Zehra

 

Hasnol memegang tangan Zehra yang nampaknya sudah tak lagi bermaya. Pucat dan lemah. Nafasnya naik turun perlahan. Hasnol sudah tidak dapat menahan air matanya lagi. Setitis demi setitis air matanya mengalir dari pelupuk matanya yang kuyu.

“buat malu je, budak lelaki nangis...Nol, aku redha...”

“maafkan aku Zehra..aku..aku tak dapat buat apa – apa...aku ..”

Suara Hasnol tersekat di kerongkongannya. Dia menangis teresak-esak. Ini kali kedua dia menangis. Kali pertama sewaktu ibunya meninggal dunia, setahun yang lalu. Kanser.

“doktor minta maaf, ibu kamu hanya ada 4 hari saja untuk hidup...”

Hasnol masih tak dapat melupakan kata-kata hampir syirik yang diluahkan oleh sang doktor yang dianggapnya bertanggungjawab untuk mengubati ibunya. Tapi itu dulu, sekarang Hasnol sudah dapat menerima kenyataan. Dia mengerti yang takdir dan ketentuan Allah mengatasi segala-galanya. Kita sebagai hamba, hanya menumpang kasih sayang-Nya.

“tapi ..Zehra,..aku tak sengaja...”

“uhuk-uhuk! Aku redha...”

Zehra memuntahkan darah. Aneh. Darahnya berwarna jernih dan ada sedikit tompok kekuningan.

“pergilah...tinggalkan aku..”

Zehra menarik tangannya yang hampir membeku, lepas daripada genggaman Hasnol. Hasnol terpaksa akur dengan permintaan Zehra. Mungkin ini hajatnya yang terakhir.

Hasnol memandang tubuh layu Zehra buat kali yang terakhir.

“pergilah Nol...aku tak mau kau tengok aku...uhuk-uhuk ....mati..”

“Zehra!!!!”

...........

Zehra menghembuskan nafasnya yan terakhir tepat jam 3.43 pagi, setelah bergelut dengan maut selama seminggu. Kepalanya terputus, bercerai dari badan. Namun ajaibnya, Zehra dapat bertahan selama seminggu.

...........

“Nol....! tolong sapukan bangkai lipas yang kat bilik kamu tu...! dah bersemut dah tu!!”

Hasnol mengangkat mayat Zehra secara berhati-hati. Semut-semut yang menghurung terus mengejar dengan marah. Zehra dibuang ke dalam tong sampah.

“selamat tinggal Zehra..”

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) dah agak dah! mustahil kurusawa nak buat cerita ala drama swasta. btw, nama yg cantik utk seekor lipas
  • 2) hahahaha
    kukibas*ed!

    tu la tu. tak mungkin ini kisah melankolik sebenar. cuma tak tahu apa jenis ending kuru nak buat. kohkoh.
  • 3) Tajuk yang tak pernah terfikir dek akal, untuk seekor lipas.
    ending yang cukup 'indie'
    /4
  • 4) Sentiasa bersedia bila baca karya Pak Kuru. Tahu penamatnya pasti twist yang sukar dijangka.
  • 5) terkena aku...haha..

    bila baca darah Zehra tu warna jernih aku syak yg Zehra ni Alien

    Tak sangka pulak yg Hasnol tu mesra lipas.. hehe..
  • 6) Haha sabo je. Susah jugak kalau Hasnol bak namakan lipas byk-byk
  • 7) serius betul di awal cerita. rupa-rupanya....hehehe...
  • 8) wakena beb!!
  • 9) Entah kenapa sy tergelak bila baca ayat ni: "Kepalanya terputus, bercerai dari badan. Namun ajaibnya, Zehra dapat bertahan selama seminggu."

    Psychokah sy? Nah! Sy normal. :/
  • 10) suka sangat-sangat dengan cerpen ni. mmg terkena..haha

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa