Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sepatutnya, Itu Aku

 

Dengan titis hujan, air mata turut turun berlinangan di pipi mulus Aisha. Sengaja dia berdiri di tengah hujan, kononnya mahu menikmati kesyahduan yang menebal di hati saat iu.

Perasaan ditimpa air hujan tidak membawa sebarang perubahan yang ketara pun. Tidak seperti yang selalu dihebohkan di dalam buku cerita cinta. Sejuk, basah dan menyusahkan. Hati Aisha tidak berubah menjadi lebih tenang. Sebaliknya, gadis itu terasa bodoh.

Diangkat kaki yang sudah lencun, sama seperti bahagian lain tubuhnya untuk kembali ke bilik.

Sakit, memang sakit. Luka yang tidak nampak di hati itu yang buatkan Aisha rasa sungguh terseksa. Luka yang tidak nampak pada bahagian yang tidak mempunyai urat, itu yang mendera.

Lebih payah lagi bila Aisha tidak mampu menangis. Entah, mungkin kerana namanya yang bermaksud 'kehidupan yang gembira' yang membuatkan dia begitu. Ataupun sebenarnya dia sudah malas.

Bukan sekali ini hatinya remuk dek cinta tetapi kali berbeza. Kerana ini sepatutnya yang terakhir di mana dia yang akan meninggalkan orang lain. Penyudah cerita cinta ini sepatutnya bukan begini.

Tombol pintu yang terasa sejuk di kulit, diputar perlahan. Sunyi yang memenuhi ruang pengap empat dinding itu didakap mesra oleh Aisha. Terasa kecil dan kerdil sekali berdiri di tengah-tengah ruang berwarna biru pastel. Dalam gelap yang memenuhi setiap inci rumah, Aisha terduduk di muka pintu. Dia ingin menangis, mahu dilepas semua beban yang dikandung di dalam kalbu. Atau hati? Entah, Aisha tidak tahu. Dia cuma sekadar mengikut, mengulang sahaja kata-kata yang sering diulang cetak di dalam novel cinta.

Dia pasrah. Dalam deras hujan yang menimpa bumi, dia berserah. Siapa sangka, Aisha yang sedang menghidap barah otak ditinggalkan Aman terlebih dahulu. Dan dia tidak pernah sangka bahawa perit di hati buat Aisha begini. Jelas, Aman curi hati Aisha sehingga tidak berbaki. Curi dan kini tidak mahu dipulangkan. Bukan, tidak mampu untuk dipulangkan. 

Tanpa mengangkat kepala, Aisha lihat sepasang sepatu milik Aman di depan matanya. Aman yang baru sahaja dikebumikan pagi tadi, berdiri di depan Aisha. Wajah pucat beserta darah pekat yang mengalir di dahi, tidak ubah seperti keadaan Aman saat dihantar ke bilik mayat. Keadaan selepas kejadian langgar lari pagi tadi. Motor Aman dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta dan Aman tercampak ke dalam longkang besar. 

Wajah pucat yang sememangnya milik Aman tersenyum pada Aisha.

Aisha tanggalkan kasut yang basah lalu melangkah ke dalam rumah. Kali ini, biar air pancuran yang bersihkan setiap inci tubuh Aisha, halau setiap debu toksik daripada tubuhnya.

Mulai hari ini, Aisha mahu berpakaian yang elok-elok dan bersolek cantik-cantik menanti kematian. Kerana kini, setiap saat dirinya akan ditemani bayangan Aman. Bayangan yang cuma Aisha sahaja nampak.

nota kaki: kanser otak boleh menyebabkan halusinasi visual.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ucu, pcb 3 dah tamat la (eceh)
    oo.. kanser otak boleh buat begitu. bagus bagus. cerita yang ada ilmu.
  • 2) caha: idea rawak datang tanpa diundang. hoho.
  • 3) wuiyoo.. kagum lah ucu boleh menulis dgn begitu banyak sekali! (banyak idea)
  • 4) tulisan spontan ke ucu? simple n nice..

  • (Penulis)
    5) Nia: tanda kuat berangan tuh
    Paktam: haha mana tau spontan?
  • 6) wah...semoga barah otak itu menghasilkan visual 3D dam sound dolby
  • 7) 'dam' ialah sejenis permainan yang membolehkan pemain naik haji secara percuma berkali2 di luar tanah haram. Haram sungguh!
  • 8) teringat pasal arwah makcik.....mula2 kena attack dgn kanser paru2, dia dgn kakak dia wat kimo...botak kepala....tapi kakak dia meninggal dulu....


    sthn lebih pastu kanser arwah makcik merebak ke otak dan tulang kaki...tapi makcik tu xnak wat kimo lagi...dia kata "i want to die in style "


    pada hari pengebumian, semua pun pkai baju putih cantik2...payung utk iring keranda pun penuh dengan bunga melur....sebab arwah makcik memang suka cantik
  • 9) jodoh, rezeki, ajal, maut ketentuan Allah

    nice ucu!
  • 10) Kurusawa: haha dasatnye imaginasi
    Ck: ouh ye ke? Innalillah
    Syud: teeima kasih baca.
  • 11) kepala aku agak 'slow mellow' sikit selepas hadam Norwegian Wood..tapi boleh bilas dengan cerita diatas..

  • (Penulis)
    12) 26life: bilas cemana plak dah?
  • 13)
    ucu kenape Aman mati?

    tak aman rasanya bila x tahu punca Aman mati..

  • (Penulis)
    14) toti: ah lupa beritahu sebab. HAHA. kejap nak betulkan.
  • 15) Aisha nampaknya sudah boleh terima seadanya hidup ini
  • 16) Ringkas tetapi cukup padat. Simpati pada Aisha...
  • 17) ringkas. tp menarik. kalo bleh kasi lebar sket ucu.. hee..

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer