Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dendam

 

Kata orang, dendam itu boleh memakan diri. Eh, ye ke? Pada aku dendam itu sesuatu yang sangat bagus. Nah, lihat diriku ini, aku boleh hidup berdikari, boleh mempertahankan hak aku sendiri. Aku kini lelaki hebat, aku kini lelaki gagah, aku kini lelaki sejati.

Dulu, aku tinggal di kampung hanya berdua dengan Ibu. Ibu bersusah payah mengambil upah menjahit dan menjual kuih untuk menampung persekolahan aku. Aku pernah menyatakan hasrat pada Ibu yang aku ingin berkerja menolong Ibu dan berhenti dari bersekolah. Tetapi Ibu melarang. Ibu mahu aku belajar dan mencari pekerjaan yang baik untuk mengubah nasib kami. Aku berjanji yang aku akan berbuat apa sahaja demi Ibu tersayang.

Ayah? Perkataan itu amat asing dalam hidupku. Pernah aku bertanya pada Ibu tentang Ayah. Tetapi, ekspresi Ibu sangat menakutkan. Ianya seperti Ibu sangat membenci insan yang kupanggil Ayah itu. Aku tidak pernah memahami kebencian Ibu itu, sehinggalah satu hari aku bertentang mata dengan Ayah buat pertama kalinya.

Waktu itu, aku baru pulang dari sekolah. Aku lihat Ayah memukul Ibu sekuat hatinya. Aku cuba menghalang, tetapi sayang, aku lemah.  Ayah ghairah memukul Ibu sehinggalah Ibu menghela nafasnya yang terakhir. 

Ayah kejam, Ayah dera Ibu, Ayah bunuh Ibu. Ibu adalah hak aku, bukan hak Ayah. Ayah tak patut ambil Ibu daripada aku. Aku hanya mempertahankan hak aku, aku hanya membalas perbuatan Ayah terhadap Ibu. Tak salah bukan? Tiada sesiapa yang mahu membalas perbuatan Ayah terhadap Ibu, polis pun tak mahu berbuat apa-apa. Jadi, aku ambil alih tugas polis. Aku tegakkan keadilan. Apa yang ayah buat terhadap Ibu itu memang tak patut. Ayah perlu diajar. Ayah perlu merasa sendiri apa yang Ibu rasa. Nah, telah ku katakan, dendam itu sesuatu yang sangat bagus, bukan ?

Aku terlalu gembira. Aku ketawa sekuat hatiku. Akhirnya, aku berjaya.

Ya, kata orang dendam itu boleh memakan diri. Tetapi aku, aku merasakan dendam ini sesuatu yang merangsang diriku untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidupku. Aku telah membalas dendam buat Ibu, kini akhirnya Ibu boleh bersemadi dengan tenang. Aku berjaya membela kematian Ibu, aku kini lelaki hebat, aku kini lelaki gagah.

 Aku belum puas. Aku ingin jadi lebih hebat. Aku ingin jadi lebih gagah.  

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe cubaan yang baik.
    cerpen ni lebih bersifat prolog.

    hei tulislah selalu. saya menanti
  • 2) beremosi sungguh cerpen ni
  • 3) Ya, setuju dengan Caha. Penggunaan sudut pandang pertamanya baik. Sebuah cerkon yang baik.

Cerpen-cerpen lain nukilan lyla89

Read all stories by lyla89