Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

PCB#4: Kelab Memanah Cinta Bersepuh Emas Pelsu

Cerpen sebelumnya:
mahkluk hidong hijau
Cerpen selanjutnya:
PCB#4 : Jurus Guntur Tunggal

Pagi itu, Jamdol pergi ke padang sasar memanah yang terletak hanya 5 langkah daripada rumah emaknya.  Ini adalah disebabkan, pemilik padang memanah tersebut ialah sepupu kepada nenek menakan emak Jamdol. Tanah itu milik keluarga Jamdol. Diwariskan oleh moyang Jamdol kepada sepupu nenek menakannya yang berpenyakit lemah usus.

Lima tahun yang lalu, sewaktu tanah lapang di sebelah rumah emak Jamdol itu hendak dijadikan padang memanah, ramai penduduk kampung yang menghalang. Antara sebab mereka membantah ialah, i) tanah lapang itu sebenarnya lebih sesuai dijadikan padang ragut untuk ternakan ( kata Pak Maonin, pemilik sekawan kambing ganas); ii) tanah lapang itu betul-betul bersebelahan dengan surau kampung ( membimbangkan, kata Tok Siak ). Sebab –sebab yang lain, tak mampu pula dititipkan di sini(sebenarnya saya malas nak tulis).

Maka, berjalanlah Jamdol menuju ‘kaunter mengambil anak panah dan busur, sepuluh ringgit satu jam’ di padang memanah itu. Kaunter itu terletak di bucu kiri arah selatan padang tersebut. Ia hanyalah sebuah pondok yang kecil, seluas 15 X 20 kaki persegi. Sesampai di hadapan kaunter tersebut, Jamdol ditegur oleh pekerja kaunter.

 

“awal hari ni Jamdol? Dah buat womap?”

 

“eh! Ye ke awal kak Nap? Saya ingat saya yang paling lambat!”

 

“hmm…awal Jamdol! ahli pasukan kau yang lain pun tak datang lagi..dah womap?”

 

“hmm..nak womap la ni..”

 

“tak womap, akak tak bagi alat menanah kau!”

 

“apa kak? MENANAH?!”

 

Kak Jenap buat bodoh pada soalan Jamdol. Dia terus mengunyah jeruk kelubi sambil membaca majalah gossip “Majalah Selak-menyelak”.

Jamdol mula membuat lompat bintang apabila rakan pasukan kelab memanahnya mula hadir beramai-ramai. Adu si gatal, Mamot si becok, Dengkoi si latah dan Mariah si Labuh.Selesai membuat warm-up beramai-ramai ( kak Jenap juga turut serta!), kesemua ahli kelab memanah mengambil alatan masing-masing.

...........................................

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

Cerpen sebelumnya:
mahkluk hidong hijau
Cerpen selanjutnya:
PCB#4 : Jurus Guntur Tunggal

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
6 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3246 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3135 bacaan
Min patah hati. | 2615 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9679 bacaan
Misi penting | 9037 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9681 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2470 bacaan
Mak! dah bulat! | 2945 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4559 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2839 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya PCB#4: Kelab Memanah Cinta Bersepuh Emas Pelsu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik