Senja semalam

 

Senja semalam, agak berbeza dari senja sebelum ini. Dalam perjalanan pulang, aku rasa sedikit muram, suram dan guram agaknya. Aku lihat langit terbentang luas. Aku lihat awan berkepul nipis. Senyuman aku terus meluas.

Di atas sana, aku lihat burung-burung terbang berserakan bersama kelompok-kelompok mereka. Di sana sini. Aku tak pasti, mereka sekadar berhibur atau sedang mencari secicip rezeki? 

Sungguh, mereka sangat banyak dari kebiasaan.
Mereka pulang senja semalam.
Aku tahu, keindahan ciptaan ilahi mampu menggugat hati ini berubah menjadi tenang abadi.
SubhanAllah.

Akhirnya, aku pulang ke rumah dengan senyuman. 

notakaki: 1st trial to post it here. :) 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) selamat datang!
    tahniah di atas karya yang pertama. saya menunggu yang seterusnya

    janganlah berhenti dari berfikir dan memerhati kekuasaan yang Maha Esa. memang banyak yang boleh kuatkan lagi akidah kita
  • 2) teruskan...
  • 3) Saya kira ia lebih kepada sebuah prosa. Akan datang, mungkin boleh lebih panjang lagi.

  • (Penulis)
    4) Terima kasih atas kritikan membina. Tak sangka ada yang membacanya. Ini yang membuatkan lebih bersemangat.

Cerpen-cerpen lain nukilan farahino

Read all stories by farahino