Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Bas (Part 3)

Cerpen sebelumnya:
Bas (Part 2)
Cerpen selanjutnya:
Oh Suzie!

Jessica cuba membuka matanya yang terasa berat. Mukanya terasa basah. Tekaknya sakit. Hidungnya pedih. Dia bangun perlahan dan mengelap sisa muntah yang masih melekat di bibirnya.

Jessica yang masih berbaring hanya mampu memandang lemah ke siling. Sinaran lampu kalimantang bagai berbalam-balam dikaburi oleh kabus kuning kehijau-hijauan. Jessica memicit-micit kepalanya. Apa aku masih dalam mimpi? Bayangan sebuah rumah terbakar, seekor ular gergasi, dan seorang kanak-kanak lelaki liar di hutan bagai berlegar-legar dalam pemikirannya yang masih terganggu.

Perutnya, dadanya dan tekaknya terasa pedih bagaikan terbakar. Bau sengit yang terlampau menyebabkan Jessica terbatuk-batuk kecil menambahkan lagi kesakitan yang sedang dirasai. Jessica menarik bajunya ke atas, dan menutup hidungnya, menapis pernafasannya yang terasa sesak dek kabus itu.

Jessica mengerah dayanya untuk duduk. Matanya beralih daripada lopak muntahnya, kepada botol-botol bahan pencuci yang sudah dikosongkan, sebuah baldi yang berasap dan akhirnya kepada sesusuk tubuh kaku dengan mulut yang berbuih.

Jessica baru sedar apa yang sedang terjadi. Dia cuba menjerit namun suaranya bagai tersekat.

Jessica jadi kaku seketika. Dia panik. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukannya terlebih dahulu. Dia tak tahu samada Nemb masih hidup ataupun sudah mati. Kalau belum, adakah Nemb mahu diselamatkan? Kalau ya, perlukah aku tinggalkan sahaja Nemb di sini? Atau perlukah aku mati bersama dia? Jessica terasa terperangkap. Perancangan ini sepatutnya hanya sehingga ‘bas’ tiba dan mengambil mereka. Tiada langsung perancangan seandainya salah seorang mereka terlepas ‘bas’ itu. Dan kenapa perlu Jessica yang menghadapi semua ini?

Jessica bangun, menanggalkan terus bajunya dan menekapkannya di hidung dengan tangan kiri, lantas menuju ke pintu bilik itu. Jessica memegang mangga yang mengunci selak pintu itu. Oh fuck! Kunci kat luar. Jessica tunduk dan merapatkan sisi kepalanya ke lantai, matanya mahu mengintai kedudukan kunci yang diseretkan Nemb ke luar. Tak jauh!

Jessica bangun semula dan mengambil sehelai kertas surat khabar besar. Dengan hanya menggunakan sebelah tangan, surat khabar itu dilipat berkali-kali dan satu hujungnya dilipat sedikit seolah membentuk satu cangkuk. Jessica melutut di pintu bilik dan menjolok perlahan lipatan kertas itu ke bawah pintu. Ting! Bunyi gemerincing segugus kunci sewaktu disentuh oleh lipatan kertas itu menimbulkan perasaan lega kepada Jessica. Secara perlahan-lahan, Jessica menarik anak-anak kunci itu menuju ke arahnya.

Jessica bagai mahu menangis saat anak-anak kunci itu sudah berada di tangannya. Dia bangun, mengikat baju dengan ketat di sekeliling mukanya dan terus membuka mangga itu. Tangannya terketar-ketar, namun Jessica gagahi jua segala macam perasaan yang cuba menjajah jiwanya sekarang.

Terbuka sahaja pintu bilik, Jessica terus berlari menuju ke arah Nemb. Dia sempat mencapai beg tangannya, sebelum Nemb ditarik sedaya upaya dari dalam bilik ke ruang tamu. Jessica menutup rapat pintu bilik itu semula supaya tidak banyak gas klorin yang terlepas keluar.

Seperti semalam, Jessica duduk di atas sofa lusuh di ruang tamu, namun kali ini bukan untuk mendengar petikan gitar dan nyanyian Nemb, sekadar memerhatikan Nemb yang masih kaku. Dalam usahanya mengeluarkan mereka berdua dari bilik itu tadi, Jessica bagaikan terlupa segala macam kesakitan yang dirasai. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. Dalam esak tangisnya, dalam getar tubuhnya yang kelemahan, Jessica keluarkan telefon bimbit dari beg tangan dan mula mendail nombor kecemasan.

 **************************

Putih.

Jessica memandang sekelilingnya. Putih bersih. Dia terasa ironik.

“Macam mana kita boleh duduk dalam istana putih macam ni, sedangkan kita ni punya jiwa yang sangat hitam, punya sejarah yang sangat gelap, dan masa depan yang mungkin kelam?” Jessica menyapu matanya yang kabur oleh air mata saat sedang mengungkapkan persoalannya itu. Sebaik saja terang pandangannya, susuk tubuh Nemb yang berbalut uniform pesakit berwarna biru muda, diselimuti selimut putih, di atas tilam bersarung putih dan katil bercat putih, kembali diamatinya. Bunyi mesin-mesin yang menampung sisa hidup Nemb jelas kedengaran. Tiub-tiub yang membawa keluar cecair masuk dan keluar dari tubuh Nemb, berselirat di sisinya.

Jessica tahu soalannya tidak akan berjawab. Mungkin Nemb pun tidak punya jawapannya. Kalau ada sekalipun, Nemb mungkin lebih sanggup mati daripada menjawabnya. Jessica yang sedang duduk di atas kerusi di sebelah katil Nemb, menarik nafas dalam-dalam. Wajahnya bertukar gusar.

“Aku tahu, kau pasti marah dengan aku. Pasti kalau kau tengah sedar sekarang ni, kau akan maki aku, caci aku, panggil aku pengecut, traitor, macam-macam lagi. Aku akui aku masih keliru kenapa aku buat semua ini, tapi tadi, saat-saat aku dilepaskan oleh mati, pada aku jalan keluar adalah memang jalan keluar, bukan lagi sesuatu yang simbolik!” Jessica menekupkan mukanya. Dia sedaya upaya mahu menahan ingatannya dari membawa dia kembali kepada pengalaman ngeri yang dicipta olehnya sendiri tadi. Jessica cuba mengumpulkan ketenangannya.

“Nemb…” Tangan kanan Nemb digenggam erat Jessica. Jessica melontarkan pandangan ke pintu bilik sakit Nemb yang terbuka. Dia dapat melihat dua orang pegawai polis sedang mencuri pandang kepada mereka. Dua pegawai polis yang ditugaskan mengawal mereka berdua.

“Masa depan memang satu perkara yang subjektif. Kita tak tahu apa yang bakal menanti kita. Tapi, masa depan juga adalah satu entiti yang relatif. I mean, apa yang kita buat sekarang bakal menentukan apa yang akan terjadi seterusnya. We are the living proof of this, cuba tengok siapa kita semalam, dan siapa kita hari ini. We are never better! I don’t know what you expect to see when we’ve crossed over, tapi aku takut kalau apa yang kita bayangkan tu tak sama dengan apa yang kita bakal dapat nanti. I realized, this reality, this world, walaupun betapa kejamnya ia, sekurang-kurangnya, kita yang memegang tali-tali kehidupan kita sendiri. Kita pelukisnya. Kita ada kuasa untuk menentukannya,” Jessica menggenggam tangan Nemb lebih erat, seolah-olah berharap Nemb dapat merasai kehangatannya.

“Kalau kau betul-betul takut untuk menghadapi masa tua, masa depan, kalau terdetik di hati kau satu ketakutan untuk hidup berseorangan, I will always be here for you, Nemb. I promise…” Jessica cuba mengukir senyuman sebelum tangan Nemb dilepaskan. Jessica terus menyelongkar ke dalam beg tangan di ribanya. Sebuah kotak muzik diletakkan di sisi Nemb. Jessica membuka tutup kotak muzik itu, namun tiada muzik yang kedengaran. Kotak muzik itu sudah lama kehabisan bateri. Jessica membawa keluar satu patung kecil dari kotak muzik itu lalu menayangkannya kepada Nemb.

“Tengok ballerina ni. Selama bertahun-tahun dia duduk dalam kegelapan, namun ironiknya, pada hari aku memilih untuk ke jalan hitam, ballerina ni bertemu sinar kembali. Bertemu rumahnya kembali. She gets back to where she belong and it’s all about time. Sekurang-kurangnya she’s just a plastic, tak punya kemampuan. Tapi kenapa kita ni, yang cukup sifat, punya akal dan tenaga, sangat mudah berputus asa?” Air mata Jessica kembali mengalir. Dia teringat kembali memori di sebalik hadiah pemberian ibu bapanya ini sewaktu dia berumur enam tahun. Jessica membenamkan kepalanya di sisi Nemb. Dia sudah tidak dapat menahan esak tangisnya.

“Aku dapat hadiah ni di hari pertama kelas balet aku. You know what, kalau aku percaya lebih sedikit pada diri aku sendiri, mungkin aku dah jadi ballerina sekarang.”

You… jadi ballerina?

Suara seorang lelaki kedengaran sinis di telinganya. Jessica mengangkat kepalanya dengan segera dan memandang tepat ke wajah Nemb. Matanya masih terpejam.

Jessica mengerutkan dahinya. Dia berpaling pula ke kanan. Kelihatan seorang lelaki lingkungan umurnya sedang berdiri dengan kedua-dua tangan di dalam poket, beralih pandang antara Jessica dan Nemb. Wajah Jessica penuh tanda tanya.

I’m sorry. Saya bergurau saja tadi. Saya kawan Nemb, Jimmy,” Jimmy menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Jessica namun tidak disambut. Jimmy tersenyum tawar. Riak wajahnya jelas menyembunyikan kesedihan.

“Boleh saya bercakap pada Nemb.. privately?” Jimmy meminta izin dari Jessica walaupun Jessica sendiri mengerti siapa dia untuk menghalang Jimmy dari berbuat sedemikian. Jessica bangun perlahan, dan berjalan ke muka pintu. Salah seorang dari pegawai polis di situ menawarkan diri untuk memimpinnya tapi Jessica menolak. Jessica tidak terus balik ke bilik sakitnya sendiri, tapi Jessica berdiri di sebalik pintu bilik Nemb.

“Saya dapat lagu awak. The one you emailed me,” Jimmy mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket dan meletakkannya di almari kecil di sisi katil Nemb. Petikan gitar dan suara Nemb mulai mengisi ruang biliknya.

“Hey J, I gotta tell you something,
that my heart is breaking, it’s aching…" 

Jessica menarik nafas dalam-dalam dan memulakan langkahnya meninggalkan bilik Nemb dengan perlahan. Hatinya mungkin pernah sakit, pernah remuk bagai dilanggar sebuah bas, namun dia tahu, mulai dari kini, dia hanya perlu bergerak ke hadapan. Di belakangnya hanyalah sebuah terowong hitam yang boleh menariknya kembali andai dia berpaling.

“Hey J, you come and go so fast,
won’t chase you, I’ll just catch the bus...” 

Tiba-tiba, Jessica dapat mendengar bunyi mesin yang semakin deras dari bilik Nemb. Segalanya kini bagai sebuah wayang gerak perlahan tanpa suara di depan matanya. Dia dapat melihat dua orang jururawat berlari menuju ke bilik Nemb. Salah seorang dari mereka menjerit-jerit seolah-olah memanggil seseorang. Segera seorang doktor keluar dari biliknya sambil menyematkan stateskop dan meluru ke arah jururawat itu. Seberapa besar rasa ingin tahunya, Jessica tahu kini dia tidak perlu berpaling.

“Hey J, as much as I love to stay,
it’s sweeter if we went the same way…” 

Jessica teringat kepada poster-poster yang sudah ditanggalkannya. Dia berkira-kira jika dia patut melekatkan semula semua poster itu. Jessica bersyukur seketika kerana dia tidak membatalkan akaun Facebook-nya. Aduh, surat terakhir dan diari lama aku? Jessica berhenti dan mengeluarkan telefon bimbitnya. 34 missed calls and 54 messages. Semuanya dari papa dan mama. Jessica tersenyum sendiri dan terus melangkah pergi.

“Hey Jimmy, you know that it’s true,
it’s all or nothing when it comes to you…” 

 ********************************

Pada suatu masa dahulu, di dalam sebuah hutan, tinggal seorang kanak-kanak lelaki yang di tangannya sentiasa tersemat sekeping hati yang bercahaya. Sinaran hati itu begitu terang sehingga tidak terketahuilah bila tibanya siang dan bila tibanya malam di dalam hutan itu. Hati itu menjadi harta paling berharga kepada kanak-kanak lelaki itu yang hanya pernah disentuh cuma seseorang dalam hidupnya. Menurut khabar angin, hati itu sentiasa bercahaya kerana pemiliknya sudah bertemu kegembiraan, dan kepada kanak-kanak lelaki itulah, cahaya hatinya dikongsikan.

 

Sekian.

Cerpen sebelumnya:
Bas (Part 2)
Cerpen selanjutnya:
Oh Suzie!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.5
6 Penilai

Info penulis

Ismal Ishak

Saya seorang yang gemar berjenaka, jadi itu patut jadi expectation terbesar dalam karya saya.   Tapi, untuk jadi drama juga bukan satu perkara yang sukar. :)
Ancalime | Jadikan Ancalime rakan anda | Hantar Mesej kepada Ancalime

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Ancalime
Bidadari | 3121 bacaan
The Pain | 3125 bacaan
Bas (Part 2) | 2402 bacaan
Bas (Part 1) | 2604 bacaan
Senarai Sara | 10211 bacaan
PCB#2: Aku Klise | 2495 bacaan
Separuh Hati | 2701 bacaan
Waiting for Cristy | 2774 bacaan
Zira: "Is It Time to Make a Change?' | 2658 bacaan
Kun Fayakun | 4252 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

13 Komen dalam karya Bas (Part 3)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik