Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lukisan Berdarah Rafah

 

 

CERPEN

 

LUKISAN BERDARAH RAFAH OLEH SHAFIQ AZLI MOHD SALLEH

 

1.

Pagi itu masih bacul seperti biasa .Kelihatan kau termangu di tepi jendela melihat segala macam yang terakam di Rafah. Di meja kau masih lagi berteman pensel warna , kertas lukisan dan tak lupa krayon. Kau begitu asyik melihat segala macam yang terjadi dari sudut perpekstif yang berbeza . Sekalipun kau rasa bumi ini sudah tidak aman , kau masih lagi bahagia. Bahagia menikmati sudut pandangan peperangan, kekecohan, dan kematian dari sudut luar biasa.

Kau tidak pernah reti menangis . Ya, ibu kau sudahpun menerima panggilan rahmatullah . Kelmarin. Ditembak askar zimmi yang kejam dan zalim.Minggu lalu juga, sepasang mata kau juga menyaksikan ayah kau disiksa kejam, ditembak di kepala ketika mempertahankan kau daripada diserang. Bagi kau, air mata terlalu mahal di bumi bergolak ini.Setitis pun amat ternilai harganya.Dan kau tabah mengharungi hidup yang tidak menentu , mungkin bila-bila sahaja tubuh kecilmu ditembusi oleh peluru yang tak bisa berbicara , dirodok bayonet yang tak reti berkata-kata.

Kau masih ingat lagi tahun lepas ,tika kau masih lagi tadika.Kau dan kawan-kawan kau main-main lempar batu pada tentera Amerika.Sekurangnya kau tahu  batu yang kau lontar tidak dapat membunuh mereka,fikir kau. Kau begitu seronok melempar pada kereta kebal meskipun kau tahu batu yang kau lempar sekadar protes yang tidak pernah sunyi di jiwa kau. Kau yakin, batu itu takkan menjadi batu api yang dilepaskan burung ababil kepada askar bergajah Abrahah. Kau juga tahu batu ini hanya sekadar menaikkan lagi amarah tentera yang menawan negeri kau. Tapi, kau puas.Teramat puas.

Kau juga masih ingat lagi cerita-cerita daripada ayah kau . Ya memang Tanah Palestin ini bukan lagi Baitul Maqdis .Dan kau sendiri tahu, dalam kitab Yahudi sendiri ada menyatakan bahawa mereka mempunyai Tanah Yang Dijanjikan yakni The Promised Land.Kau juga tahu jatuhnya kerajaan Palestin kerana kelekaan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang digulingkan. Dan kau sendiri tahu, Orang Yahudi ditawar 3 tempat yakni Sabah, Afrika dan juga Palestin. Dan mungkin keadaan yang bergolak ini, Israel mengambil peluang menawan Palestin.

Kau sekalipun tak pernah takut, Fikir kau sekurang-kurangnya kau mati syahid. Kau mati dalam keadaan Husnul Khatimah. Kau disisi Rasullulah SAW. Kau tak pernah sekalipun merintih bahkan merasa kesal atas nasib yang menimpa diri kau. Malah kau bersyukur sepenuh hati atas kerahmatan di sebalik kesulitan yang kau hadapi.

Satu perkara lagi,seingat kau Izrail terlalu sibuk di Gaza.Terlalu sibuk di Rafah.Terlalu sibuk di Kandahar.Terlalu sibuk mencabut nyawa di mana-mana.Dan sampai satu saat giliran dia akan tiba.Dan Izrail mencabut nyawa syuhada.Mereka takkan begitu mudah mencabut nyawa Zionis yang gila.Yang tolol dan yang nyata binatang,bukan lagi manusia.Kau beristighfar,memohon agar bumi ini dihadiahkan kembali keamanan yang selama ini dicari.Biarpun sukar,kau masih lagi jauh mengharap dalam sanubari.

Di jendela rumah kau,kau lihat begitu banyak perkara. Si anak terpekik lolong mencari ibunya , si ibu teresak rayu mencari anaknya, si pejuang Hamas dan Fattah yang tak sudah-sudah bertelagah, soldadu Amerika yang begitu asyik dengan AK-47 buatan Russia, mayat-mayat bangsamu yang bergelimpangan, darah-darah kaumu yang dibunuh, deruan kereta kebal Panzerfaust yang tak pernah sunyi,bedilan Uzi yang menggila serta nisan-nisan yang tak bernama.Semuanya terakam dengan cukup jelas dengan aneka ragam dan rencam.Bola matamu meliar menelanjangi pelbagai sudut Rafah yang darahnya begitu melimpah ruah.

Setelah segala yang berlaku, sedikit rasa kesal terbit di nubari di jiwa kau.Kau tahu, sangat ramai umat Islam di muka bumi ini, tapi mereka hanya mampu berdiam diri, melihat kau dan negeri kau tersiksa . Kau cuba buang jauh-jauh perasaan ini, tapi tak terdaya.Mungkin kerana sudah 6 sadarwarsa bumi tradegi Nubhkan telah terjadi. Dari saat itu jugalah yang menyaksikan bumi Palestin makin mengecil wilayahnya dan negara Israel mula bertapak . Sedikit demi sedikit, mereka mula melebar kuasa . Dengan bantuan Amerika , Israel mula bermaharajalela. Dan saat – saat itulah juga menyaksikan pejuang Palestin,Yasser Arafat berjuang mendapatkan semula Palestin. Tapi, Arafat sudah kembali. Meninggal sebuah perjuangan yang masih membara dan berbekas di hati rakyat Palestin.Dari saat kematian pemenang Hadiah Nobel Keamanan itulah, Palestin mula kucar- kacir. Perebutan kuasa berlaku antara dua puak yang bertelagah, Hamas dan Fattah.Mereka mempertahankan hak masing- masing dan sanggup membunuh nyawa kaum sendiri demi kepentingan politik. Setiap hari selalu sahaja berlaku pertempuran antara puak Hamas dan Fattah. Dan Amerika atas alasan keamanan juga meletakkan askar mereka di sana, sama seperti di Afghanistan dan tak lupa bumi Iraq. Ramai juga yang dibunuh , atas alasan mengancam keselamatan walhal mereka hanya mahu melindungi si kaum laknat, Yahudi.

            Kau hanya mampu berdiam diri.Apalah yang anak kecil seperti kau mampu buat,sekadar memerhati keadaan di sekeliling. Dari saat itulah, kau capai kertas lukisan dia atas meja , dan kau mula melakar kuras – kuras kreatif di atas kanvas putih persih. Kau lakar tentera Amerika bersama sub machine gun M-16, perbincangan antara si laknat Ariel Sharon serta Beruk Amerika, Bush yang sedang merancang menghapuskan negara Islam, rakyat Palestin yang ketakutan di anak tangga, remaja Palestin yang sanngup meletupkan diri demi membunuh tentera Amerika serta tak lupa langit lazuardi yang hitam pekat dek kebakaran rumah- rumah serta kereta kebal.Kau lakar dengan penuh bersemangat dan berjiwa kental. Kau gunakan teknik catan sebagai medium lukisan.Kau curahkan perasaan sebagai lukisan, kau mahu buktikan yang lukisan juga mampu berkata- kata melalui imejan berkesan.Kau warnai dengan warna yang pelbagai rencam. Kau juga lakari ayah dan ibu kau berada dalam sebuah gerabak kereta api. Di luar  gerabak kerata api itu tertulis jihad. Ayah dan mak kau menuju jalan jihad, Allahhuakhbar. Sedikit- demi sedikit gerabak itu menarik ummi dan abi kau , semakin jauh dan jauh. Semakin laju dan laju. Kau  hanya berdiam diri dari terminal kereta api. Melambai – lambai dan berharap agar ummi dan abi kembali semula.Tapi, gerabak kereta api itu mengheret mereka buat selama- lamanya, takkan kembali.Lukisan itu kau namakan sebagai lukisan berdarah Rafah.

 

 2.

            Dia bernama Ariel.Bukan Ariel Sharon yang menjadi Presiden Israel.Tapi Ariel yang selama ini cuba mencari kebenaran di dunia di balik sana. Dia antara Yahudi yang tidak ekstremis, dari jauh menyimpan rasa kesal atas yang telah berlaku pada kaumnya. Dia berfikir sejenak, melihat kau di hadapan rumah. Tinggal keseorangan. Tanpa ibu dan juga bapa. Dibunuh juga oleh bangsamu yang bagi kau, sudah membatasi norma kehidupan manusia. Terbit juga di hati kau, ingin mengambil budak itu dan menyelamatkanya . Tapi oleh kerana kawalan ketat, itu pasti tidak akan berlaku. Jika dia cuba- cuba menyembunyikan orang Palestin di dalam rumah, dia juga akan terbunuh sama.Dan dia percaya tanah yang diduduki sekarang bukan tanah Israel tapi tanah orang Palestin meskipun dalam Old Testament ada menyatakan begini:In that day the Lord made a covenant with Abram, saying: “Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river , the river of Euphrates”.Genesis 15:18.Dia tahu, kitab ini sudah pun diselewengkan.Bagaimana Hajar dianggap sebagai orang suruhan sedangkan secara terang-terangan Siti Hajar adalah isteri kedua Ibrahim.Buktinya jelas:Wherefore she said unto Abraham , cast out his bondwoman and her son :for the son of this bondwoman shall not be heir with my son, even with Isaac.”Genesis 21:10.Bagi dia,perjuangan Yahudi buakanlah perkara yang terpenting.Tapi persahabatan,kasih sayang dan keamanan yang terjalin adalah lebih penting.Tapi terlalu ramai kaum Yahudi yang mahu mencapai ambisi kaum mereka,mendapatkan hak mereka dengan menawan tanah Yang dijanjikan.

            Tapi apa boleh dibuat,sedangkan kuasa besar Amerika boleh tunduk dengan mudah oleh Israel.Lihat sajalah,kuasa ekonomi negara Uncle Sam itu dikuasai Yahudi dan pimpinan Parti Demokrat diketuai Obama juga rata-rata Yahudi.Dia sendiri tak boleh bayangkan,bagaimana sebuah bangsa yang sangat dibenci seluruh dunia masih lagi hidup sampai ke hari ini.Bilangan memang tak ramai,dalam linkungan 5 juta tapi bangsa inilah yang banyak menguasai dunia.Lihat sajalah senarai penerima Anugerah Nobel rata-rata adalah Yahudi.Dan tanah dia duduki sekarang adalah hasil usaha Baron Edmond James de Rotachild,seorang tokoh bank Yahudi di Perancis.Dan urusan ini dimudahkan lagi dengan pertolongan British yang menguasai Palestin gara-gara tumbangnya Kerajaan Turki Uthmaniyyah.Kemasukan Yahudi ini adalah disebabkan pihak British tidak lagi dapat menahan desakan Yahudi yang ekstremis.Sejarah telah membuktikan betapa Yahudi pernah dihalau keluar dari tanah selain Israel.Lihat sajalah Adophl Hitler,Nazi Jerman yang melakukkan genosid terhadap Yahudi beramai-ramai.Cukup dikenali dengan insiden Holocaust.Enam juta bangsa Yahudi mati.Dan banyak lagi pembunuhan Yahudi yang tercatat jelas dalam sejarah.Tapi,bayangkan sekecil-kecil bangsa inilah juga yang menguasai dunia.Dia termenung keseorangan ketika memandang bulan ditelan malam.

            “Ah,aku perlu selamatkan mereka”getus hatinya.Dia sudah tidak dapat melihat kekejaman yang berlaku.Baginya,cukuplah kekejaman yang telah berlaku sebelum ini.Dia tidak dapat melihat kau terus tersiksa dalam rumah.Ini adalah peluang untuk dia membuktikan Yahudi bukan semuanya zalim seperti mana yang dikatakan orang.Cepat-cepat dia menyambar baju lalu dipanjangkan langkah ke arah rumah kau.

“Salim,kau ada disana tak?”.Suara kau sayup sayup kedengaran.Lalu Salim pun melemparan pandangan ke arah pintu rumah.Dia cam benar suara itu.Suara Pak cik Ariel.

“Tunggu sebentar Pak Cik,nanti saya bukakan pintu”.Segera dia bergegas mendapatkan Ariel.Lalu Ariel terus terang menyatakan hajat mengapa dia datang kesini.Dia mahu menyelamatkan Salim daripada terus diburu oleh tentera Israel.Dikatakan dengan penuh bersemangat dan tekad.

“Tapi Pak Cik,ini bahaya.Jika Pak Cik cuba untuk membawa saya keluar daripada Israel ini,saya dan Pak cik akan dibunuh.Jika Pak cik menyembunyikan saya juga satu kesalahan!.Pak Cik,jika saya ditakdirkan mati di sini saya redha kerana inilah tempat tumpah darah saya.Tanah air saya.Saya rela mati syahid daripada menjadi seorang pengecut!”terang Salim panjang lebar menampakkan wajahnya yang serius.

“Salim,kau masih muda untuk mati.Ya,Pak Cik akui memang semangat kau kental.Tapi,tak pernah kau impikan impian seperti kanak-kanak lain.Ada impian.Ada harapan.Maksud Pak Cik,kau boleh teruskan hidup ini bersama Pak cik.Kita akan keluar dari negeri ini dengan bantuan kawan bernama David.Dia boleh tolong kita.Dia adalah antara pengawal di Tebing Barat.Salim,keluarlah bersama Pak Cik.Lagipun pak cik sangat terhutang budi dengan ayah kamu yang telah menyelamatkan Pak cik ketika satu letupan berani mati.Jadi,tolonglah.Anggaplah Pak Cik membayar balik jasa ayah kamu”

“Baiklah pak cik,jika itu yang pak cik harapkan.Bila kita boleh keluar?”

“Malam ini.Tepat pukul 12 malam”.

3.  

Tok!Tok!!Tok!!

Tiba-tiba,kedengaran suara ketukan pintu dari luar mengejutkan Salim dan Ariel di ruang tamu.Segala barang kelengkapan untuk melarikan diri telah disiapkan cuma menunggu David untuk datang mengambil mereka.

”Oh,kau David.Masuklah.”pelawa Ariel mesra.

”Kenalkan,ini Salim.Budak yang aku ceritakan pada kau.”

Segera Salim menyambut mesra tangan David yang lengkap berpakaian tentera.Pistol tersimpan rapi di poket kirinya.Kelihatan agak garang dan bengis.David duduk dan menyalakan api rokok.

”Kau sudah bersedia untuk keluar dari bumi Israel ini,Salim?”soal David.

Salim sekadar mengganguk kecil.

”Kau sepatutnya jawab dengan mulut,bukan dengan kepala!”tengking David.

Tiba-tiba,hati Ariel bedegup kencang.Adakah dia betul-betul mahu membantu aku?.Soalnya kehairanan.Suasana ruang tamu itu mulai tegang memecah keheningan malam.Timbul pula rasa ketakutan.Ia bagai mendiami setiap ruang.

”Er....er...ya.....ya..aku...aku..memang sudah bersedia!”jawab Salim gagap.”Terima kasih atas pertolongan kau!”tambahnya dalam terketar-ketar.

”Kau percaya pada Yahudi?”.David bertanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Mukanya menunjukkan reaksi yang sangat serius.

Salim senyap.Lidahnya kelu dan membisu.Dia tertanya apakah yang patut dijawab.Dia memandang Ariel yang kepanasan.Wajah Ariel berdebar-debar.Nampak benar daripada air mukanya.Soalan yang tidak wajar benar dalam keadaan yang segenting ini.Hati Ariel mula terlintas jika si laknat Yahudi ini hanya bermain helah.Dia cuba untuk memasang perangkap.

”Tapi,masakan David begitu?.Dia takkan khianati aku!”getus Ariel.Dia masak benar dengan perangai David,teman sekolahnya dahulu.

Tanpa Ariel ketahui,David adalah pemimpin kanan PAK,Parti Agama Kebangsaan.Objektifnya,mendidik rakyat Yahudi menjadi golongan militan.Dia juga adalah pendukung Zionisme yang diasaskan oleh Theodore Herzl,pemimpin Yahudi yang bertanggujawab menyatukan kaum Yahudi yang bertaburan di seluruh dunia.Zion itu sendiri membawa maksud kota atau batu dan tercatat dalam Old Testment.Dan dari segi politik dan agama,ia merujuk kepada Jerusalem dan Tanah Israel.Tanpa Ariel sedari,di hadapanya adalah kawan lama yang telah berubah menjadi ektremis.Zionis.Berpegang kepada konsep Israel Raya.Walaupun mereka bagaikan mencabuli hak-hak asasi Palestin,tapi bagi mereka ”matlamat menghalalkan cara”.Dan jelas terbukti,Yahudi adalah satu-satunya bangsa yang berjaya membentuk negara berdasarkan akidah dan keturunan.Satu-satunya di di dunia.Tidak dipanggil Yahudi jika tidak percaya pada konsep Zionisme.Dan Israel adalah tanah untuk Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira kerakyatan.

”Kau tahu siapa aku?”terpacul keluar soalan itu dari mulut David.

Salim hanya mampu mengeleng-geleng kepala ketakutan.

”Hahahaha,betul kau tak tahu siapa aku?”kali ini ketawanya berdekah-dekah.Ketawa yang penuh keegoan.

Kali ini adrelina bagai mengenapi pembuluh darah.Salim bagaikan kehilangan arah.Ariel juga begitu.Mereka saling berpandangan antara sesama sendiri.

”Kalau kau nak tahu,aku adalah pemimpin PAK.Dan tanggujawab aku adalah menghapuskan semua rakyat Palestin yang masih bersisa di sini.Kau Salim,kau akan aku hapuskan.Hahahahaha...”kali ini ketawanya lebih kuat.Lebih ego.

”Ta..ta..ta..pi....kau dah janji padaku David,kau akan bawa keluar budak ini bersamaku”

”Ya,memang aku berjanji.Tapi aku tak berjanji yang dia akan keluar dengan selamat.Hahahaha....,mampuslah kau kali!”

”Tapi dia tak bersalah David.Dia cuma anak kecil yang tak mengerti apa-apa.Kau..kau..kau..kau sanggup mengkhianati persahabatan kita kerana ego kau.Kau kejam!!!”

”Peduli apa aku.Dia budak kecil,remaja.dewasa atau ayah orang sekalipun.Aku takkan biarkan seorang Palestin lari keluar dari Israel ini.Dan dia mesti mati dalam tanganku.Kau bodoh Ariel,kau begitu bodoh.Adakah kau dah lupa ,dalam Al-Quran sudah jelas tercatat yang Yahudi akan memusuhi Islam.Kau bodoh kerana begitu mempercayai aku.Hahahaha.....”

Salim segera terinngatkan ayat Quran yang berbunyi.”Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu kepada kekafiran,seandainya mereka sanggup”(Surah Al Baqarah:217)

”Salim,cepat lari”teriak Ariel sambil menerkam David.Mereka bergelut di lantai.Ariel tewas.

”Di mana kau mahu lari, hah?.Kau telah dikepung”

Maka dari pintu belakang,keluarlah 3 orang lelaki lengkap berpakaian tentera.Masing-masing mengacukan raifal ke arah Salim dan Ariel.Salim pasti,inilah anak buah David.Rupa-rupanya mereka telah memasuki perangkap David.

”Kau..kau...kau memang tak guna!.Apa yang kau mahu buktikan,hah?.Kau ingat dengan membunuh dapat menyelesaikan masalah?”soal Ariel kemarahan selepas cedera dibelasah David.

”Kau kata aku tak guna?.Kau sebenarnya yang tak guna.Kenapa kau mahu menjadi penyelamat kepada budak ini?.Kenapa?.Kau dah tinggalkan gagasan Vladimir Labonstky yang mahu menjadikan satu negara Israel Raya.Kau dah berpaling tadah!.Nah,rasakan..”

”Arghhh.....sakitnya”.Satu tendangan singgah di perut Ariel.Salim hanya mampu memandang dari sudut rumah.

”Kau ingat,Ariel.Perjuangan seorang Zionis tak pernah mengenal sahabat jika seorang musuh yang selama ini kita burui menjadi taruhan.Dan aku tak teragak-agak untuk menjadi salah seorang darinya.Ini hari penuh kekejaman,pembalasan dan dosa!!!.

”Kau...kau..kau gila.Kau memang gila.Kau bukan David yang pernah aku kenali dahulu!!!”teriak Ariel melepaskan amarah.

”Ariel,Ariel...kau memang tak berubah.Ingat Ariel,aku takkan biarkan seinci pun tanah Israel ini diduduki rakyat Palestin malah aku akan hapuskan dia.Aku memang dah gila.Hahahaha....cepat,ucapkan permintaan terakhirmu”

”Aku mahu jumpa kau di neraka!!!”

”Selamat tinggal kawan”jawab David seraya mengacukan dua das tembakan ke arah Ariel.Bang!!Bang!!.Tepat singgah di kepala.Sekujur tubuh tidak bernyawa rebah menyembah bumi.Dia masih sempat tersenyum sinis kepada sebuah pengkhinatan seorang sahabat!.

”Kini giliran kau,Salim.Apa yang kau pegang di tangan,hah?.

Salim senyap.Ditunjukkan lukisan itu.

”Lukisan?.Kau dah hilang akal ?.Lukisan ini langsung tak beerti.”hina David.

Salim pejamkan mata.Pejam rapat-rapat.Dia sudah bersedia untuk mati.Dipegang erat-erat lukisan itu di tangan.Takkan pernah dia lepaskan.

Dam!!Dam!!Dam!!.Satu tembakan singgah di kepala sementara dua lagi tepat ke badan Salim.Dia tersungkur rebah.Sesaat di berkata,terima kasih Izrail.Terima kasih kerana membawaku berjumpa para syuhada.Dia yakin,perjuangan ini pasti lagi membara.Antara sedar dan tak sedar,dia memandang semula lukisan yang dia coretkan.Lukisan cinta berdarah Rafah.Dia bangga dengan lukisan itu.Darah membuak-buak keluar.Dan ia membasahi lukisan itu.Lukisan itu betul-betul berdarah!!.

 

Nota kaki: Tersiar di Majalah Anis Jun 2009

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) semoga Palestin kembali aman
    p/s: orang kata, selalunya orang jahat memang lambat mati

  • (Penulis)
    2) 2. Thanks kamalia. Insyallah. Mudah-mudahan. Banyak jugak kajian dilakukkan bagi siapkan cerpen ini.
  • 3) sedih. apa pun, ini nice.
  • 4) wow. sabah pernah ditawar *catat catat* baru tau! kalaulah yahudi terima tempat tu. naya juga Malaysia hari ni.

    fuh. emosi dekat penamat tu memang sampai.

  • (Penulis)
    5) terima kasih cahaya atomic. Cerpen ini saya tulis berdasarkan pembacaan saya yang meluas utk isu palestin. Pasal sabah itu bukan direka-reka, maklumat ini boleh diperoleh dari buku Kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kerana jatuhnya turki uthmaniyah, maka jatuhnya palestin.

    Dan alhamdulilah cerpen ini disiarkan di majalah anis jun 2009. Penamat sengaja saya bagi anti-klimaks. Mesej sampai, cerita memaksa pembaca utk mengetahui sebab dan akibat.

  • (Penulis)
    6) minta saudara bagi rating utk cerpen ini. Saya masih baru di kapasitor.
  • 7) cerita lengkap sebegini, seharusnya 5 dari saya cukup ramuannya.

  • (Penulis)
    8) terima kasih saudara. semangat pulak menyertai Kapasitor. medan saya mengasah bakat, insyallah.
  • 9) Tn. Shafiq berada di landasan yang betul. Seronok membaca tulisan begini. Teruskan usaha.

  • (Penulis)
    10) Terima kasih saudari Tiara. Cuma mengambil cerpen lama yang tersiar. Nanti saya kongsikan yang baharu. Insyaallah.
  • 11) Sudah lama tidak membaca cerpen sebegini. Memang wajar disiarkan di majalah. Tahniah!
  • 12) secara jujur, saya sangat suka dengan cerpen ni. Penuh ilmu.. Digarap dengan baik.. memang wajar tersiar di majalah. Ternyata penulis membuat kajian yg meluas tentang isu ni. Syabas!

    pssst: baru saya tahu yg Sabah pun pernah ditawarkan..

  • (Penulis)
    13) Terima kasih Fikri Fiq..

Cerpen-cerpen lain nukilan shafiqazli

Read all stories by shafiqazli
No stories.