Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

makan nasi dengan ayah

Cerpen sebelumnya:
Jadilah seperti Bunga
Cerpen selanjutnya:
Senyum

Syobri berasa bosan.

Terus saja dia menyarungkan sepasang selipar buruk ke kakinya yang berdaki. Sebelah kanan bernama 'Korokko', sebelah kiri pula bernama 'Lebombong'. Jenama apa entah? Selipar di halaman rumah ibunya ini kelihatan agak bercampur-campur dan bergelimpangan di sana-sini.

"kau nak pegi mana tu Syobri?"

"Syobri nak pegi main gasing dengan kawan!"

"kawan yang mana?"

"alah...kawan Syobri la!"

"siapa?"

"emm..Caha..mak!"

"apa? Cahamak tu anak sapa?"

"Caha tu anak tok siak..mak"

"hmmm..pegi lah..."

 

Macam itulah setiap petang. Bila Syobri nak keluar bermain saja, ibunya pasti akan bertanya begitu. Walaupun hanya bermain di sekitar kampung. Ibu Syobri tetap berwaspada. Sekarang ni bukan macam zaman 80-an dulu. Dulu selamat. sekarang ni, pantang lepa je, hilang!

Syobri berjalan terhuyung-hayang menyeret kedua belah kakinya yang sukar nak berjalan elok. Pakai selipar lain-lain memang susah nak melangkah. Sebelah tebal, sebelah nipis. Sebelah sepit di antara jari ibu dan jari telunjuk kaki. Sebelah lagi lubang sarung saja. Seratus langkah berjalan, Syobri menyeluk saku depan kanan seluarnya.

"alamak! gasing tak bawak! macamana boleh lupa pulak ni!"

Setelah membuat pusingan tiga titik, Syobri berlari kuat menuju kembali ke rumah ibunya. 

Setibanya di rumah, Syobri terus melompat masuk ke ruang tamu. Dia membuat belok ke kanan tanpa memberi isyarat.

"Gedegung!"

"adduh! apahal ni Syobri?!"

"adoi!!! sori ayah! tak sengaja!"

Selepas bangun dan menggosok dahi, Syobri masuk ke dalam bilik tidurnya. Habis digeledah almari dan laci di mejanya. Namun, gasing buatan Kampung Malaysia Tambahan miliknya itu masih belum ditemukan.

"ayah! nampak tak gasing Syobri? "

Ayah Syobri yang sedang mengunyah nasi di dapur terus menjawab.

"hemntahgk! ftahj namphkagh phullakh!"

"ayah, jangan cakap dengan mulut penuh!"

Tiba-tiba, perut di bahagian 'Fundus' Syobri bergetar dengan agak keras. Macam bunyi gergaji elektrik yang sedang membelah balak di hutan simpan.

"mari le makan dulu Syobri..sampai ke sini bunyi perut kamu tu.."

Jemputan ayahnya terus disambut Syobri dengan senyuman bak pengantin yang baru berkhatan. Syobri sampai di meja makan di dapur. Dia berdiri di sebelah kiri ayahnya yang sedang sedap mengunyah nasi.

"hmm...duduklah..makan nasik ni"

Syobri mengambil pinggan yang berisi nasi dan lauk yang nampaknya sudah bergaul mesra. Dia mula makan.

Selesai dua suap, Syobri mula merasa ganjil. Macam ada yang tak kena dengan mulutnya. Ada rasa pedas, ada rasa pahit, ada semua rasa. Syobri memandang ayahnya yang sedang giat menelaah makanan. Asyik saja. Sehabis kunyahannya yang kedua, bahu Syobri tiba-tiba di pegang oleh seseorang.

"eh mak! apasal...nasi ni rasa lain macam?"

"laa...tu nasik ayam!"

"eh! ye ke? ...sedap je..."

Syobri menyimpan dendam dengan ayahnya sehingga kini.

........

 

 

 

 

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Jadilah seperti Bunga
Cerpen selanjutnya:
Senyum

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
5 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3268 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3186 bacaan
Min patah hati. | 2643 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9732 bacaan
Misi penting | 9105 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9737 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2504 bacaan
Mak! dah bulat! | 2965 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4595 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2861 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

9 Komen dalam karya makan nasi dengan ayah
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik