Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

PCB#3 : Kaulah petanda, wahai Pyrexia

Cerpen sebelumnya:
Pisang Berangan Kelapa Sebatang
Cerpen selanjutnya:
Stesen Ajaib

30 Julai 2009

"Simon Malik..!"

Simon terus bangun apabila namanya itu dipanggil. Kemudian dia berjalan agak laju ke arah pintu bilik kecemasan 1.

Pintu bilik dikuak dan mata Simon melilau melihat di dalam. Hanya ada satu pesakit di dalam bilik rawatan. Salah seorang teman sekumpulan Gading, juga bersamanya ke Hospital Manjung. Berjumlah 9 orang peserta yang mengambil rawatan di hospital bersamanya. Kesemuanya dengan simptom sakit masing-masing.

Dia beredar dengan wajah tenang manakala Simon dipersilakan oleh doktor untuk duduk.

"Dah berapa lama demam?" soalan pertama yg dikemukakan oleh doktor berbangsa cina itu.

"Saya datang sini bukan demam doktor" jawab Simon secara jujur.

"And then kamu datang sini kenapa?" tanya doktor itu dgn nadanya yg agak tinggi.

Apa yang MA (Medical Assistant) bubuh kat kad laporan kesihatan masa aku nk masuk sini? Betullah aku datang sini bukan demam.

"Er... saya ada batuk-batuk dalam beberapa hari yang lepas. Plus saya ada asthmatic history. So..."

Belum sempat Simon menghabiskan ayatnya itu, doktor tersebut terus memakai stetoskopnya lalu memeriksa dada Simon. Yang membuat Simon hairan tidak sampai 2 kali tarikan nafas doktor itu telah mengisytiharkan Simon tiada masalah lelah.

"Ada masalah lain?" tanya doktor itu lagi sambil menulis nama-nama ubat yang perlu Simon ambil di atas sekeping kertas yang berukuran seperti resit pembayaran sewa rumah.

"Er.. saya kadang-kala waktu pagi ada selsema sikit"

Doktor menambah satu lagi nama ubat diatas kertas itu dan kemudian memberikannya kepada Simon.

"Kalau ada masalah lagi, datang balik ye?"

"Terima kasih doktor"

Simon beredar keluar sambil membaca nama ubat-ubat yg diberikan padanya. Sejak kecil lagi, kehidupannya selalu dikelilingi oleh ubat-ubatan membolehkan dia mengenali jenis ubat yang biasanya diberi.

 

panadol.. ubat batuk.. ubat selsema... same ol'.. same ol'...

 

------------

31 Julai 09

Terik matahari menyinar dikala waktu mencecah pukul 2 petang. Iklim di Malaysia memang sinonim dengan perkataan panas terutama di kalangan pelajar-pelajar luar negara yg pulang bercuti. Malaysia yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun kadang-kala juga mempunyai musimnya yang tersendiri. Musim tengkujuh. Musim kemarau. Tidak lupa juga musim ciptaan manusia iaitu musim jerebu.

Simon berbaju lengan panjang, bertopi fisherman hat, berselipar sedang terhuyung-hayang memikul layar ketiga daripada tiga buah layar kapal jenis whaler. Dia bersama-sama perserta Gading yang lain sedang menyediakan whaler yang diberi nama 'Maxis' untuk sesi cubaan belayar.

Whaler yg digunakan oleh OBS (Out Bound School) ini adalah kecil dan hanya utk pelayaran jarak dekat. Sekadar utk memberikan pengalaman kepada para peserta perasaan ketika belayar dan semangat bekerja di dalam satu sistem. Ia mampu menampung hampir 18 orang di atas kapal jika tiada muatan. Dengan 8 orang pengayuh, kapal ini mampu bergerak dengan kelajuan kereta lembu yakni sejam sebatu. Namun jika keadaan berangin, whaler ini boleh menggunakan 3 layarnya itu untuk mengambil tenaga dari angin itu untuk bergerak.

"Dah siap belum pasang rudder tuh?" tanya izwan dari arah bow kapal, yakni di hadapan.

"Dah siap tuan!" jawab Simon dan 2 orang rakan lain dalam nada serentak.

"Give water together!" Izwan mula mengeluarkan arahan dalam bahasa laut yang janggal didengar.

"Give water together aye aye captain!" sahut kesemua peserta Gading.

Plap-plap-plup , kelapan-lapan pendayung yg seberat 3 hingga 4 kilo masuk ke dalam laut tidak serentak.

"Dip! Pull.... out! Dip! Pull... out! Dip! Pull... Out!"

Mereka bertiga masih lagi tercegat di bahagian stern kapal, yakni bahagian belakang tatkala yang lain gigih mendayung. Mereka bagaikan menunggu arahan seterusnya seperti membuka layar yg kini terikat kemas di tiangnya.

"Hah, apa yang kamu termenung kat situ. Cari ruang untuk duduk" Izwan memberi arahan lagi.

Dalam pada Simon mencari ruang yang sedia sempit itu untuk melabuhkan punggung, namanya dipanggil.

"Simon, saya nak awak incharge sebagai navigator"

 

Sebagai pemandu kapal? Yang bertanggungjawab menjaga semua nyawa di atas whaler nih? Biar betul?!

Simon bangkit semula dan mengambil tempatnya di sebelah kanan tiang yg mempunyai layar ketiga. Di pangkalnya terdapat sebatang kayu sebesar lengan org dewasa berukuran sehasta. Itulah pengawal rudder. Bahasa kasarnya steering kapal.

"Untuk ke kiri kamu tarik rudder ke kanan. Ke kanan tolak ke kiri. Faham?" kata Izwan dari stern.

Simon hanya mengangguk. Dia sedaya-upaya tidak mahu memandang rakan-rakannya yang lain terutama 8 orang yang duduk menghadapnya sambil mendayung dengan bertungkus lumus. Dia dapat rasakan aura rasa cemburu dikalangan mereka kerana Simon tidak bekerja kuat mendayung seperti mereka. Di pundak hatinya, dia lebih rela mendayung dari duduk dan hanya menolak dan menarik rudder.

"Inilah kerja berpasukan" tiba-tiba Kak Mar bersuara. Dia merupakan pembantu instructor Izwan bagi Watch Gading.

"Di dalam sebuah organisasi terdapat pelbagai role pekerjaan. Untuk membolehkan sebuah organisasi itu berfungsi dengan baik, setiap role pekerjaan perlu diisi dengan orang mahir akan pekerjaan itu. Adalah amat penting bagi pekerja itu untuk memegang tanggungjawabnya dengan baik" sambung Kak Mar dengan panjang.

Simon mengalih pandangan ke kiri. Dia memandang Kak Mar yang berada dibelakangnya dengan ekor matanya.

"Seperti kita dalam whaler ini, ada yang mendayung, ada yang mebaca peta, ada yang mengawal layar. Setiap tugas perlu dipikul dengan baik. Jika tidak, kita hanya memberatkan lagi orang disekeliling kita. Namun dalam masa yg sama, kita perlu peka dgn org yang bekerja disekeliling kita. Adakah dia telah penat mendayung? Adakah dia sedang mabuk laut? Jika ketika itu kita sedang berehat atau belum dibebani dengan kerja, kita wajib perlu membantunya." terang Kak Mar panjang lebar.

Simon memandang depan kembali. Dia melontarkan pandangannya jauh-jauh. Tangan kirinya perlahan menolak rudder ke kiri bagi membetulkan arah tuju whaler.

"Dalam sebuah organisasi, setiap org ada role masing-masing. Setiap seorg dari mereka complete each other demi mencapai impian dan objektif organisasi itu. Jika ada yg memberontak, tidak mahu melakukan tanggungjawab yang diberi atau pentingkan diri sendiri, maka lumpuhlah organisasi itu. Takkan berjaya sebuah pementasan drama jika orang di belakang tabir juga ingin menjadi pelakon utama." balas Simon berseorangan mengharapkan rakan yang lain terdengar.

"Hoist all sails!" laung Izwan

------------------

Seperti biasa, setiap kali selepas makan malam, watch-watch akan ke bilik MA utk mengambil suhu badan. Ini merupakan prosedur biasa ketika merebak demam H1N1. Suhu badan perlu dipantau selalu.

