Makcik meja sebelas.

  • 6
  • katep
  • 9 years ago
  • 4,012
  • FREE

 

Makcik meja sebelas tak habis-habis angkat tangan kat gua. Padahal kemain tegap waiter lain berdiri sebelah dia. Apa gua juga yang nak dipanggilnya? Tapi, gua faham. Dan tak berapa kisah. Banyak sangat kes berlaku sebegini yang melibatkan gua. Susah betul kalau nak menafikan pandangan orang terhadap gua. Lu orang pun tahu lah gua punya kacak macam mana kan?

 

Makcik meja sebelas membebel kat gua. Katanya, makanan yang dia order belum sampai. Jenis tak reti sabar. Mesti diajar. Terus gua sepak kerusi yang dia duduk, dan lutut batang hidung dia. Semua pelanggan usha kami. Ok. Baik gua jujur.

 

Gua minta maaf, dan terus pergi ke dapur, nak memaki tukang masak yang lembab macam internet. Tapi, sebelum sempat gua ketuk, tukang masak dah hulur roti dan suruh gua bagi kat meja sebelas. Ok. Nasib baik. Kalau tak, mungkin ramai juga manusia yang terkorban akibat amukan gua.

 

Gua bagi kat makcik meja sebelas dengan senyum yang buat-buat, dan terus beredar. Makcik meja sebelas tiba-tiba bersuara.

 

"Stim ni," gua pantas menoleh. "Eh. Mana ada lah makcik," kata gua, sambil tarik nafas dalam-dalam. Dia menunjukkan makanan yang gua bawa tadi.

 

"Ni roti stim ni. Makcik tak ada order," pergh. Gugur jantung gua. Lain kali kalau nak cakap, bagi full ayat. Gampang ayam!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) what the..? haha.. aku tak paham tp ko bjaya wat aku bfikir. aku suka ..huhu. at least ayat crita ko dpt tarik aku baca bila skali tgok. gud
  • 2) hehe kes salah faham la ni..
  • 3) mwahahhaa.. cuak ko orang cakap ko 'stim'.
  • 4) hahaha...moral cerita: jangan perasan kacak sangat
  • 5) Hehehe... confirm makcik tu tak pergi makan kat situ lagi.
  • 6) hehahaaa....
    aku stuju ngn title tuu...

    cite ni cam real je..

Cerpen-cerpen lain nukilan katep

Read all stories by katep