Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#7: Han Solo, Luke Skywalker dan Air yang Menyembuhkan 1001 Penyakit

  • 6
  • jojo
  • 12 years ago
  • 5,875
  • FREE

 

Laluan trafik di Coruscant kembali sedia kala setelah kejatuhan Maharaja. Sistem pemerintahan sudah kembali kepada Pasukan Pemberontak. Luke Skywalker termenung melihat barisan bangunan pencakar langit yang setinggi beberapa kilometer dan benar-benar mencakar awan di planet Coruscant ini.

Han Solo dan Encik Chewbacca sudah dalam perjalanan dari Corellia atas alasan berniaga. Puteri Leia ditinggalkan kerana alasan kokpit mahu digunakan sebagai ruangan kargo. Entah betul entah tidak. Han Solo itu pernah ada rekod buruk. Skandal beliau dengan Ewoks masih segar di fikiran Luke Skywalker. Hari itu adalah hari mereka merayakan kemenangan setelah mengalahkan tentera Maharaja. Itu pun, nasib baik Obi Wan Kenobi yang beritahu. Mula-mula Luke tidak percaya. Namun setelah dia menyertai Obi Wan Kenobi lalu mengintip aktiviti Han Solo dan Ewoks itu di dalam stor, berderau darahnya. Tak sia-sialah Obi Wan Kenobi menyertai ayahnya Sang Anakin Skywalker dan Yoda menjadi hantu.

Hish! Tak patut sungguh! Uwek!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi twit twit twit R2D2 dari luar. Kemudian 3CPO bersuara menegur seseorang di luar. Aura Han Solo dan Encik Chewbacca terasa. Untung menjadi Jedi ni. Bukan saja refleks bagus, malahan naluri dan teknik menghidu aura pun meningkat.

“Luke, aku bawak barang bagus dari Corellia!”, Han Solo mencampakkan sesuatu kepada Luke Skywalker.

“Apa ni?” tanya Luke Skywalker.

“Inilah dia air ajaib. Air ni aku dapat daripada usahawan Melayu di Corellia. Katanya gempak, cubalah!” Han Solo menyerigai.

Ajaib dan gempak. 2 kata adjektif yang hebat dalam satu objek dagangan dan objek dagangan itu berada dalam genggamannya. Dia membelek-belek objek itu dengan cermat. Berkerut keningnya kerana penggunaan bahasa pada label itu tidak difahaminya.

“Nak tahu? Mengikut usahawan Melayu di Corellia, air ini mampu membuatkan orang yang 3 bulan terlantar sakit sembuh sepenuhnya dengan syarat tidak mengabaikan ubat yang diberi oleh doktor.” terang Han Solo.

“Wow, hebat! Tapi, kalau dah ada ubat yang doktor beri.. kenapa nak minum air ini?” Luke Skywalker bertanya lagi.

“Ngaa.. Ngaa.. Ngaa..” sahut Encik Chewbacca.

“Bagus soalan tu Luke. Mengikut kata usahawan Melayu di Corellia, air ini sangat ajaib sebab ia boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kronik di sana. Selain contoh yang aku sebut tadi, ada juga penyakit lain seperti keguguran rambut, kelemumur, migrain, stress, sukar tidur, agarofobia, gangguan mental, hiper-tiroid atau Hiper-Aktif, konjunktivitis, tinnitus, resdung, lelah, sakit jantung, gastrik, senggugut, sembelit, batu karang, buasir, angin pasang, ekzema/ gatal kulit, gout, sakit sendi / belakang, artritis, SLE & sakit reumatoid, angin ahmar, rawatan kanser, radiasi, darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, terbakar, Luka-luka & Kemalangan, kelesuan / sakit am, lemah tenaga batin dan kegemukan!”

"Justeru, pengambilan air ini dapat membantu ubat yang diberi oleh doktor." tegas Han Solo.

“Wah, minum air je boleh sembuhkan penyakit? Kanser pun boleh rawat! Kalau macam tu, tak perlu la ambil insurans atau pergi klinik mahupun hospital kan?" Luke Skywalker semakin kagum.

"Tau tak pe. Aku bercadang nak mengimport dan menjadi pengedar kepada air ini kat planet Coruscant ni. Boleh kaya beb! Kau tahu berapa ringgit usahawan Melayu tu jual kat Corellia? RM300 sebotol beb. Kalau kat sini senang-senang kita boleh naikkan lagi harga!"

“Betul juga. Baik! Aku mahu gunakan adik aku supaya dia boleh bawa air ini kepada Kementerian Kesihatan untuk kelulusan segera. Adik aku kenal ramai orang. Lagipun, dengan status aku sebagai Jedi dan pengasas kepada Akademi Jedi, pasti aku dapat meyakinkan mahupun menakluk pemikiran Menteri Kesihatan untuk memberi kelulusan segera!” Kata Luke Skywalker.

“Ngaa.. ngaa.. ngaaa..” jerit Encik Chewbacca.

“Han Solo, aku tak faham apa yang Si Berbulu Lebat ni jerit. Tolong jelaskan.” pinta Luke Skywalker.

“Dia kata, tak perlu kelulusan mereka. Kita bukan jual ubat, kita jual makanan tambahan saja.” jelas Han Solo.

“Tapi kalau dapat kelulusan mereka, kita boleh letak di kedai.”

“Oh, tak perlu jual di kedai. Kita tiru semula teknik usahawan Melayu di Corellia. Kita jual terus kepada pelanggan secara pemasaran-pelbagai-tingkat.”

“Apa itu pemasaran-pelbagai-tingkat? Aku tak pernah dengar.”

“Tak apa. Usahawan Melayu dari Corellia akan tiba dalam sehari dua lagi untuk meninjau potensi pasaran di sini. Nanti, aku minta dia ajar kau secara terus. Setuju?”

Luke Skywalker terdiam. Matanya tertancap pada botol yang berisi air di dalam genggaman tangannya.

“Baiklah. Aku setuju. “

“Cantek!”

“Ngaa.. Ngaa.. Ngaa..” jerit Encik Chewbacca.

“Soalan lagi. Kalau dalam ni air, apa bezanya dengan air di sini? Kenapa perlu import daripada Corellia?” tanya Luke.

“Kau ni banyak tanyalah Luke Skywalker! Jawapannya mudah! Kita perlu import supaya kita dapat menjustifikasikan dengan harga air ini. Dengan jarak dari Corellia yang jauh dan 1001 kebaikan yang ada pada air ni, mereka pasti akan percaya!” mata Han Solo bersinar-sinar ketika memberi penerangan tersebut.

"Kau tak menjawab soalan aku. Soalan aku ialah airnya sama dengan air di sini. Kalau air di Corellia boleh sembuhkan penyakit, tentulah air di sini juga boleh sembuhkan penyakit!"

"Oh tidak, air ini sudah melalui banyak proses-proses lain sebelum dibotolkan. Aku tak ingat apa nama proses tapi aku boleh beri kau pautannya dan sila buka di internet. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa testimoni daripad pengguna-pengguna air ini antaranya ialah:"

Encik Gethzirion, Ketua Nightsisters

“Melegakan tekanan dan menigkatkan tenaga. Saya selalu berkerja hingga lewat malam dan juga pada hujung minggu. Saya tidak mendapat rehat atau tidur yang secukupnya. Saya juga sering mengadakan lawatan kerja dan selalu menghadiri mesyuarat panjang dengan pelanggan dan pengedar. Walaupun dengan tekanan dan kepenatan ini, saya boleh meneruskan kehidupan kerana minum air ini. Ia membantu saya cukup bertenaga dan tetap fokus dalam pekerjaan dan berupaya meningkatkan kualiti kerja.”

Prof. Datuk Dr. Nik Mohd. Fauzan, Profesor, 55 tahun, Miri

“Membantu berpeluh, mengurangkan kebotakan dan melegakan sakit belakang isteri saya. Salah satu dari masalah kesihatan saya adalah saya jarang berpeluh dan rambut di kepala semain nipis dan sering gugur. Walau bagaimanapun, setelah mencuba secara normal, rambut semakin lebat dan keguguran semakin berkurangan. Isteri saya yang mengalami sakit belakang selama tiga (3) tahun rasa lega setelah minum air ini selam dua (2) hari!”

Mendengarkan testimoni daripada Han Solo itu, Luke Skywalker semakin yakin dengan produk itu berdasarkan kepada penerangan Han Solo. Dibelek-beleknya label pada botol itu sekali.

“Apa yang ditulis kat label botol ni? Aku tak faham lah!” kata Luke Skywalker.

"Aku juga tidak faham. Ala, suruh saja 3CPO yang terangkan." kata Han Solo.

"Betul juga, C3PO, weh.. mari sini!" panggil Luke Skywalker.

"Ya Tuan Luke, ada apa saya boleh bantu?"

"Ni apa yang ditulis kat belakang botol ni? Aku tak faham." tanya Luke Skywalker

C3PO mengambil botol itu.

"Ohh.. senang saja tuan. Di belakang botol ini tertulis: Sumber air dari pusat rawatan air Planet Coruscant."

(Watak-watak dalam karya ini bukan milik penulis)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cet .. dendam MLM yang diadaptasikan ke dalam star wars! hehehe. weh ending dia gitu je ke?

    thanks jojo sudi join pcb7
  • 2) Wahahaha perjuangan menentang MLM masih diteruskan.

    Ni yang bersemangat nak cari cerita untuk ditulis melihat penyertaan Jojo

  • (Penulis)
    3) hehehe. begitu je lah ceritanya. tq kerana sudi baca
  • 4) wow! saya pun mahu air itu!

  • (Penulis)
    5) @kamalia: kih3

  • (Penulis)
    6) dah lama tak de orang komen cerita aku T_T

Cerpen-cerpen lain nukilan jojo

Read all stories by jojo