Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

AKU dan KAU

Cerpen sebelumnya:
PCB#4 : Jurus Guntur Tunggal
Cerpen selanjutnya:
Bidadari

Pada tahun 2035, saya telah menjadi seorang pencuri yang terkenal. Pencuri hasil seni yang termampan.

 

Semua orang di Malaysia, tak kira di desa atau di kota, semuanya mengenali saya. Sewaktu melilau di Pasar Seni(ketika ini, pasar seni alias Central Market telah kembali menjadi pasar ikan), saya cuba gatal-gatal mulut bertanya kepada orang ramai. Masa itu, saya tidak memakai kostum pencuri saya.

 

 

“hmm..pakcik, kenal tak Jamdol?”

 

“Jam..JamDOL!! si pencurik tu? Mesti la kenal!!”

 

“akak kenal tak Jamdol?”

 

“huisy! Akak ni secret admire dia tau tak?”

 

“makcik kenal tak Jamdol?”

 

“apa pulak tak kenal, hari-hari keluar TV!”

 

“adik kenal tak Jamdol?”

 

“err..kenal, kan dah ada siri kartun JAMDOL, di TV!, abang tak tengok?”

 

 

Wah! Terkenal jugak saya ni ye. Saya tersenyum lebar.

 

Tiba-tiba, sewaktu saya baru sampai di stesen Pudu Raya ( sekarang dipanggil Pudu Puasa), saya nampak orang ramai berpusu-pusu berlari ke arah saya. Saya tidak panik. Mereka yang berlari, melintasi saya. Macam satu acara marathon pulak! Jadi, untuk mengelak daripada dipijak, saya pun berlari menyorok di bawah jejantas yang menyambungkan Pudu Puasa dengan kedai 7 Sebelasan. Orang ramai nampaknya semakin kelam kabut. Mereka terjerit-jerit! Ada yang telah terjatuh dan malangnya dipijak dalam rusuhan dan rempuhan itu. Apa yang telah terjadi?

 

“Saksikan sambungan cerita ini di saluran Asterok Kartun Bereh!

 

Terkejut saya apabila tiba-tiba iklan siri JAMDOL terpampang di dinding jejantas, tempat saya menyorok. Iklan hologram dah jadi perkara biasa sekarang. Tapi dalam keadaan kalut macam ni, sudah tentulah saya terperanjat.

 

Orang yang berlari keluar dari dalam Pudu Puasa, terus saja merentasi jejantas tempat saya bersembunyi di bawahnya. Macam sekumpulan gazelle yang dikejar singa betina.

 

Dengan tak semena-mena, datang seorang gadis yang agak cantik, ke arah saya. Dia turut sama menyorok di bawah jejantas. Betul-betul di sebelah kanan saya. Kami berdua sama-sama cuba menyembunyikan diri. Dia hanya berjarak 50cm daripada saya. Mulutnya tercungap-cungap. Selepas itu, dia bercakap seperti menjerit(bunyi larian dan tapak kaki orang yang berlari di atas jejantas amat bising). Dia bercakap tanpa memandang ke muka saya.

 

“Awak tau tak, kenapa diorang ni semua lari?!!!!”

 

Saya tak berkata apa-apa. Gadis ini bercakap dengan saya ke?

 

“awak dengar tak?!!!!!”

 

“awak cakap dengan saya ke?!!!”

 

“yeee!!!! Aku cakap dengan kau!!!”

 

Alamak! Dia cakap AKU! KAU!

 

Keadaan menjadi agak janggal, apabila saya terkedu akibat kata-kata yang dikeluarkan oleh gadis itu.

 

“maafkan saya!!!! Saya tak sengaja!!! Jangan bagi tahu polis!!!”

 

“err…tak pe!!!! Saya tak kisah!!!!”

 

Sebenarnya, semenjak tahun 2021, kerajaan telah mengharamkan perkataan AKU dan KAU daripada digunakan. Sebabnya ialah…

 

“kuk!!!”

 

Tiba-tiba kepala saya terasa seperti diketuk oleh sesuatu yang keras. Saya hanya sempat melihat muka gadis cantik di sebelah sebelum semuanya menjadi hitam.

 

……………………..

 

 

Cerpen sebelumnya:
PCB#4 : Jurus Guntur Tunggal
Cerpen selanjutnya:
Bidadari

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
2 Penilai

Info penulis

Jamdol Al Jambari

Kapasitor rocks!
Jamdol | Jadikan Jamdol rakan anda | Hantar Mesej kepada Jamdol

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

1 Komen dalam karya AKU dan KAU
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik