Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Klasik

PCB#7: Si cantik yang disumpah untuk tidur.

Cerpen sebelumnya:
Sudah hampir jam 12:00
Cerpen selanjutnya:
PCB#7: Han Solo, Luke Skywalker dan Air yang Menyembuhkan 1001 Penyakit
Pada waktu cereka ini aku tulis, Cik hati sedang gundah gulana. Kondisinya agak teruk. Waktu itu, beginilah lebih kurang keadaan Cik hati.

Cik hati, kau asyik sungguh menangis...

Dengar ini aku mahu ceritakan tentang Si Cantik yang disumpah untuk Tidur.

Berhentilah menangis sayang.

Ke mari sini, dengar cerita ini.

Pada masa dulu, ada seorang gadis. Dia punya wajah jelita hingga semua yang memandang pasti akan jatuh cinta padanya. Namun kerana terlalu banyak cinta yang dia punya dia menjadi seorang yang sangat pemilih. Dia menidakkan semua cinta yang datang kepadanya. Hingga suatu hari, dia benci akan wajahnya yang jelita. Dia mula mencakar-cakar wajah itu dengan kukunya yang sengaja disimpan panjang. Sehingga wajahnya menjadi penuh dengan parut dan tidak cantik.

Namun begitu, dia tetap dicintai semua yang memandangnya. Dia menjadi sangat marah kepada diri sendiri hinggalah berjanji untuk memakai topeng pada wajahnya. Topeng itu sangat hodoh sehingga semua yang melihat tidak mahu mendekat dia. Dia tersenyum gembira. Akhirnya dia berada jauh-jauh dari cinta.

Hingga pada suatu hari, dia didatangi Ahli Sihir Jahat. Dia disumpah untuk tidur hingga cinta tulusnya hadir. Maka tertidurlah Si Cantik itu dalam topeng huduhnya.

Seratus tahun selepas itu, seorang putera lalu di kawasan ia tidur. Entah kenapa, putera itu jatuh hati kepada dia pada pandangan pertama. Putera itu mengejutkan ia dari tidur. Dia dilayan bagaikan puteri. Tempat dia disumpah itu sekejap sahaja mula menjadi bandar kerana riuh di pekan orang bercerita tentang pasangan bahagia ini.

Namun, tidak pernah seorang pun orang kampung yang pernah melihat Si Putera. Mereka mula mencela Si Cantik kononnya cerita yang tersebar itu semuanya dusta. Si Cantik dibenci lagi. Dia dipulaukan. Walau bagaimana pun, ada seorang gadis yang cuba untuk terus berdamping dengan Si Cantik. Dan kerana perkembangan itu, Si Cantik ini mula mendapat sahabat. Peneman sedih dan gembira.

Hingga suatu hari, Si Cantik ini mendapat tahu bahawa teman baiknya ada menaruh cinta terhadap Sang Putera. Menurut gadis itu dia pernah terlihat putera itu sekali dan hatinya terus terpaut cinta. Demi sahabatnya itu, Si Cantik menangis kehampaan. Hatinya terguris dan pedih. Dia mula mencari Ahli Sihir Jahat dan minta untuk ditidurkan semula. Dia tidak sanggup melihat hatinya hancur.

Ahli Sihir Jahat itu memperkenankan permintaan dia tapi dengan syarat.

Selama tujuh ratus tahun, Si Cantik akan terus merana dan meratap dalam mimpinya. Selama tujuh ratus tahun itu Si Cantik akan bermimpi tentang sejuta kesedihan hingga air matanya tidak akan pernah kering. Sesudah selesai tujuh ratus tahun itu, barulah akan ada cinta yang singgah di kawasan itu. Namun, jika putera yang mengejutkan dia bukan cintanya sehidup semati, maka bila sahaja dia terjaga dia akan menangis dan meratap sahaja. Hingga dia tertidur semula.

Dan tadi, Si Cantik baru sahaja kembali meratap dan menangis. Dia dikejutkan oleh putera yang bukan cinta abadinya. Dia akan menangis sehingga tertidur semula. Hingga nanti ada lagi putera yang lain mengejutkan dia. Sehingga itu, dia akan terus dalam sumpahan itu. Dia akan terus begitu.

Mari hati, kita doakan untuk dia agar dia tidak derita demi cinta lagi.

Mari hati, kita doakan untuk dia dan untuk kita juga. Agar puteranya cepat-cepat datang mengejutkan dia dari tidur tanpa membenarkannya menangis lagi.

(cerita lama, bolehkan Caha?) kehkehkeh. 
Cerpen sebelumnya:
Sudah hampir jam 12:00
Cerpen selanjutnya:
PCB#7: Han Solo, Luke Skywalker dan Air yang Menyembuhkan 1001 Penyakit

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
3 Penilai

Info penulis

dayya

Pembaca yang mencari jiwa, penulis yang mencari ketelititian. Membaca dengan hati kerana itu sentiasa mahu membaca segala yang terbaik. Tulisan terbaik adalah tulisan yang ditulis dengan kesungguhan. Kecenderungan menilai kesungguhan dalam tulisan.
dayya | Jadikan dayya rakan anda | Hantar Mesej kepada dayya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya dayya
PCB#7: Naga Kepala Tujuh | 2360 bacaan
Kanibal Malaya | 2834 bacaan
Cinta coklat Cadburry Black Forest | 9982 bacaan
Naskah | 2245 bacaan
PCB#4: Alahai, potong stim! | 3466 bacaan
pcb#2: Lecuran | 2772 bacaan
Tuhan itu cinta | 2759 bacaan
Demi Wawasan 2020 | 2820 bacaan
no title | bacaan
NUR IV | 2036 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya PCB#7: Si cantik yang disumpah untuk tidur.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik