Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Terlerainya Ikatan Persahabatan 3 (last part)

 

Atiqah tipu. Sebenarnya dia ingin menghubungi keluarga Shakira supaya dapat membantu. Segera ditekan butang search di N70 nya untuk mencari nombor yang boleh dihubungi. Satu demi satu dicubanya. Tapi hampa. Kesemua nombor itu tidak dapat dihubungi. Hanya peti suara yang menyambutnya. Damn it! Apasal la time ni tak dapat nak contact semua number ni! Aduhhhh! Dahla urgent ni.

Tiba-tiba Atiqah teringat untuk menghubungi abang Shakira. Dicapainya pula V360 nya. Maybe ada dalam ni. Mintak-mintak laaaa ada! Plisss… Gerutu Atiqah dalam hati. Ada! Bagus! Sekarang ni mintak-mintak la dapat contact. Fuhh! Dengan lafaz bismillah Atiqah mendail nombor itu.

Tuutt tuutt.

Mata Atiqah bercahaya. Dia bersyukur akhirnya ada juga nombor yang dapat dihubungi.

“Hello…”
“Hello. Ni abang Shakira kann?”
“Err… ya. Ni sape?”
“Tiqah.”
“Ooo ok. Ada apa Tiqah?”
“Umm… sekarang ni awak kat mana?” Plisss kata la kau kat rumah. Plisss.
“Kat luar. Kenapa ni Tiqah?” Shit! Balik cepatttttttt!
“Kira…”
“Kenapa dengan dia?” Suara Azim mula cemas.
“Tak tau. Tapi Tiqah rasa dia macam tengah tak betul.”
“Hah! Apa dia buat?!”
“Dia… dia nak bunuh diri!”
“Whatttt?!! Ok ok. Sekarang ni jugak saya balik rumah. Tiqah letak phone dulu ye.”
“Ok. Bye.”

Talian diputuskan. Atiqah tidak putus-putus berdoa agar Shakira tidak melakukan apa yang dikatakannya tadi.

--------

Keesokan harinya, Atiqah melakukan rutinnya sehari-hari. Dia masih teringat kisah malam tadi. Haihh… apa la nasib aku ni. Tapi takpe la kalau dia dah tanak kawan dengan aku pun. Aku tahu apa yang aku buat tu betul ke salah. Asalkan aku dah buat tanggungjawab aku.

Sedang Atiqah duduk-duduk, N70 nya berbunyi menandakan masuknya message. Dia buka untuk membacanya. Shakira.

‘Aku minta maaf tentang hal semalam. Aku tak dapat fikir kau buat semua ni untuk aku. Aku ingat jasa kau sebagai kawan aku. Thanks. Aku minta maaf.’

Pada mulanya Atiqah enggan membalas sms itu. Hatinya masih lagi terluka dengan kata-kata Shakira. Dia mengabaikan sms itu.

------

Menjelang petang, Atiqah baca semula sms itu. Tergerak hatinya untuk membalas. Tapi kali ini dia tegar untuk membuat keputusan yang satu. Biarpun keputusan ini nampak kejam, dia tetap tegar untuk melakukannya.

‘Aku maafkan kau. Tapi lepas ni aku harap kau buat hal kau dan aku buat hal aku. Aku dah tak sanggup nak dengar hinaan kau pada aku. Memang senang untuk meminta maaf. Tapi kali ni aku tak rasa kali ni aku dapat terima kau semula macam dulu. Dah banyak kali aku terasa hina pada pandangan mata kau. Kau cuma anggap aku sebagai pengacau dan penghancur hidup kau. So, kau jaga la diri kau elok-elok. Ingat pada Allah. Assalamualaikum.’

Memang pedih untuk membuat keputusan ini. Tapi apakan daya, Atiqah memang tidak mampu lagi untuk menerima Shakira semula. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang untuk ke sekian kali. Biarlah semuanya berakhir di sini.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sepatutnya balas sms tu selepas beberapa hari. jangan biarkan perasaan dendam dan benci masih mempengaruhi. lagipun, tak perlulah putus sahabat. cukuplah sekadar tidak serapat dulu. :)

  • (Penulis)
    2) tanya la kat atiqah tu. :D

  • (Penulis)
    3) oh ye. maksud 'aku tak rasa kali ni aku dapat terima kau semula macam dulu'  : tak rapat macam dulu. bukan putus kawan. ok? dan Biarlah semuanya berakhir di sini pula adalah bermaksud cukup la apa yang dah berlaku tu. takkan ada lagi macam dulu.
  • 4) atiqah tu punggung hot tak. mesti dia tak mahu main boling juga. pasti.

  • (Penulis)
    5) ntah tatau. tak tengok pulak kat punggung atiqah tu.
  • 6) selalu fikir.ape maksud putus sahabat? penah ke declare bersahabat.kenape perlu ada ungkapan `putus sahabat`? selalu gak gune time wat pasal frendship.tp sendiri xpaham.haha~
  • 7) emo btul....huhuhuh

  • (Penulis)
    8) sape emo?
  • 9) wah... citer yg bagus tu..  putus pershbatan xpatut2..
  • 10)

    laa..apesal la dok gado2 dorg nih..so, dah2 jgn sdey2..gi buat cite hepi2 lak...

    hihi


  • (Penulis)
    11)

    hoho :D

  • 12) the end~ hohohoooo
  • 13) hehehhe.. nice! =p

    happa la.. orang putus sahabat pun leh cakap nice lagi.. wake up dayya! huhuhu

Cerpen-cerpen lain nukilan Kesuma

Read all stories by Kesuma