Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Ayat-ayat Baik
Ayat-ayat Baik
Sila buat ayat daripada perkataan-perkataan di bawah.(dah siap sila berdehem!)
1. Semalam
Semalam saya pergi ke surau untuk solat subuh, malangnya saya disuruh azan.
2. Ustaz
Saya pun apa lagi, terus saja melawan cakap ustaz Berahing tersebut.
3. Angin
Ustaz Berahing naik angin dan terus menggusti saya di sebelah kaki bilal Badrul.
4. Sikap
Sikap Ustaz Berahing yang cepat naik berang itu menyebabkan bilal Badrul menguis pinggang ustaz Berahing dengan ibu jari kakinya yang bersifat sedikit anomali.
5. Mengalah
Disebabkan Ustaz Berahing lebih berumur daripada saya, jadi saya pun beralah dan mengaku kalah.
6. Mahu
Namun untuk mengalunkan azan, saya tak mahu.
7. Salam
Setelah bangkit dari pergulingan, saya terus berlari ke tempat wuduk tanpa sempat memberi salam.
8. Baik
Sesampai di bilik wuduk, saya tergelincir dan saya pun mati.
(sebenarnya tak mati, hanya bengkak di ‘kepala’)
P/s: Cikgu, ini adalah kisah benar yang benar-benar berlaku kepada Pak Imam Wajion. Saya Cuma menjadi saksi pagi tadi dan menceritakan bagi pihaknya. T_T “
“Ehem!!”
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) ayat ke 8 (baik) adalah misteri
- Kurusawa
- 12 years ago
-
2) Melihat saya yang bergegas ke tangga untuk pulang, Ustaz Berahing pun mengucapkan "jalan balik tu nanti baik-baik ye.."
- Johari Rahmad
- 12 years ago
-
4) hahaha bestnya! pak kuru, buat la lagi. macam cerita berantai yg sorang kena bagi 3 perkataan, pastu forward kat orang lain. last2 jari cerita yang super merepek!
- kosong
- 12 years ago
-
5) ehem
- whafiz
- 12 years ago
-
6) Adakah sy sorang je rasa kalau ending mati kadang-kadang boleh jadi antara ending terbaik? :/
- DLHaqifa
- 12 years ago