Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Autobiografi

Gemuk Penakut

Cerpen sebelumnya:
Aku benar-benar ingin menjadi rama-rama
Cerpen selanjutnya:
Shudhudh

Monolog ini telah dibacakan oleh Zoul Yazix di acara Puisi Satu Petang sebelum beliau dipukul oleh sekumpulan orang orang gemuk yang tidak bahagia.

Nama kita Zul. Kita orang gemuk. Definisi orang gemuk ini badannya besar, ukur lilit perut mereka pula biasanya sekali ganda daripada dada. Peha jangan cakap lah, kalau buat korban, boleh ganti seekor kambing. Orang gemuk lelaki pula wajib ada manboob, kadang kadang boleh jadi lagi besar daripada girls boob. Perut pula saing saing orang pregnant. 
Nama kita Zul, dan kita orang gemuk. Kata orang, orang gemuk ini sensitive sejak lahir. Hati mereka katanya rapuh, jiwa mereka mudah tersentuh. Tapi sebenarnya, orang orang di luar sana yang membentuk sensitiviti orang gemuk ini. Kita orang gemuk, kita tidak sensitive sejak lahir, tapi kita sensitive sejak gemuk. 

  Waktu kita sekolah rendah dulu, kita ni tak adalah gemuk sangat. BMI pun ngam ngam saja. Tapi sebab badan kita besar dan perut kita berlaga dengan butang baju sekolah, kawan kawan semua kata kita gemuk. Waktu sekolah rendah dulu, kalau tak ejek guna nama bapak, sifat fizikal la yang jadi mangsa. Ada yang jongang, ada yang tak ada gigi, ada yang kurus sampai waktu main lompat tiang pun boleh confuse mana satu member mana satu tiang. Kita? Nama ayah kita payah nak sebut, jadi badan gemuk kita la jadi mangsa. Gemuk gemuk gemuk. Dan yang paling tak best sekali, setiap kali main bola sepak mesti kena jadi keeper, tak boleh jadi striker. Dengan alasan kalau orang rembat bola, boleh tahan dengan perut. Untung untung melantun masuk gol sebelah sana. 

  Ingatkan benda ni tamat bila masuk sekolah menengah. Kita dulu dapat 5A waktu UPSR, jadi dapat lah masuk sekolah menengah yang power sikit. Ingatkan masuk sekolah budak budak cerdik ni boleh la berbahagia tanpa dihantui perkataan gemuk. Tapi sebenarnya mulut budak budak cerdik ni lagi celaka. Jenis suka cari sinonim perkataan gemuk. Ada yang panggil fatty acid, ada yang panggil Big Mac, dan ada juga yang panggil Bob Kuman. Ini lagi satu benda, asal badan besar je orang panggil bob. Kita syak perkataan Bob ini asalnya daripada perkataan boob. Sebenarnya time time sekolah menengah ini lah kita dah mula ada feeling pada makwe. Kita ingat lagi makwe yang kita minat dulu namanya Ainin Sofia, lawa orangnya, wajahnya ayu, senyumnya manis, matanya persis Avril Lavigne. Tapi sebab kita gemuk, kita tak konfiden langsung nak mengorat Ainin Sofia tu. Nanti apa lah kata Ainin Sofia tu. Dah la gemuk, muka hitam, perut dah sama naik dengan pengetua sekolah. 

  Bila masuk universiti, kita dah pasang niat, kita tak nak jadi orang gemuk yang diejek lagi. Kita nak jadi orang gemuk yang bahagia. Jadi kalau orang ejek gemuk kita buat tak layan saja. Taktik ni cikgu kaunseling kita ajar dulu, kata cikgu tu orang kalau ejek kita ni dia mahukan respon, kalau dia tak dapat respon lama lama dia akan bosan. Lagi satu cara nak tambah konfiden kita, kita tukar nickname. Kita tukar nama kita jadi Kechik. Sumpah, kawan kawan dan sesetengah pensyarah panggil kita Kechik. Untung untung boleh jadi doa ye dak? Masa ni, level confident kita dah sampai ke tahap yang memuaskan. Kita dah tak berapa peduli sangat dah apa orang cakap, walaupun kadang kadang kita kena mengaku yang kita terasa dengan cara orang layan kita sebagai orang gemuk. Bayangkan bila naik lrt atau komuter, masuk masuk pintu tu semua orang tengok kita, lepas tu muka masing masing mesti cuak tengok kiri kanan, bimbang kita pergi duduk menyempit dekat sebelah. Bimbang nanti bau busuk peluh orang gemuk melekat dekat badan. Lagi satu bila naik lif. Pernah suatu hari kita nak naik lif, lepas tu ada sorang makwe dalam lif. Nampak saja kita nak masuk dalam lif terus mata dia terbeliak. Dia pandang kita, lepas tu pandang atas. Pandang kita, pandang atas. Rupa rupanya dia pandang tanda “maximum weight: 1800 LBS”. 

   Tapi, Tuhan itu maha adil. Bila ada kekurangan dan kelemahan ini, kita boleh tahu, siapa yang ikhlas dengan kita, siapa yang betul boleh terima kita. Kita ada kawan yang tak peduli pun kau gemuk ke, hitam ke, muka macam Imran Ajmain ke, semua depa kawan. Dan yang paling untung, kita jumpa seorang makwe buta nama Pelangi. Dia buta sebab dia jadi makwe kita. Orangnya lawa, kurus dan sekali petik jari boleh tersungkur Brad Pitt di kaki. Tapi sebab dia buta, dia pilih kita. Katanya, kalau kita boleh terima dia seadanya, kenapa pula dia tak boleh terima kita. Pernah suatu hari kita tanya dia, tak kisah ke ada boyfriend gemuk? Dia kata gemuk? awak tak gemuk lah, awak cuma besar. Dia suka ada boyfriend besar ni, boleh buat penghadang angin time jalan jalan dekat taman, boleh jadi objek anti ragut waktu jalan dekat kaki lima, dan agak agak bosan boleh main sembunyi sembunyi dekat belakang badan. Ya, nama dia Pelangi dan dia buta. 

  Semua orang ada kekurangan masing masing, apa yang membezakan kita adalah cara bagaimana kita nak berdepan dengan kelemahan tersebut. Macam kita, walaupun kekurangan itu masih ada, tapi kita terima dengan hati yang terbuka. Apa apa pun, hidup ini terlalu singkat untuk kita risau tentang berat badan!

  Hai! Nama kita Kechik, dan kita orang besar! 

Gemuk Penakut

Cerpen sebelumnya:
Aku benar-benar ingin menjadi rama-rama
Cerpen selanjutnya:
Shudhudh

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
3 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
zombie | Jadikan zombie rakan anda | Hantar Mesej kepada zombie

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya zombie
Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik. | 4088 bacaan
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati. | 3098 bacaan
Siri bercakap dengan maggi. | 974 bacaan
Bunohan: Anok Pok Mat ujong kampong mapuh keno tikam. | 2508 bacaan
Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk. | 7687 bacaan
Stupid Q-pid, dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat. | 2814 bacaan
Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar. | 2557 bacaan
Makcik tua berkulit biru bermata sepet sebelah bundar sebelah dengan rambut kerinting berbentuk faux mohawk curi telur saya. | 4058 bacaan
Beruang Tedi Maisarah | 2747 bacaan
Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas. | 14787 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Gemuk Penakut
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik