Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Kanibal Malaya

Cerpen sebelumnya:
sekadar cetusan
Cerpen selanjutnya:
Ilmi Kasbi

Perut sudah semakin nyaring rentaknya. Itu maknanya lapar. Aku pergi ke dapur, belek-belek apa yang ada. Kalau orang kata tak ada rezeki tu maknanya memang kebulur. Habis semua kabinet aku buka tutup, geledah macam perompak pecah rumah. Langsung tak ada sebarang makanan yang boleh menginzalkan perut. Nafsu marah aku dah mula naik memuncak. Biasalah, orang lapar ialah orang yang marah.

Silap gaya boleh jadi revolusi.

Dah cukup! Tak larat aku nak mengarut panjang-panjang. Perut aku - LAPAR.

Entah macam mana, waktu-waktu kritikal begini aku terpandang satu buku. Ala-ala buku masakan lama. Apa pelik sangat tiba-tiba boleh ada buku masakan gaya purbakala warisan zaman berzaman dekat dalam rumah bujang aku ni?

Tempat yang salah pada waktu yang betul.

Muka depan.

Masakan Serbaguna Perang; begitu nama masakan yang pertama. Ada sedikit sejarah tentang masakan. Susur galur bagi idea masakan ini tercipta waktu Peperangan Dunia Kedua. Abaikan yang lain. Perut aku lapar minta isi.

Waktu mahu tutup buku, mata aku sempat melihat hasil akhir hidangan tersebut. Mata terus baca ramuan. Senang!

Aku buka peti ais dan ambil susu kotak yang tinggal separuh. Aku teguk sikit takut kalau rasa susu dah bertukar masam. Nasib tak. Aku angkut ke sinki dapur. Bahan-bahan lain aku cari lagi. Cukup semua. Aku senyum.

Tapi masa nak tutup peti ais baru aku perasan, stok daging sudah hampir habis. Nanti petanglah baru pergi tambahkan stok baru.

Aku masak hidangan berpandukan buku masakan tersebut. Aku adun cantik-cantik.

40 minit, selesai. Masakan siap. Aku ambil pisau dan potong sedikit untuk rasa. Sedap.

Makanan sedap begini, makan sorang-sorang adalah bosan. Maka aku buat panggilan. Sebagai watak lelaki kurang kacak tapi ayat manis, maka memanggil kawan lelaki makan di rumah dan berdua-duaan adalah bosan dua kali ganda. Sebab itu aku telefon Maya.

Hei, ini bukan alasan. Aku cuma mahu menikmati hidangan dan bencikan kebosanan.

Sudah tentu aku berjaya. 30 minit selepas itu, loceng berbunyi. Aku sebenarnya terkejut juga Maya sampai secepat itu. Aku buka pintu.

Oh, bukan Maya tapi budak penghantar hidangan sampingan. Style kena jaga juga. Al-maklumlah, Maya ni bukan gadis sembarangan. Pelaburan mesti lebih!

Aku tunggu lagi sambil tonton televisyen. Perut makin tak tahan sabar. Aku sumpah-sumpah Maya sebab lewat. 30 minit aku tak henti-henti merungut dan menyumpah seranah. Lembap! Dasar perempuan. Omel aku sendirian.

Bila loceng berbunyi kali kedua, aku tahu tentu itu Maya. Macam  lagak gaya hero Hindustan, aku senyum sambil bukakan pintu. Siap puji kecantikan dia. Si Maya pula bila kena puji, terus lupa diri. Maya senyum sampai telinga. Masuk rumah diiringi muzik romantis. Aku usyer dia ke meja makan.

Dia buat muka terkejut dan terharu. Meja dah siap sedia kemas cantik-cantik. Dia duduk dan kami menikmati hidangan bersama. Aktiviti waktu makan berdua-duaan adalah privasi. Tak sesuai untuk aku kongsi cerita.

Selesai makan, aku ajak Maya ke ruang tamu.

Ada surat khabar dengan isu panas, Kanibal Malaya. Maya tertarik dengan tajuk besar lalu mencapai surat khabar tersebut. Dua minit dia focus membaca.

OMG! You, you tahu tak Kanibal Malaya ni diorang cakap duduk area-area sini. I gayatlah. You know, people nowadays, dioarang bukan boleh diharapkan sangat. I takut lah. Kalau-kalau I terjumpa Kanibal Malaya ni, apalah I nak buat kan?” begitu Maya mulakan bicara selepas dua minit senyap membaca berita tersebut. Aku dengar dan senyum.

“Tak payah buat apa-apa.” Jawab aku sambil senyum sumbing. Pisau di belakang badan aku genggam semakin kemas.

 

Cerpen sebelumnya:
sekadar cetusan
Cerpen selanjutnya:
Ilmi Kasbi

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
4 Penilai

Info penulis

dayya

Pembaca yang mencari jiwa, penulis yang mencari ketelititian. Membaca dengan hati kerana itu sentiasa mahu membaca segala yang terbaik. Tulisan terbaik adalah tulisan yang ditulis dengan kesungguhan. Kecenderungan menilai kesungguhan dalam tulisan.
dayya | Jadikan dayya rakan anda | Hantar Mesej kepada dayya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya dayya
PCB#7: Naga Kepala Tujuh | 2371 bacaan
PCB#7: Si cantik yang disumpah untuk tidur. | 4041 bacaan
Cinta coklat Cadburry Black Forest | 9987 bacaan
Naskah | 2249 bacaan
PCB#4: Alahai, potong stim! | 3468 bacaan
pcb#2: Lecuran | 2784 bacaan
Tuhan itu cinta | 2762 bacaan
Demi Wawasan 2020 | 2829 bacaan
no title | bacaan
NUR IV | 2041 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

5 Komen dalam karya Kanibal Malaya
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik