Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Trauma

 

Trauma

   Pagi itu aku baru saja melihat kemalangan,walaupun hanya kemalangan kecil namun itu sudah membuat aku kecut perut.Kesan kemalangan tempoh hari  masih lagi bersisa dalam fikiranku.Kemalangan yang nyata bukan salahku itu tetap menghantui fikiranku.Walaupun rasa takut masih lagi menyelubungi diri ini,namun kugagahkan jua memandu kerana untuk ke tempat kerja kerana abang ku tidak mahu menghantar aku atas alasan tempat kerjanya jauh dan tidak mahu sampai lewat ke tempat kerja.

   Jalan raya menjadi sedikit sesak akibat kemalangan kecil tadi,sudah menjadi kebiasaan jalan akan menjadi sesak walaupun kemalangan kecil.Ini menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi terhadap sesuatu yang berlaku disekeliling mereka.Mereka akan memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat keadaan mangsa kemalangan walaupun mereka tahu dengan memperlahankan kenderaan akan menyebabkan laluan menjadi sesak dan mereka akan tiba lewat di pejabat.

   Aku tiba diperkarangan kilang sedikit lewat dari kebiasaan kerana kebiasaannya pabila aku tiba hanya dua tiga buah kenderaan sahaja yang ada tetapi hari ini sudah ada enam buah.Setelah pasti kedudukan kereta masuk kepetak parkir dengan betul,aku mematikan enjin dan keluar sambil menjinjing beg di tangan kiriku.

“Selamat Pagi Cik Farhanah,”sapa pengawal keselamatan lalu membukakan pintu untukku.

“Selamat Pagi Pak Majid,”balasku.Pak Majid merupakan pengawal keselamatan yang kukenal sejak hari pertama aku mendaftar disini.Umurnya dalam lingkungan 60-an tetapi masih kuat lagi bekerja.Isteri Pak Majid sering datang menghantar makan tengahari untuknya dan seringkali juga mereka makan bersama-sama didalam pondok pengawal.

“Huhh..,”keluhku sambil melenyekkan punggung ke atas kerusi.Keluhan itu hanyalah semata-mata mahu mengeluarkan rasa bebanan dalam diri.Jam menunjukkan pukul 8.50 pagi.Keadaan didalam pejabat semakin dipenuhi dengan staff-staff yang baru tiba.

   Pagi itu aku tidak bermaya untuk meneruskan kerja.Fail-fail di sudut meja kubiarkan.Rakan-rakan pejabat yang ulang-alik didepanku umpama bayangan yang lalu.

“Paan!!”,sergah Daud.

“Hah!!,”jerit aku terkejut.

“Ishh kau niii.Terkejut aku tau tak.Nasib baik aku tak ada lemah jantung,kalau tak mati aku.Huhh,”marahku pada Daud.

   Daud rakan sepejabatku yang gila-gila memang suka menyakatku.Tapi aku tak kesah selagi dia tidak melampaui batas.

“Ala kau ni,tu pun marah,”rajuk si Daud.

“Kau ni kenapa,pagi-pagi lagi dah monyok.Tengok aku ni,bersemangat je pagi-pagi.Kau datang bulan ehh,”tambah Daud sambil mengusik.

“Elok-elok matahari kat luar tu lambat lagi naik,kau jangan bagi matahari kat dalam ni terus terpacak.Aku tampar kau dengan fail ni nanti,”marahku dengan nada yang boleh lagi terkawal.

“Kau ni.Aku gurau je.Tu pun marah,”Daud menjawab.

“Ermm,yela tu.Nak gurau tengok tempat la.Kat sini ada papan tanda “TEMPAT BERGURAU” ke?balasku menyindir sambil mengendurkan marahku.

“Tadi,masa aku dalam perjalanan ke sini ada kemalangan.Kemalangan kecil je.Motor dengan kereta 4WD.Bila aku tengok kemalangan tu,aku teringat masa aku kemalangan tempoh hari.Tiba-tiba aku jadi takut nak bawak kereta,”aku menambah.

“Ermmm..jadi tadi kau bawak ke kau tolak kereta tu..haha..okok..Aku gurau lagi..Ala kau ni..Kau kemalangan masa tempoh hari pun  sikit je kan.Lagi pun budak motor tu yang salah masuk simpang tak bagi signal.Dah salah dia,memang padan muka la,”Daud berkata sambil menekan kata padan muka.

Aku akui Daud memang seorang pemandu yang berhemah.Pernah dua tiga kali aku menaiki kereta bersamanya.Dia juga marah dengan segelintir pemandu yang tidak memberi lampu signal ketika ingin masuk simpang.

“Yela,aku tau dah lama.Tapi,tah kenapa aku rasa trauma sangat lagi-lagi lepas tengok kemalangan.Macam seolah-olah aku yang ada dalam situasi tu,”balasku.

“Kau tu yang asyik teringat sangat.Jangan jadikan ketakutan tu umpama dinding dalam diri kita,kita perlu berani untuk pecahkan dinding tu supaya dinding tu tak akan membuatkan kita tersepit.Ehh..bos dah sampai tu,aku nak sambung kerja,banyak fail-fail yang kena hantar hari ni.,”Nasihat Daud lalu menuju ke mejanya.

Hari itu,aku lalui tanpa ada rasa semangat.Sengaja aku pulang lewat kerana tidak mahu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.Pukul 8.15 malam baru aku melangkah meninggalkan banggunan pejabat.

Perjalanan pulang ke rumah memaksa aku untuk menempuh laluan yang menjadi titik hitam dalam hidupku.Aku sedar ramai yang akan menggelakkan aku sekiranya mereka tahu betapa aku begitu trauma dengan kemalangan yang sekecil itu.Itulah aku dan aku tidak dapat mengelak daripada berdepan dengan realiti.

Jalan itu ku lalu.Bayangan budak belasan tahun itu jatuh ke atas jalan menerjah ke fikiranku.Serta-merta aku membrek kan kereta secara mengejut.Aku tergamam.Aku tak tahu sama ada tindakan aku betul atau tidak.

Pinn!!!pin!!pin!!!Bunyi hon dari kenderaan belakang mengejutkan aku dalam lamunan.Aku tersentak dan mengelabah.Aku tahu mereka tentu marah dengan tindakan aku yang tiba-tiba berhenti.Aku tidak salahkan mereka kerana mereka tidak mengetahui situasi aku tika itu.

Aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah.Hatiku lega kerana sudah hampir dengan kawasan perumahan aku.Aku membelok kereta untuk singgah ke sebuah restoran untuk membungkus makanan.Ketika mahu menyeberangi jalan,sebuah motosikal tiba-tiba keluar laju daripada simpang.Perlakuan penunggan motor itu menyebabkan aku terkejut dan hampir terjatuh.

“Sial betul budak ni,nasib baik kau tak langgar aku,”sumpahku dalam hati.

Setelah selesai membeli makanan,aku menghidupkan enji dan terus berlalu pulang.Aku masih lagi berhati-hati.Mataku memerhatikan sekeliling agar kejadian lama tidak berulang.Sampai dipintu pagar,aku menghentikan kereta.

Huhhhh!!satu keluhan berat aku luahkan.

“Lega rasanya apabila selamat sampai dirumah,”bisik hati.

Beg tangan diselongkar untuk mencari kunci pagar.Aku mencari dengan sabar.Tersenyum aku apabila kunci ditemui.Aku keluar dari kereta mahu membuka pagar.

Prennnggg..prennggg…prengg…!!

Sekali lagi aku tersentak.Kejutan tadi belum lagi reda.Kini,kejutan kedua pula menyusul.Tersandar aku di dinding pintu kereta.Bunyi motor yang kuat tadi benar-benar membuat jantung aku berdebar kencang.Budak-budak motor itu sering membuat bising pada waktu malam walaupun pelbagai nasihat sudah diberi.Semuanya bagai mencurahkan air ke daun keladi.

Dalam hati aku menyumpah-nyumpah penunggang motor itu.Setelah dipastikan bunyi motor itu hilng,aku lekas membuka pagar dan memandu masuk kereta kedalam.Aku masuk kedalam rumah sejurus memastikan pagar dan kereta telah dikunci.

Walaupun segala-galanya telah kupastikan selamat,namun trauma yang menjengah dalam diri masih belum hilang.Lantas aku teringat kata-kata Daud pagi tadi.

..“Jangan jadikan ketakutan tu umpama dinding dalam diri kita,kita perlu berani untuk pecahkan dinding tu supaya dinding tu tak akan membuatkan kita tersepit”..

 

 p/s:tulisan pertama.

       sila komen :-) 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tahniah kerana berani mencuba!

    tulisan yang agak skema dan kemas.
    endingnya agak mendatar walaupun ada mesejnya

    teruskan usaha ya!

  • (Penulis)
    2) cahatomic : terimakaseh.
    hehe..
    agak mendatar sbb mulanya xtau nak nak buat ending mcm mana..
  • 3) oh oh, mengingatkankan kosong pada sesuatu.

    nice try!

  • (Penulis)
    4) apakah itu si kosong?

Cerpen-cerpen lain nukilan harith

Read all stories by harith