Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Berkat Ibunda

 

Bunyi kicauan burung bersahut-sahutan, ombak kecil manampar gigian pantai, angin bayu menyelak rambut Syahrizan yang terjuntai di dahi. Syahrizan ialah seorang remaja yang berusia 16 tahun. Seorang yang agak kacak, tetapi pemalas dan suka menghabiskan masa duduk di tepi pantai sambil bernyanyi kecil, kadang-kadang termenung dan tiba-tiba ketawa sendirian. Seperti orang tidak siuman lagaknya.

Tiba-tiba, kelihatan Syameer, kembarnya sedang berjalan menuju ke arahnya. Syameer juga tiada bandingnya dengan Syahrizan. Sudah nama pun kembar seiras, tentulah sama-sama kacak. Tapi sayang, walaupun wajah mereka seiras, tingkah laku mereka amat berbeza sekali. Syameer adalah seorang yang sangat rajin membantu ibunya menjual nasi lemak di sebelah kedai makan Pak Cik Man setiap kali musim cuti sekolah. Syameer juga rajin menolong ibunya yang uzur itu mengemas rumah dan memasak untuk mereka bertiga di rumah. Berbanding dengan Syahrizan, yang suka tidur hingga matahari tegak di atas kepala.

“Bang Syah…mak panggil balik makan !” kata Syameer berkelakuan seperti budak perempuan.

“Yela..yela..kejap lagi aku baliklah…aku nak tenangkan fikiran kejap.” Kata Syahrizan sambil mengubah posisi duduknya dan menghadap ke arah Syameer, kembar yang seusia dengannya,beza antara mereka berdua adalah rambut. Rambut Syahrizan sedikit panjang tetapi rambut Syameer pula pendek dan terpacak macam landak.

“Meer, kau ada buku rujukan Biologi tak ?” kata Syahrizan kepada kembarnya dengan suara yang agak serius.

“Apa ? Buku rujukan Biologi ? Eh, kau gila ke ? Aku kan kelas sastera, manalah ada buku budak kelas sains..kau pulak kelas akaun, kau nak buat apa dengan buku rujukan Biologi tu ?” kata Syameer lalu duduk bersila di sebelah Syahrizan.

“Aku  ni sebenarnya bercita-cita nak jadi doktar sebenarnya, bukannya akauntan.” Kata Syahrizan dengan nada kesal. Jelas kelihatan kekesalannya itu.

“Habis tu, buat apa kau masuk kelas akaun ?” kata Syameer inginkan kepastian sambil membetulkan rambutnya yang tajam seperti landak itu kerana waktu itu angin kuat.

“Aku masuk kelas akaun sebab aku ikut geng aku, dia orang kata kelas akaun best, nanti besar boleh pegang duit banyak-banyak. Padahal waktu itu aku memang layak masuk kelas sains. Aku menyesal Meer…menyesal! ” kata Syahrizan sambil mengutip batu kecil lalu dibalingnya ke laut dengan sekuat-kuat hatinya. Batu-batu itu ada yang tenggelam ke dalam air dan ada yang melantun-lantun lalu hilang di permukaan air.

“Habis tu..?”

“Aku nak kau tolong aku.”

“Tolong apa ?”

“Tolong aku macam mana caranya untuk aku tukar ke kelas sains, aku nak ambil aliran sains, aku tak mahu aliran akaun, akaun susah…nak kira ini, kira itu, tolak ini bahagi itu. Otak aku tak boleh main kira-kira la. Aku dah bosan dengan kiraan..bosan!! Arghh..! ” lalu menghentak permukaan pangkin yang didudukinya.

“Baiklah, nanti aku cuba tanya cikgu Fazley kalau-kalau masih boleh tukar aliran lagi. Dah la jom balik,tadi mak suruh aku panggil kau balik makan tengah hari, nanti mak kata aku merayau satu kampung pulak nanti.” kata Syameer lantas menarik tangan Syahrizan.

“Ei…beratnya ! Cepatlah, dah nak hujan ni.” kata Syameer lalu mereka berlari-lari kecil balik ke rumah. Awan pula sudah gelap dan berat seperti hendak melepaskan bebannya.

Setibanya di rumah, haruman bau sambal goreng masakan mak begitu cepat menusuk ke rongga hidung Syahrizan.

“Wah, sedapnya bau sambal goreng ni..!” lalu mencapai pinggan untuk mencedok nasi. Dengan pantas itu juga Mak Munah menampar tangan Syahrizan yang cuba untuk mencedok sambal goreng ke dalam pinggannya.

“Ish! Kamu ni Zan..basuh la tangan tu dulu kalau iya pun dah lapar. Tadi kamu tak pula lapar ya..duduk melepak kat tepi pantai tu, tak puas-puas makan angin tadi. Tak kenyang ke?” bebel mak Munah sambil mencedokkan nasi ke untuk Syameer. Mak Munah memang biasa memanggil Syahrizan dengan nama itu kerana itulah panggilan yang sering arwah suaminya gunakan untuk memanggil Syahrizan.

Selesai membasuh tangan, Syahrizan kembali ke meja makan. Dia memandang pada makanan yang ibunya masak hari ini. Hanya sambal goreng, nasi putih dan ubi rebus sahaja yang ada untuk hari ini.

“Mak, ini saja makanan hari ini?”

“Ini sajalah yang mak mampu sediakan untuk kita bertiga Zan.” Sayu bunyinya. Mungkin nasi lemak Mak Munah tidak laku kerana sejak kebelakangan ini hujan asyik turun sahaja. Kampung seberang telah banjir kerana sudah tiga hari hujan turun tidak berhenti-henti. Airnya pun tidak surut-surut. Nasib baiklah kampung mereka tidak dilanda banjir. Kalau tidak tak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan mereka seharian.

Sewaktu sedang membantu Mak Munah membasuh pinggan, Syameer memulakan bicara.

“Mak, mak bahagia tak dengan kehidupan kita sekarang?”

“Kenapa kamu bertanya begitu? Ya, mak cukup bahagia sekarang kerana anak-anak mak sudah besar panjang. Nanti kalau mak dah tua adalah orang yang akan jaga mak.” sambil tersenyum dengan senyuman yang dibuat-buat.

“Mak, Meer janji nanti bila Meer dah dapat kerja bagus, Meer akan beli rumah baru. Meer nak mak hidup dengan selesa. Meer tak nak mak bersusah-payah lagi jual nasi lemak tu. Meer nak mak berehat je..biar Meer dan Syah je yang cari duit, ye mak?”

Mak Munah tersenyum senang. Dia bahagia kerana walaupun zuriat yang ditinggalkan oleh arwah suaminya hanya Syameer dan Syahrizan. Dia tetap bersyukur kerana Anaknya yang seorang itu telah berjanji kepadanya dan memberikan harapan kepadanya bahawa mereka akan hidup senang suatu masa kelak. Dan pada waktu itu dia tidak lagi perlu bersusah payah menjual nasi lemak dan menebas semak di kebun Pak Din.

Keesokannya, Syameer berjumpa dengan cikgu Fazley, iaitu Guru Penyelaras Tingkatan di sekolahnya. Kebetulan pada waktu itu, cikgu Fazley ada di biliknya. Pintu diketuk.

“Masuk !” kata satu suara dari dalam.

“Assalamualaikum, cikgu !” kata Syameer ramah lalu menyalam tangan guru muda yang kacak dan tinggi lampai itu.

“Waalaikumussalam, sila duduk.” kata cikgu Fazley dengan ramah.

Setelah menyampaikan apa yang patut disampaikan Syameer meminta izin untuk meninggalkan  bilik itu dan pergi ke kelas kembarnya, Syahrizan. Sewaktu tiba di kelas 4 Akaun itu, kelihatan Syahrizan sedang berbual dengan rakan-rakannya.

“Syah, sini kejap !” teriak Syameer dari luar kelas Syahrizan sambil menggunakan isyarat  tangan agar Syahrizan datang  kepadanya.

“Ha, ada apa kau datang jumpa aku pagi-pagi ni ?” kata Syahrizan dengan selamba.

“Tadi, aku baru lepas berbincang dengan cikgu Fazley, dia kata kau masih boleh tukar ke kelas sains, untung kau masih sempat lagi sebab kita belum daftar SPM…” kata Syameer dengan senang hati kerana telah berjaya menyelesaikan masalah kembarnya itu.

“Apa ? Kau dah beritahu cikgu ?” berkerut keningnya.

“Iye la…bukan kau ke semalam yang minta tolong aku supaya bincang dengan cikgu Fazley untuk kau tukar ke kelas Sains?” kata Syameer sedikit terkejut.

“Eh, mana ada…ala masa tu aku saja-saja je..kenapa kau cakap betul-betul ?” kata Syahrizan lalu ketawa berdekah-dekah. Puas hatinya mengenakan Syameer kali ini. Setelah Syameer bersusah-payah akhirnya ini jawapan yang dia terima dari Syahrizan. Waktu itu Syameer sudah tidak terkata apa lagi. Bulat matanya memandang kembarnya itu. Rasa macam nak telan je sekujur tubuh manusia yang ada di hadapannya itu. Tapi dia cepat-cepat sedar bahawa yang berada di hadapannya itu adalah darah dagingnya. Kembarnya. Syahrizan. Bukannya makanan atau daging mentah.

“Apa ? Kau saja-saja je ? Syah, kau ni memang keterlaluan la, semalam kata lain hari ni kata lain, kau ni betul-betul melepaskan batuk di tangga ! kata Syameer dengan kesal. Sakit hatinya kerana dipermainkan sebegitu rupa.

“Aku dah kata dah…aku gurau saja la..ingat aku serius ke? Hahaha..!!” Syahrizan ketawa sepuas-puasnya lalu berlalu semula ke kelasnya dan berbisik-bisik sesame sendiri. Seraya itu Syahrizan dan kawan-kawannya mentertawakan Syameer yang telah dipermainkan oleh mereka.

Tanpa membuang masa Syameer kembali semula ke kelasnya. Pedih sungguh perasaanya ketika itu. Tergamak saudara kembarnya mempermainkannya dan mentertawakannya di hadapan kawan-kawan yang lain. Dia segera membuang jauh-jauh perasaan itu dan kembali membaca novel sastera sehinggalah guru masuk ke kelasnya.

Setibanya di rumah, kelihatan ibunya sedang menjahit bajunya yang lusuh dan koyak. Terketar-ketar tangan wanita tua itu menjahit pakaian itu. Syameer sedih melihat keadaan maknya.

“Mak..kenapa mak mengggil? Mak tak sihat” lalu meletakkan tangannya ke dahi wanita tua itu. Panas! Sah maknya demam.

“Eh! Mak demam ni..macam mana boleh demam? Mak terkena hujan ke tadi?”

“Tak, mak sihat..demam sikit je ni. Meer jangan risau ye nak..” kata Mak Munah perlahan.

“Mak.. mak demam ni..jom kita ke klinik.”

“Tak mengapa..mak sihat la Meer.. pergilah mandi, makan lepas tu siapkan kerja sekolah ye.” Lembut suara Mak Munah sambil mengusap-ngusap lembut bahu Syameer.

“ Betul mak tak nak Meer bawa mak ke klinik?” tergambar wajah kerisauannya terhadap emaknya yang tersayang itu.

“Ye, mak tak apa-apa. Mak sihat. Besok sembuh la..mak demam kejap je ni.” Lalu mengukir senyuman.

“Erm, baiklah mak..Meer masuk bilik dulu ye.” Sambil mencium tangan wanita tua itu.

Jangan risau nak, mak sihat-sihat je. Mak tak akan apa-apa. Mak bersyukur sangat dapat anak macam kamu Meer. Bisik hati kecil Mak Munah. Begitu beruntungnya dia dikurniakan anak sebegitu prihatin dan sangat penyayang itu. Gembira hati tuanya ketika itu.

Malam itu setelah usai solat isyak. Syahrizan masuk ke biliknya. “Meer, kau kena tolong aku..penting!” tanpa sempat memberi salam dan menutup pintu bilik itu. Syameer tidak mengendahkannya sebaliknya meneruskan berdoa kepada Tuhan.

“Meer! Kau dengar tak aku cakap apa ni..?” kata Syahrizan yang sudah mula berang dengan kelakuan Syameer yang tidak mengendahkannya.

“Meer, tolong la…tadi aku tak sangka pula secepat itu kau boleh berbincang dengan cikgu Fazley pasal pertukaran kelas tu. Aku sebenarnya nak bertukar ke kelas Sains tu. Cuma aku terikat pada mereka tu je. Mereka tak nak lepaskan aku. Mereka kata aku amat diperlukan dalam kelas Akaun tu. Meer kau dengar ke tak ni.??” Jelasnya panjang lebar.

Setelah mendiamkan diri seketika. Akhirnya Syameer bersuara. “Kau pergilah sendiri uruskan pertukaran kelas itu. Aku malas nak masuk campur.” Padat dan ringkas jawapannya lalu beredar dari bilik itu. Syahrizan tercengang mendengarkan jawapan dari Syameer. Dia betul-betul terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut Syameer itu.

Setelah beberapa minit berada di dalam Syameer. Akhirnya Syahrizan keluar dan meminta izin maknya untuk ke rumah kawan. Walaupun pada mulanya emaknya tidak membenarkan, tetapi setelah memberi alasan yang munasabah, dia berjaya juga keluar ke rumah Azzim, kawan baiknya yang telah menghasutnya supaya mendaftar ke kelas Akaun yang ternyata bukan minatnya untuk belajar dan mengambil peperiksaan dalam subjek itu.

“Zim, besok aku nak jumpa cikgu Fazley. Aku nak bertukar ke kelas Sains. Aku tak boleh bawa matapelajaran Prinsip Akaun tu. Aku minat Sains tulen, bukan Prinsip Akaun. Maaf. Aku tak boleh ikut kau.” Lalu meninggalkan Azzim keseorangan tanpa sempat mendengar kata-kata dari Azzim. Azzim akhirnya pasrah dan terima keputusan Syahrizan dengan hati terbuka. Sememangnya hati memang tidak boleh dipaksa. Kalau kita sudah meminati sesuatu kita tidak mungkin akan dapat mencuba sesuatu yang kita tidak minat. Walaupun ianya dengan hati terbuka atau secara terpaksa.

Di sebalik pokok getah itu, Syameer tersenyum puas kerana akhirnya saudara kembarnya itu telah menemui jalannya sendiri untuk bertemu dengan kejayaannya untuk masa akan datang.

Keesokannya, Syahrizan telah berjaya bertukar ke kelas Sains tulen. Gembira sungguh hatinya bukan kepalang. Kerana tanpa Syameer, dia tidak akan sedar dan tidak mengenal apa itu erti kawan dan lawan. Sekarang dia sudah sedar bahawa ikutkan hati mati. Ikutkan rasa binasa jadinya.

Beberapa tahun kemudian, Syahrizan dan Syameer telah tamat pengajian di Universiti Malaya dengan kepujian. Mak Munah tersenyum bangga dengan pencapaian anak-anaknya kerana walaupun mereka miskin harta, tetapi anak-anaknya kaya dengan ilmu. Sekarang mereka akan hidup senang lenang dengan kejayaan anak-anaknya itu. Syahrizan telah bergelar seorang doktor manakala Syameer pula telah berjaya menjadi seorang novelis yang terkenal. Itulah berkat doa ibu mereka yang telah pulang ke ramahtullah sebelum sempat melihat anak-anaknya ini berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Lima tahun kemudian, Syahrizan telah berkahwin dengan seorang jururawat yang bekerja di klinik miliknya sendiri dan dikurniakan sepasang kembar perempuan yang sangat comel. Manakala, Syameer pula telah berkahwin dengan seorang peguam dan dikurniakan sepasang kembar lelaki yang amat nakal sekali seperti Syahrizan dan seorang anak perempuan.

Walaupun telah berjaya, mereka tidak akan lupa untuk menziarahi pusara ayahanda dan bonda mereka di kampung halaman mereka di Melaka kerana tanpa doa dan berkat dari kedua-dua orang tua, kita tidak akan berjaya mengecapi kejayaan yang kita miliki sekarang.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) soalan. kenapa kalau nasi lemak tak laku, lantas tak ada duit makan nasi, sambal goreng dan ubi?

    kenapa tak makan je nasi lemak tu?

    emm .... ceritanya kekurangan konflik.
  • 2) Macam cerita hikayat pun ada, macam karangan sekolah pun ada. tak salah, tapi jalan ceritanya sangat mendatar. konflik yang ditimbulkan tak cukup kuat.

    chaiyok~!
  • 3) cara ceritanya dah bgs.. cuma jalan ceritanya perlu lebih rencah.
    adik manis.. berusaha ye.
  • 4) Boleh ni. Boleh diperbaiki lagi. Teruskan berusaha!
  • 5) Ia sebuah cerpen yang menepati kriteria dari sudut struktur. Cuma dari segi olahan dan gaya penceritaan, ia boleh diperbaiki. Teruskan berkarya. Saya tunggu tulisan anda yang seterusnya.

Cerpen-cerpen lain nukilan EzzaJoe

Read all stories by EzzaJoe