Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Payung Emas Rokiah Senapi

Cerpen sebelumnya:
Konek untuk dijual.
Cerpen selanjutnya:
Bisik Angin Teluk Bidara

TOK TOK TOK TOK !

 

TOK TOK TOK TOK !

 

TOK TOK TOK TOK !

 

Bunyi pintu diketuk perlahan. Sayup. Tetapi agak sama ritmanya. Rokiah yang berada di dapur segera berjalan anak. Ditangannya masih menggengam sudip plastik yang bersisa kari daging. Matanya dikerling sebentar ke arah suaminya Khasdan yang berada di dalam bilik sedang asyik mencuci lensa kameranya tanpa berganjak seinci.

 

“Pekak ker apa orang tua ni! Orang ketuk pintu bagai nak rak, haram tak dibukanya!” Rokiah meninggi suara. Khasdan tetap tidak panggung kepala. Rapat bola matanya menyepet memandang habuk di permukaan lensa.

 

Kain batiknya Rokiah disinsing kemas. Membetulkan kainnya di hadapan pintu yang masih lagi tidak dibuka.

 

TOK TOK TOK TOK !

 

“Ya ya…sekejap”

 

Pintu kayu bewarna coklat kusam dikuak. Rokiah tersenyum mengulum. Seorang gadis berdiri terpacak di hadapannya. Turut tersenyum sehingga bibirnya gadis tersebut berkilat dijilat sinaran matahari yang menembusi bumbung laman berkaca.

 

Rokiah pandang atas bawah gadis genit yang tidak dikenalinya itu. Asing dari senarai sahabat-sahabatnya di taman perumahan tersebut. Mungkin teman sekolahnya dahulu, atau orang yang ingin bertanyakan jalan. Atau mungkin sahaja gadis peminta derma. Ahh..mana mungkin gadis peminta derma secantik ini. Potongan badannya itu sahaja sepersis Jessica Alba. Roman wajahnya sepersis pelakon itu juga. Saling tidak tumpah biar dipandang dari sudut mana sekalipun.

 

Dagu rokiah digaru-garu biarpun tidak gatal. “Ye cari siapa?” Tanya Rokiah meminta kepastian pantas.

 

“Saya Aisya…Nurul Aisya…saya datang dengan hajat.”

 

Rokiah kekal menggaru dagunya. “Hajat?”

 

“Ye hajat”

 

“Aihh..macam hajat nak masuk meminang pula…hehehe. Anak saya kecil-kecil lagi. Sekolah rendah pun tak habis.” Jawab Rokiah berseloroh sambil menunjukkan anak lelakinya yangs sedang ralit menonton tv di ruang tamu.

 

“Bukan. Bukan dengan anak puan. Tapi dengan suami puan. Abang Khasdan.”

 

Rokiah terpempan. Matanya terbelalak. Telinganya panas seakan benar atau salah apa yang di dengarnya tadi. Nama Suaminya amat tepat disebut sebagai Khasdan. Bukan Rasydan, bukan Hamdan, Bukan Ramadhan. Tetapi benar ianya nama Khasdan. Suaminya. Di taman perumahan itu hanya suaminya sahaja yang bernama Khasdan. Tidak salah lagi apa yang didengar oleh Rokiah. Sudip ditangannya digenggam kemas. Tapak tangannya sudah mula gatal-gatal. Sudah ringan benar segala urat saraf dan otot bagai.

 

“Apa hang habaq tadi? Hang habaq sat lagi sekali aku tak dengaq!” Loghat utara Rokiah tepacul spontan. Memang benar jika Rokiah marah akan keluar bahasa asal nenek moyangnya. Bahasa ruji tanah lahirnya.

 

“Benar Kak. Saya nak kahwin dengan Abang Khasdan. Kami suka sama suka! Cinta Mencintai. Tolong kak…Tolong Izinkan saya”

 

Rokiah sudah panas. Suka sama suka. Cinta Mencintai. Hakk Tiuhh!! Rokiah meludah ke sisi. Segera berjalan laju kearah biliknya memanggil suaminya keluar. Khasdan yang sedang asyik memebrsihkan lensa kameranya terperanjat apabila pintu bilik ditendang Rokiah.

 

“Humang aihh…naik isim apa kau ni Rokiah binti Senapi? Dok tak dok pintu kau tendang. Marah tengok Master Chef ker apa ni?”

 

Rokiah segera menarik lengan suaminya Khasdan menuju laju ke arah pintu hadapan. Khasdan menurut tanpa tahu hujung pangkal.

 

Rokiah terperanjat. Gadis yang sebentar tadi berdiri dihadapan pintu sudah tiada. Dia segera berlari sehingga ke pintu pagar. Berkunci. Mangga sebesar sepenumbuk Ako Mustapa tidak terusik. Pintu pagar rumahnya itu setinggi gajah Myanmar. Tidak mungkin gadis itu boleh memanjat pagar setinggi itu. Dia juga terperanjat apabila tadinya dia tidak terperasan bagaimana mungkin gadis itu boleh muncul hingga ke muka pintu rumahnya tanpa pintu pagar dibuka terlebih dahulu.

 

“kau cari apa ni sebenarnya Mak Yah? Posmen curi baju dalam kau ker?” kata Khasdan bergurau kepada isterinya.

 

Rokiah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Matanya meliar mencari-cari sesuatu yang tidak pasti.

 

 

“Lawa payung kuning ni. Bila beli?” kata Khasdan sambil memegang dan membuka payung kuning keemasan yang dijumpa di lantai perkarangan rumah. Payung tinggi separas pinggang itu dibuka, berkilat silau mata Rokiah melihat gemerlapan manik-manik yang bersulaman penuh.

 

Payung itu sungguh asing. bukan dari simpanannya Rokiah. Bukan dibeli olehnya atau diberikan oleh sesiapa sebelum ini.

 

“Punya besar payung ni..Rasanya boleh muat empat orang sekali payung!.....kan?” Kata Khasdan di bawah teduhan payung, tersenyum kulum kepada Rokiah yang berdiri kaku di pintu pagar.

 

Rokiah menelan liur.

 

 

-Fade To Black-

 

Cerpen sebelumnya:
Konek untuk dijual.
Cerpen selanjutnya:
Bisik Angin Teluk Bidara

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
3 Penilai

Info penulis

Mat Gorn

lebih gemar mendengar bunyi ketikan keyboard komputer dari suara Tomok itu sendiri
GoRN | Jadikan GoRN rakan anda | Hantar Mesej kepada GoRN

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Payung Emas Rokiah Senapi
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik