Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerkas : Surat Khabar

 

Tiap-tiap Usop mesti ke kedai runcit 24 jam di sebelah kedai mamak membaca surat khabar di situ.

Budak-budak kerja di kedai runcit tu dah kenal sangat dengan mukanya. Bilang hari. Kalau ada hari yang dia tak pergi, mesti hari itu dia berduit sikit minum pagi di kedai Pak Rodi yang ada semua jenis surat khabar.

Bukan dia tak mahu beli, tapi rasa membazir juga nak belanja benda yang boleh dapat percuma. Seringgit setengah sehari kalau sebulan sudah empat puluh lima ringgit pergi ke surat khabar. Empat puluh lima ringgit tu baik dibuat bayar api dan air dari membeli benda sekejap pakai sekejap buang.

Hari ini dia ke kedai runcit lagi, menengok berita-berita dalam negeri.

Berita pasal video lucah kepala parti pembangkang tajuk besarnya. Tajuk berita saja sudah dekat sama besar dengan tajuk suratkhabar.

Usop geleng kepala perlahan. Hari ini hari sabtu. Dia ambil surat khabar yang saiz jumbo. Besar benar saiznya, lebih kurang sama besar saiz meja warung Pak Rodi.

Dia buka mukasurat paling belakang. Sehelai, sehelai.

Sampai ke muka surat yang dia cari. Di bahagian bucu surat khabar, Usop meniliti beria sungguh. Berkerut-kerut dahi. Kalau menengok dari kerutnya serupa macam membaca berita negerinya ini nak kene serang jepun lagi sekali.

Pap...

Usop jentik surat khabar.

Budak kerja kedai runcit pandang ke Usop.

"hah, belanja rokok sekotok bang usop," tegur budak kerja kedai runcit itu.

"Belanja mendenya, minum kawan pun tak lepas pagi ni," jawab Usop sambil lipat semula surat khabar lalu letak semula di tempat dia ambil tadi.

"Kawan memang nok beli dah nombor tiga tu, tapi kawan mikir ke nak minum teh, ni ha dua ringgit," Usop menunjuk wang syiling 50 sen ke budak kerja kedai runcit itu sambil berlalu keluar.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sempoi
    usop ni memang mengundang penendang kalau selalu buat begini
  • 2) anak muda... macam-macam rencam
  • 3) Beli nombor ke? suruh Usop beli Ibox lain kali, jimat sikit
  • 4) surat khabar sekarang ni laku kat gerai nasi lemak je buat bungkus nasi
  • 5) usop tak de laptop berinternet atau telefon dengan data plan. kalo ada mesti usop layan berita online. lagi macam2 berita ada berbanding surat kabar
  • 6) Suka baca bahagian kartun dalam surat khabar.

    Ringkas dalam sinisan.

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi