Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jangan Membazir!

 

Ali: Ko nak order apa Ahmad?

 

Ahmad: Hmm...apa yang sedap kat sini ek? Aku rasa aku nak try nasik goreng ayam la.

 

Ali: Ko asyik bantai nasik goreng ayam je kat mane-mane ko pegi. Tak nak try yang lain ke? Aku belanja la.

 

Ahmad: Nak buat camne Ali, aku minat ayam.

 

Ali: Lantak ko lah. Er akak, mintak dua nasik goreng ayam.

 

Akak: Minum?

 

Ahmad: Fresh orange please.

 

Ali: Bagi saye air soya ais.

 

Akak: OK.

 

Tak lama selepas tu, datang Hamba Allah nak mintak sedekah.

 

Hamba Allah: Assalamualaikum bang.

 

Ahmad dan Ali: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

 

Hamba Allah: Bang, saya ni dari semalam lagi tak makan bang. Tido pun atas kotak je. Mintak tolong sket la bang ek.

 

Ahmad: Jap ek. Nah, amik la ni. Insha Allah boleh tahan sehari dua. Belanja elok-elok ek.

 

Hamba Allah pandang kat Ali pulak. Ali geleng-geleng kepala. Hamba Allah beredar.

 

Ali: Eh Ahmad, apsal ko bagi duit kat mamat tu?

 

Ahmad: Aik, kan dia cakap dia lapar tadi? So, aku tolong la dia.

 

Ali: Mane ko tau? Ntah-ntah dia tipu ko ape.

 

Ahmad: Kalau dia tipu, itu dia kena jawab ngan Allah la nanti. Tapi kalau dia tak tipu pastu aku tak tolong dia sedangkan aku boleh tolong, tu aku pulak kena tanggung.

 

Ali: Tapi aku tak selesa la bagi duit kat orang yang tipu ni. Kalau dia tipu camne?

 

Ahmad: Kalau pun betul apa yang ko cakap tu, si penipu pun kena makan gak kan? At least aku dapat pahala belanja dia makan, macam la ko akan dapat pahala sebab belanja aku skang ni.

 

Ali berfikir sejenak. Dia amik dompet dia pastu dia jerit...

 

Ali: Eh Hamba Allah, meh sini jap!

 

 

Coretan,

Muhammad Aiman Azlan

 

"...O son of Adam, I asked you for food and you fed Me not.’ He will say: ‘O Lord, and how should I feed You when You are the Lord of the worlds?’ He will say: ‘Did you not know that My servant So-and-so asked you for food and you fed him not? Did you not know that had you fed him you would surely have found that (the reward for doing so) with Me? O son of Adam, I asked you to give Me drink and you gave Me no drink.’ He will say: ‘O Lord, how should I give You drink when You are the Lord of the worlds?’ He will say: ‘My servant So-and-so asked you to give him drink and you gave him no drink. Had you given him to drink you would have surely found that with Me.’" [Sahih Muslim - Hadith Qudsi no. 18]

 

"If you're not taking care of others, you're not taking care of yourself." - Shaykh Hamza Yusuf

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) time skang ni klu org minta sedekah tu bg je..yg penting kita ikhlas..dia tipu tu blakang kira. itu antara dia dgn Allah.nanti suatu masa xada org utk kita bersedekah, baru menggelabah..
  • 2) dulu saya pun mcm si Ahmad ni sampailah ada sorang hamba Allah ni beritahu saya, "Allah tak pernah sekat rezeki hamba-hambaNya, kenapa kita pula yg nak sekat rezeki orang" (mcm tu la ayat dia lebih kurang)

  • (Penulis)
    3) @kamalia: Agaknya awak bermaksud yang awak dulu macam Ali kan, bukan Ahmad?
  • 4) yes Ali! confuse aku...haha!
  • 5) pakcik dalam gamba sgt style~
  • 6) hm, saya asyik tertukar-tukar dalam hal ni.
    kadang saya bersedekah tanpa kisah.
    kadang saya fikir, dengan bermurah hati secara semberono maka orang ini tidak berusaha, menjadikan minta sedekah pendapatan utamanya. nak-nak selepas terbaca kisah peminta sedekah di Puduraya boleh dapat RM500 sehari, peminta sedekah di Makkah musim haji 1000-2000 riyal sehari.
  • 7) Sinikal tetapi penuh teladan. Bagus!

Cerpen-cerpen lain nukilan ibnuazlan

Read all stories by ibnuazlan