Namun yg lebih diutamakan adalah peserta yg mempunyai masalah-masalah lain seperti semalam. Simon adalah salah seorg dari mereka.

Aku ni dari petang tadi tak sedap badan. Berbotol-botol air aku minum. Sah badan aku nak demam ni.

Simon menghembuskan nafas ke telapak tangannya. Panas. Lebih panas dari biasa. Tapi hari ini dia seperti peserta-peserta lain. Masih lagi mampu utk melakukan aktiviti.

"Simon!"

Namanya dipanggil. Dia adalah orang terakhir untuk diperiksa.

MA berdiri di sebelah kanan Simon dan memasukkan alat pengukur suhu badan ke dalam telinga Simon

teet...

MA membaca ukuran yang tertera. Dia menggeleng.

"Berapa doktor?"

MA hanya mendiamkan diri dan berjalan ke arah Izwan yang duduk berhampiran meja tulis di sebelah kiri Simon.

MA menunjukkan bacaan kepada Izwan dan Izwan mencatat sesuatu di atas sekeping kertas. Simon curi-curi membaca apa yang ditulis.

40.8°C

---------------------------

Terketar-ketar Simon menuang air ke botol minumannya. Matanya hanya terbuka separuh. Sakit kepalanya menjadi-jadi sebaik sahaja dia keluar dari tandas. Kadang-kala dia mengerutkan dahi kerana menahan kesakitan.

Semasa dia hendak menutup botolnya itu, penutup botol terlepas dari tangan Simon lalu bergolek-golek di lantai. Simon tidak berdaya untuk tunduk dan mencari penutup tersebut. Kepalanya semakin sakit. Berdenyut-denyut.

Dia berpaut pada hujung kerusi. Kepalanya berat bagaikan menjunjung seguni beras. Nafasnya pendek dan berombak. Bila-bila masa sahaja dia akan pitam. Dia bergegas ke biliknya walaupun penglihatannya sudah kelam. Habis semua benda dilaluannya dilanggar.

Asal sampai kat katil aku pun jadilah...

Dia ternampak katilnya dalam kekaburan penglihatannya itu. Dia bagaikan mencampakkan diri ke katilnya itu. Belum sempat badannya mendarat, dia telah terlebih dahulu pitam.



-----------------------------



Simon tersentak dari mimpinya itu. Dia bingung sebentar. Dia dalam keadaan duduk menyandar ke tepi sebuah katil. Kakinya melunjur ke arah katilnya sendiri.

astagrifullah…

Dia kini berada di dalam Dormitori Kinabalu, salah sebuah dorm para peserta semasa OBS. Namun dia keseorangan di dalam dorm tersebut. Peserta-peserta lain sedang berada di dalam dewan menjalani akitiviti pada malam hari. Kepenatan membuatkan dia terlelap sebentar selepas menunaikan solat Maghrib berseorangan.

"Lepas ini, kamu naik ke dorm kamu, pack semua barang dan bawa turun ke medical bay"

Arahan MA masih terngiang-ngiang di telinganya tatkala suhu badannya hari ini mencecah 40.8°C, satu suhu yg agak mustahil dicapai ketika demam. Namun dia tidak terkejut. Dia masih lagi ingat yang dia sewaktu kecil suhunya pernah mencecah 40.2°C.

Suhu yang tinggi amatlah berbahaya. Suhu normal badan manusia adalah 37°C. Peningkatan suhu sehingga 40°C menunjukkan suatu yang tidak normal dalam sistem badan. Boleh jadi alat penyukat suhu tidak berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, jika ia benar, suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan mahupun maut.

"Rata-rata anak murid mak jadi mental selepas sawan akibat uncontrolled pyrexia. Bayangkan kanak-kanak yg hidup normal, ketawa girang bermain sini sana, kecerdasan otaknya ditarik Allah. Bersyukurlah Simon. Nikmat akal kau belum lagi ditarik Allah."

Dia teringat akan kata-kata ibunya, seorang guru kanak-kanak istimewa. Dia mengesat peluh dimukanya. Lintasan peristiwa ketika dia sakit tenat di luar negara masih lagi berlegar-legar dalam otaknya. Simon cukup terkenal dengan egonya yang tidak mahu mengambil rawatan dari doktor. Ketika dia sakit, dia pasti akan merawat dirinya sendiri dengan mengambil banyak air, berehat dan makan buah-buahan. Jika badannya mula mengeluarkan simptom-simptom ganjil seperti bintik-bintik merah, tonsilnya bengkak dan sebagai, barulah dia menolak egonya ke tepi dan berjumpa dengan doktor.

Dia menyandarkan kembali kepalanya di tepi katil. Ternyata kejadian malam ini benar-benar memberi satu pukulan kepadanya. Dia tidak menyangka dia 'kalah' dalam cabaran fizikalnya hanya kerana suhunya begitu tinggi. Akibatnya dia diarahkan utk tidak meneruskan aktiviti pada keesokkan harinya.

"Teruk pyrexia aku kali nih. Macam dulu-dulu gak. Allah nak uji aku sekali lagi agaknya.." Simon tiba-tiba bermonolog.

Matanya kembali melihat begnya di atas katil yang tak sampai dua kali pun dia tidur di atasnya. Semua barangan peribadinya sudah lebih separuh dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Hanya tinggal pakaiannya yang tersidai diluar kerana masih lembab dibasuh.

"Ok, time to go" Simon bersuara sekali lagi. Kemudian dia bangun dan berjalan ke arah pintu depan dorm untuk pergi ke ampaian.

"Ini masa aku turun, jatuh tergolek² ke apa ke, esok pagi baru jumpa mayat aku" dia mengomel bersendirian sambil mengambil baju-bajunya yang masih lagi lembab di ampaian.

Simon bukan sengaja berkata begitu. Apabila dia hendak turun ke Medical bay, dia perlu menempuhi 191 anak tangga dan ditambah pula dengan lorong penjalan kaki yang gelap!

----------------

1 Ogos 2009


Ini merupakan kali kedua Simon solat subuh di dalam medical bay. Kali ini ditemani dengan seorg peserta dari watch lain yg juga dikuarantinkan kerana dikhuatiri menghidap H1N1. Dia dikuarantin sekali lagi kerana suhunya yang tinggi.

Agak lama dia duduk di atas sejadah selepas menunai tanggungjawab utama setiap insan dimuka bumi ini. Dia risau memikirkan apa yg akan berlaku jika dia tidak dapat turut serta dalam expedisi whaler pada hari ini.

Dia meletakkan tangannya di dahi dan kemudian di lehernya seperti org yg hendak memeriksa tanda² demam.

"Tak la panas sangat. Heat Stroke kot semalam." kat Simon berseorangan. Rakan biliknya telah lama menarik selimutnya kembali utk pulang ke alam mimpi.

Dia berpendapat, jika dia mendapat rehat yang cukup, badannya tidak akan mengeluarkan haba yg tinggi. Oleh sebab semalam dia seharian membuat aktiviti, badannya tidak diberi peluang untuk cool down. Ini menyebabkan suhu badannya tinggi semalam.

"Aku berpeluh semalam mengangkut beg aku turun sampai medical bay nih. Meaning metabolisme rate masih lagi elok, dan itu tanda org yang tak sakit. So basically my pyrexia will cool off!" Simon cuba meyakinkan dirinya dengan berlagak seperti seorg tabib yang cuba merawat dirinya.

Namun yang demikian dia masih lagi risau jika suhu badannya masih lagi dikadar membimbangkan. Dia tidak mahu ketiadaannya sebagai navigator kapal, dan sebagai org yg bertanggungjawab ke atas layar ketiga, menyebabkan beban kerja yg patut dipikulnya itu membebankan kawan²nya yg lain.

Okeh, countermeasures must be taken. Lepas ini, mandi. Turunkan suhu badan sebelum ambil suhu nanti. Then sebelum breakfast, baca almathurat. Its important to always keep a close relation with God no matter what.

Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu di atas almari kecil ditepi katilnya.

"And in some situation, desperate measure must also be taken into account" kata Simon berseorangan sambil mengukir senyum yg sinis.


-------------------------


Simon terpandangkan Izwan yang baru turun dari motosikalnya. Dia terus bergegas ke hadapan Izwan. Wajahnya agak serius berbanding hari-hari sebelum ini.

"Hah, apa kamu buat kat sini?" tanya Izwan sebaik sahaja Simon berada di hadapannya.

Mata Simon kali ini agak menyorot seperti marahkan Izwan yang tidak mahu dia berada dihadapannya.

Tiba-tiba Simon mengukirkan senyuman girang.

"Prebet Simon sihat untuk melaporkan diri Tuan!" sambil mengangkat tabik malas kepada Izwan. Dia tersengih-sengih meleret.

"Tak payah lapor-lapor. Takde maknanya. Pergi naik whaler cepat sebelum kena kuarantin lagi" jawab Izwan yg cuba menyembunyikan perasaan gembiranya. Dia ternyata senang hati, semua ahli watch gading dapat menyertai Ekspedisi whaler; termasuk yang perlu ke hospital kelmarin!

Simon berlari-lari anak ke arah Whaler Maxis yg dipenuhi dengan barangan perkhemahan. Ternyata dia tidak mahu ketinggalan dalam menimba pengalaman berkapal layar bersama rakan-rakannya yg lain.

"Kau ok tak Simon?" tanya Hanis, salah seorang rakannya di luar negara, sebaik sahaja nampak Simon terkial-kial untuk menaiki whaler.

"Aku ok jeerrr!" jawab Simon menggedik.

"Berapa suhu kau pagi nih?" tanya Hanis lagi.

"37.6"

Suhu normal manusia.


Simon terus mengambil tempat sebagai navigator kapal. Dia tidak sangka dia diberi peluang oleh Allah swt sekali lagi

alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah...

Simon telah mengambil tindakan diluar kebiasaannya. Dia mengambil 2 biji pil paracetamol selepas dia menghabiskan sarapan mihun goreng. Simon telah dididik oleh ibunya untuk tidak mengambil sebarang 'painkiller' jika dia mengalami pyrexia sejak dia dari kecil lagi. Biasanya ibunya akan menyapu lidah buaya diatas kepalanya untuk meredakan suhu. Jika dia mengalami sakit kepala, dia akan merehatkan mindanya dengan tidur. Itulah caranya utk melawan pyrexia.

Namun hari ini, tiada lidah buaya disapu. tiada bantal utk dicapai jika sakit kepala. Cuma 2 biji paracetamol dan senyuman girang Simon. Tidak lupa juga 10ml ubat batuk.

"Give water together!" laung Izwan dari depan.

"Give water together aye aye captain" sahut Simon bersama rakan-rakannya dengan penuh semangat. Tangan kanannya memegang fisherman hatnya tatkala angin bertiup. Lagaknya tidak ubah seperti seorang pelayar yang tidak sabar untuk bersemuka dengan cabaran di laut. Cuma dibawah topinya itu tersimpan baki paracetamol yg belum dimakan.


Angin berderu lagi. Simon menarik nafas dalam-dalam. Dia berasa sangat bersyukur berada di dalam kapal tersebut. Hanya tinggal tanggungjawabnya sahaja yg perlu dilaksanakan. Tidak semena-mena dia teringat akan lagu Bahtera Raudah hasil karya penyanyi terkemuka negara M nasir. Dengan nada yg perlahan, dia mendendangkan lagu tersebut.

Belum sampai ke korus pertama, tiba-tiba Simon bertanya,

"Bawa kapal ini consider driving ke?" tanya Simon yang baru teringat akan amaran pengambilan ubat batuk.

-tamat-

p/s : Pyrexia atau nama manjanya, demam!

Cerpen sebelumnya:
Pisang Berangan Kelapa Sebatang
Cerpen selanjutnya:
Stesen Ajaib

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
4 Penilai

Info penulis

Simon Malik

seorang penglipur / pencerita yang otaknya penuh dengan cerita.
penglipur | Jadikan penglipur rakan anda | Hantar Mesej kepada penglipur

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya penglipur
PCB#4 : Jurus Guntur Tunggal | 2394 bacaan
Surat | 3024 bacaan
Pisang Berangan Kelapa Sebatang | 96 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya PCB#3 : Kaulah petanda, wahai Pyrexia
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik