Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Oh Suzie!

 

Nama aku Samad. Bukan A. Samad Said. Cuma Samad. Kawan-kawan ada juga panggil aku Sam tapi aku tak suka.  Mat saleh celup konon. Aku penganggur bertauliah. Lepas habis MBA in Economics dari Universiti Seberang Laut, aku pulang ke Tanah Air cuma untuk kecewa. Tapi tak apa, bagus juga jadi orang tak bekerja. Aku boleh jalan-jalan bawa DSLR berlensa sebesar lampu Iron Man ni.

Oooopss! Cis, siapa buang kaca pecah merata-rata? Mujur tak terpijak. Handal juga aku mengelak. Oleh sebab terdidik dengan budaya Universiti Seberang Laut yang cintakan kebersihan, aku cuba kuis kaca bersepahan itu dengan kaki berkasut Jenama Tempatan. Tapi niat murni aku tiba-tiba terbatal dek ternampak fragmen-fragmen kaca itu ada bekas tulisan.

Kurius, aku kutip fragmen-fragmen itu dan bungus dalam plastik bekas Milo ais yang dah habis aku sedut tadi. Segera aku balik. Tak jadi menembak keindahan Putrajaya waktu malam. Di bilik aku pakai goggle serta glove sebagai langkah keselamatan. Agak ekzejeret tapi malang tak berbau, kan?

Cermat, aku ambil satu per satu. Guna gam UHU aku cantum bersama. Tapi bukan senang. Ia macam permainan puzzle rumit, kerana pecahnya sudah kecil-kecil. Tak apalah, orang kata sabar itu separuh dari iman. Makin sabar aku, makin berimanlah aku kan? Haha. Sudahlah. Sembahyang pun tak cukup.

Tak apa. Syurga neraka bukan urusan kita.

Tiga hari. Tiga hari aku ambil masa untuk cantum segala pecahan itu. Tapi aku tak puas hati. Masih belum sempurna. Ya ya fragmen itu bentuk hati. Atau love-love bak kata awek romantis yang punya blog warna candy pink dan dipenuhi gambar beruang mainan. Chit! Kalau nak pink, binatang mughollazoh itu kan lebih sesuai? Baik, berbalik kepada hati kaca itu. Masih belum lengkap kerana bekas tulisan yang aku nampak itu cuma tertulis S. Sambungannya hilang.

Ya, bahagian bawah hati kaca itu tiada.

Ah. Tak apalah. Begini sudah cantik. Dan sebab teruja dengan kecantikan yang tidak sempurna itu aku membawa hati kaca yang aku panggil Suzie  itu ke mana saja aku menembak. Ketika ke KLIA hantar nenek aku ke Mekah juga aku bawa Suzie. Dengan harapan aku jumpa pemiliknya. Mungkinkah pemilik Suzie juga secantik Suzie?

Suatu hari ketika aku melepak di Kedai Kopi Milik Yahudi, aku keluarkan Suzie dari beg. Aku letak Suzie atas meja, sebelah cawan kopi aku. Aku keluarkan kamera. Snap! Snap!

Tiba-tiba seorang gadis berambut panjang menghampiri, dengan muka teruja. Mata berkaca-kaca melihat Suzie.

“Hai, saya Sarah,” dia kata.

“Hai Sarah, saya Sa…”

“Oh anyway mana you jumpa benda ni?” Dia tanya tanpa tunggu ayat aku habis.

Aku pandang Suzie. Oh Suzie, adakah ini pemilik kamu? Adakah S di punggungmu itu mengeja Sarah? Cantik sungguh beliau, Suzie…secantik kamu. Uuuu..uuu…Suziekuuuu….

“Awak punya ke?” Aku tanya.

Si Sarah gigit bibir. “Ekceli tak, kawan saya punya. Tuu…dia. Yang pakai baju purple tu. Dah lama dia cari, sejak boyfriend dia buang hati ni di Lorong Haji Dollah. Bla bla bla….”

Di satu sudut aku lihat seorang gadis perambut panjang paras pinggang sedang membelakangi aku. Dari belakang ya, dia nampak hot, lebih hot dari Sarah. Aku berdiri dan memberanikan diri untuk bersemuka dengan pemilik Suzie.

Aku berdiri di belakang dia. Aku letak Suzie di atas mejanya. Dia yang sedang menghirup kopi terpampan seketika, sebelum meletakkan cawan kopinya kembali atas piring dan menggigil memegang Suzie. Agaknya dia senyum. Aku agak saja, dari cara dia belek Suzie dengan penuh kasih-sayang.

“Anyway, saya Samad.”

Dia berpaling.

“Hai, saya Sherrin!”

Sherrin hulur tangan kasarnya. Sherrin pandang aku dengan mata bermekap tebal. Sherrin bersuara dengan halkumnya bergerak atas bawah berterima kasih kepada aku kerana menemukan hati kacanya.

Oh, Suzie!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Perjalanan dan kod penulisan sudah jadi lain.Dari 'dark' satira kepada sesuatu yang dipanggil 'dark' realiti.

  • (Penulis)
    2) tengs.wah tak sangka aku ada gaya penulisan sebegitu.padahal aku menaip cerita ini dalam bilik yang gelap sambil memeluk bantal musyuk saja.
  • 3) kekeke.. banyaknye S! by the time sampai ayat Lorong tu.. aku dah terbayang da pun Sherrin! hahahaha
  • 4) barangkali aku sudah/memang bosan disogokkan dengan hidangan nasi putih yang sama.Tiga kali sehari.
  • 5) obsesi dengan benda pecah adalah satu penyakit juga.
  • 6) keh keh. shahrin ni dulu member sekolah aku ni. ah ... dah jadi peminat barangan kaca bentuk love rupanya.
  • 7) Hehehe, menarik kisahnya. Wah, semangat clarky menulis sejak dua menjak ni.
  • 8) something wrong with samad

  • (Penulis)
    9) ancal: yep too much aas(s)
    kurusawa: aku obses dengan hati pecah
    caha: hehe nasib baik, aku dah nak letak nama syaharina tapi tak jadi
    ridhrohzai: terkesan dari awak juga, ridh eceyy awak
    mosh: samad senget
  • 10) semakin ramai pula makhluk Sherrin ya?

    byk benar ayat perli dalam ni.. dulu memang suke minum kat kedai kopi milik yahudi sebab kat situ ada internet. tapi sekarang tidak lageyyy~! *jari telunjuk tegak sambil bergerak2 tanda no-no-no
  • 11) Not sure about kafe ni, tapi aku malam tadi minum kopi atas kapal dengan seorang yahudi dari Israel,Si Druze dari timur tengah dan seorang Katolik dari filipina.

    Kami berbincang dan cerita mengenai orang gila seluruh dunia.

Cerpen-cerpen lain nukilan MissClarks

Read all stories by MissClarks