Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Menanti Bertahun

 

Dia merenung jauh keluar jendela. Memerhati sekumpulan burung berlagu riang. Dalam hatinya berkata ..."aku ingin terbang bebas".

 

"Anum kau buat ape tu ?" sapa Fairuz.

Terhenti lamunan Anum seketika tika di sapa Fairuz.

"Tak ada apa-apa Fai" Anum berkata.

"Kau rindukan si dia ye"teka Fairuz

"Emmm....aku rindukan dia.."jawab Anum

 

Mereka berdua beriringan keluar dari bilik Anum.

Muka Anum kelihatan murung sekali. Tiada senyum yang terukir di bibirnya. Fairuz yang dari tadi melihat gelagat Anum menggelengkan kepala .

 

"Sabarlah Anum.."kata Fairuz.

"Aku memang sabar Fai, jarak yang memisahkan kami, tugas yang mendesak kami jadi begini.."dengus Anum.

"Nanti bila engkau ada cuti, kau pergilah jumpa dia.."kata Fairuz.

"emmm..."ringkas saja jawapan dari Anum

 

Hari terus berlalu. Anum masih juga murung. Hendak di hubungi kekasih hati, takut si dia sibuk. Anum tidak mahu mengganggu tugas kekasihnya itu yang memerlukan komitmen yang tinggi.

"Nanti bile abang dah habis tugas, call Anum ye.."hati Anum berkata

Selepas solat Maghrib...tiba-tiba telefon Anum berdering...riang gembira di hatinya melihat di skrin tertera Lovely Heart.

 

"Assalammualaikum sayang.."Azman memulakan bicara.

"Waalaikumsalam abg"..Anum menjawab.

Terpancar sinar cahaya dari wajah Anum. Bukan senang dapat berbual, bersms dengan si dia yang jauh nun di sana.

 

"Sayang, abang rindulah.."beritahu Azman.

Anum mengangguk.

"Anum pun rindukan abang.."beritahu Anum kepada Azman.

"Sayang sihat? Nanti jika tak ada aral melintang abang cuti. Nanti kita jumpa ye.."janji Azman pada Anum.

"Inshaallah abang. Anum sentiasa tunggu kehadiran abg.."balas Anum

 

Mereka terus berbual dan berbual. Senyuman tak lekang dari bibir Anum. Penantian yang penuh dengan kesabaran akhirnya membuahkan hasil. Hubungan yang bertahun hilang, akhirnya dengan izin ALLAH dipertemukan kembali.

Mudah-mudahan ada jodoh dari ILAHI buat mereka. Moga Anum dan Azman berbahagia hingga ke akhir hayat. ALLAH tak pernah memungkiri janjiNYA. Walau bertahun mereka berpisah akhirnya mereka bertemu jua.

 


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ya. elakkan short form dalam cerpen seperti 'abg' itu.
    dan jika mahu tulis cerpen dengan bahasa baku biarkan semuanya baku jangan campur kerana aku tengok ada 'bile' (mcm la aku tak pernah buat huahaha.

    ya itu saja. pengomen paling pedas si 26life tidak pula online sekarang. cis.
  • 2) cis keluar dua komen. cis lagi.
  • 3) clarky : sekali komen cukup lah..double post pula..hehe

    "aku ingin terbang bebas" tapi Anum kelihatan mahu bersama Azman.

    Kisah belia-belia alhamdullilah masakini..

    Hantar lagi ya, lepas ini dengan kesinambungan kisah Anum dan Azman

    saya beri Tiga

  • (Penulis)
    4) terima kasih di atas komen2 yg membina.
  • 5) clarky memang murah komen.

    nanti tambahkan elemen surprise dan konflik. ye ke?

    saya beri Tiga (tiru komen 26!)
  • 6) sedang berfikir-fikir corak penulisan azslynn.
    kisah cinta comel-comel bermesej?
    cuma itulah, mesej islamik tetapi tidak holistik.
    pendapat saya saja.
  • 7) rasa tak puas baca cerita ni. kurang rencah, mungkin
  • 8) Ya, plot cerita ini tidak lengkap. Mungkin ada kesinambungannya?

    Tetapi, jika mahu ditegaskan tajuknya, mungkin ia berkaitan dengan tema tetapi cerpen itu perlulah mengikut aturan; ada pendahuluan, perkembangan, konflik dan peleraian.

Cerpen-cerpen lain nukilan AzsLynn

Read all stories by AzsLynn