Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Rasian

  • 7
  • toti
  • 13 years ago
  • 2,939
  • FREE

 

Saya termanggu sekejap sambil cuba menemukan kembali kewarasan yang lantur di belantara akal. Keadaan sekeliling seperti enggan berkawan. Daerah yang sedang saya injak ini terasa asing. Ada nada penegasan pada namanya. Tanah Kami. Saya mengejapkan langkah menyusuri permukaan aspal yang mengerutu. Pandang saya tertangkap pada panji Star and Stripes yang terasa begitu akrab dengan mata. Mungkinkah saya berada di barat dunia? Tapi bagaimana? Bingung saya menokok.  Saya maju lagi tanpa jawab. Terdengar bunyi irama yang mengasyikkan. Telinga saya mencermati bunyi itu. Jika tidak salah pendengaran itu lagu Memula Moon. Gubahan komposer perancis, Pierre Jean Berager. Melankolik sungguh. Kemudian saya terlihat orang-orang bersongkok tinggi berlonggok sedang seorang daripada mereka menghunus senjata sambil melaungkan sesuatu yang berbaur asabiyyah. Pidatonya bernaga. Namun sesekali suaranya  terdengar seperti kodok merayu hujan. Hati saya bagai digeletek. Saya sempat ketawa sebelum gesit menghindar. Bimbang kalau-kalau senjata itu terpelanting ke arah saya. Langkah saya hayun tanpa tujuan. Otak pula sedang robek digigit oleh pelbagai macam soalan yang tidak langsai. Saya mengolah gerak. Entah bagaimana secara luar sedar saya terperosok ke dalam kumpulan demonstran. Mereka menjeritkan sesuatu tentang akta, tentang kezaliman. Bersiponggang suara menentang memenuhi jalan. Baik perempuan, lelaki, tua dan muda bersatu hati membantah dengan aman. Sekonyong-konyong datang semburan air kuning menimpa mereka. Gegak gepita suara panik. Ada sekumpulan robot dilengkapi belantan membelasah para demonstran tanpa kasihan. Dasar robot memang tak punya perasaan. Saya terpaksa lari menyelamatkan diri. Berlari sekuat hati. Seperti kata Chairil Anwar : berlari hingga hilang pedih peri. Saya berjaya keluar dari kacau bilau itu. Melintasi jalan yang tidak saya kenal. Sunyi sekali. Tiba-tiba sebentuk objek gugur dari ketinggian sebuah bangunan. Khalayak mengerumuni objek yang mendarat ditanah itu. Akibat dihimpit rasa ingin tahu maka saya pun mendekat. Alangkah tersingahaknya saya bila mendapati objek itu adalah manusia. Segera simpati terhambur dari naluri kemanusiaan saya. Berselang seli dengan tanda tanya. Bagaimana dia boleh terjatuh? Mungkinkah dia dicampak atau ditolak? Atau masuk akalkah jika dia yang memutuskan untuk terjun sendiri? Soalan-soalan ini menyesak lagi benak yang sedia sempit. Dalam ceridau itu saya terdengar suara pekak nada mengatakan yang kononnya bangunan itu memang berhantu. Berdiri segala bulu ditubuh saya. Tanpa lengah saya memutus untuk meninggalkan lokasi kejadian. Sebelum beredar saya sempat mendongak melihat bangunan agam tersebut. Seram lagi menyeramkan. Saya sambung perjalanan dengan hati-hati. Pengajaran itu memang mecungapkan. Saya mengorak langkah semakin jauh. Sekilas saya terpandang ke suatu penjuru yang tersergam layar putih giat memaparkan gambar bergerak. Saya menelah itu sebagai filem. Tertuntun untuk melihat. Seperti tidak percaya dengan apa yang saya tonton. Dilayar itu sedang memaparkan susuk lelaki dan perempuan dalam keadaan yang mengugah syahwat. Keinginan manusiawi terbawah saya segera melonjak. Saya ikut serta mengisi tanyangan itu. Ada tiga orang lelaki duduk berasingan dari massa. Lagaknya seperti pengkritik rancangan realiti tv. Sungguh tidak kool. Saya fokus ke arah skrin menyaksikan visual yang diprojek. Ternyata pelakon dan aksi dalam sinema itu gagal menepati piawai saya. Ghairah saya merundum. Saya kembali mengamati khalayak. Semua khusyuk menonton tanpa sedikit pun terpalit rasa bersalah. Saya jadi terlongo. Berdemonstrasi dilarang tapi pornografi diizinkan. Kehairanan memuncak. Saya memilih untuk bubar. Melangkah gontai tanpa tujuan. Penat merasuk ke segenap saraf dan otot. Saya masih cuba menyelongkar alasan untuk mewajarkan semua yang terjadi. Tapi sia-sia. Sekonyong-konyong tanah tempat saya berdiri terasa bergoncang. Gempa. Mungkin sebentar lagi tsunami. Takut segera membalut hati. Saya bergegas mencari sudut untuk berlindung. Makin saya cuba menghindar semakin kuat bumi berkocak. Di dalam nubari terdetik, mungkin sudah tiba ajal saya. Dalam kalut itu kornea saya terarah ke dataran lapang. Kelihatannya ramai makcik-makcik seakan terlompat-lompat. Mungkin akibat tergoncang oleh gempa. Namun bila saya teliti, jelas andaian saya tersasar. Takut saya segera menyusut. Kini saya telah menemukan punca. Makcik-makcik yang sudah kehilangan bentuk itu sebenarnya sedang mengelinjang berpoco-poco. Telahan saya tentang bencana ternyata meleset. Saya tidak sanggup berlama di situ. Khuatir terkena konkusi. Saya kemudiannya melintasi sebuah bangunan sekolah yang dipenuhi anak-anak cilik. Pelbagai macam telatah yang muncul. Hati saya jadi terhibur. Namun dihujung pagar bolong  beberapa orang pelajar sedang sibuk menyeludup sesuatu. Begitu mencurigakan. Hati saya berkocak balau. Kerana ingin tahu lalu saya tekad mendekat. Seorang pelajar yang berada diluar pagar menyerahkan bungkusan yang bertindan antara kertas dan daun hijau. Saya menyusup perlahan ke sisi anak yang berada diluar itu. Saya memegang bahunya dan merampas bungkusan terakhir dari tangannya sebelum sempat diseludup masuk. Roman anak itu berubah resah. Lesi tanpa darah. Teman-teman komplotnya sudah kabur entah ke mana. Saya melihat bungkusan itu. Hidung saya mengenali aromanya. Memang tidak syak lagi. Jiwa saya menjadi bertambah rincu. Kebingungan saya mencecah paras maksima. Soalan terpacul. Ada apa dengan ……

“ Angah bangun! dah nak tengahari ni. Pergi mandi. Nasi lemak ada atas meja tu”.

Suara emak membunuh tidur saya. Mata terkebil-kebil menahan sinau-seminau suria yang melimpah ke dalam bilik. Saya sempat mengeliat sebelum terpisat-pisat bangkit. Mengenyeh mata selajur menyingkir tahi dipinggir pelupuk. Terlongo sejenak. Saya mengesot malas ke tubir katil dengan kedua kaki mencumbui lantai. Cuba menunggu waras melepas sauh dipelabuhan akal. Menggaru-garu kulit kepala yang tidak gatal. Sebelum kembali termenung dalam bingung yang panjang.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) pak toti, mohon dibikin perenggan dimana yang sesuai.
    Saya sudah baca serupa robot, nggak ketahuan dimana penutup quotasi Pak Chairil.

  • (Penulis)
    2) hahaha... utk cerkon ni mmg aku sengajakan tak berperenggan. Biar lelah.
  • 3) dah agak...dia sengaja!
    hehe
    mengah weh..
  • 4) komen ni bunyinya mungkin kelakar. ikut pembacaan aku, kata ganti diri 'aku' lebih kuat dan terkesan pada pembaca drp kata ganti diri 'saya'. tapi apabila kata ganti diri 'saya' digunakan dgn baik seperti dalam cerpen ni, aku rasa ia lebih terkesan.

    cerita ni sgt menarik dibaca. mungkin tiada perenggan kerana ia adalah perjalanan sekali harung 'saya'. seolah-olah berjalan cepat sambil menonton pelbagai peristiwa. tak sempat nak tekan brek.
    isinya selamba saja. tak perlu emosi sangat
  • 5) cool.hakikatnyaditanahkitaini,ramaiayam2dan lembu2yangreladigembalasangbiawakdanmusang.Mamulamoon...!
  • 6) ha ha beberapa perlambangan menunjukkan tiub motor kau pernah pecah, lalu kau menukarnya.

    memulamoonohohohoh!

  • (Penulis)
    7) Syukran

    kama: bkn x smpt kama, tp x jumpe brek...

    kuru: haha.. membiawaklahayam2danlembu2dikelangkangmusang

    caha : blum cukup rempit klu x prnh tukar tiub... aduh bocor lagi

Cerpen-cerpen lain nukilan toti

Read all stories by toti