Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jamdol Berpuasa

 

Hari ini merupakan hari pertama dalam sejarah hidupnya!  Jamdol belajar berpuasa.

………………………………

Malam semalam, 29 Syaaban, seluruh kaum keluarga Jamdol, ayah, mak, adik dan Tompok berkumpul di ruang tamu rumah dan membeliakkan biji mata masing-masing ke satu arah. Kaca monitor Televisyen! Jamdol berasa hairan pada mulanya, maklumlah ini kali pertama beliau berhadapan dengan situasi sebegini. Hanya dia seorang yang masih mundar-mandir di belakang satu-satunya set sofa rotan yang terletak di pusat ruang tamu. Sambil mundar-mandir, Jamdol menggigit kuku jari manis tangan kirinya.

“Dol…mari la duduk sini dengan adik,”

Mak Jamdol puan El-Mari memujuk anaknya. Sambil memujuk, beliau mengunyah jeruk halia. Ini menjadikan mulutnya sedikit termuncung macam mulut ikan tilapia siam. Jamdol akur dan terus duduk di sebelah kiri adiknya. Adik Jamdol sedang leka ternganga menonton iklan yang sedang ke udara di TV.

“..jangan risau! Jika termakan! Tak mati!!!(bergaung dan bergema-gema)

“penipu!! Dulu adik bagi ulat bulu kat pokok bunga kita makan, dia mati je..!!!!!”

“adik!!!”

Jamdol menjadi semakin gelisah. Dia menoleh ke arah Tompok. Rupa-rupanya si Tompok juga sedang menoleh memandang Jamdol. Dengan tenang Tompok mengangkat kaki kanan belakangnya dan terus menggaru belakang kepalanya. Sambil menggaru, mata si Tompok terkenyit-kenyit. Seolah-olah dia berkata kepada Jamdol,

“kau nak apa? Lipas semalam, aku dah bedal semuanya!”

Jamdol kebosanan.

“mak…kenapa kena tengok TV sekarang?”

“kita nak tengok pengumuman…esok jadi puasa ke tidak..”

“macam mana TV boleh tau yang esok puasa ke tidak mak?”

“diorang dah teropong anak bulan petang tadi…kalau diorang nampak anak bulan..puasa la esok..”

Baru sekarang, waktu umurnya sedang memasuki 10 tahun, Jamdol mempunyai perasaan ingin tahu mengenai hal ehwal puasa. Tahun-tahun lepas, Jamdol tak pernah ambil pusing hal berkaitan ibadah puasa. Namun selepas berkhatan hujung tahun lepas, maknya menyuruhnya belajar puasa tahun ini.  Ketika diajukan arahan tersebut, Jamdol agak keberatan.

“mak…kenapa adik tak payah puasa?! Tompok pun tak payah…kenapa Dol kena puasa? Hah…silalah jawab wahai ibuku yang jelita..”

Mak Jamdol langsung tak termakan taktik mengampu Jamdol.

“sebab mak nak kau belajar jadi orang besar! Nak kau belajar jadi orang beriman!”

Jamdol susah nak mengalah.

“ayah cakap…dulu dia belajar puasa masa umur dia 20 tahun…boleh pulak..”

“ayah kau memang tak boleh dijadikan contoh..”

“Jamdol..ayah tak nak belanja kau aiskrim malam ni…”

Kebetulan pula ayah Jamdol sedang berlalu, lantas menyampuklah dia.

 

Baik.  Itu cerita seminggu yang lalu. Sekarang kita fokus kepada situasi di ruang tamu, beberapa jam sebelum 1 Ramadhan itu.

 

“yeahhh!!! Alhamdulillah! Esok puasa!!! Yeehaa!! Wooooahhh!!!!!”

“miau! Miauuuu!! Miauuu!!!”

“auuuu!!!! Auuu!!!! Auuuuuu!!!!”

Jamdol yang tadinya bosan turut menjerit-jerit. Tapi bukan menjerit sebab esok puasa. Tapi disebabkan kesakitan akibat sikunya dikerkah oleh adiknya yang buas.

“mak!!! Adik gigit Dol lagi!!!!”

“adiiiiiiiiiiiiiiiiiiik!!!”

“kelepang!!!”

Sudahnya, Jamdol mula menggusti adiknya si Gedegung seperti gaya The Undertaker. Adiknya bukan saja tak menangis, malah dia ketawa mengikik. Macam bunyi cengkerik yang sudah hadam di dalam perut Tompok. Selepas 3 minit, Jamdol melepaskan kuncian maut yang dikenakan ke atas adiknya.

“woi! Nak pegi mana tu? Jomla gusti lagi…ki ki kiki!!!”

Jamdol malas nak melayan adiknya yang hyper aktif itu. Kalau terus dilayan, makin menjadi buas. Jamdol baru tersedar yang ahli keluarganya yang lain sudah beredar dari ruang tamu rumah. Dia bingkas bangun dan mula keluar ke beranda. Di situ, Jamdol dapat melihat ayahnya sedang melepak di bangku di luar rumah yang terletak di bawah pohon Amra yang sedang berbuah lebat. Sambil bersila, ayah Jamdol mula mengeluarkan gulungan rokok daun daripada kocek kemejanya. Jamdol terus saja menuruni anak tangga kayu rumah, menyarungkan selipar jepun dan berjalan menuju ke arah ayahnya yang nampaknya sedang memasukkan serat-serat tembakau  ke ruangan daun rokok. Jamdol tiba di sisi kiri ayahnya dan dia duduk di atas bangku itu. Jamdol leka memandang aktiviti menggulung rokok daun yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

“Dol, kau dah besar esok, jangan nak belajar-belajar hisap rokok…”

“kenapa pulak? Kan pepatah melayu ada mengatakan…..”

“…ye…bapak borek…anak rintik.”

“haa….betul tu ayah!...kenapa Jamdol tak boleh hisap rokok nanti?”

Ayah Jamdol sudah mulai menyalakan api rokok dengan sebatang mancis yang mempunyai kepala yang berwarna pink. Dia seraya menyedut nikotin dan asap rokoknya dengan sepenuh hati. Dengan sekali sedut saja, api di rokok sudah berjaya membakar 3cm rokok. Selesai hisapan pertama tersebut, ayah Jamdol menelan air liurnya bersama-sama asap yang disedut. Dia tak lepaskan asap langsung ke udara. Tak nak rugi agaknya.

“ ..hisap rokok ni, tak sedap pun…rosakkan paru-paru lagi..”

Jamdol mula merasakan yang percakapan ayahnya sudah sama seperti asap rokok. Nampak putih, tapi tak bererti.

“ye lah yah….Jamdol nak naik rumah ni..”

Jamdol kembali naik ke dalam rumah. Sampai di ruang tamu kembali, gegendang telinganya dihentak dek suara emaknya.

“dol!!!! Siap-siap la solat maghrib, azan isya’ nanti kita sama-sama pegi surau… solat tarawih!!!”

Aduh! Solat maghrib pun aku tak buat lagi. Bisik Jamdol di dalam hati. Ayah macamana? Ah biarkanlah. Dia kan dah besar dan tua. Kali ini bisikan hatinya lebih bergema-gema. Jamdol berjalan laju merentasi dapur dan ke bilik air. Keluar daripada bilik air, Jamdol berselisih dengan Tompok yang mahu masuk ke bilik air. Tompok hanya membuat muka selamba. Seolah-olah berkata,

“kau ingat aku tak reti ambik wudhu’ ke Jamdol? Kau tak ingat ke..aku yang ajar kau dulu!!”

Jamdol terus menjawab,

“mana adeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!”

Selesai berinteraksi spontan dengan Tompok, Jamdol segera berlari anak menuju ruang solat yang terletak di pinggir kanan ruang tamu. Jamdol hampir tersedak, apabila melihat ayahnya sudah berdiri dan sedang bersolat di situ. Tanpa ragu-ragu, Jamdol terus masbuk dan turut bersolat bersama-sama.

Tepat jam 8.45 malam, azan isya’ mula kedengaran. Emak Jamdol sudah siap memakai telekung dan berjalan laju menuruni tangga keluar dari rumah. Sambil berjalan, sempat lagi dia berpesan kepada Jamdol,

“Dol!! Jangan tak pegi masjid!! Tarawih!!! Rugi tau tak buat!!”

“baik mak!!!”

Jamdol menjawab sambil memakai kain pelikat. Ayah Jamdol juga nampaknya sudah siap berpakaian kemas dan bersih. Siap berkopiah lagi.

“Dol, cepat siap, ayah tunggu kat bawah!”

Jamdol tergopoh-gapah menyiapkan gulungan kainnya. Sepas itu dia memakai sehelai baju melayu lusuh buatan emaknya yang berwarna hijau taik ayam candu. Seterusnya dia berjalan laju menuju beranda. Sesampai di beranda, Jamdol disapa,

“miauu!! Miauu!! Miii….”

Rupanya Tompok sedang menunggunya di beranda. Wah! Bukan dia seekor, ada seekor lagi kucing sedang bersembunyi di belakangnya.

“Dol…ni aku kenalkan…Tina…”

“wah!!! Kau bawak betina ya balik rumah!!!”

“alahh…macam tak biasa..”

“ayah!!!! Tompok bawak betina balik rumah!!”

Ayah Jamdol tak menjawab pun. Dia buat muka boring je.

“miau!! Miau!! Miaaauuuuuuuuu”

“tunggulah lepas tarawih nanti, siap kau Tompok!”

Tompok buat muka bongok je, dan terus mengajak Tina, berlalu ke belakang rumah.

…………………………….

Sampai di Surau, Ayah jamdol bergegas masuk ke ruang solat dan melakukan solat sunat tahiyyatul masjid. Jamdol sedikit melencong kerana ternampak kawan-kawannya sedang berkumpul di ruangan khemah yang didirikan di sebelah kanan masjid. Mereka sedang duduk di kerusi-kerusi plastik yang berwarna putih. Ada lima orang kesemuanya. Ada Fakhrul, Ikhwan, Padil, Majid dan MatHasan. Jamdol masuk ke dalam halaqah mereka.

“korang tak nak solat ke?”

Soal Jamdol dengan serius.

“eh….jap lagi kita solat la…”

Jawab Majid tenang.

“a..ah..sekarang ni kitorang tengah mesyorat!!”

Jawapan Mahasan itu berbunyi formal.

“aku..aku..nak solat terawih…tapi perasaan nak main mercun lebih membuak-buak!!

Padil pulak mencelah. Dikeluarkannnya segenggam mercun katak dan mercun tarik daripada kedua-dua kocek depan baju melayunya.

“wuiiiiyooo!!! Mana kau dapat ni Dil???!!”

Serentak Jamdol dan yang lain terpesona.

“sssyyyhhhh..jangan jerit kuat-kuat…aku beli kat abang sedara aku semalam..”

Padil terus memasukkan semula mercun-mercun itu ke dalam saku bajunya.

“dia kerja impot eskpot!!!”

“ooooooooooooooooooooo!!!”

Suara bilal, Ben Rubah mula mengalunkan iqamah. 

Tok siak mula berteriak-teriak  ke arah kanak-kanak yang masih melepak di luar masjid. Disuruhnya masuk segera ke ruang solat. Jamdol dan kawan-kawannya terus masuk dan ikut solat isya’.

Selepas memberi salam mengakhiri solat, Jamdol menoleh ke kiri kanan mencari kelibat kawan-kawannya. Tak ada. Dia bangun dan mula mencari di luar masjid. Nah! Di satu sudut, Jamdol dapat melihat mereka berkerumun secara mencangkung. Jamdol berjalan perlahan mendekati mereka.

“korang buat apa tu?’

“syyyyhhh…”

Mata Jamdol terbeliak kerana rupa-rupanya Padil sedang mengikat mercun tarik pada beberapa pasang selipar! Jamdol turut mencangkung. Dia melihat dengan sabar kerja tangan si Padil dan Majid. Mercun tarik diikat dengan kemas dan ketat. MatHasan hanya tersengih-sengih.

“ni selipar siapa ni Dil?’

Padil tak menjawab. Dia hanya tersengih. Kebetulan sengihannya hampir serupa dengan sengihan MatHasan. Macam dah lama berlatih.

“ni…selipar….tok siak...yang ni tok imam…”

Majid berbisik sambil menunjuk ke arah dua pasang selipar yang bergambar Pokemon dan Lady Gagap.

“as solatuttaraawih….”

Sejajar dengan alunan suara Bilal Ben, Jamdol bangun dan masuk ke dalam masjid dan ikut bertarawih.

……………………………………..

Sementara itu di rumah Jamdol.

“well..Tina, you ni…species kucing parsi ke?..emmm..i dari Belarus…”

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ni melepas gian ke hape ni kuru

    selamat hari raya!
  • 2) ayah dia dh mcm ketam...hehe
  • 3) Ada-ada saja si Jamdol ni.
  • 4) Tina kena jual mahal sikit...
  • 5) Ben Rubah tu orang mana? Bilal import ke?

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa