Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Teroris Bukit Zion

  • 7
  • toti
  • 13 years ago
  • 3,334
  • FREE

 

 

"Zionists are people without any religion. They are lying about being Jewish because religion means brotherhood, friendship and respecting other divine religions?

Mahmoud Ahmadinejad

 

 

“Bagai mana Islam dapat menjadi rahmatan lil a’alamin sedang penganutnya terlihat ekstrim dan rasis?”

Pertanyaan Aaron Kohler itu seperti petir memanah hati Qudus. Darahnya terasa mengelegak panas. Namun segera dia beristighfar bagi menjinakkan amarah. Dia perlu waras mendepani kesalahfahaman ini. Hujah harus pula dibalas dengan hujah. Bukan emosi.

“Maksud kau?” Soal Qudus ingin mengetahui lanjut.

“Umat Islam sering mencanang bahawa Islam agama universal dan penuh toleransi. Tetapi dalam keadaan yang bersamaan memusuhi insan lain hanya kerana dia terlahir sebagai yahudi” jelas Aaron Kohler berjujur.

“Aku tidak menafikan hal yang kau dakwa. Tapi isu ini tercetus kerana kekeliruan umat dan Islam dengan rakus dihukum tanpa pengadilan wajar” Qudus memulakan bicara.

“Sebenarnya, masalah ini bukan berangkat dari sentimen rasial. Umat Islam diajar untuk menganggap semua umat manusia adalah bersaudara, berasal dari satu bapa Nabi Adam AS. Sikap ini juga bukan berangkat dari sentimen agama karena agama Yahudi adalah termasuk agama samawi yang galurnya dekat dengan Islam”.

Aaron Kohler fokus mendengar hujah sahabatnya itu. Dia bersyukur dianugerahkan seorang teman sebilik seperti Qudus. Yang cukup terbuka dalam membicarakan hal-hal panas dalam suasana saling hormat. Baginya Qudus bukan sekadar bakal Arkitek sepertinya tetapi juga seorang mahasiswa muslim yang taat, bijak, sederhana dan pragmatik.

“Jadi menurut kau hal ini berlaku atas dasar apa?” soal Aaron Kohler ingin penjelasan.

“Percikan daripada manifestasi kemarahan terhadap aksi zionis Israel yang dengan biadap menceroboh serta merampas tanah Al-Quds dan memperkosa hak-hak asasi juga kehormatan umat Islam Palestina sampai detik ini yang merupakan implementasi perosakan bangsa Yahudi di muka bumi”.

Qudus menyeluruhi wajah kosong Aaron Kohler sebelum menyambung.

“Boikot dan pelbagai aksi melawan zionis bukan kerana umat Islam itu termakan propaganda yang disemangati oleh idea anti semit, tetapi kerana fahaman zionisme itu sendiri.”

“Tapi kau sendiri tahu, bukan semua yahudi itu bersekongkol dengan zionis. Aku antara manusia yahudi yang menyelar tindakan culas zionis terhadap palestina dan sekaligus menolak konsep negara Israel dalam bentuk yang begini”.

“Aku tahu. Tetapi tidak semua orang memahami hakikat ini. Sebagaimana kelompok lain terdapat pelampau dan sederhana, begitu juga halnya dengan orang Islam” jelas Qudus lagi.

“Akibat terbakar dalam kemarahan melihat aksi perlecehan hak manusiawi dan nilai samawi terhadap palestina, maka ada dikalangan umat Islam yang sembrono menganggap semua Yahudi itu wajib diperangi tanpa kecuali”.

Aaron Kohler mengangguk-anggukkan kepala menanggapi maksud pernyataan Qudus. Sukar untuk dia menafikan kebenarannya. Memang pusat permasalahan ini letaknya di Palestin. Selagi hal ini gagal disepakati, selama itu permusuhan ini akan kekal berlangsung.

“Jika benar Islam memandang manusia itu sama, mengapa terdapat ayat  Al-quran yang bersifat persemis terhadap yahudi seperti  ayat yang kurang lebih bermaksud: banyak dari Ahli Kitab yang menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kalian kepada kekafiran setelah kalian beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran.” (QS. al-Baqarah [2]: 109)”.

“Ayat itu sebenarnya bersifat sosial politik bukan persemis. Ia merupakan respon khusus yang merujuk tingkahlaku segelintir kelompok yahudi seperti Ka`ab bin al-Asyraf, Hayy bin Akhthab, Abu Yasir bin Akhthab, Syas bin Qais al-Yahudi yang sibuk hendak mengyahudikan orang-orang Islam. Lebih kepada sebuah peringatan agar umat Islam berwaspada dengan kelompok jenis ini. Namun sayangnya ayat ini kemudian diangkat menjadi ayat teologis yang mengakibatkan semua Yahudi dipukul rata” jelas Qudus penuh teliti.

“Adalah dusta jika sesiapa menuduh Islam menganjurkan umatnya memusuhi Yahudi tanpa sebab. Sejarah telah menjadi saksi bahawa manusia pertama memperakui kenabian Muhammad adalah daripada kalangan Yahudi iaitu Buhaira dan Nestor.”

“Muhammad sendiri memperisterikan anak pemimpin Yahudi dari Bani Nadir, Safiyah binti Huyay bin Akhtab. Lebih daripada itu, Muhammad juga bermu’amalah dan pernah mengadai baju besinya kepada seorang yahudi yang kemudian ditebus oleh menantunya Ali ibn Abi Thalib.”

Qudus diam sebentar sambil perhatiannya terarah kepada sahabatnya itu. Dia cuba menyelami gundah yang mendap dilubuk hati Aaron Kohler. Seboleh mungkin dia ingin merungkai setiap kekusutan agar wajah agama dapat dijernihkan daripada segala kesalahfahaman.

“Tetapi Al-Quran banyak menggambarkan Yahudi dengan perwatakan negatif seperti tidak boleh dipercayai, provokatif, anti kemampanan, keras kepala dan mungkir janji” soal Aaron Kohler lagi.

“Al-Quran tidak memfitnah Yahudi. Yang digambarkan itu adalah penyakit patalogis sosial mereka secara am yang terakam sepanjang sejarah. Al-Quran hanya menyampaikan kebenaran. Dan menyatakan kebenaran itu bukanlah satu bentuk penghinaan.”

“Generasi terpelajar Islam tahu, generalisasi adalah simplikasi. Sejarah telah membuktikan bahawa tidak semua Yahudi itu berwatak negatif. Mukhayriq adalah contoh yahudi yang taat asas dan kuat berpegang pada kesepakatan dengan memerintahkan pengikutnya mematuhi Piagam Madinah. Umat Islam juga tidak pernah melupakan bantuan orang-orang Yahudi dalam penaklukan Andalusia dan sumbangan ilmiah mereka dalam menterjemah buku-buku yunani dan suryani ke dalam bahasa arab diera kegemilangan Abassiyah”.

Qudus mendengus kecil sebelum melegakan kerongkongan yang kurang selesa.

“sila lanjutkan” pinta Aaron Kohler semakin tertarik. Atau mungkin juga kurang berpuas hati.

“Islam tidak pernah memerangi sesuatu kaum itu kerana agamanya atau bangsanya. Islam justeru menghormati perbezaan agama dan berlaku adil kepada semua. Ini dapat dilihat dari apa yang dicontohkan oleh Umar Al-Khatab saat memerintahkan supaya bantuan baitulmal diberikan kepada seorang tua peminta sedekah berbangsa Yahudi. Khalifah Umar mengatakan "Tidak ada keadilan, kita kutip jizyah dari mereka ketika masa muda dan meninggalkan mereka apabila mereka tua."

“Yang Islam perangi adalah kelompok yang mendatangkan mudarat ke atas umat. Ini yang sedang berlaku sekarang. Perlawanan terhadap zionis Israel ini bukan bersifat perkauman seperti yang dilobi media massa mereka. Ini adalah jihad terhadap kelompok yang gemar memicu konflik dengan melakukan perlanggaran dan perlecehan terhadap daulah Islamiyyah”.

Keadaan sunyi sebentar. Masing-masing sedang menyelam ke dasar lautan fikir. Mencari mutiara yang mungkin terlindung oleh kentalnya lumpur.

“Makanya sesuatu perlu digerakkan untuk menggubah keadaan. Umat harus dikeluarkan daripada ranah kekeliruan ini.”  Aaron Kohler menyatakan pendapat.

“Itu yang sewajarnya” balas Qudus singkat.

“Tapi siapa yang perlu memulainya dulu?” soal Aaron Kohler buntu.

“Siapa lagi kalau bukan kita”

“Kita?” Aaron seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Ya kita. Sebelum kita membetulkan masyarakat, diri sendiri perlu diperbetulkan”.

“Maksud kau?”.

“Mulai daripada dalam diri masing-masing, kemudian keluarga, teman-teman, jiran, masyarakat dan seterusnya bangsa. Kita perlu lebih memahami dan menjunjung konsep keadilan sosial. Setiap individu bertanggungjawab untuk berlaku adil bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain tanpa mempedulikan agama dan ras kaum. Kepelbagaian kepercayaan harus dilihat sebagai hakikat yang dijadikan tuhan supaya manusia boleh saling bahu membahu dan kenal mengenal di antara satu sama lain” jelas Qudus terperinci.

“Dan dunia juga harus disedarkan bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis” balas Aaron Kohler.

“Benar  seperti yang dijelaskan oleh Ketua Ulama Muslimin Dunia, Dr.Yusuf Al-Qaradhawi sewaktu pertemuan dengan Robi Yahudi bahwa permusuhan umat Islam ini ditujukan kepada gerakan Zionisme Internasional yang memusuhi dan ingin menguasai dunia, bukan kepada umat Yahudi”.

Aaron Kohler jadi tersentuh dengan keadilan Islam yang didengarnya melalui bibir Qudus sebelum kedua sahabat itu sepakat dengan ikhlas berbagi senyum.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Ini, berat sungguh...
  • 2) mesej dan pedoman yang bagus. aku suka kalau lebih ramai orang islam, terutama di negara ini yang kadang belum terbuka untuk membuka new horizon di dalam pemahaman mereka tentang isu si teroris zion ini.

    penyudahnya juga disimpulkan dengan nasihat yang berguna untuk langkah pertama!

    nice one toti
  • 3) benar, yg mahu merampas Aqsa itu zionis, bukan yahudi. zionis adalah satu ideologi lain. yg merencanakan New world order.penyembah syaitan secara terang-terangan.
  • 4) ini adalah.. ini adalah...
    jap encik toti, adakah anda orang yang saya fikirkan?

  • (Penulis)
    5) Syukran atas semua komen

    26life : berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul (tak pasal-pasal)

    Caha : tentang new horizon tu aku setuju banget... kita kena belajar keluar daripada zon selamat dan mendepani permasalahan umat dengan ilmu dan praktik yg lebih bijaksana.

    rizzy : betul, zionisme ni dh jd semcm mekanisme pengolah persetujuan secara paksa yg memanipulasi simpati dunia untuk memenuhi agenda dan cita-cita gila zionis. Lebih fasis daripada Hitler dan lebih brutal daripada Genghis Khan.

    penglipur : Apa yang sedang anda fikirkan?




  • 6) lupa nak rate haritu. empat!
  • 7) Karya anda sentiasa membuka mata. Penulisan juga salah satu cara untuk memberi mesej dan teladan yang baik. Teruskan!

Cerpen-cerpen lain nukilan toti

Read all stories by toti