Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB# 3: Duniaku, Alice In Wonderland!

 


Dia memang selalu pening-pening.


“Migrain”, itu jawapan dia. Ringkas.


Kadang-kadang peningnya biasa-biasa sahaja. Biasalah mana nak kejar assignments lagi, projek akhir lagi. Slideshows untuk pembentangan lusa nanti baru terkial-kial hendak buat. Peperiksaan akhir? Syukur semester kali ini tiada peperiksaan akhir tetapi kerja bertimbun-timbun memang sudah sedia menanti.


Tetapi selalunya, kalau tidak sibuk pun peningnya akan datang juga. Kadang-kadang bukan biasa-biasa, tetapi luar biasa. Ah, pening! Macamlah orang lain tak pernah rasa pening kepala. Lama-lama peningnya itu sudah sebati dalam hidupnya walaupun mustahil untuk kata ianya tidak mengganggu namun hidup mesti diteruskan.


***


Imbas kembali


Pagi itu dia terjaga dari tidur. Oh, hari sudah siang! Dia cuba buka matanya luas-luas. Gagal. Lalu digosok-gosok kedua-dua belah matanya dengan belakang tangan. Manalah tahu ada satu, dua ketul tahi mata yang melekat ke. Eh, memang ada pun. Lebih daripada dua ketul. Padanlah payah sungguh hendak buka mata. Okey, sekarang mata sudah boleh buka luas-luas.


Eloklah dia membasuh muka yang penuh dengan air liur basi itu. Bagi segar sikit. Basuh tiga kali.


1...2...3. Dia mengira dalam hati. Kemudian ritual seterusnya adalah memandang cermin untuk memicit jerawat. Tapi...eh, kenapa ni? eh...kenapa boleh jadi macam ini?


“Aaaaahhhhhhh....!!!”


Macam mana kepala dia boleh jadi besar? Besar sangat, mungkin dua atau tiga kali ganda. Dia mahu menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan yang sama dia gosok matanya tadi. Tak sanggup hendak lihat  muka sendiri. Macam...alien? Tapi dia tidak jadi pula menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Eh...eh...kenapa ni? Tangannnya pula tiba-tiba mengecil. Kecil macam tangan bayi.


“Aaaaaahhhhh....!!!”


Dia pejam mata. Gerun sangat apa yang dilihatnya sebentar tadi. Lima saat kemudian dia beranikan diri membuka matanya perlahan-lahan.


Semuanya kembali normal. Kepalanya tidak lagi membesar dua tiga kali ganda. Tangannya tidak lagi mengecil seperti bayi. Semuanya biasa-biasa sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.


Tapi, apa yang berlaku sebentar tadi?

Mungkin keletihan?

Hmm...mungkin”, katanya dalam hati.


***


Sekarang


Dia sudah bersiap-siap mahu ke kelas. Perjalanannya ke kelas bukanlah perjalanan yang biasa. Penuh dengan fantasi. Semalam, perjalanannya ke kelas sinefoto dia terpaksa melalui jalan-jalan yang berselirat. Alah, macam labyrinth itu. Itu belum lagi dia ceritakan pengalamannya berjumpa dengan seekor kucing berwarna oren keemasan yang sebesar tikus mengiau-ngiau meminta makanan daripadanya. Dia namakan kucing itu O.B. – Orange Boy. O.B. bukanlah selalu bersaiz sebesar seekor tikus. Hanya sekali-sekala sahaja. Selepas dua, tiga saat O.B. akan kembali bersaiz seperti kucing normal. Cuma semalam, sewaktu dia hendak ke kelas, O.B. tiba-tiba muncul dengan saiz badan sebesar seekor anjing dewasa. Terkejut jugalah dia. Tidaak pernah lagi O.B. menunjukkan saiz sebesar itu.


“Wah, nampaknya semakin menjadi-jadi!”, katanya.


Tetapi, sudah diberitahu, O.B. akan kembali ke saiz normal selepas dua, tiga saat. Jadi dia tidak perlu risau.


Petang ini dia ke taman tasik dekat-dekat dengan kawasan perumahannya. Dia bercadang hendak berjogging. Dia hanya berjogging seorang diri sahaja. Tidak mahu dia bawa kawan-kawan yang lain. Sebab dia tahu taman tasik yang dia hendak tuju tidaklah sama dengan taman tasik yang selalu kawan-kawannya pergi. Lain sungguh! 360 darjah berbeza.


