Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Amukan Mak Cik Norm - Episod menentang konspirasi

 

Memang Mak Cik Norm marah. Hatinya mendidih. Panas dan membakar. Mulutnya tidak habis-habis mencarut. Sesekali diludahnya, ke luar tingkap. Air liur berjejeh menimpa Galak, ayam kampung yang tidak tahu apa-apa itu. Galak pandang Hitam. Hitam geleng-geleng kepala, tanda tidak tahu sebab musabab Mak Cik Norm mengamuk pagi-pagi buta ini.

“Ini semua konspirasi. Nak menjatuhkan orang Melayu. Tak habis-habis dengan fitnah-fitnah. Celaka,” bebel Mak Cik Norm diselitkan dengan irama maki-maki.

Mak Cik Norm di dapur. Dia menjalankan kegiatannya macam biasa. “Sumpah! Aku akan pertahankan warisan Melayu ini. Apa… dorang sangka senang-senang sahaja nak tabur fitnah. Hei… Ini Normah cucu tukang masak istanalah,” tengking Mak Cik Norm. Hitam terkodek-kodek lari.  

Mak Cik Norm tidak akan membiarkan orang memburukkan air tangan Tukang Masak Istana Malim Demawan yang pernah diceritakan orang, jikalau dia memasak seluruh kampung akan terasa laparnya. Angin akan berhenti bertiup, hujan tak jadi, hatta ikan-ikan di sungai juga akan ternganga mulutnya.

            “Menteri tak ada akai,” marah Mak Cik Norm. Dia memang faham benar perangai orang politik macam itu. Mak Cik Norm toreh daun pisang.

            “Aku akan hantar juga nasi lemak ini ke kantin sekolah,” Mak Cik Norm nekad. Makanan kegemaran orang Melayu itu akan terus dijual di sekolah. Biarlah siapa pun yang larang. Dia akan bangun menentang persis seorang pahlawan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) aku tak paham ngape sampai nasi lemak pon jadi mangsa diorang ni. bingai btul!
  • 2) eh memang trend org pos karya kontot eh. hehehe.
    tapi fanilah isu nasi lemak ni. kan dah marah makcik norm!

    sinikal.
  • 3) tak silap aku dulu nasi lemak ni dinaik taraf jadi makanan warisan negara. sekarang apa jadi?
  • 4) kamalia: biasalah. orang bercakap hasil daripada idea 'kneestorming'. bukan 'brainstorming'.

    penulis, ini mmg saya suka!
  • 5) kita perlukan Jamie Oliver?

Cerpen-cerpen lain nukilan khairulr

Read all stories by khairulr