Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

PCB#3: Hancur Teratai Dilanda Leptospirosis

Cerpen sebelumnya:
Syiah (Bahagian 1)
Cerpen selanjutnya:
sindrom hipokrasi

Salam dan selamat kepada semua,
salam dipohon berkandung hajat,
Tok Selampit datang bawa berita,
berita penting disebalik wasiat.

*Lampu pentas ditutup. Masuk seorang lelaki tua yang membawa tikar mengkuang dan berpakaian compang-camping. Lelaki tua berjalan perlahan-lahan lalu duduk di atas kerusi di tengah-tengah pentas. Lampu sorot sedang fokus kepada beliau.

Tujuan Tok Selampit menghampar tikar mengkuang cabuk dan koyak ini tiadalah lain daripada menyampaikan wasiat yang berkepuk di dada. Marilah dekat pada Tok Selampit, biar setiap baris wasiat ini dapat diceritakan dengan betul. Biar setiap helai papyrus ini ditafsir kepada khalayak. Biar batu prasasti ini diselidik dengan hak. Mana yang baik, kita jadikan amal ikutan; dan yang buruk kita jadikan peribahasa. Agar dikenang dan disebut sentiasa oleh keturunan oneng-oneng kita.

Hai sekalian! Mana-mana yang bertelinga dengar-dengarkan, yang bermata lihat-lihatkan, yang berkaki rapat-rapatkan, yang bermulut hebah-hebahkan. Inilah wasiat daripada Raja Lestari, Raja Agung dari pergunungan Utara. Terletak di selatan Champa dan terselit antara bangsa Mon dan bangsa Khmer. Tuankulah raja empunya kerajaan bersalut emas. Dari pinggan makan hingga ke kubah kota hatta gigi geraham sekali pun bersalut emas.

Inilah negara yang bernama Teratai. Negara kota yang hilang dari sejarah bangsa Tok Selampit tanpa diketahui punca dan kerana. Jika ditanya kepada para arkeologis dan pendeta sejarah, pasti jawapan yang diberi adalah teori dan bukan fakta; pendapat dan bukan nyata. Namun tiadalah terlintas di hati mereka untuk datang kepada Tok Selampit dan mendengar ceritera yang sebenar.

*Tok Selampit bangun dan berjalan mengelilingi kerusi.

Mengikut kata arkeologis yang bernama Dr. Nguyen Hap Chann, Teratai itu diserang oleh Dai-Viet yang berjiran di tenggara. Oleh kerana takut, maka seluruh rakyat Teratai dan waris keturunan Raja Lestari lari sehelai sepinggan meninggalkan tanah air ke Ayutthaya. Tok Selampit amat sedih dengan teori Dr. Nguyen Hap Chann ini. Sia-sia sahaja belajar hingga mencapai pangkat Doktor namun tidak segan silu memberi teori  sebegini. Adakah maksud beliau keturunan Tok Selampit pengecut? Tiada berani melawan musuh?

Dan bukankah sudah Tok Selampit katakan tadi bahawa Teratai negara yang kaya dengan emas? Apakah negara yang kaya dengan emas dan empunya negara kota yang masyhur itu tidak mampu membeli senjata atau tidak tahu bertukang?

***

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun Urusan Seri Paduka Baginda: Himpunan cerpen tulisan Johari Rahmad yang memuatkan 6 buah cerpen dan temubual beliau dalam majalah Tunas Cipta keluaran DBP

http://www.kapasitor.net/images/ebook/1299736161.png 

Cerpen sebelumnya:
Syiah (Bahagian 1)
Cerpen selanjutnya:
sindrom hipokrasi

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
6 Penilai

Info penulis

Johari Rahmad

Mari jadi baik
jojo | Jadikan jojo rakan anda | Hantar Mesej kepada jojo

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya jojo
Dendam | 2635 bacaan
PCB#7: Han Solo, Luke Skywalker dan Air yang Menyembuhkan 1001 Penyakit | 3318 bacaan
PCB#2 : Rektum Yang Menjadi Mangsa | 2674 bacaan
M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda | 4448 bacaan
Betelguese, Aldebaran dan Measat-70 | 2826 bacaan
Meeting - Siri 1 | 2058 bacaan
Indera Panji dilanggar Todak | 2677 bacaan
Can You just Reduce My Fine, Sir? | 1227 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

13 Komen dalam karya PCB#3: Hancur Teratai Dilanda Leptospirosis
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik