Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Sedetik Cinta Selamanya

Cerpen sebelumnya:
HIKAYAT CINTA
Cerpen selanjutnya:
Bainun kini gadis manis 17

-Rasanya saya dah nampak awak. Awak pakai baju kelabu kan?- Si gadis membaca kiriman mesej yang diterima dengan rasa berbaur. Dia tercari-cari kelibat jejaka yang sekian lama ingin ditemui.

-Ya! Hebatnya awak!- Namun saat dia menekan butang hantar, kedengaran bunyi rempuhan yang begitu jelas di belakang. Telefon bimbit terlepas dari tangan si gadis. Gemuruh kian rancak menghuni dadanya.

Dia terpaku saat manusia yang lalu lalang di situ sudah mula menyesakkan tempat kejadian. Terketar-ketar kakinya melangkah. Gugur air matanya tidak tertahankan saat melihat sekujur tubuh kaku berlumuran darah. Ya Allah! Kenapa mereka harus diuji lagi?

***

“In, jom kita balik dulu. Keluarga dia dah ada kat sini. Lagipun esok kelas kita pukul 8. Takkan kau nak tunggu sampai dia sedar?”

Azreen mengangkat wajah kala mendengar teguran teman serumahnya. Sayu hatinya tidak terbendung kala ini. Tidak tergamak dia hendak meninggalkan insan yang terlantar itu sendirian. Mengapa pada hari mereka ingin memeterai janji setelah sekian lama menanti masa, jejaka itu ditimpa musibah? Mengapa?

“Kau  nak balik, baliklah dulu Na. Aku nak tunggu Farique. Tak tergamak aku nak tinggal dia macam tu je. Kau kan tahu, aku nak jadi orang pertama yang dia nampak masa dia sedar nanti,” tutur Azreen dengan titisan air mata yang tidak jemu membasahi pipi lesunya.

“Kau tak boleh macam ni, In. Dia ada keluarga dia. Kalau keluarga dia masih tak restui hubungan kau orang macam mana? Kita balik dulu ya? Esok kita datang lagi,” tidak jemu Aina memujuk.

Lambat-lambat Azreen bangun. Lemah rasa kakinya hendak meninggalkan ruangan menunggu. Kalaulah dia tidak tiba lambat tadi, tentu Farique sudah dapat menatap wajahnya. Sesal dia memikirkan betapa dirinya sengaja berlengah untuk menguji keikhlasan jejaka itu. Kini, Farique yang menerima segala bahana.

Enam tahun lalu…

Dedahan pohon tembusu itu melintuk liuk ditiup angin. Gadis berpakaian seragam bertudung  yang sedang menanti kedatangan seseorang itu kelihatan begitu asyik menikmati aiskrim yang dibelinya tadi. Tunggu si dia lama sangat sampai tekak pun naik kering.

“Popp! ” tegur satu suara dari belakang.

Terlepas aiskrim dari tangan Azreen. Masam mencuka wajahnya menatap si dia yang nakal itu.

“Sedapnya aiskrim. Sampai hati makan tak tunggu orang,” usik si nakal itu lagi.

“Farique! Awak ni dah bazirkan aiskrim saya tau! Dahlah cuaca panas ni. Hampir mati kehausan saya tunggu awak,” bebel Azreen sambil matanya memandang aiskrim yang sudah mencair di atas tanah.

“Bukan salah sayalah In. Tangan awak tu yang lembik. Orang usik sikit pun boleh terlepas aiskrim,” sakat Farique enggan mengalah.

“Farique! Ish, bencilah!” rungut Azreen lantas meninggalkan Farique.

“Panas terik macam ni sanggup ke awak jalan kaki? Jomlah naik basikal!” Laung Farique.

“Awak kayuhlah basikal tu sorang-sorang! Saya ada kaki, saya nak jalan kaki je!” gerutu Azreen sambil berpeluk tubuh.

Terpegun Farique. Habis? Dia tiada kaki? Jadi selama ini dia kayuh basikal dengan apa? Wah! Boleh tahan lantang mulut si Azreen ini.  

Basikal terus dikayuh perlahan menyelusuri pemandangan indah tasik di kampung kediaman mereka. Sukar untuk diungkapkan, bagaimana dua hati remaja ini boleh terpaut antara satu sama lain. Tinggal di kawasan kejiranan yang berbeza tetapi mereka begitu serasi bersahabat. Namun malangnya, hubungan yang terjalin ini begitu asing dari pengetahuan keluarga.

“In, awak tahu tak awaklah kawan perempuan saya yang pertama,” suara Farique sambil melabuhkan duduk di atas pasir.

“Alah, tipu. Tu ayat lapuk. Takkan dah 17 tahun hidup awak tak pernah kawan dengan perempuan langsung?” cebik Azreen.

“Adik beradik saya je perempuan. Lepas tu, saya dulu sekolah lelaki. Bila pindah sini barulah saya belajar bergaul dengan perempuan.”

“Oh, saya ingatkan awak reka cerita je tadi.” Ujar Azreen tersengih.

“Kenapa? Muka saya tak cukup jujur ya?” Duga Farique.

“Saya mana pandai baca muka orang. Farique, awak rasa persahabatan kita ni boleh bertahan sampai mana?” soalan Azreen membuatkan Farique terkelu. Lama dia menatap wajah gadis itu.

“Saya tak dapat jawab soalan awak tu, In. Sebab saya tak dapat ramal masa depan. Tapi kalau boleh, saya nak kita berkawan sampai mati. Sebab berkawan dengan awak bagi saya satu perasaan yang pelik. Perasaan yang saya tak jumpa bila bergaul dengan orang lain,” tutur Farique serius.

“Mungkin sebab saya kawan perempuan pertama awak,” bersahaja Azreen membalas.

Dia enggan menyalahertikan luahan Farique. Perkenalan mereka baru sahaja bermula. Malah, entah bagaimana jadinya jika persahabatan mereka diketahui oleh keluarganya? Ayah tentu akan mengamuk. Lelaki itu tidak pernah menerima jika dia menceritakan tentang perihal kawan lelaki. Begitu juga ibu. Kata mereka, waktu sekolah bukan untuk mengenal lelaki. Tetapi fokus pada pelajaran.

Seperti yang diduga, persahabatan mereka berjaya dihidu oleh keluarga Azreen. Malah ibu Farique mengeruhkan lagi keadaan dengan datang ke rumah mereka dan membawa cerita kononnya Azreen menyebabkan anak lelakinya hilang tumpuan untuk belajar. Teruk Azreen dipukul oleh ayahnya disebabkan perkara itu.

Pergi dan pulangnya dari sekolah dihantar dan dijemput. Sehingga tamat peperiksaan SPM, mereka berdua terputus hubungan. Hanya warkah yang bertulisan tangan Azreen menjadi azimat untuk Farique kuatkan semangat. Dia tidak pernah putus asa untuk menjejaki gadis itu. Sebagaimana Azreen yang tidak pernah rela untuk memutuskan persahabatan mereka!

Sebelum kejadian…

Sana-sini orang menyebut tentang kelebihan Facebook. Farique juga tidak terkecuali menggunakan aplikasi itu demi mencari cinta hatinya. Saban waktu dia berusaha menjejaki Azreen. Pelbagai kata kunci dimasukkan, namun semuanya hampa. Tetapi pada suatu hari dirinya yang kebingungan terbuka hati untuk menggunakan perkataan ini.

Farique sama sekali tidak menyangka bahawa perkataan itu akhirnya membawa kepada pertemuan semula mereka. Saat itu harapannya memekar. Kiriman mesejnya mendapat respon positif dari Azreen. Mereka mula bertukar nombor telefon dan berbalas emel. Dua anak muda ini bersabar untuk bertemu lagi sekembalinya Farique dari menamatkan pengajian nanti.  

Tidurnya semalaman tidak lena. Berdebar-debar hati memikiran si dia. Awal pagi Farique telah bersiap-sedia. Penampilannya ditatap sehingga puas hati. Dia mahu kelihatan menyenangkan di mata Azreen. Hampir setengah jam dia sabar menanti kedatangan Azreen. Dan penantian Farique terlerai saat melihat seorang gadis bertudung yang mengenakan dress labuh warna kelabu kian menghampiri. Lantaran tidak sabar, Farique melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan.

“Dumm!”

Serentak itu tubuh Farique terpelanting ke atas jalan raya. Matanya luka dimasuki kaca. Azreen segera berpaling sebaik sahaja mendengar bunyi dentuman itu. Menggigil tubuhnya tatkala melihat orang ramai mengerumuni tempat kejadian. Hatinya menangis saat melihat Farique terkujur lesu.

Seminggu kemudian…

“Farique dah sedar, In. Tapi dia hilang penglihatannya,” gugup Aina menyampaikan berita duka itu kepada teman serumahnya.

“Maksud kau dia buta? Farique buta Na? Ya Allah!” menggeletar tubuh Azreen menerima berita itu.

Lambat-lambat Aina mengangguk. Azreen sudah tidak mampu untuk berbicara walau sepatah. Dia memeluk Aina seeratnya. Selama ini, Aina lah menjadi tempat dia menceritakan segala kegembiraan setelah menemui Farique. Gadis itu tahu apa yang dia alami. Betapa dia menginginkan penyatuan dengan Farique pada akhirnya.

“Farique,” panggil Azreen.

Farique tersentak. Suara itu amat dia rindui. Seraut senyuman damai Azreen menyapa ingatannya. Betapa dia begitu ingin hendak menatap wajah cinta hatinya ini. Tetapi kini, harapannya hancur musnah.

Dia hanya berupaya mendekap Azreen dalam lipatan kenangan. Wajah tenang Azreen tersimpan kemas dalam layar ingatan Farique. Tegarkah dia berlagak biasa sedangkan dirinya merasa begitu terhina pada saat ini?

“Awak baliklah, In. Jangan datang sini lagi. Anggap kita tak pernah jumpa semula. Anggap saya tak pernah cari awak.” tutur Farique sebak.

“Saya takkan pergi. Berkali awak halau saya pun saya takkan pergi,” tukas Azreen tegas.

“In, awak kena faham yang keadaan saya takkan jadi lebih baik dengan kehadiran awak. Saya mohon awak lupakan semuanya,” pohon Farique bersungguh.

“Lupakan apa Farique? Awak ingat saya boleh lupakan semuanya macam tu je? Kalau betul saya nak lupakan, saya dah lupakan lama dulu.”

“Sekarang masih belum terlambat, In. Tinggalkan saya. Saya tak berdaya untuk dapatkan restu keluarga untuk bersama awak,” gugur air mata Farique saat berbicara demikian.

 “Saya takkan tinggalkan awak, Farique. Kecuali kalau saya mati. Puas kita menunggu untuk bersama semula. Takkan semudah ini untuk awak lepaskan?”

“Maafkan saya, In. Awak hanya akan dapat beban kalau pilih saya.”

“Tiada cinta tanpa pengorbanan Farique,” tutur Azreen. Terhinggut dia menatap Farique.

Berkat kesabaran mereka, akhirnya keluarga merestui kasih suci Azreen dan Farique. Mereka sedang menanti masa untuk menimang cahaya mata. Dan dalam masa yang sama, Farique telah menemui penderma yang sesuai untuk kornea matanya.

Akhirnya dia akan dapat melihat Azreen tidak lama lagi. Isteri yang dinikahinya atas dasar cinta. Kalau diizinkan Tuhan, dia mahu menemani isterinya saat Azreen melahirkan zuriat sulung mereka kelak.

“Abang pernah dengar tak pepatah ni? Patah tumbuh hilang berganti?” Tanya Azreen seraya melentokkan kepala ke bahu suaminya.

“Pernah. Tapi bagi abang perkara tu takkan terjadi dalam hidup abang. In lah satu-satunya. Takkan ada yang boleh gantikan In.” Luah Farique.

“Kuasa Allah kita tak tahu kan bang? Memang lumrah dunia, patah tumbuh hilang berganti. Tiada apa yang mustahil,” bicara Azreen lagi.

“Kenapa sayang cakap macam tu? Dah, cepat kita tukar topik. Nanti abang merajuk dengan In,” ungkap Farique seraya tersenyum.

Azreen merenung sayu suaminya. Dia mengusap perut yang kian memboyot. Berkerut wajah Azreen apabila tiba-tiba perutnya seakan memulas. Tangan Farique digenggam kuat.

“Kenapa In? In?”

“Sakit bang…” adu Azreen.

***

Perlahan-lahan Farique membuka matanya. Pandangan yang masih berbalam membuatkan matanya terasa sedikit senak. Suara rengekan bayi menyentuh perasaan jejaka ini. Menitis air matanya saat terpandangkan ibu sedang memegang zuriat yang menjadi pengganti isterinya. Azreen telah pergi buat selamanya akibat komplikasi embolisme paru-paru akut. Mereka tidak sempat membesarkan zuriat bersama-sama.

Malah, dia tidak sempat menatap wajah Azreen buat seketika pun. Jika diikutkan hati, dia sudah tidak mahu mendapatkan kembali penglihatan. Namun mengenangkan zuriat tersayang, dia menukar fikirkan. Meskipun Azreen sudah tiada, namun dia akan dapat melihat pantulan Azreen dari dalam diri si kecil ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
HIKAYAT CINTA
Cerpen selanjutnya:
Bainun kini gadis manis 17

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
3 Penilai

Info penulis

cik cerpen

menulis dan menulis..menulis lagi =)
adra | Jadikan adra rakan anda | Hantar Mesej kepada adra

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya adra
Pergi | 2473 bacaan
Berikan Hatimu | 4060 bacaan
Tirai Aidilfitri Semalam... | 3591 bacaan
Tiada Sesalku | 2937 bacaan
Laksana Bulan | 2960 bacaan
Seribu Impian | 3959 bacaan
Tu Amor Sayangku! | 3390 bacaan
Papa Jim-Kenangan Terindah- | 3788 bacaan
Lovebug(Epilog Cinta) | 3472 bacaan
Flarus | 2326 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

5 Komen dalam karya Sedetik Cinta Selamanya
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik