu saya sekarang. Cepat.” Desakku, beberapa ketika kemudian, sebuah banglo besar yang tersergam indah di pulau yang dipanggil Pulau Mengalum itu. Aku terlopong. Sungguh aku terkejut, sangat terkejut! Atau perlu aku kata aku terkejut kuasa seribu?

Setelah feri tersebut berhenti sahaja di pulau tersebut, ada dua orang wanita menanti kami. Seorang kelihatan tua, dan seorang lagi nampak muda dan cantik. Wajahnya persis Fiqroul. Mama Fiqroul mungkin?

“Selamat datang ke teratak kami yang tak seberapa ni Nurfitrah.” Kata wanita yang cantik itu. Ha? Teratak yang tak seberapa? Rumah yang besar macam istana dia kata tak seberapa? Mujurlah aku tak rebah disitu. Pitam!

“Terima kasih, err..” aku ingin mengucapkan terima kasih, tetapi aku ragu-ragu dengan siapa yang sedang aku berbicara sekarang. Fiqroul segera memintas.

“Mama. Ini mama abang.” Kata Fiqroul. Pantas dia memeluk wanita yang cantik itu. Aku tergamam seketika. Mama? Mudanya! Cantik berseri lagi. Siapa wanita tua di sebelah mama Fiqroul pula?

“Ini nenek abang. Salam cepat.” Arah Fiqroul. Wanita itu tersenyum. Kemudian datang seorang lelaki membawa beg pakaian aku masuk ke dalam rumah. Nenek serta mama Fiqroul sudah masuk ke dalam rumah dan mengajak aku masuk sekali.

Aku memandang suasana rumah Fiqroul. Memang sangat cantik. Tak ubah di dalam syurga. Aku menyiku lengan Fiqroul. Aku rasa seperti mahu tumbuk-tumbuk aje mamat Fiqroul ni. Menipu aku!

“Awak tak cakap awak ni kaya!” marahku. Fiqroul terkejut.

“Buat apa saya nak cakap? Bukan saya yang kaya, keluarga saya yang ada duit. Saya tak ada duit pun.” Kata Fiqroul pula. Ni yang aku geram! Memang orang kaya selalu cakap macam tu ke?

“Lagipun honey, hanya Allah yang kaya. Tak ada manusia yang kaya dalam dunia ni. Semua ni harta sementara aje. Faham maksud abang?” kata Fiqroul pula. Aku tersentuh. Benar katanya itu. Aku jadi malu sendiri.

Aku memandang ke seluruh kawasan. Semua peralatan tersusun kemas. Pasti mama Fiqroul seorang yang kreatif. Aku memandang satu bingkai gambar yang terpampang gambar keluarga Fiqroul. Tunku Asmah Ezora. Aku menelan liur. Kerabat diraja rupanya! Nama papanya pula, Tunku Zahi Zikri Al-Azim!

Sejujurnya aku memang terkejut, sangat terkejut! Fiqroul tidak pernah bercerita denganku mengenai ini. Jadi nama Fiqroul yang sebenarnya ialah Tunku Fiqroul Ashaari? Ternyata Fiqroul bukan calang-calang orang!

Keperibadiannya yang merendah diri. Tidak berlagak dan tidak mendedahkan dirinya yang sebenar sedikit sebanyak menjentik hatiku. Tak seperti diriku, kalau boleh aku gemar menunjuk. Aku pernah mengalami waktu susah sewaktu aku kecil, aku selalu dicerca oleh jiranku yang kaya. Dan selalu juga aku dihina, justeru apabila aku besar sahaja aku bertekad menjadi seorang yang berjaya.

Ternyata aku sendiri yang malu. Fiqroul sendiri tidak menunjuk-nunjuk. Bahkan rela menjadi pembantuku. Sedangkan hartanya sudah banyak. Buat kali keberapa aku sendiri tidak ingat, aku kelu!

“Duduk Fitri. Rumah mama biasa-biasa aje. Mama tahu rumah Fitri lagi cantik.” Ujar Tunku Asmah, merendah diri. Aku berdebar-debar.

“Tak adalah mama. Rumah mama cantik sangat. Pandai mama susun. Hiasannya semua beli kat luar negara ke?” soalku pula. Tunku Asmah menggeleng.

“Semua hiasan ni Nenda Chik yang buat dan hias. Cantikkan?” kata Tunku Asmah, menuding jarinya pada nenek Fiqroul yang dipanggil Nenda Chik. Aku mengangguk. Memang cantik, tak dapat aku nak luah dengan kata-kata. Fiqroul tidak banyak cakap, dia hanya diam aje sepanjang Tunku Asmah menyoal aku dengan pelbagai soalan.

Aku terlihat kelibat seorang lelaki yang turun dari tangga rumah mereka. Lelaki yang berkulit putih, hampir sama wajahnya dengan Fiqroul. Sah! Ini papa Fiqroul, Tunku Zahi Zikri! Nampak tegas orangnya. Garangkah?

Aku segera menyalami tangan papa Fiqroul. Dia membalas hulurkanku dan tersenyum.

“Dah lama sampai Fiq?” soal Tunku Zahi. Fiqroul menggelengkan kepalanya. Aku tahu Fiqroul masih letih. Jelas kelihatan wajahnya yang tidak bermaya.

“Fiq penat tu Zahi, suruh dia berehat dulu.” Kata Nenda Chik. Bagus jugak, aku memang betul-betul penat ni. Perjalanan yang sangat jauh, aku rasa!

“Masuk bilik dulu Fiq, nanti makan malam mama panggil Fiq dengan Fitri. Buat masa sekarang rehat dulu ya?” ujar Tunku Asmah dengan penuh prihatin. Aku tersentuh. Mama Fiqroul tampak penyayang. Juga tidak sombong.

Lazimnya orang yang berpangkat besar selalu sombong dan mementingkan diri sendiri. Tapi tidak bagi keluarga Fiqroul. Aku menghadiahkan senyuman dan segera meminta diri dan mengikut Fiqroul masuk ke dalam bilik.

Setiba sahaja di dalam bilik, aku menolak tubuh Fiqroul. Wajahku merah menahan marah. Aku belum berpuas hati dengan dirinya. Dia selalu menyembunyikan rahsia denganku! Tak pernah berterus-terang!

“Awak keluarga yang terhormat! Kenapa tak pernah beritahu saya?” bebelku. Fiqroul mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Aku tahu dia pasti bosan mendengar bebelan aku yang tak ubah seperti minah murai. Ada aku kisah ke?

“Enough said honey. Abang penat ni. Kalau nak marah, esok-esok aje okey? Right now, siapa yang nak tidur atas katil?” tanyanya dengan mata yang kuyu. Memang benar dia sudah penat. Akhirnya aku mengalah. Biarlah dia berehat dulu.

“Abang ajelah tidur katil. Saya boleh tidur dekat bawah. Dah lama abang tidur dekat bawah. This time, I give you chance.” Kataku beralah. Kadang-kadang aku ni memang tak betul sikit. Sekejap panggil dia abang, sekejap bersaya awak. Huh! Aku sendiri tak faham dengan diri aku!

“Wahh, mengalah kali ni ya? Bagus. Esok I’ll give you something.” Kata Fiqroul pula. Aku diam. Apa yang dia nak beri?

“Apa benda yang abang nak beri?” soalku, ingin tahu. Fiqroul tergelak.

A kiss!” ujarnya dengan tawa yang nakal. Aku segera mencubit lengannya.

“Jangan berani nak cium saya tanpa kebenaran!” marahku. Dia ketawa lagi.

“But I’m your husband. Abang ada hak!” pintasnya. Aku sudah mengetap bibir. Geramnya cakap dengan mamat ni!

“Tak ada dalam perjanjian! Jangan nak buat saya naik angin boleh?” kataku dengan seulas senyuman. Aku cuba menahan marahku. Fiqroul ketawa lagi.

“Serius sangat dia ni. Bergurau pun tak boleh. Dahlah, tepi sikit. Abang nak mandi. Nak ikut?” pelawanya. Ish! Hendak aje aku menjerit sekuat hati! Sejurus melihat wajah aku kian merah, dia segera meminta maaf, dan terus masuk ke dalam bilik air. Ha! Tahu takut!

Alahai, jadi gilalah aku menghabiskan masa selama sebulan dengan keluarga Fiqroul. Tapi, aku rasa tenang juga berada di samping Fiqroul. Rasa selamat dan gembira. Setidak-tidaknya ada juga orang yang membimbing aku dan memberikanku nasihat.

****

“Fitri dah lama ke bercinta dengan Fiqroul?” soal Tunku Asmah, mengorek rahsiaku dengan Fiqroul. Wajahku merah, malu!

“Lama jugak mama. Dalam enam bulan.” Jawab Fiqroul.

“Mama tak tanya kamu la Fiq. Mama tanya Fitri. Ish!” komen Tunku Asmah. Aku ketawa. Tapi hanya di dalam hati aje.

“Betul tu mama. Enam bulan.” Jawabku.

“Sekejapnya. Tup tup terus kahwin. Mama terkejut jugak. Dulu Fiqroul susah nak suruh dia kahwin. Macam-macam alasan dia bagi. Tak ada calonlah. Nak fokus pada kerjayalah. Sekarang ni laju aje, balik-balik sini terus bawak bini! Mana mama tak terkejut. Anyway Fitri, welcome to our family.” Ujar Tunku Asmah, panjang lebar. Aku mengangguk.

Oh! Fiqroul dengan aku tak banyak beza. Dia anak tunggal, aku juga anak tunggal. Dia mementingkan kerjaya, aku juga! Kami serasikah? Soalan itu tak mampu aku jawab!

“Dah jodoh ma, nak buat macam mana. Lagipun Dato’ Hisham yang nak suruh kami kahwin cepat.” Sampuk Fiqroul pula. Ewah! Pandai pula dia kata soal jodoh! Tiba-tiba nama Dato’ Hisham terbabit.

“Dato’ Hisham? Usahawan terkenal tu?” soal Tunku Zahi. Aku menganggukkan kepalaku. Tak sangka mereka turut mengenali Dato’ Hisham. Sedikit rasa bangga terjentik dalam diriku, walaupun Dato’ Hisham bukan bapa kandungku.

“Jadi papa dapat berbesan dengan usahawan terkenallah ni!” Tunku Zahi berseloroh. Aku hanya tersenyum meleret.

“Untunglah papa. Siapa yang tak kenal dengan Dato’ Hisham, isterinya Datin Emelda kalau tak silap. Betul tak? Pengasas produk kecantikan tu?” tebak Tunku Zahi lagi. Aku tak mampu berkata apa-apa. Hanya kepala aku sahaja yang memainkan peranan. Angguk, geleng, angguk, geleng. Aduhai!

“Betul ke ni Fitri? Pengasas Emelda Cosmetics tu? Mama memang dah lama nak jumpa dengan dia. Tak sangka dia dah jadi besan mama. Setahu mama dia ada seorang anak aje. anak lelaki.” Kata Tunku Asmah pula. Aku mengangguk, buat kali berapa? Aku sendiri tak kira!

“Saya anak angkat dia papa, mama.” Ujarku, berterus terang. Mereka mengangguk, faham. Kemudian keluarlah soalan yang aku sudah jangkakan dari mulut mereka.

“Ibu bapa kandung Fitri?” soal Tunku Zahi, aku tersenyum kelat.

“Mereka dah lama meninggal. Since I was six, back then Dato’ Hisham yang jaga saya.” Kataku, tanpa cuba berselindung lagi. Mereka mengangguk.

Hisy! Apa kena ni, asyik angguk aje dari tadi! Bosan aku! Yang si Fiqroul, sibuk dengan makanan dia! Makan aje kerjanya! Aku segera mencubit peha Fiqroul. Tersedak dibuatnya dia. Hampir sahaja tersembur makanan yang sedang dikunyahnya.

“Ya Allah Fiq, makan betul-betul. Gelojoh sangat makan!” marah Tunku Asmah. Aku diam. Fiqroul memandang aku dengan pandangan yang tajam. Ah sudah! Aku dah tak boleh nak tipu perasaan aku sekarang ni!

Eloklah kalau aku berterus terang! Aku sudah jatuh cinta dengan Fiqroul! Benar dia kuli aku! Tapi siapa kisah? Senyumannya menawan hatiku! Dialah insan yang bersama dengan aku dalam tempoh beberapa minggu ini. Walaupun kami tidak tidur bersama.

Dia benar-benar mengambil perhatian pada diriku. Tiada sedikit dia lalai dengan tanggungjawabnya. Walaupun kami kahwin ‘olok-olok’, tapi layanannya sangat istimewa. Kadang-kadang dia boleh menjadi romantik.

Aku, bunga mekar yg mencari kumbangnya. Biarkan orang lain berkata-kata duka, kebahagiaan berada di tanganku sendiri. Bukan orang lain, aku tetap mengejarmu, menginginkan cintamu. Akan  aku alami bahagia jika bersama dirimu. Buat tempoh ini aku tahu Fiqroul tidak mencintai diriku! Tapi akan ku cuba kejar cintanya itu, agar kebahagiaan diriku dapat di capai!

****

Hari ini Tunku Asmah dan Tunku Zahi membuat majlis kesyukuran aku dan Fiqroul. Ramai kenalan-kenalan Tunku Asmah dan Tunku Zahi hadir. Tujuannya hanya ingin mengucapkan tahniah dan berkenalan dengan aku. Perlu ke?

Ramai kenalan yang aku sendiri tak kenal mengucapkan tahniah kepada aku dan Fiqroul. Sesekali aku lihat Fiqroul gamat melayan saudara maranya yang asyik mengusik dirinya. Kemudian datang seorang wanita yang agak jelita, bersalaman denganku. Aku menghadiahkan senyuman.

Congrats Fitri. Awak dah jadi milik Fiqroul.” Kata wanita itu. Dia mengenakan baju gown yang seakan-akan Taylor Swift, cantik! Aku terpinga-pinga. Siapa dia? Tiba-tiba aje!

“Err, thanks.” Luahku. Dia mengangguk. Aduhai! Bahagian angguk-angguk geleng-geleng yang aku paling tak suka! Memang orang dekat sini suka buat macam tu ke? Tak faham aku!

“By the way, my name is Aishyatul Neyda. Just call me Neyda.” Wanita itu memperkenalkan dirinya. Aku segera mengenalkan diriku. Namanya boleh tahan sedap!

“My name is Nurfitrah Rahayu. Call me Fitri.” Kataku pula. Neyda tersenyum. Cantik orangnya, mempunyai kulit yang putih. Tapi lagi cantik aku kot? Ah! Mana boleh orang lain lagi cantik dari aku!

“Saya tahu. Awak anak Dato’ Hisham and Datin Emelda. Anyway Fiqroul tak cerita apa-apa dengan awak mengenai saya?” kata Neyda. Tulus sekali wajahnya. Aku menggelengkan kepalaku. Memang tak ada.

“Err, tak ada. Kenapa ya Neyda?” soalku pula. Neyda tergelak. Eh, minah ni. ketawa pulak dia. Nak kata aku buat lawak, jauh sekali!

“Saya bekas kekasih dia.” Kata Neyda. Ayat yang ringkas. Mudah difahami, menikam jantungku umpama panahan petir yang kuat! Auch!

Aku rasa cemburu sebentar. Bekas kekasih suami aku? What! Apa motif dia jumpa dengan aku? Nak suruh lepaskan Fiqroul ke? No way! Aku dah mula cintakan Fiqroul!

“So?” ujarku pula. Neyda mendengus. Mungkin dia menjangkakan aku akan memahami dirinya. Hello? Please!

“Saya tahu awak kahwin dengan Fiqroul sebab takut dikahwinkan dengan Darwish.” Kata Neyda pula. Aku menelan liur. Kesat.

“Eh, siapa cakap? Saya kahwin dengan Fiqroul atas sebab suka sama suka. Kalau tak, takkanlah kami happy sekarang ni Cik Neyda.” Aku mengukir senyuman. Hish perempuan ni, kalau ikutkan hati, aku dah simbah air kat muka dia sekarang ni. Atau tolak dia dekat kolam renang yang ada dekat sebelah aku ni.

Busybody ya amat! Kalau ya pun aku kahwin dengan Fiqroul ‘olok-olok’, apa kaitan dengan dia? Dia ke yang tanggung kos perkahwinan aku? Dia ke? Hisy! Ni yang aku mula nak naik angin!

Let him go please.” Pinta Neyda dengan wajah yang memang aku rasakan minta dilempang berulang kali. Aku ketawa terpaksa.

“No Neyda, I love him.” Luahku, seikhlas hati. Tiba-tiba sahaja Fiqroul datang dan segera memelukku erat. Ada riak cemburu di wajah Neyda, aku segera mengukir senyuman. Rasa tenang berada di dalam pelukan Fiqroul.

“Abang, dah makan?” soalku, ambil tahu. Fiqroul mengangguk sembari mengucup dahiku di hadapan Neyda. Ha! Padan muka kau! Perempuan tak faham bahasa! Aku dah kata Fiqroul tak suka kau! Perasan!

“Dah makan honey. Honey dah makan?” soal Fiqroul pula kepadaku. Aku menggelengkan kepalaku berulang kali, sambil mencebik. Fiqroul mengelus rambutku. Indahnya perasaan ini! Aku rasa bagaikan di awang-awangan.

Seperti yang aku katakan, kali terakhir aku bercinta ialah ketika aku belajar di Kanada dahulu. Kira-kira lima tahun dahulu. Sehingga kini, pintu hatiku sepi. Tiada penghuni, justeru tiada seekor kumbang yang berani mendekati diriku.

Mungkin kerana sikapku yang garang? Dalam banyak-banyak lelaki, hanya Fiqroul yang tampak mesra denganku walaupun sudah banyak kali dia dimaki dan dihamun olehku.

“Kenapa ni?” Fiqroul mulai khuatir. Aku tahu dia cuma berlakon kerana mahu menunjukkan dia seorang suami yang prihatin di hadapan Neyda. Aku merengek sambil memegang perut.

Honey sakit perutlah abang! Abang suapkan boleh?” pintaku dengan manja. Fiqroul tergelak mendengar permintaanku yang bagai kanak-kanak.

“Kalau sakit perut, jangan makan. Pergi rehat sana. Abang ada banyak kerja lepas ni.” kata Fiqroul pula. Aku menguatkan pelukanku.

Neyda yang sedari tadi berdiri memandang kami, entah apa yang sedang melanda dirinya tika ini. Mungkin cemburu, mungkin sakit hati. Mungkin juga geram. Tapi, ada aku kisah ke semua tu? Yang penting aku gembira di sisi Fiqroul.

“Eh Neyda, dah lama sampai?” Fiqroul menegur.

Aku ketawa di dalam hati. Tak mungkin Fiqroul baru perasan kelibat Neyda yang sudah berdiri bagaikan patung memerhatikan lakonan kami tadi. Ke memang si Fiqroul ni tak suka pada Neyda? Soalan itu berulang-ulang di dalam kepalaku. Sementelah aku sendiri tak mampu menjawabnya. Simpan dalam buku catatan ajelah!

“Dah lama jugak Fiq. Lama tak nampak you, makin hensem sekarang ya? Iyalah, orang dah ada wife. Makin terurus.” Kata Neyda, terasa hati. Alamak! Minah sorang ni touching la pulak!

“Pandai-pandai aje you ni Neyda. I biasa-biasa aje. sama aje macam dulu.” Fiqroul menafikan. Eh, memang Fiqroul hensem pun. Siapa kata dia tak hensem? Mari sini aku pelangkung sorang-sorang. Getusku di dalam hati.

“Iyalah tu Fiq. Kan hobi you merantau. Macam-macam negeri you pergi. Akhirnya you bawak balik orang Kuala Lumpur juga ya. Orang disini ditinggalkan, patutlah.” Sindir Neyda dengan ekor mata yang tajam. Huh!

“Dah jodoh Neyda, nak buat macam mana. Semoga you cepat kahwin jugaklah ya? You ni I tengok sekarang makin berseri-seri. Mesti ramai peminat ni.” usik Fiqroul. Aku ketawa mendengar usikan spontan dari Fiqroul itu.

“Okeylah Fiq, Fitri. I have to go now. Datang sini sebab nak jumpa wife you aje. tak ada niat lain. Minta diri dulu ya?” Neyda meminta diri.

“Ya ke tak ada niat lain?” kataku. Aku sengaja menyindirnya. Neyda tersenyum sumbing.

“Ya Fitri. Nice to meet you.” Ucap Neyda lantas berlalu pergi. Setelah Neyda berlalu pergi sahaja, Fiqroul membisikkan sesuatu kepadaku.

“Kenapa perangai Neyda lain macam aje Cik Fitri?” soal Fiqroul. Sudah kembali menjadi pekerjaku.

“Saya tak tahu la abang. Yang pasti she’s trying to steal you from me.” Aku berterus terang. Mudah sedikit.

What?” Fiqroul kurang percaya dengan kata-kataku. Mungkin kedengaran lucu padanya! Tapi tidak bagi aku! Aku nampak dia cuba menahan gelak.

“Don’t worry abang. I will not let you go.” Kataku dengan perlahan. Aku tak tahu sama ada dia dengar atau tidak.

“Why?” soalnya pula.

“Because I’m just started to love you, honestly.” Luahku pula. Fiqroul terdiam. Dan aku cuma mampu mengukir senyuman.

****

Aku membuka mataku, matahari sudah mulai terik memancar. Aku lihat Fiqroul masih lagi tidur di atas sofa. Wajahnya nampak letih sekali. Rasa kasihan mulai terjentik di hatiku. Segera aku melangkah ke bilik air, membersihkan diriku. Rancangan aku selepas ini ingin menyiapkan sarapan buat Fiqroul.

Tempoh kontrak perkahwinan kami hampir tamat, lebih kurang dua minggu lagi. Tapi mengapa aku berasa sedih pula setiap kali menghitung waktu tersebut. Setiap kali teringat yang aku akan diceraikan tidak lama lagi, aku terasa sedih. Sangat sedih!

Selesai sahaja mandi, aku segera menyiapkan sarapan buat Fiqroul, nampaknya Tunku Asmah dan Tunku Zahi tiada di rumah hari ini. Khabarnya mereka ke luar negara menguruskan hal penting. Mungkin petang sedikit baru mereka pulang.

Jadi yang ada di rumah ketika ini hanya aku, Fiqroul dan Nenda Chik. Hanya tiga orang, di dalam sebuah rumah banglo yang sangat besar umpama istana ni! Memang gila! Dari kejauhan aku sudah nampak kelibat Nenda Chik yang sedang bersenam di taman. Gigih sungguh!

Tak hairanlah dia nampak bertenaga lagi walaupun usia sudah mencecah tujuh puluhan. Aku segera naik ke bilik dengan membawa satu dulang yang dipenuhi dengan air sunquick, serta omelette, juga air coklat panas. Kegemaran Fiqroul.

Aku menggoyang-goyangkan tubuh sasa milik Fiqroul. Aroma wangian badannya menusuk ke hidungku. Enak sekali! Wangian yang berjenama Giorgio Armani yang menjadi pilihan hati Fiqroul. Memang padan sekali dengan dirinya.

“Abang, bangun. Dah pagi ni.” kejutku. Sejak aku menyedari bahawa aku sudah jatuh hati padanya, aku mulai memanggilnya abang. Fiqroul mengeliat. Matanya masih lagi terkatup.

“Bangun abang, dah pagi ni. kata nak bawak saya pergi pusing-pusing pulau naik motorboat.” Ujarku lagi. Tiada reaksi. Aku membisikkan perlahan ke telinganya. Dengan tidak semena-mena Fiqroul memelukku. Aku tergamam!

“Err, bangun abang. Dah pagi ni.” kataku lagi. Masih dengan nada yang sama, meski hatiku sudah berdegup kencang. Berdebar-debar. Sebuah kucupan dihadiahkan di pipiku.

“Good morning honey. Awalnya bangun?” ucap Fiqroul. Perkara yang tidak dapat aku sembunyikan dari pengetahuan sesiapapun. Aku sukakan wajah lelaki yang baru sahaja bangun dari tidur. Nampak comel sekali. Well, itu bagi aku. Maybe tidak pada wanita lain. Setiap manusia ada pendapat berbeza bukan?

“Mestilah, janji nak keluar. Of course bangun awal.” Selorohku. Fiqroul ketawa. Lantas dia bangun dari sofa dan bergegas ke bilik air, bajunya dicapai di dalam almari.

Setelah itu,barulah dia duduk kembali di sofa. Tak sampai sepuluh minit dia mandi. Mandi kambing ke?

“Cepatnya mandi. Takut air?” aku bergurau. Fiqroul menjelirkan lidahnya. Ish! Geramnya!

“Salah oranglah. Fiqroul ni suka berendam dalam airlah! Mandi cepat-cepat pagi ni sebab tak tahan bau sarapan.” Kata Fiqroul, lantas mencapai gelas yang berisi air sunquick. Berselera sekali dia menjamu makanan yang terhidang di depan matanya.

“Siapa masak ni?” soal Fiqroul.

“Sayalah.”

“Ha? Boleh percaya ke?” Fiqroul ragu-ragu.

“Hish! Ingat saya tak pandai masak ke? Dah! Makan cepat! Lepas tu bawak saya pusing pulau. Okey?” desakku. Fiqroul mengangguk. Rambutnya masih belum kering lagi. Aku segera ke almari dan mengeluarkan sikat serta penyembur rambut milik Fiqroul.

Tanpa disuruh, aku segera menyikat rambutnya. Aku tahu Fiqroul sudah tergamam. Tak mampu berkata apa-apa. Hampir sahaja gelas yang sedang dipegangnya jatuh pecah berderai. Lima minit berikutnya, aku segera membetulkan pakaian Fiqroul. Ha! Baru nampak kemas dan segak!

“Fitri?” soal Fiqroul. Dia tergamam. Diam seribu bahasa. Tak mampu berkata apa. Speechless!

“Ya saya?” sahutku.

“Awak okey ke hari ni? Sihat?” ujar Fiqroul lagi. Aku hampir tergelak mendengar soalannya. Naïf!

“Sihatlah, kalau tak takkan saya ada kat sini sikatkan rambut abang, buat sarapan abang. Ada faham?” kataku. Fiqroul mengangguk faham. Fokusnya kembali kepada makanan sarapan paginya.

Senyumanmu yang indah, seakan mengirimkan cinta dan kasih sayang buatku. Pandangan mata redupmu, seakan menghangatkan kalbuku yang kedinginan. Bicara katamu, seakan nyanyian merdu mendamaikan hati,menghilangkan lara.

Oh Fiqroul, aku penasaran cinta kernamu. Inginku pandang wajahmu di setiap tika tiada jemu, agar terubat sakit rindu di hati. Aku tersenyum sendiri. Ralit mengumam perasaan yang kian bercampur baur. Sayang dan malu!

****

“Fiq, maafkan saya. Saya tahu saya bersalah. Maafkan saya. Saya dah jebak awak dalam masalah yang tak sepatutnya awak ada. Maafkan saya Fiq!” ujarku berulang kali. Aku sudah tidak dapat menahan gelora jiwaku. Biarlah aku hamburkan semuanya kepada Fiqroul.

Fiqroul memandangku, aneh. Aku tahu dia hairan dengan perubahan sikapku. Aku berubah kerana dirinya juga! Hati berkata sayang, akal lalu pantas menduga. Mampukah cinta diperoleh, tak sedar bibir mengungkapkan madah puitis mengikut rasa hati. Tanpa peduli akal yg menentang!

“Fitri? Are you okay? Kenapa ni? Kalau ada apa-apa masalah. Beritahu saya.” Kata Fiqroul, mengambil perhatian. Aku sudah menangis. Hari ini merupakan hari terakhir bersama kami. Sebelum tamatnya kontrak suami isteri kami. Sebelum Fiqroul melafazkan cerai. Aku takut mendengar ungkapan itu.

“Fiq! I can’t lie myself anymore!” luahku. Fiqroul terpinga-pinga. Aku tahu dia tidak memahami maksud bicara butir kataku.

“Apa maksud awak ni Fitri?” soal Fiqroul lagi. Aku mendengus geram. Segera aku memeluk dirinya. Membiarkan dia tergamam sebentar. Biar dia rasakan getaran dadaku. Biar dia rasakan bagaimana pedihnya jiwaku menahan sayang.

“Fiq, I love you. Deep inside my heart!” Akhirnya terluah juga perkataan itu dibibirku. Aku menangis lagi. Fiqroul segera menyeka air mataku yang kian sarat melimpah.

“Then, why are you crying my dear?” Fiqroul bertanya lagi. Dia sedang memujuk diriku, juga hatiku yang walang.

“Sebab hari ni last kita akan hadapi masa bersama-sama. Lepas ni, no more time with you. Saya akan kembali sendirian. Awak dengan cara awak. Saya dengan cara saya. Oh my God, I don’t think I can survive.” Luahku lagi. Sedari tadi aku tidak henti-henti menjerit. Mujurlah keluarga Fiqroul mempunyai urusan di Brunei. Jika tidak pasti mereka mendengari pertengkaranku dan Fiqroul.

“Siapa cakap abang nak ceraikan honey?” Fiqroul bersuara. Aku diam sebentar. Sementelah aku memandang wajahnya. Merenung anak matanya. Melihat sinar kejujuran pada bebola matanya. Tulus!

“What do you mean?” soalku, dungu. Fiqroul ketawa.

“Maksudnya I love you honey.” luah Fiqroul pula. Aku seakan-akan tidak percaya. Hampir sahaja aku rebah. Kata-kata yang aku nantikan dari bibir Fiqroul. Tak sangka terluah jua. Amin!

Dan pada malam itu akulah yang menjadi orang yang paling bahagia sekali. Kami sama-sama bercerita, duduk bercerita di balkoni sambil memandang langit. Mengira bintang-bintang yang indah. Pada malam itu juga aku bergelar isteri Fiqroul yang sah, setelah dua bulan. Barulah aku tidur bersamanya.

Sungguh aku beruntung mengecapi saat ini. Dialah insan yang membawakanku cahaya di dalam kegelapan, di kala aku kesedihan, dia menghiburkanku sehingga terukir senyuman. Dan dia jugalah yang menyambutku tiap kali aku terjatuh.

****

“Dan begitulah hikayat di antara Fiqroul dan Fitri. Mereka pasangan yang bahagia, dan duduk bersama sehingga lahirlah seorang putera dan puteri kembar bernama Fatin dan Farizal.” Aku mematikan ceritaku. Anak lelakiku, Tunku Farizal Ashaari tampak gembira dengan cerita yang aku sampaikan. Sedari tadi dia tidak henti-henti tersenyum.

