Pahlawan Gudang Garam

  • 2
  • zombie
  • 8 tahun lepas
  • 2,181
  • FREE

 

"bro, rokok sebatang"
  itu lah kata kata terakhirnya sebelum rebah disisi meja restoran mamak seksyen 7 dengan mulut herot, gigi mereput, leher berlubang dan kemaluannya mengeluarkan asap berbau sirap mapel. Perokok perokok yang sedang melayan perlawanan bola sepak liga perdana inggeris bingkas bangun datang memberikan penghormatan. Setiap seorang daripada mereka mengeluarkan sebatang rokok, bakar dan kemudian melemparkannya ke sisi lelaki yang rebah di lantai tersebut. Asap rokok berkepul kepul memenuhi ruang udara restoran sebelum tubuh lelaki itu samar samar terbakar lalu hilang bersama sama debu yang ditiup angin.
  Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan penghuni penghuni syurga kretek.

 

Comments
  • 1) legenda perokok tegar! hehe. short and smokeyh!

  • 2) Sang Surya. kahkahkah