Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Autobiografi

Cerita Bergambar : Aku Pulang

Cerpen sebelumnya:
SI PEMAIN ULAR; NOO LAATONG
Cerpen selanjutnya:
Dongeng Tentang Katak

Bila merasakan aku perlu buang beban, dan tumpu pada kesunyian, akan bermulanya perjalanan ke tempat asal.
Suatu ketika dahulu, ia hebat.

Kini hanyalah, kedengaran tangisan para syuhada anarkis.
Dalam satu daerah terbuang.

Jadi, perjalanan tak terancang bermula apabila seorang sahabat yang mahu bergerak tempat kerja menuju ke Tampin, daerah isterinya bekerja.

"Ikut aku? nanti singgah kampung kau. Aku hantarlah."

Aku anggukkan sahaja. Terbilang dalam jari , cuti dua hari boleh aku manfaatkan untuk sekali ini melawat daerah yang lama aku lupakan.

Perjalanan yang tak jauh, cuma aku sahaja yang degil. Merajuk entah apa-apa.

Stereng kereta usang dipusing-pusing meredah Selangor hingga ke Negeri Sembilan. Singgah sekejap di Port Dickson untuk menyerahkan bekalan kepada seseorang.

Kami tiba di kawasan kampung, tika harinya gelap sekitar jam sebelas malam.

"Kau nie ingat lagi ke jalan balik?" Ayat yang diputarkan oleh kawan, setelah kami sesat sampai ke dalam kawasan perkuburan.

"Celaka, aku rasa macam salah suluh lampu kereta.." Dengus kawan aku.

Apa kau boleh jangka dalam kegelapan disekitar kawasan perkuburan? Tok nenek yang telah lama mati bergayut diatas pohon manggis? Mereka tidak pemurah untuk memberikan sebarang nombor ekor kecuali dengan menunjukkan muka yang sadis, dan jika tersilap lihat, bertaring.

Hanya rumah Imam kampung menjadi pedoman aku. Belakang rumahnya , adalah rumah peninggalan arwah datuk.

Bukan orang asing, dek kerana 'perjuangan orang lama' yang kahwin banyak. Isteri tok imam adalah adik tiri kepada arwah nenek. Pusing-pusing, peribahasanya tetap sama, aku takkan berlapar disini.

Mahligai rasmi imam kampung.

 

Dalam kegelapan tercari-cari mana arah pintu pagar rumah. Agak sunyi sekali, buat aku tersedar yang tiada siapa didalamnya.

Mungkin nasib sedikit baik, salam aku bersambut. Ada Mak Ucu yang membuka pintu. Antara manusia yang cukup memahami jiwa aku yang tak pernah berkata-kata.

Dia pulang bersama suaminya, pak cu yang agak asing bagi aku. Mereka berkahwin tak sampai setahun. Seorang duda. Asalkan Mak Ucu gembira aku tak kisah walau ramai membantah. Dia yang sanggup berparang untuk mempertahankan aku, maka aku disini (walaupun jauh) untuk mempertahankan pilihan hatinya.

Kediaman rasmi aku di kampung.

Rumah yang pada asalnya cukup kecil, muat-muat sahaja tapi arwah datuk cukup tekun berwawasan untuk membesarkannya. Tiga bilik tidur, tiga bilik air, hampir lima ruang luas (25 pintu,berpuluh tingkap- aku belum habis mengira jumlah tingkapnya sehingga kini) cukup untuk aku fahaminya setelah hampir sekian lama menyangkakan rumah ini ibarat kapal angkasa yang bergerak.

Waktu Magrib, segala tingkap harus ditutup rapat. Nyamuk banyak.

Pernah aku bertanya

"Nak buat apa ni tuk, tambah-tambah rumah?"

"Senang anak cucu esok nak tidur.."


Dari arah ini, terlihat bilik mandi dibelakang pohon kelapa. 'Petunjuk sembahyang raya' bagi kami semua. Selagi Imam kampung tak keluar dari bilik air, maka masih ada waktu untuk melengahkan waktu untuk ke masjid bersembahyang sunat hari raya.

Sedikit sebanyak aku terasa bangga kerana setiap yang terdirinya, pasti aku hadir untuk memerhati atau membantu kerja tangan arwah datuk. Dia tegas dan baran. Tak boleh mengelat, maka kena bantu jugalah dalam kerja-kerja menaikkan pagar rumah, siling di dapur dan sebagai-bagainya lagi


Pohon belimbing ditepi rumah, ini adalah lebih enak dari melayan ganja. Masak lemak cili api dengan buah belimbing.Faham?


Bukan gambar untuk tujuan 'black metal' tapi lembu milik Imam kampung yang datang untuk mencari asylum dan menaburkan beberapa 'jerangkap samar'. Apa dedak kau makan sampai cair jer memanjang?hah?

Aku silap perkiraan, dia telah datang menyerang. Antara anjing dan lembu, aku lebih fobia pada yang terakhir itu. Lain macam weh!




Dibelakang rumah ada deretan pohon manggis, milik saudara-mara yang jauh berkelana di ibukota. Mereka tak kisah kalau tiba musim buah , kami beratur untuk 'menurunkan' buah manggis secara berkelompok. Janji ada sebesen dua untuk anak-anak mereka bila datang melawat.

Duit hasil dari jualan kepada peraih, cukup untuk kami belanjakan di pasar malam untuk membeli seluar bundle.


Ini adalah reban ayam, kambing, itik dan sebagainya. Bermodalkan dekat seribu ringgit, haram tak terjaga selepas pemergian aku. Adik pernah bersemangat membela, tapi hatinya jadi runtuh bila semua ayam itik menjadi 'mangsa' jamuan di hari raya.

"Benda dah jinak, kau bikin kawan, alih-alih jadi rendang?" kata dia.


"Kau nak buat apa tarik pokok bunga kertas jadi macam ini?"

"Besok kalau aku kahwin, nak nikah bawah pokok ni lah"

Dah siap, baru dia beritahu.."Orang nikah belah perempuan.."

 

Aku tak pasti lagi bila akan kembali ke daerah ini. Aku takkan dapat jangka bila masanya. Tapi 'benda biru' ini pasti akan aku tunggang lagi kelak..

kau tunggu aku tahun depan.Jangan rosak!

Aku ingin menyanyikan lagu retorik jiwa. Sedut dan hembus pada bingkai-bingkai kosong, kepulan asap rokok, bebas sayuran. Aku ingin menyanyikan lagu penuh sinikal.

Buka dan tutup bekas Nescafe, 3 sudu penuh, sedikit gula, bebas mengantuk.

Aku ingin buang nikmat membaca dan memerhati para fasis yang mencemburui segalanya. Mereka melimpahkan alam maya ini dengan idealogi yang betul, menidakkan segala yang tak bermoral.

Lanskap kehidupan mereka meriah dengan irama-irama kebersihan naluri.

Biarkan aku hanyut dalam geli-geleman puisi Gibran. Menikmati alunan dengan riang-ria tanpa diskusi pemberat otak.

 

Sekian

Cerpen sebelumnya:
SI PEMAIN ULAR; NOO LAATONG
Cerpen selanjutnya:
Dongeng Tentang Katak

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
3 Penilai

Info penulis

26life

Mengada-ngada, merengek dan menyusahkan
26life | Jadikan 26life rakan anda | Hantar Mesej kepada 26life

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya 26life
Si Paris bayar zakat | 662 bacaan
Billy dan Serina jadi rakyat | 663 bacaan
Berlumba ke Bulan | 896 bacaan
Monolog orang yang ada rasa bersalah | 1042 bacaan
Dia, Bidadari Perjalanan | 1565 bacaan
Dia suka pada Milah | 7253 bacaan
Khayalan bernombor | 1177 bacaan
PCB #6 Retro: Ahli Band of Brothers | 916 bacaan
Pra Ramadhan : Alam aku | 1115 bacaan
PCB#5: Kegembiraan untuk 45 minit | 1195 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Cerita Bergambar : Aku Pulang
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Head Over Heels

Jessie has kept the identity of her son Oliver\s father a secret for years. She\s ...
Price: RM 10.00


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik