Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Putu Mayam

 


Sudah lama aku memerhatikan lelaki itu. Bukan sengaja mahu memerhati tetapi memang itu stesen terakhir aku.
Saban hari, aku melihat dia berdiri senget di tepi tiang Dengan motosikal beserta tong yang mempunyai tulisan 'Putu Mayam', lelaki berkulit hitam manis itu tetap setia dengan jualannya setiap petang.

Aku andaikan sahaja setiap petang. Selalu sangat aku pulang dari pejabat waktu matahari sudah memberi laluan kepada sang bulan.

Dia yang bersandar di tepi tiang stesen Putra setia menanti pelanggan tanpa jeritan tetapi ditemani dengan bunyi hon, menandakan jualannya masih bersisa. Lelaki itu bersandar seolah-olah malas. Riak wajahnya memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa dia sudah bosan di situ, cepatlah bantu dia supaya dapat pulang ke rumah secepat mungkin. Ke pangkuan siapa, aku tidak tahu. Aku tidak pernah membeli jualannya. Sebaliknya, aku lebih senang duduk di bangku, hanya memerhati dia sambil menunggu bas.

Aku kagum sebenarnya. Kagum sangat dengan semangatnya. Aku cuma memerhatikan dia kurang lebih 15 minit tetapi mungkin dia sudah berdiri di situ berjam-jam lamanya. Lelaki muda yang memilih jalan untuk bersusah-payah sedangkan mungkin ramai lelaki sebayanya yang lebih senang berlibur dengan teman-teman 

Jauh betul aku mengelamun. Entah-entah dia cuma membantu keluarga menjual putu mayam, bukan punca rezeki utama.

Aku kagum dengan semangat dia. Bila aku pandang wajahnya, seolah-olah terpandang wajah emak yang lelah menguli tepung untuk dijadikan karipap. Teringat akan emak yang duduk bersila berjam-jam lamanya membuat inti karipap. Kemudian, menggoreng kuih pula. Itupun entah berapa jam. Aku cuma dapat menolong sekali-sekala. Itupun aku sudah mengeluh kerana bahang api. Berniaga bagi aku, memang cukup mencabar.

 Bagaimana kalau hari hujan? Bagaimana kalau jualannya tidak habis? Bagaimana kalau diademam? Mungkinkah rezekinya terjejas dengan teruk? Banyak betul persoalan di minda aku.

 Esok, aku mahu cuba putu mayam lelaki itu. 

                                                                            * * *

Hati aku berdebar-debar sepanjang perjalanan pulang dari tempat kerja. Aku berda semoga lelaki itu masih di situ dan jualannya masih berbaki. Teringin benar rasanya mahu mencuba putu mayam daripada si dia. Entahlah, perasaan aku hari ini seolah-olah ingin bertemu janji pula dengan dia.

Suaranya lembut, senyumnya manis. Emak selalu pesan ketika kami menolong dia berniaga ' mulut dan muka mesti manis kalau mahu tarik pelanggan. Hati mesti ikhlas'. Aku pasti dia juga mengambil falsafah yang sama.

' Kak?' manis wajahnya, lembut tuturnya.

' Dua ringgit ya?' terus sahaja aku menempah dengan suara sedikit tersengkang di kerongkong.

Gerak tangannya lincah menyusun putu mayam di atas plastik. Lincah tetapi tidak kelam-kabut. Cukup tersusun.

' Terima kasih ya, kak?'

Aku hanya tersenyum, melihat wajahnya, mungkin untuk kali terakhir. Tidak, tidak mungkin cinta ini akan berbalas.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Saya sudah jarang menikmati putu mayam.Mungkin bila menikmatinya kelak (jika ada orang belanja) , mampu mengembalikan nostalgia semasa kecil.

    (psst..saya anak orang susah)
  • 2) hehe aku sedikit tertanya kenapa dialog bawah tu banyak sangat ayat berakhir dengan "?"

    perniagaan putu mayam umumnya didominasi warga India. di dalam cerita ini tidak pula dicirikan dengan jelas siapakah penjualnya.

    certot kau sekarang semakin berisilah ucu.
  • 3) cerita berisi atau ucu juga jadi 'berisi' ?

    hehe...jangan mare
  • 4) makanan akan selalunya menjadi perantara cinta dua manusia. mungkin sebab makanan itu keperluan (sama seperti cinta)?
  • 5) dulu mkn putu mayam malam2.. beli kat kedai mamak dekat umah.

  • (Penulis)
    6) 26life: caha anak orang senang. minta kat dia.
    caha: baik! akan dibetulkan.
    26life: berbelah bagi nak ambil hati ke tidak.
    kamalia: ya mungkin. tiba-tiba rasa lapar.
    huda: sekarang, ada lagi?
  • 7) hehe...kenapa tidak mungkin berbalas? pening paktam pikir ni..aduh...

  • (Penulis)
    8) read between the lines pak tam
  • 9) kalau aku adalah senang, maka garisan kemiskinan ibukota telah menurun 45%.
    tapi kalau 26 mahu putu mayam, sudah tentu aku sudi belanja tanpa alasan.

  • (Penulis)
    10) die hint la tu caha haha.
  • 11) Ouch! Sweet sungguh cerita ni. Macam gula merah yang dimakan bersama putu mayam.

  • (Penulis)
    12) tak elok tau sweet sangat, ridh. nnt kena diabetes.
  • 13) semalam baru je teringat putu mayam..craving tak abis2....

  • (Penulis)
    14) ha ni dah dpt ke blom?
  • 15) lom....mak x g pasar...ntah2 org kat psr tu pun da x jual da...

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer