Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

PCB#3: Kuih Kasuinya terpelanting!

Cerpen sebelumnya:
PCB#3 : Surat Berdarah Untuk Gadis Schizophrenia
Cerpen selanjutnya:
Syiah (Bahagian akhir)

“arrggghhhhh!!! Tak nak!!!! Tak nak!! Katakan Tak nak!!!”

 

“tolong tangkap dia! Cepat! Kamu! Kamu! Kamu..! tolong cepat!”

 

“tak nak!!! Aduh! Aduh! Tak nak!!!”

 

“turun la Majit oi! Turun la…bukannya sakit sangat!”

 

“aduh! Tak nak! Aduih! Tak nak! Isyk! Tak nak!”

 

Orang ramai mula mengelilingi pokok kelapa rendang yang sedang dipeluk oleh seorang budak lelaki berusia 10 tahun di pertengahan batangnya.

 

“turun la Majit…banyak semut kerengga tu…sakit kan kena gigit kerengga?”

 

Mak si Majit, Puan Linda Lampir mula memujuk anaknya agar turun daripada pokok tersebut. Semut kerengga beratus-ratus ekor sedang mengunyah kulit tangan, muka dan kaki Majit.

Orang ramai mula berkicau riuh. Ada yang berpeluk tubuh. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ada juga yang ketawa melihat gelagat si Majit.  Si Leha Janda pula asyik mengumam asam kelubi di dalam mulutnya. Sambil memejamkan matanya, Majit terus saja menjerit,

 

“tak nak!! Sakiiiittt!!!”

 

Keadaan menjadi semacam satu pesta. Makin ramai orang datang mengerumuni Majit dan pokok kelapa berkerengga. Semua yang berdiri di keliling pokok mendongak. Khalayak yang duduk bersidai di jendela rumah dan beranda tegak memandang. Tak berkedip mata. Asmah tukang gossip pun tak lepaskan peluang mengutuk puan Linda Lampir. Tanpa malu dia berteriak macam angsa nak memagut peha orang.

 

“hahhahaa!! Itulah kak Linda, lain kali latih anak jantan jadi berani! Ho ho ho!”

 

Semasa meludahkan kata-kata ejekan tersebut, Asmah langsung lupa yang dirinya sendiri, sebenarnya masih belum punya anak. Dia masih berstatus anak dara tua tak laku, walaupun dijual timbang kati.

 

“Majit!!!”

 

Tiba-tiba satu suara yang garau dan parau datang menyambar kesemua gegendang dan koklea khalayak dan juga Majit. Semut-semut kerengga yang sedang menikmati jus kulit Majit pun turut terkesima. Mereka mencabut rahang atas dan bawah daripada kulit Majit. Semua terdiam memandang ke arah suara yang menggetarkan otot purkinje jantung itu.

 

“kalau kau tak mau turun, atok akan potong kat pokok tu! Dan atok akan pakai keris!!”

 

“keris?! Taming Sari?!!!”

 

“yaaa….Taming Sari.. Majit…! Berbisa Majit!!”

 

“tak nak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

 

Jeritan Majit kali ni lebih kuat dan nyaring!

 

“kalau tak nak, baik kau turun….SEKARANG!!!!!”

 

Sepantas kera pemanjat kelapa muda, Majit terjun ke tanah. Orang ramai pun apa lagi, terus menangkap tangan dan tubuh Majit. Dia nampaknya telah kurang meronta. Lima orang lelaki dewasa yang memegang Majit, memimpin dan menuntunnya naik ke ruang tengah rumah Tok Galaq. Di situ, Tok Galaq sedang bersila dengan tegap dan sajak sekali. Rupa-rupanya Tok Galaq hanya melontarkan vokalnya dari dalam rumah. Dia menggunakan otot perutnya sewaktu mengeluarkan suara. Macam orang teater saja layaknya.

Orang ramai meletakkan Majit di hadapan Tok Galaq. Secara perlahan-lahan mereka melepaskan tangan mereka. Satu persatu. Seorang demi seorang berundur meninggalkan Majit yang nampaknya sudah bertenang. Dia menundukkan mukanya mengadap Tok Galaq. Maklum saja, Tok Galaq memiliki sosok seorang pendekar. Misainya saja sudah cukup menggerunkan. Jangankan lelaki gagah, bapuk dan pondan juga pasti akan lari lintang pukang kalau menatap lentik misai Tok Galaq.

Tok Galaq menghunuskan pisau tajam yang berkilat. Majit dapat melihat imej wajahnya yang terbalik sedang memandang dirinya di bilah pisau tersebut.

 

“kangkang Majit, bukak kain kamu..”

 

Seperti dipukau, Majit menurut perintah. Ayah Majit, Encik Galaktosa, hanya dapat memandang dari jauh. Dia dan orang ramai, tidak dibenarkan naik dan duduk bersama Majit. Di ruang tamu hanya ada Majit, Tok Galaq dan pisau berkilat tajam.

 

“CHAP!! Zas! Shiu! Shiu!”

 

Selesai. Majit kini sudah melangkah ke alam ‘lelaki’  secara rasmi. Dia sudah selamat berpisah dengan kulit yang menutup kepala ‘anu’nya. Majit bukan budak kecik lagi.

 

…………………………

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

Cerpen sebelumnya:
PCB#3 : Surat Berdarah Untuk Gadis Schizophrenia
Cerpen selanjutnya:
Syiah (Bahagian akhir)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
5 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3266 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3183 bacaan
Min patah hati. | 2642 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9731 bacaan
Misi penting | 9104 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9736 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2502 bacaan
Mak! dah bulat! | 2965 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4595 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2861 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

8 Komen dalam karya PCB#3: Kuih Kasuinya terpelanting!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik