Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

PCB#4 : Jurus Guntur Tunggal

Cerpen sebelumnya:
PCB#4: Kelab Memanah Cinta Bersepuh Emas Pelsu
Cerpen selanjutnya:
AKU dan KAU

‘Langkahmu sekarang !’

 

Razak menyorot. Matanya tepat memandang lawannya tersenyum bongkak berpeluk tubuh. Yakin benar Lah. Dia tahu tiada siapa yang boleh mengalahkan dia, samseng Kampung Pinang Dua Batang. Dibelakangnya berdiri konco-konco dan juga barua-barua tanda menyokong penuh Lah.

 

‘Aku tau Razak. Kau mahukan title tuh sebagaimana aku juga nak. Tapi kau perlu ingat, berdiri berseorangan tanpa penyokong adalah satu langkah yang kurang bijak’

 

Razak mendengus. Dalam diam dia sebenarnya setuju dengan pendapat racun dari Lah. Apakan daya, hanya dia seorang sahaja yang berani tampil ke depan. Berdepan dengan seorang samseng terkenal di kampungnya dan juga kampung-kampung sekitar. Bahkan kampung seberang sungai juga mengenalinya. Padahal Lah tak pun menampal poster-poster undi atau papan iklan besar mempromosikan namanya. Mungkin hasil teknologi masa kini seperti Twitter dan Facebook membantu. Dikatakan yang jumlah Like yang dia perolehi lebih banyak dari like aplikasi MiniKapasitor

 

’Lah!’

 

’Apanya Razak?’

 

’Kau mesti berjanji dengan aku satu perkara’

 

Anything my man, cakap aje. Aku akan try buat.’ jawab Razak dengan ego lalu ketawa terbahak-bahak. Konco-konconya juga turut ketawa.

 

‘Kalau kau kalah, aku nak kau berundur dari semua gelaran kau dan kau serahkan pada aku’

 

Razak semakin galak ketawa. Ada antara baruanya sudah berlutut menepuk-nepuk tanah. Tidak kurang sudah berair mata.

 

Siapa yang tidak cuak dan gerun berhadapan dengan lawan yang sudah masyhur dengan kemahiran dan kekuatannya. Hanya tuan punya badan sahaja dah Tuhan sahaja yang tahu bertapa laju jantungnya sedang berdegup.

 

’Cukup dengan permainan kata-kata. Langkuhmu wahai Razak!’ suara Lah kembali serius dan matanya sudah berubah. Ganas. Seganas harimau kelaparan.

 

Razak memejamkan mata dan menundukkan sedikit kepalanya. Cuba mengikuti langkah dan pencak yang diajar atuknya.

 

Atuk..

 

Fikirannya mula terbayangkan arwah atuknya. Wajah atuknya sentiasa putih berseri walaupun hanya janggut dan rambutnya sahaja yg berwarna putih.

 

’Nak.. Di dalam dunia ini tiada kuasa yang akan sentiasa kekal kecuali Allah. Sehebat mana pun seseorang itu, walau dia merupakan ketua dunia, walau dia mempunyai pengikut beribu-ribu, jika Allah kehendaki untuk dia jatuh dari kedudukannya, dia akan jatuh.’

 

Pesan arwah atuknya jelas sekali. Bagaikan baru semalam dia menerima nasihat itu.

Deru angin timur laut mengembalikan dia ke alam realiti. Pertarungan dia dan Lah diperhati oleh masyarakat. Pertarungan demi sebuah gelaran. Petarungan demi sebuah kemasyhuran. Pertarungan hidup dan mati.

 

Razak perlahan-lahan berundur dua tapak kebelakang. Dia berdiri mengiring dengan kaki kirinya mengadap medan tempur. Nafas ditarik dalam-dalam. Ketika dia menghembuskan perlahan-lahan, lututnya dibengkokkan membuat kuda-kuda, tangan kirinya di depakan selari dengan kaki kirinya dan tangan kanannya diangkat ke paras bahu dengan buku limanya lebih tinggi dari kepalanya.

 

Mata-mata yang memandang mula membulatkan mata. Jurus apakah ini? Mengapa begitu Wong fei Hung sekali?

 

Konco-konco Lah berundur memberi ruang pada ketua mereka. Mereka juga agak terkejut dengan posisi Razak. Tidak pernah mereka lihat selama mereka menyerang kampung-kamung sekitar membolot gelaran.

 

Segenap lapisan masyarakat menyaksikan pertarungan epik ini. Julung-julung kali berlaku! Mak Temah menutup gerai pisang gorengnya. Budak-budak sanggup tidak mengejar motosikal yang menjual ais krim. Ranjit si penjual roti juga pada asalnya hendak menanggung di air keruh menjual roti, juga tak jadi menjual. Pendek kata hampir setiap nyawa di Kampung Pinang Dua Batang datang melihat pertarungan ini. Pak Li sanggup memanjat pohon kelapa untuk mendapatkan ruang lihat yang lebih jelas. Semua menahan nafas. Menantikan saat apa yang akan berlaku seterusnya.  

 

’Lah!!! Aku serang ye??!!!’

 

Sebaik sahaja dia melaung, dia mula berlari menuju ke arah Lah.

 

Serangan melulu! Lah lebih pantas bertindak! Pada langkah pertama larian Razak, dia sudah pun beralih ke tepi, tanpa mengetahui serangan sebenar Razak. Mana tidaknya, pada langkah kedua Razak, tiba-tiba melompat!

 

Ya! Razak melompat dengan kaki kirinya! Sebelum dia melompat, dia merendahkan badannya menumpukan setiap kudrat tenaganya di kaki kiri untuk melompat tinggi.

 

Taukeh runcit melopong melihat ketinggian Razak melompat. Hasil darah nenek moyangnya membolehkan dia melihat gerakan pantas Razak! Mustahil! Ini ketinggian di luar keupayaan manusia!

 

Lah menghidu bahaya namun dia hanya melangkah satu lagi langkah ke belakang sambil mendepakan kedua tangannya yang sedang memegang tali. Bersedia untuk langkah seterusnya.

 

’JURUS GUNTUR TUNGGAAAALLLL!!!!!’

 

’ZAS!!’

 

’KRAK!’

 

 

 

’OHH! EMMM!! GEEE!!’ tiba-tiba masyarakat Kampung Pinang Dua Batang bersuara tidak mempercayai apa yang mereka saksikan!

 

Razak mendarat dengan kaki kanannya lalu memutar-mutar badannya menghilangkan momentum larian dan lompatannya. Debu-debu berterbangan seperti kemalangan baru sahaja berlaku. Setelah dua meter berputar baru dia berhenti.

 

Semuanya berlaku dengan pantas. Tiada siapa yang berkedip. Bahkan ada yang mengatakan yang daun-daun berterbangan juga terhenti di udara ketika jurus ini dilaksanakan. Sepantas kilat, sesuai dengan nama jurus Razak. Padahal dia mengambil sahaja nama jurus ini di dalam komik Hong Kong yang baru dia baca semalam.

 

Mata Lah terbeliak. Tidak mempercayai apa yang dia lihat. Lalu dia rebah berlutut.

 

’Tepati janjimu Lah’ kata Razak  Tangan kirinya memegang bahu kanannya. Lengan kanannya menggigil kesakitan. Hampir sahaja tertanggal dari songket bahunya. Jika tidak, susah untuknya makan malam hari ini kerana terpaksa menggunakan tangan cebok.

 

 Razak berdiri tegap membelakangi arena. Setegap gasing yang sedang berputar ligat menerbangkan debu-debu halus. Gelaran Johan Pertandingan Gasing Kampung Pinang Dua dimiliki oleh Razak.

 

Gasing Lah yang terbelah dua. Cukup simetri. Cuma tidak tahu hilang ke mana

Cerpen sebelumnya:
PCB#4: Kelab Memanah Cinta Bersepuh Emas Pelsu
Cerpen selanjutnya:
AKU dan KAU

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
3 Penilai

Info penulis

Simon Malik

seorang penglipur / pencerita yang otaknya penuh dengan cerita.
penglipur | Jadikan penglipur rakan anda | Hantar Mesej kepada penglipur

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya penglipur
Surat | 3024 bacaan
PCB#3 : Kaulah petanda, wahai Pyrexia | 2335 bacaan
Pisang Berangan Kelapa Sebatang | 96 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya PCB#4 : Jurus Guntur Tunggal
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik