Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Engkau yang terpuruk dalam koma

 

Petang itu seusai kerja, engkau hantar teks dekat suami. Engkau beritahu yang engkau akan pulang lewat sebab ada mesyuarat. Engkau pesan suruh suami hantar dan ambil anak lelaki dan perempuan engkau yang bersekolah rendah itu tuisyen.  Engkau pesan lagi jangan lupa belikan makan malam untuk diaorang. Lepas lima minit engkau capai tas tangan berambus keluar dari ofis menuju ke lot parkir. Engkau pecut kereta merebu masuk lebuhraya yang makin semak dengan kenderaan. Ada mesej hinggap dekat Blackberry engkau. Acuh tak acuh. Engkau semacam tahu siapa pengirimnya. Enjin kereta engkau menderu sebaik menerobos basemen hotel bertaraf 5 bintang itu. Engkau pilih parkir yang sedikit terpinggir. Engkau bunuh enjin dan keluar menuju ke pintu lift. Engkau tekan punat yang ada simbol anak panah ke atas. Sela 30 saat bibir lift terbelangah. Engkau masuk dan hilang. Sampai tingkat 6 lift melakukan tomakninah. Engkau dimuntahkan keluar. Engkau pun berjalan macam kucing betina sambil merinci nombor bilik sebelum berhenti didepan daun pintu yang tertera nombor 616. Engkau tidak terus buka. Engkau ambil masa untuk betulkan posisi buah dada engkau yang membuak dalam baju. Dan merapikan sekali rambut gondrong engkau yang blonde itu. Setelah semua lancar engkau pun selak daun pintu. Bau lavender melingkari ruangan bilik yang elegan lagi mewah. Engkau jadi horny. Engkau hempaskan tubuh atas katil air yang terbentang. Dada engkau rasa berombak-ombak. Dalam enak itu muncul lembaga lelaki berkepala sulah dengan perut mancung berbalut towel coat keluar dari bilik mandi. Engkau langsung tidak terkejut malah tersenyum senang. Lelaki itu pun balas senyum engkau sambil mengelus kumisnya yang tirus. Dia mendekati engkau. Mendaratkan punggungnya ditubir katil. Tangannya yang pendek berbulu itu membelai kaki engkau yang mulus. Engkau pun balas dengan mengusap tangan. Dia kemudian mencium kaki engkau. Makin lama makin rakus. Geselan kumisnya dikulit engkau melahirkan sensasi yang mengetarkan. Engkau mengeliat sambil mendesah kelazatan. Dia jadi terangsang. Tangannya kian berleluasa menggodam setiap inci tubuh engkau. Tidak ada lagi yang sulit dan rahsia. Engkau jadi makin tak keruan. Tergesa-gesa engkau meleraikan semua benang ditubuh engkau. Dia juga tidak mahu kalah. Kini engkau dan dia sudah bertogel. Dia langsung menerkam engkau yang pasrah. Engkau dan dia bergomol buas. Masing-masing rusuh memenuhi keinginan terbawah. Sekonyong-konyong terdengar bunyi ledakan dahsyat. Bergegar hingga meruntuhkan dinding bilik. Engkau tahu ini bukan efek orgasme bila engkau dan dia terpelanting sebelum jatuh terperosok bawah puing-puing konkrit. Gelap. Buka-buka mata engkau sudah terkulai atas katil putih dalam bilik yang diselubung bau raksi kimiawi. Ada banyak mesin sofistikated dekat tepi katil. Engkau ingin bangun tapi tubuh engkau tak ada respon. Engkau ikthtiar pula untuk gerakkan tangan tapi sia-sia. Engkau cuba menjerit namun kotak suara engkau bungkam. Baru engkau sedar, engkau terpuruk dalam koma. Mata engkau  bergerak-gerak perhati sekeliling. LCD tv yang tergantung depan engkau sedang menyiarkan berita serangan pengganas dihotel terkemuka di ibukota. Mata engkau tertancap pada imej korban teror yang tertera pada skrin. Engkau cam benar susuk itu. Seorang ahli parlimen yang sebelum ini sering membikin  roma pubik engkau berdiri. Mata engkau jadi berkaca-kaca. Bukan kerana sedih tapi aib. Engkau tahu pasti banyak spekulasi yang tersebar diluar sana. Dan engkau pun tahu dinegara ini cerita-cerita dalam kain memang cepat laku. Engkau rasa menyesal dan malu. Sekarang mana engkau hendak letak muka? Suami engkau datang ziarah bersama anak-anak. Mereka pandang engkau yang bernafas celah corong oksigen. Anak-anak engkau terpinga-pinga. Suami engkau menggeleng-gelengkan kepala. Engkau rasa jijik dengan diri sendiri. Kalau boleh sekarang kau mahu bunuh diri. Tapi apakan daya engkau tak berdaya. Air mata engkau meleleh galak. Lebih galak dari chedet waktu gertak hendak letak jawatan. Kemudian engkau dengar anak perempuan engkau bertanya : Ayah, kenapa dengan ibu?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Scary betul. Baik mati dari koma.

Cerpen-cerpen lain nukilan ganjil

Read all stories by ganjil