Pokok-pokok yang sebesar gergasi sudah sedia menyambut sesampainya dia di taman tasik tersebut. Itu tidak termasuk dengan bunga-bunga raya putih, orkid ungu serta beberapa bunga lain yang berwarna-warni setinggi langit  yang dari tadi asyik melambai-lambai ke arahnya. Rasa macam masuk dalam dunia gergasi pula.


Oh, kecilnya diri ini! Ibarat semut hitam saja... Dia tidak tahu sama ada mahu rasa teruja, gembira atau susah hati dengan apa yang dia sedang alami dan lihat ini.


Kalau hendak diceritakan pula tentang pengalamannya ke taman tasik pada minggu lepas, lain pula yang dia alami. Dia ke taman yang sama cuma pada hari tersebut keadaannya lain pula. Lain sungguh! 360 darjah berbeza.


Taman yang dia lihat, jalannya berbukit-bukit. Kadang-kadang entah macam mana tiba-tiba jalan-jalan tersebut melengkung. Hampir-hampir sahaja dia mahu terjatuh, tapi dia tahu dia tidak akan terjatuh. Dua saat kemudian, hampir separuh kakinya tenggelam ke dalam tanah. Itu belum lagi dia termengah-mengah mengejar abang penjual aiskrim berperisa strawberi yang sesaat sebelum itu sangat dekat dengannya. Rupa-rupanya jauh berbatu-batu.


Dunia fantasi bukanlah seronok sangat pun, katanya.

Aku mengangguk. Entah faham, entah tidak.


***


“Sejak bila kau kena?”


“Lama juga. Adalah dalam lima tahun lepas”


“Tak ada ubat ke?”


“Doktor kata belum ada lagi”


“Tak takut?”


“Mula-mula takut juga. Aku ingat aku dah gila”


“Tapi kau tak, kan?”


Isy...tak adalah. Kalau tak, dah lama aku bunuh kau!”


“Kenapa pulak nak bunuh aku?”


“Sebab setiap kali aku jumpa kau, aku nampak kepala kau besar macam belon udara panas. Tangan kau panjang sampai cecah lantai. Itu belum lagi aku tengok mata kau kadang-kadang macam nak tersembul keluar”


Dia kemudiannya gelak sampai hendak pecah perut. Memang macam orang gila.


“Betul ke? Hodoh sangatlah aku masa tu?”


“Tak hodoh tapi menakutkan juga mula-mula. Tapi bukan selalu. Kadang-kadang je. Tak lama pun. Adalah dalam lima ke sepuluh saat. Lepas aku kelip-kelip mata balik, dah okey”


 “Sekarang ni kau masih nampak aku macam tu lagi ke?”


“Sekarang ni taklah. Lagipun dah jarang aku dapat sindrom ni. Adalah dalam sebulan, sekali je”


Aik, bunyi macam sedih je”


“Eh, tak adalah. Menyusahkan aku lagi adalah. Susah aku nak mengagak jalan. Kadang-kadang nampak jalan tu macam berbukit, tapi sebenarnya lurus. Malam-malam sebelum tidur aku rasa macam kepala aku ni besar sampai boleh cecah siling. Kadang-kadang pandang orang macam nampak alien. Nampak kucing macam nampak tikus. Nampak tikus macam jumpa anjing”


“Seronok apa! Bukan semua orang dapat rasa apa yang kau rasa”


Heh, mengarutlah kau ni! Tapi ada satu perkara tentang sindrom ni yang kalau boleh aku tak nak hilang”


“Apa dia?”


“Aku suka bila setiap kali aku bangun pagi, aku buka tingkap aku boleh nampak burung-burung yang terbang dari pokok ke pokok dengan jelas walaupun jarak mereka dengan aku lebih kurang seratus meter. Kau bayangkanlah kepak mereka, warna bulu, paruh, kuku, mata semuanya aku boleh nampak dengan jelas seolah-olah burung-burung tu betul-betul ada depan mata aku. Tak sangka cantik sungguh ciptaan Tuhan!”


Aku mengangguk. Entah faham entah tidak.


“Apa nama penyakit kau ni?”


Alice in Wonderland syndrome


Aku mengangguk lagi...


 

 

 Alice in Wonderland syndrome: A syndrome of distorted space, time and body image. The patient with the Alice in Wonderland syndrome has a feeling that their entire body or parts of it have been altered in shape and size. The syndrome is usually associated with visual hallucinations. The majority of patients with the syndrome have a family history of migraine headache or have overt migraine themselves.

The syndrome was first described in 1955 by the English psychiatrist John Todd (1914-1987). Todd named it, of course, for Alice's Adventures in Wonderland by Lewis Carroll. Perhaps not coincidentally, Lewis Carroll suffered from severe migraine. Also known as a Lilliputian hallucination.

Sumber:

http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=24174

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) J.R.R Tolkien (yang juga seorang rakan karib Lewis Carroll) merujuk cerita "Alice In Wonderland" sebagai "amusing but disturbing"...

    Semasa kecil, aku selalu dapat mimpi ngeri selepas selesai baca naskah AIW.



  • 2) TERKEJUT!
    baru aje nak kata .. trend peserta sekarang tak minat dah nak penuhi syarat letakkan penyakit di tajuk.

    sekaliii.............

    wow wow! info bermanfaat! terima kasih!

    p/s: distorted space tu macam mana?
  • 3) seperti biasa...KAMALIA ROCKS!!! best! best!

  • (Penulis)
    4) sorry lambat reply

    26: wow! mimpi ngeri. aku cuma berangan nak jadi mcm alice je. terima kasih kerana baca

    caha: yeap, sebenarnya saya pernah dgr pasal AIWS ni tapi tak tau apa bendanya, heh! terima kasih kerana baca (p/s: distorted space tu kalau ikut kefahaman saya ialah mcm awak pandang semua benda dan ianya jd distort... haha. cth: cuba amik gelas wain atau botol kaca, letak atas meja. lepas tu cuba pandang sekeliling melalui gelas atau botol tu. distort kan?)

    kuru: terima kasih, kurusawa
  • 5) awh menarik! ah sayangnya aku cuma ada adult ADD saja. hemph.
    cis tak sangka 26life baca alice in wonderland manakala aku pula baca HP Lovecraft. hiks.
  • 6) cool!

  • (Penulis)
    7) clarky: thanks! wah..betul ke ada ADD?

    mosh: thanks!
  • 8) HAHA. kamalia dah pick dulu. cannot buat pasal AIW dah. (ceh padahal memang malas dan takda masa nak rangka cerita) hehe

    nice one
  • 9) lewis tulis Alice in Wonderland utk kekasih nye seorang budak kecik bernama Alice.. kirenye dia pedo ke?

    dan ade org kate alice in wonderland hanyalah satu manifestasi cinta lewis kepada matematik, sbb lewis seorang cikgu math.

    regardless, in the end.. it's still a masterpiece and cerita kamalia buleh jadi masterpiece gak ni!
  • 10) Charles Lutwidge Dodgson (27 January 1832 – 14 January 1898) - Selamat Hari Lahir.
  • 11) wahhhh baru tahu ada penyakit nama Alice in Wonderland. Hebat Kamalia! Seronok membacanye

  • (Penulis)
    12) syud: oeh, nak buat jugak ke? haha. ok pick tajuk lain plak!

    ancal: ye ke dia ada gf budak2 nama alice? aku nk bersangka baik la, mungkin dia bukan pedo, mungkin dia sayang budak2 mcm MJ sayang budak2 hehehe. ececeh...masterpiece la sgt. mcm langit dgn bumi je cerita aku dgn lewis. tapi terima kasih baca!

    26: happy belated birthday abang lewis!
    nia: terima kasih ya nia!
  • 13) Oh, saya tak tahu pun ada penyakit ni! (Nampak sangat kurang membaca )

    Tetiba terasa macam pernah menghidapnya. Oho...

    Ringkas dan santai kali ini.
  • 14) err.. ada kena mengena dengan migraine?
    ok menakutkan sikit. :-s
    apa pun, best!

  • (Penulis)
    15) ridh: ini penyakit rare, bukan semua orang tahu. saya pun baru tahu. pernah menghidap? camne? best tak?

    kosong: terima kasih
  • 16) kalaulah aku terkena penyakit ni,bolehlah aku campakkan cermin mata (rabun jauh ) sebab dah tak diperlukan lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia