Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Denganmu Kutenang

Cerpen sebelumnya:
Surat
Cerpen selanjutnya:
Teroris Bukit Zion



Pagi Rabu, aku bangun dari lena yang nyenyak setelah sehari suntuk semalam berkerja keras menyiapkan tugasan di pejabat. Dengan rambut masih serabai, air liur basi kering di pipi, aku mendail satu nombor di senarai panggilan pada telefon bimbitku.


..Helo..’ suara lembut menjawab.


..Helo  sayang, esok bos I outstation. So I rasa nak ajak yu kelua la. Kite pegi tengok wayang jom..’ Aku berkata sambil membuang taik mata sebelah kanan.


..Oh, okey, nak tengok cerita apa?


Nanti la kita bincang nak tengok cerita apa eh, I nak siap pegi kerja..ok bye.. :)’ Kalau guna 3g mesti gefren aku dah nampak muka aku senyum. Aku  bingkas mencapai tuala dan masuk ke tandas sambil menggeliat.


Arrrkkhhhhhhhhh…


*****


Mondok, esok aku pegi outstation kat Kampong Pandan, kau jaga budak-budak eh. Pastikan episod  5 dengan 6 sampai kat editing esok..push sikit budak-budak buat keje..’ Bos menghisap rokok sepam. Dihembusnya asap dekat baju kemeja aku.


Ok bos..’ aku keluar dari bilik dia. Poket seluar kuseluk mengambil telefon bimbit. Aku menaip mesej.


Sayang, esok I rasa tak jadi la pegi tengok wayang, tuka plen la..rasa nak pegi pantai la..huhu


TUNUT,TUNUT..


Laa..kenapa pulak tak jadi?


Saja-saja nak tukar plen. Haha. Ok tak?


TUNUT,TUNUT..


Ok je..i tak kesah.


Aku duduk di satu meja sambil mencekik nasi berlauk ikan kembung. Makan tengahari. Datang kawan aku bernama Sumi duduk meletakkan pinggannya yang penuh dengan lauk sotong.


Mon, aku dengar kau mengampu bos kaw-kaw sebab nak naik pangkat jadi director,..betul ke?


Mana kau dengar cerita ni Mi? mana ada aku mengampu. Aku buat keje macam biasa je la..’ Aku menghirup air sirap ais.


Aku dengar bos sendiri yang cakap..haha. takde la…aku gurau je..hehe. Eh, kau tahu kan bini bos tu cikgu kat sekolah depan simpang sebelum masuk area ni?’ Sumi tukar cerita.


Eh, yeke..tak tahu pulak aku ..kau pernah jumpa ke?


Ade la sekali tu aku nampak bos ambik dia balik sekolah..cun gila siot bini dia..seyes..!


Betul ke ? Ala…stendet la pumpuan.Kalau  laki kaya muka pecah pun sanggup. Bos macamtu punya kening pun nak..’ Aku mengelap mulut dengan tisu. Pinggan yang dah licin aku tolak sedikit ke tengah meja.


*****


Mat, aku esok ada hal sikit nak settlekan pasal episod  7. Aku nak pegi jumpa penulis skrip, so aku lantik kau jaga budak-budak. . boleh?’ Aku memegang bahu Mamat bin Saspenden.


Oh..Okey, takde hal la..’ Mamat buat isyarat ibu jari.


TUNUT, TUNUT..Sebuah mesej masuk.


Sayang, esok kita nak pegi pantai mana?


Port Dickson


Aku duduk di depan komputer menyusun fail-fail video masuk dalam folder.


****


Esoknya, aku keluar awal pagi menuju ke rumah gefren aku. Pukul 9. Sampai depan rumah aku tekan hon 3,4 kali. Gefren aku berlari-lari anak keluar dari pintu pagar. Dia buka pintu kereta Myvi ku.


Sori, sori..i buat breakfast tadi..untuk..’ Sarah berhenti bercakap bila aku memegang tangannya.Dia senyum manja.


Aku membalas senyuman sambil menekan pedal minyak.


Harap-harap kat pantai pagi-pagi ni takde orang sangat la..’ Aku bersuara.


Sesampainya di pantai, sesudah memparkir,aku mencapai gitar di tempat duduk belakang.Gefrenku yang memakai dress putih dan bertopi tersenyum sambil membetul-betulkan rambutnya.


Sayang..Bos I balik petang kan?’  Aku bertanya spontan.


Haah..hubby I kata dalam pukul 6 macamtu dia sampai..Gefrenku menjawab selamba. Dia membelek cincin emas bertatahkan batu permata di jari manis kirinya. Kami pun berpegangan tangan berlari menuju ke pantai.

 

(cerita ini hanya mengarut. Maka, sila enjoy lagu arab di atas dengan hati yang hepi :p )

 


Cerpen sebelumnya:
Surat
Cerpen selanjutnya:
Teroris Bukit Zion

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
4 Penilai

Info penulis

Rizzy

kurap yang mujarab. 
Rizzy | Jadikan Rizzy rakan anda | Hantar Mesej kepada Rizzy

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Rizzy
Tersangkut (Filem Pendek) | 18837 bacaan
Pak Kadiyag | 37599 bacaan
"Kasim"hannya Beliau | 2772 bacaan
Kiting Ke Kedai | 3471 bacaan
Soalan Gudun | 3870 bacaan
Kepala Monitor Alpetoh | 2937 bacaan
PCB#2 : Monolog Niraq | 2979 bacaan
Kau Suka the Cerpen (feat. Paktam) | 4618 bacaan
Tangisan Dodo | 3264 bacaan
Gadis Kebaya Biru | 5385 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Denganmu Kutenang
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik