Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Terlerainya Ikatan Persahabatan 2

 


Atiqah duduk termenung di atas katilnya. Dia tidak menyangka hubungan yang dahulunya begitu akrab berakhir begini. Dengan cara ini. Cara yang tidak pernah langsung difikirkan sebelum ini.

Dulu, Shakira lah teman rapatnya. Shakira lah tempat mengadunya dan Shakira juga yang berusaha membantunya menyelesaikan segala masalah. Atiqah tidak memahami mengapa semua ini perlu terjadi. Dia tidak mengerti mengapa perkara ini berulang lagi. Bukan sekali dua dia berselisih faham dengan Shakira akhir-akhir ini. Tapi, ia tidak lah sebegini teruk.

--------

Fikiran Atiqah melayang. Dia teringat zaman persekolahan dulu. Segalanya indah. Ke mana sahaja pasti berenam. Suka duka dikongsi bersama. Waktu itu Atiqah rapat dengan Fauziah kerana mereka sekelas yang mengambil jurusan Perakaunan. Sementara yang lain pula mengambil jurusan Sains.

Pelbagai telatah nakal yang mereka lakukan termasuk lah membuat prank call kepada jiran Atiqah yang bermulut jahat. Mereka juga kebiasaannya tidak ke sekolah pada hari Jumaat disebabkan hari Jumaat merupakan ‘Hari Malas’ kesemua guru. Jarang sungguh masuk ke kelas apabila tiba hari itu. Pelik. Tapi mereka tak kisah. Mereka akan ke Taman Rakyat untuk study bersama jika tidak ke sekolah. Memang bahagia waktu itu. Segalanya dihiasi dengan tawa. Ada sahaja benda-benda bodoh yang mereka lakukan. Haihh. Bestnya la kalau still macam dulu. Keluh Atiqah dalam hati.

--------

Atiqah masih ingat lagi dia menjadi rapat dengan Shakira selepas mereka tamat persekolahan. Mungkin disebabkan keselesaan untuk bercerita tentang masalah hati masing-masing. Walaupun mereka ditawarkan belajar di tempat yang berasingan, itu tidak menghalang perhubungan mereka untuk terus menjadi lebih rapat.

Setiap kali tiba musim cuti mereka akan bersua. Tidak ada satu hari pun yang tidak diluangkan bersama andai tidak mempunyai urusan. Sehinggakan, mak Shakira pernah berkata: “Acik tengok korang ni kalah boyfriend and girlfriend. Mesti nak jumpa hari-hari.” Tatkala itu hanya senyuman yang dibalas. Mereka tidak kisah apa yang orang kata. Asalkan mereka dapat bersua. Tidak puas berjumpa, mereka ber sms pula. Tak kira siang atau malam.

--------

Tetapi, sejak Shakira temui cintanya, Atiqah terasa akan perubahan sikapnya. Atiqah terasa dipinggirkan. Mungkin biasa kot macam ni bila kawan baik ada orang baru. Jeles kot aku ni. Kata Atiqah di dalam hati. Namun, lama-kelamaan perubahan sikap Shakira semakin ketara. Rakan-rakan lain juga terasa akan perubahan itu. Semakin hari semakin sukar untuk berjumpa dengan Shakira. Sms juga semakin jarang dikirimkan.

---------

“Adik..”
Tiada sahutan.
“Adik.” Kali ini Makcik Kiah sengaja menekan sedikit suaranya supaya Atiqah dengar panggilannya.
“Eh. Iye bu.”
“Adik buat apa ni? Termenung je ibu tengok dari tadi. Adik cakap dengan sape kat phone tadi?”
“Err… takde sape bu. Kawan.” Atiqah tidak mahu menceritakan apa yang berlaku tadi.
“Kucing tak makan lagi tu.”
“Ok. Jap lagi adik kasik.”

---------

Malam itu Atiqah sukar melelapkan mata. Ada sahaja yang tidak kena. Mengiring salah, terlentang salah. Otaknya masih ligat berfikir masalah yang baru timbul antara dia dan Shakira. Atiqah mengeluh, untuk kali ke berapa pun dia tidak pasti. Masih terbayang-bayang lagi segala yang terjadi sebelum pertengkarannya dengan Shakira tadi.

--------

Tiitt tiitt. Skrin di N70 Atiqah menunjukkan ada mesej yang diterima. Atiqah membacanya. Shakira.


‘Kau tengah buat apa?’
‘Aku baru lepas bagi makan kucing. Kenapa?’


Seminit, dua minit. Tiada balasan dari Shakira. Pelik. Selalu bukan main laju lagi dia reply. Ada hal kot. Jap lagi dia balas la tu.

Baru sahaja Atiqah bangun untuk ke dapur membasuh bekas makanan kucing, lagu Perhaps berkumandang di N70 nya. Skrin menunjukkan panggilan daripada Shakira.

“Hello..”
“Hello. Kau tengah buat apa?”
“Aku baru nak pegi dapur basuh bekas makanan kucing. Kenapa ni?”
“Kau call aku balik jap boleh tak?”
“Umm… nanti eh. Aku nak makan dulu la.”
“Ok.”

Talian diputuskan. Apa la agaknya masalah dia ni. Bisik Atiqah dalam hati. Selepas membasuh tangan, Atiqah ke bilik untuk menukar pakaian. Sedang menukar pakaian itu, dia terdengar bunyi beep pada V360 nya yang menandakan reminder. Mesti ada missed call ataupun sms yang aku tak tengok ni. Pantas Atiqah mencapai V360 nya itu. Kelihatan ada sms yang tidak dibaca. Dia membukanya. Shakira lagi. Eh, ni mesti ada apa-apa ni. Betul jangkaannya. Sesuatu yang berlaku berdasarkan sms Shakira ini.

‘Tolong call aku sekarang. Urgent. Plisssss.’

Berdebar-debar hati Shakira apabila membaca sms tersebut. Atiqah menuju ke telefon rumahnya. Pantas didail nombor telefon bimbit Shakira.

------

“Hello. Kenapa ni?”
Tiada balasan. Yang kedengaran hanyalah esak tangis Shakira. Jantung Atiqah bagai nak tercabut! Apa la pulak niiiiii.
“Oi. Kenapa kau ni?”
“Entah.”
“La, entah pulak. Kau suruh aku call tapi ni kau nak cakap. Entah.”


Atiqah tidak berapa gemar begini. Kalau ada masalah bagitau je la cepat. Aku dah bagai nak terkeluar jantung ni. Kau plak boleh main-main cakap entah. Adoi!

“Aku… nak bunuh diri.” Akhirnya Shakira menjawab soalan.
“What?!!!! Kau ni gila ke?!”
“Ha’ah. Aku dah gila. Biarlah aku masuk neraka.”
“Astaghfirullahalazimmmm… kau ni kenapa jadi macam ni, ni!?”
Sepi.
“Oi! Kau dengar ke tak?! Asal kau nak buat benda bodoh ni? Apa lagi si Syahrul buat kat kau ni? Cakap kat aku!!”

Hati Atiqah mula panas. Kata-kata Shakira tadi umpama orang yang tiada agama. Atau lebih tepat lagi tiada iman! Mana pegi ilmu agama yang dia belajar selama ni?! Sakitnya hati aku!

“Entah.”
Shakira mengulang semula jawapan yang dibenci Atiqah.
“Kau jangan macam ni boleh tak?! Aku tak suka la!”
Atiqah mula meninggi suara. Geram dengan jawapan Shakira. Suasana menjadi tegang.
“Syahrul…”
“Kenapa dengan Syahrul?!” Nak tinggalkan kau keeee?
“Syahrul… dia nak tinggalkan akuuu…” Bicara Shakira sambil mengongoi kesedihan. Oh betul la apa aku teka tadi.
“So, disebabkan laki bangang tu kau nak bunuh diri?! Kamon la Kira. Apa guna kau belajar agama selama ni?! Sia-sia tau tak?!”
“Aku tak kisah dah. Biar semua orang suka. Benda ni dah ada depan aku. Aku tinggal nak minum je. Biarkan aku mati. Biar aku masuk neraka. Biar orang semua puas hati!”
“Ha’ah! Elok sangat la cakap macam tu. Buat la, buat! Kau teringin sangat nak jadi kafir ke? Dah cukup sangat amalan kau tu nak mati ni?!”
“Tak…”
“Habis tuu?!!!!”
“Aku nak mati.”

Ewah ewahhh! Senangnya kau cakap! Lupa ke kau apa hukuman orang bunuh diri ni? Bahagia sangat la tu nak bunuh diri tu. Ingat boleh selesai la tu semua masalah. Apalah bodoh sangat dia ni! Ya Allah… geramnye akuuuuuuuuuuu!

“Dah dah. Nanti aku call kau balik. Aku nak basuh tangan semua dulu.”
“Ok.”

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) ini dia sambungannya. komen anda semua amat dialu-alukan. :D sekian. :P
  • 2) bende ape depan die? teh o ais kot...

  • (Penulis)
    3) kehkeh. rachonnn.
  • 4) teruskan part 3 yer...
  • 5) lah rachon ke.. xmati pon buat ah coca cola ke.. vanilla coke ke..cepan sket mati kene kencing manis
  • 6)

    nak kene lepuk ni si syakila ni. kasi dia baca artikel cinta in islam yusuf qardawi sepam!


  • (Penulis)
    7)

    zinggof: hohoh. yah rachon. kencing manis lambat sket. dah meningkat umo baru teruk biasanya.

    caha: lepuk caha lepuk. tolong kasik kan kat dia

  • 8) jap2..kejap n70..kejap v360.. dia ada 2 hp ek?? hohohooo
  • 9) hp dia share ngan member.. main tukar-tukar ikut bulan.. hahaha

Cerpen-cerpen lain nukilan Kesuma

Read all stories by Kesuma