“Alah! Pendeknya cerita dia bonda?” anak perempuanku, Tunku Nur Fatin Izzati, memprotes. Aku tergelak sambil mencubit pipinya yang montel itu.

“Pendek apa sayang oi, bonda cerita dari pagi sampai dah nak petang ni. tak cukup lagi ke? Penat bonda cakap tau.” Ujarku, berpura-pura merajuk. Fatin menarik muncung sedepa. Fatin berbeza dengan Farizal, Fatin kuat membantah. Mungkin mewarisi sikapku!

Tiba-tiba sahaja loceng pintu kedengaran berbunyi. Aku segera menyuruh pembantu rumahku membuka pintu.

“Yea!! Ayah dah balik!” laung Fatin. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku melihat telatah Fatin yang kepoh mengalahkan burung murai. Fiqroul segera mendukung Fatin dan mencium pipi Fatin.

“Busuknya anak ayah ni. Dah mandi belum? Buat apa dengan abang Farizal dengan bonda ni?” soal Fiqroul, ingin tahu. Aku menyalam tangannya dan satu ciuman hangat dihadiahkan di dahiku.

“Bonda bercerita tentang Hikayat Cinta Gila.” Kata Farizal, memberitahu Fiqroul. Aku ketawa. Fiqroul sudah berkerut dahinya. Pastinya dia tidak faham.

“Cerita pasal apa tu? Ayah tak pernah dengar pun. Mana bonda dapat cerita tu?” soal Fiqroul lagi. Aku membiarkan Farizal memberi penerangan sahaja. Semakin hari anak-anakku semakin bijak dan pintar. Senang hatiku melihat mereka.

“Cerita pasal seorang bos yang suka pada pekerjanya. Lepas tu diorang kahwin.” Sampuk Fatin pula. Farizal mengangguk.

“Wow, macam menarik ceritanya. Izal dengan Fatin suka tak?” soal Fiqroul pada kedua-dua anaknya itu. Mereka berdua segera mengangguk.

“Izal suka sebab ada nama ayah dengan bonda!” kata Farizal lagi. Hampir sahaja aku ketawa melihat wajah Fiqroul yang sudah berkerut seribu. Bingung yang pasti!

“Ya ayah. Nama bos dia Nurfitrah, orang panggil Fitri. Nama pekerjanya Fiqroul. Samakan nama dengan ayah dengan bonda?” tambah Fatin lagi.

Beberapa ketika kemudian, barulah Fiqroul mengerti. Dia tersenyum meleret memandangku. Dan senyuman itulah yang paling aku gemari dari dirinya. Selain lesung pipit yang pastinya menambat jiwa perempuanku.

Pelangi indah mencantikkan panorama,

Muncul setelah gerimis mengundang,

Wajahmu kacak mengocak sukma,

Bergetar jiwa tatkala memandang.

Memang aku menjadi perigi yang mencari timba, kerana aku yang terhegeh-hegeh memikat cinta Fiqroul, walhal Fiqroul selamba aje. Tapi ungkapan itu mungkin dah tak wujud sekarang. Apa yang penting kebahagiaan. Kebahagiaan adalah sesuatu perkara yang penting di dalam perkahwinan.

Aku doakan semoga perkahwinanku dengan Fiqroul sentiasa berkekalan. Disinari dengan dua cahayamata kami yang sememangnya menjadi penghibur suasana. Ternyata hikayat cinta kami menjadi satu sejarah yang tersendiri. Hikayat cinta gila, di mana aku hampir gila kerana cintakan Fiqroul setulus hatiku.

Hampir semua orang jatuh cinta tanpa mengetahui kenapa dan bagaimana. Ianya merupakan sesuatu perasaan yang yang tak memerlukan sebarang jawapan untuk berlaku. Biarlah terus mencintai biarpun sehingga kamu kelihatan bodoh atau angau. Tapi JANGAN sesekali menyesal melakukannya.

Cerpen sebelumnya:
Bila Adik Besar Nanti
Cerpen selanjutnya:
Azam Seorang Rakyat

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.3
3 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
WazrulShah | Jadikan WazrulShah rakan anda | Hantar Mesej kepada WazrulShah

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Hikayat Cinta Gila
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Urusan Seri Paduka Baginda

Urusan Seri Paduka Baginda adalah koleksi cerpen tulisan Johari Rahmad dari tahun 2007 hingga 2011
Price: RM 5


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik