Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Klasik

PCB#7: Naga Kepala Tujuh

Cerpen sebelumnya:
PCB#7 : Muslim.
Cerpen selanjutnya:
Ujian (skrip drama )

Naga kepala tujuh di hadapan aku menyemburkan api dengan galak. Aku elak ke kiri dan ke kanan. Bila sempat, aku bidas semburan-semburan itu dengan Pedang Angin Petala Alam, hadiah daripada Orang Tua Si Pendeta Bijaksana.

 

Hiak!

Hiak!

Hiak!

 

Tiga dari tujuh kepala naga itu bergolek ke tanah. Satu darinya berhenti kurang selangkah dari tapak koordinasi aku berdiri. Empat kepala naga yang masih berbaki kian bengis, kian garang menyerang.

 

Serangan kepada aku bagaikan bedil-bedil peluru berpandu.

 

Semburan pertama terkena di bahu. Pedang Angin Petala Alam terhumban ke dalam semak.
 

Serangan kedua menuju ke perut. Melecur! Aku terduduk ke tanah. Sudah berpeluh hebat. Tak mampu berganjak.

 

Naga itu menghampiri aku. Cuba memijak batang tubuh aku yang kerdil.

 

Aku mengensot. 

Perlahan. 

Cuma itu yang termampu.

 

Kepala naga yang keempat, mendekat dengan wajah aku. Aku bagaikan terlihat-lihat senyum sinis pada wajah itu. Buruk!

 

Tangan di dada bumi masih lagi senjata. Manusia punya otak dan otak adalah senjata paling berguna waktu sedang berperang. Sebab itu, aku yakin dengan hebat rasa di dalam dada sini bahawa aku Ratna Dewi Anak Dewa Sakti mampu mengalahkan gergasi raksasa yang jahat ini.

 

Genggaman pasir aku humban ke mukanya. Buta.

 

Dalam pada sang naga cuba mengawal rasa sakit yang ditanggung kepala keempat, juga antara waktu ia cuba mencari imbangan badan, sesegera yang mampu aku cantas semak samun dan mencari kembali pedang sakti milikku.

 

Jumpa.

 

Haip!

Haip!

Haip!

Haip!

 

Putus semua keempat-empat baki kepala naga yang tinggal.

 

Tidak semena-mena, mengalir darah dari kepala-kepala yang dipenggal. Dari setiap satu kepala itu, mengalir warna-warna darah yang berbeza.

 

Merah.

Oren.

Jingga.

Hijau.

Biru.

Indigo.

Ungu.

 

Titis-titis itu akhirnya bertembung di perut bumi. 

 

Asap berkepul-kepul, melindung mata dari melihat asal kejadian yang sebenar. Dan pada saat mata sudah kembali jelas melihat, sebuah sungai sudahpun terbentuk dengan air jernih bak permata mengalir segar.

 

Begitulah asal kisah sungai tujuh muara, terbentuk wujudnya dari darah naga kepala tujuh yang kalah terbunuh menentang Ratna Dewi anak Dewa Sakti.

 

Aku le tew! Hehehe.

 

Cerpen sebelumnya:
PCB#7 : Muslim.
Cerpen selanjutnya:
Ujian (skrip drama )

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
4 Penilai

Info penulis

dayya

Pembaca yang mencari jiwa, penulis yang mencari ketelititian. Membaca dengan hati kerana itu sentiasa mahu membaca segala yang terbaik. Tulisan terbaik adalah tulisan yang ditulis dengan kesungguhan. Kecenderungan menilai kesungguhan dalam tulisan.
dayya | Jadikan dayya rakan anda | Hantar Mesej kepada dayya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya dayya
Kanibal Malaya | 2838 bacaan
PCB#7: Si cantik yang disumpah untuk tidur. | 4041 bacaan
Cinta coklat Cadburry Black Forest | 9985 bacaan
Naskah | 2245 bacaan
PCB#4: Alahai, potong stim! | 3467 bacaan
pcb#2: Lecuran | 2777 bacaan
Tuhan itu cinta | 2760 bacaan
Demi Wawasan 2020 | 2822 bacaan
no title | bacaan
NUR IV | 2037 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya PCB#7: Naga Kepala Tujuh
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik