Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

sibodoh dan sibangang 2

Cerpen sebelumnya:
Engkau yang terpuruk dalam koma
Cerpen selanjutnya:
Siapa Lagi Cikgu

Malam ini. Suasana gelap gelita, angin memainkan peranan. Begitu juga alam, semua mengikut aturan Tuhan. Tempat yang sama. Tempat tunggu bas kata makhluk ini, datang awal. Eh? Awal? Satu makhluk sampai awal, satu makhluk lagi sampai sedikit awal. Optimis kata manusia....ptuihhhh!!!. abaikan. Manusia memang begitu.

Sibodoh:................

Sibangang: kenapa diam?

Sibodoh: bosan, tadi aku tolong perempuan ni kemaskan katil. Dia maki. Sedih aku.

Sibangang: lain kali jangan ambik tahu hal manusia. Aku nak tanya ni, macam mana kau boleh masuk tempat ni?

Sibodoh: aku? Macam mana aku boleh masuk tempat ni...macam mana....macam manaaaa.....

Sibangang: shhhhhhh......diam2 sikit, nanti manusia dengar.

Sibodoh:manusia bangsat

Sibangang: yeee....kita tau manusia bangsat. Nak cerita ke tak nak?

Sibodoh: sebab percubaan mengenal diri. Tujuh kali.

Sibangang: mengenal diri?

Sibodoh: ha’a aku panggil mengenal diri. Manusia panggil membunuh diri.

Sibangang: uihhh banyak tu? cerita la....pembaca manusia nak baca ni.

Sibodoh: ada tujuh cerita. Nak yang mana? Satu je boleh aku cerita.

Sibangang: laaa.....macam tu pulak? Aku pilih yang ke tujuh la. Sebab beckham no tujuh.

Sibodoh: siapa tu? Budak baru ke?

Sibangang: kau bodoh, mana kenal. Ceritalah.....

Sibodoh: kau pun bangang. Ingat aku tak kenal beckham ke? Ok ceritanya bermula beberapa bulan lepas. Masa tu aku tolong hantarkan donat nenek aku, kat satu warung Wak Dol. Biasalah pagi2 kereta takde, aku bawak la laju. Kawasan pinggir bandar la katakan. Semua kereta aku potong, kira aku lah juara pagi tu. Dengan tersenyum aku sampai ke warung Wak Dol. Aku letak bekas donat, susun dan siap. Tiba2 ada suara riuh rendah kat warung sebelah. Yang aku dengan “pencuri2”. Aku tengok semua orang menuju ke sana berlari. Aku start motor nak tengok sama, tapi tiba ada budak lari ke arah aku. Orang menjerit “tangkap dia”, aku apa lagi tekan minyak dan langgar. Melambung jugak budak tu. Malang nasib dia.

Sibangang: woooo hebat. Teruskan.

Sibodoh: tapi lebih malang aku.

Sibangang: apahal? Motor ko rosak?

Sibodoh: tak yang aku langgar tu bukan pencuri, tapi orang kampung yang kejar pencuri. Budak SPM pulak tu. Pencuri dah lari melepasi aku. Aku yang tak perasan. Orang kampung semua halau aku. Aku mana tau. Bangsatkan?

Sibangang: memang. Ko buat apa pastu?

Sibodoh: aku apa lagi, pergi kat bukit kawasan rumah aku. Dengan motor, aku undur beberapa tapak. Baru je aku nak tekan minyak......ada suara panggil. Wak Dol rupanya, duit donat dia cakap aku belum ambik.

Sibangang: laa.....

Sibodoh: aku ambik je duit kat dia, terus dia pegang aku kuat2. Dengan tiba2 pulak muncul beberapa orang kampung dari semak pegang aku dan ikat. Diorang hantar aku ke balai. Pendek cerita, aku sampai kat sini.

Sibangang: hmmmmm.......Tapi bagi aku takpe, ko kan bodoh.

Sibodoh: bangang la ko ni. Memang kisah benar. Dah la jom balik

Sibangang: ko rasa bosan tak cerita ko tu?

Sibodoh: jomlah balikkk....

Sibangang: tapi bas tak sampai lagi?

Sibodoh: esok boleh lagi tunggu

Dalam hidup ini ada yang dilahirkan untuk menjadi hero/heroin. Ada yang dilahirkan untuk menjadi pembantu hero/heroin. Dan ada juga yang dilahirkan untuk menjadi anti hero/heroin. Selamat malam.

Cerpen sebelumnya:
Engkau yang terpuruk dalam koma
Cerpen selanjutnya:
Siapa Lagi Cikgu

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

pemujatopeng2kaca

I love Kapasitor???? eh dah ada   saya hanya budak(hamba) yang tidak tahu menulis mengikut peraturan tatabahasa. harap teman2 disini tidaklah menegur saya tentang tatabahasa. memori saya bersama cikgu bahasa malaysia cikgu mat telah berlalu dibawa angin saat Tuhan mengambil nyawanya. dan terima kasih kepada awak salah seorang moderator yang memperkenalkan kapasitor kepada saya. dan beritahulah kepada saya, selepas 50 tulisan saya kelak. saya ini jenis penulis  yang bagaimana. selepas 50 tulisan iye.
pemuja | Jadikan pemuja rakan anda | Hantar Mesej kepada pemuja

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya pemuja
sibodoh dan sibangang 3 | 2300 bacaan
si bodoh dan si bangang 1 | 1320 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya sibodoh dan sibangang 2
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik