Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mangkuk Tingkat

 

Hari ini merupakan hari pertama Jefry melangkah ke tempat kerja selepas tiga minggu bercuti sempena perkahwinan dengan buah hati yang di idamkan untuk dijadikan isteri iaitu Aisyah. Selama tiga tahun Jefry tunggu saat ini dan akhirnya ia menjadi satu kenyataan. Jefry menarik nafas lega kerana akhirnya dengan sekali lafaz, dirinya sah bergelar seorang suami.

Mangkuk tingkat kecil berwarna biru yang di bawa dari rumah diletakkan di atas meja lalu Jefry beredar untuk memulakan rutin harian tugasnya sebagai seorang tentera. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari dan sudah tentunya tiba masa untuk menjamah santapan tengahari. Memandangkan perutnya sudah berkeroncong, dengan tergesa-gesa Jefry menuju ke arah meja yang terletak di sudut pajabat dan mencapai mangkuk tingkat kecil berwarna biru. Dia melabuhkan punggung ke kerusi rotan yang menjadi tempatnya merebahkan belakang ketika mata mulai berat untuk berkelip lagi, terutamanya waktu bertugas malam.

Mangkuk Tingkat biru. Semuanya empat tingkat bekalan isteri tercinta di awal pagi tadi membuatkan Jefry tersenyum. Apa tidaknya, akhirnya dapat juga dia merasa air tangan isteri tercinta. Baginya itulah keberkatan kehidupan berumahtangga, itulah pengikat setia dan baginya juga itulah rahsia suburnya cinta. Satu persatu mangkuk itu Jefry leraikan dan diaturnya di atas meja. Nasi putih, ayam masak lemak cili api, kangkung belacan. Mangkuk yang paling bawah mungkin ada buah atau kuih sebagai pencuci mulut. Lantas dibukanya tetapi sangkaan Jefry meleset. Sejenak dibuka, kelihatan sekeping kertas berwarna kuning mengisi mangkuk yang paling bawah.  Jefry mencapai kertas tersebut. Ada nota pendek tertulis di atasnya.

"Terima kasih kerana menunggu Sayang hingga saat ini"

Jefry terkedu. Jiwanya sebak. Sekeping nota dari seorang isteri tercinta, sepotong ayat yang sederhana namun cukup menggambarkan isi hati dan luahan kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan. Digenggam erat nota kecil itu lalu disisipkan kedalam buku aktiviti harian di dalam laci meja kerjanya.
Diamatinya masakan isteri tercinta. Selesai mencuci tangan dan memanjatkan rasa syukur pada Allah SWT di atas kurniaan rezeki, Jefry mengisi perut yang sedari tadi berkeroncong tanda lapar.

**************************

Seminggu, sebulan, dan setahun berlalu, begitulah rutin harian Jefry. Membawa bekalan makanan dan bekalan cinta dari sang isteri ke tempat kerja. Rutin hariannya, membaca nota kecil dan disisipkan kedalam buku sehingga akhirnya buku aktiviti hariannya sudah tidak mampu untuk di tutup rapat lagi.

Hari ini, kerja sudah disiapkan. Tinggal lagi 2 jam sebelum waktu bekerja tamat. Oleh kerana terlalu bosan, Jefry menarik laci mejanya lalu dikeluarkan buku aktiviti berkulit tebal berwarna hijau miliknya. Dibuka muka surat tengah buku tersebut dan dikeluarkan nota-nota kecil yang selama ini menjadi penghuni mangkuk tingkatnya. Diamati dan dibacanya nota-nota tersebut satu persatu.

"I LOVE U"

"Setialah di sampingku, hari ini merupakan hari terindah buat Sayang di samping Abang"

"Maafkan segala dosa-dosa Sayang ya"

"Hari ni, sayang masak simple je, Sayang penat. Sayang minta maaf"

"Abang jangan noty2 yer"

"Sayang bahagia. Terima kasih kerana kebahagiaan ini"

"Maaf sebab tak dapat tunaikan impian Abang(anak) sehingga ke hari ini. Kita akan berusaha ya"

"Cinta Sayang pada Abang tidak akan pernah pudar"

"Hujung minggu nanti kita berkelah jom"

"Abang suami yang terbaik..Sayang cintakan Abang" 

Terlalu banyak luahan-luahan hati isteri tercinta yang telah Jefry simpan dan luahan-luahan inilah yang membuatkan Jefry sentiasa bersemangat setiap kali ingin melangkah pulang ke rumah yang dihuni buah hati pengarang jantungnya yang teristimewa, yang sentiasa menjadi peneman setianya di saat susah mahupun senang, sedih mahupun riang, dan di saat jatuh atau bangun di dalam dunia kerjayanya.

*****************************

Hari ini genaplah setahun usia rumahtangga Jefry dan Aisyah yang dibina atas nama cinta yang telah disulam bertahun-tahun lamanya. Sudah setahun Jefry dan Aisyah hidup berdua. Walaupun tiada cahayamata, namun mereka tetap bahagia menyulam cinta. Walaupun tanpa kehadiran cahayamata, sedikitpun kebahagiaannya dengan Aisyah tidak tegugat malahan hari berganti hari, cintanya pada Aisyah semakin berdiri megah dan bertambah kukuh melayari alam rumahtangganya.  Jefry langsung tidak menyalahkan ketentuan Allah SWT terhadap perjalanan hidupnya dan Aisyah, namun baginya ini semua adalah ujian untuk menduga kesetiaannya dan menguji kesungguhannya memikul amanah dalam keluarga kecil ini.

Seperti hari-hari sebelum ini, Jefry masih setia bersama mangkuk tingkat yang dibekalkan kepadanya setiap awal pagi sebelum melangkah keluar dari rumah tercinta. Satu demi satu mangkuk tingkat dileraikan sehinggalah ke mangkuk yang paling bawah. Kosong. Dibelek-beleknye berulang kali mangkuk tingkat tersebut andai ada nota kecil yang tersesat ke mangkuk yang lain. Masih tiada. Jefry hampa. Jantungnya berdegup kencang. Setahun berlalu, setiap hari mangkuk ke-4 tidak pernah lekang dari nota kecil sedangkan hari ini, ianya kosong. Jefry mencapai telefon bimbitnya di atas meja lantas menghubungi isteri tercinta di rumah. Hampa. Panggilan tidak berjawab. Jiwa Jefry semakin gelisah dan tidak tentu arah. Hatinya cukup risau.

Matanya memandang tepat ke jam dinding. 12.45 tengahari. Akhirnya Jefry nekad. Dengan tergesa-gesa, dicapainya kunci kereta lalu menuju ke tempat letak kereta di sebelah Hospital Tentera Darat tempatnya bertugas. Jefry memecut keretanya menuju ke rumah. Sudah tiga lampu isyarat merah tidak dihiraukannya. Dalam fikirannya hanyalah Aisyah isteri tercinta. Jiwanya semakin resah dan risau. Fikirannya tidak tentu arah. Jantung semakin berdegup kencang. Jefry semakin tertanya-tanya apakah maknanya semua yang berlaku hari ini. Tidak sanggup untuknya berfikir lagi.

Tiba di perkarangan rumah, Jefry mematikan enjin kereta. Jefry berlari anak menuju ke pintu besar rumah lantas menarik tombol pintu. Tidak berkunci.

"Sayang!Sayang...!!"

Jefry memanggil isterinya berulang kali namun jeritannya tidak bersahut. Diintainya di dapur, tiada. Di bilik air juga tiada. Di belakang rumah juga tiada kelibat Aisyah. Jefry bergegas menuju ke tingkat atas rumahnya. Dipulasnya tombol pintu lalu melangkah ke dalam kamar  beradunya. Matanya terus tertangkap ke atas katil di ruang tengah kamar beradu. Ada sekeping kertas kecil berwarna kuning yang hampir terbang ditiup angin yang berhembus dari tirai kamar beradu. Dicapainya nota kecil itu dengan penuh debar. Lalu dibacanya dengan perasaan yang cukup gemuruh.

"Abang, hari ini, merupakan hari terindah dalam hidup sayang kerana dikurniakan seorang suami yang cukup amanah memikul tanggungjawab menjaga sayang. Dan hari ini juga adalah hari yang terindah buat Sayang apabila kita akan jadi Abah dan Ibu.."

Tanpa diundang, titis-titis jernih menerjah ke pipi Jefry. Rasa syukurnya kepada Allah SWT terhadap kurniaan ini tidak berbelah bahagi. Tiba-tiba, satu pelukan singgah ke jasadnya. Aisyah. Isteri tercinta tiba-tiba muncul dari belakang dan memeluk erat sekujur tubuh yang tika ini sebak dalam memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Pemurah di atas kurniaan rezeki yang tidak ternilai kepadanya. Dibalas pelukan isterinya dengan penuh kasih sayang. Akhirnya doa Jefry dan Aisyah tiba jua di 'sana'. Hatinya merintih sayu.

"Terima Kasih Ya Rahman"

Airmata hangatnya menitis ke pipi dan akhirnya menerjah ke pipi Aisyah di saat Aisyah mendongak menatap wajah suami tercinta. Tiada yang semanis kurniaan ini kerana berkat kesabaran Jefry dan Aisyah berusaha dalam mengukuhkan cinta yang sekian lama tersulam. Inilah pelengkap cinta. 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe, gaya tulisannya sangat feminin dan berjiwa halus. sweet sangat main kasi nota-nota ni kan. (nanti dah kahwin nak cubalah )

    selamat kembali selepas 3 tahun tuntejaa
  • 2) jodoh dan rezeki itu di tangan Tuhan. mesej yang baik.
  • 3) super romantikus
  • 4) hihi. terharu. :' mereka sangat sweet.
  • 5) twist yang menjadi kerana penamatnya tidak disangka-sangka. mangkuk tingkat dan nota kecil (tak lupa masakan isteri yg enak)= sweet
  • 6) sgt sweetlah. dan selamat kembali Tun Teja
  • 7) Baca sambil layan lagu-lagu dari REO Speedwagon

Cerpen-cerpen lain nukilan TunTejaa

Read all stories by TunTejaa
No stories.